Wednesday, 6 March 2019

SHAKLEE BUSINESS LEADERS NATIONAL CONFERENCE 2018


Shaklee
Business Leaders
National Conference 
2018

Ya Allah! How time flies!

Baru nak update Entry Blog "2019 Business Leaders' National Conference (BLNC)", tapi baru teringat BLNC Tahun 2018 lepas belum update lagi!

Dah excited giler ni nak cerita pasal BLNC 2019, tapi terpaksa "back to the past." Bukan "Back to the Future" tau 😝 Rewind setahun punya cerita 😅

Seperti Tahun 2017 juga, BLNC 2018 ini hanyalah untuk mereka yang dah jadi "Leaders" dan memenuhi kriteria serta syarat yang telah ditetapkan untuk dipanggil menghadiri Conference Shaklee yang diadakan setiap tahun pada bulan Februari.

Alhamdulillah, buat kali kedua dan untuk Tahun Kedua BLNC diadakan, Sya masih layak untuk menghadiri Conference ini.

Haaaaa jangan main-main tau. Housewife pun ada Conference tau. Bukan cikai2 punya Company yang buat Conference ni. Shaklee kot. Yang mana Sya percaya dan yakin ramai di antara kita kenal serta tahu akan Shaklee. Sebuah Syarikat Makanan Tambahan (Supplements) atau Vitamins dari United States of America (USA) yang telah wujud sejak Tahun 1956 lagi yang kini telah pun berusia 63 Tahun.

Dan seperti biasa juga, setiap kali Conference Shaklee diadakan, setiap kali itulah kami para Leaders yang Qualified ini dapat tahu terlebih dahulu berkenaan perkara-perkara baru seperti Produk-Produk Shaklee Terbaru yang akan atau bakal dilancarkan, dipasarkan dan dijual di Malaysia serta lain-lain perkara lagi.

Tema BLNC 2018 kali ini adalah "BREAKTHROUGH." Kalau tahun lepas, temanya adalah "BUILT TO LAST." 

Apa maksud "BREAKTHROUGH" ni?

Bersesuaian dengan Pelancaran Set Penjagaan Kulit (Skin Care Set) Terbaru daripada Shaklee iaitu "YOUTH COMPLEX."

Kalau sebelum ni VIVIX menjadi REVOLUTIONARY BREAKTHROUGH untuk ANTI-AGING di PERINGKAT SEL, kini YOUTH COMPLEX pula menjadi REVOLUTIONARY BREAKTHROUGH di PERINGKAT KULIT!




Atas ni Email yang Sya terima daripada Shaklee Malaysia untuk jemputan ke 2018 Shaklee Business Leaders National Conference (BLNC). Perlu buat RSVP terlebih dahulu sebelum hadir.

Breakfast

Siap dapat FREE Vitamins : B-COMPLEX, CoQ-TROL PLUS dan OMEGA GUARD untuk kekal bertenaga serta fokus sepanjang BLNC berlangsung. Dapat sejurus selepas Pendaftaran.

Kebiasaannya, Shaklee akan menyediakan Sarapan (Breakfast), Makan Tengahari (Lunch) dan Minum Petang (Hi-Tea) untuk para Leaders. Dan yang paling best nya semua ini adalah PERCUMA sahaja. Malah, BLNC ini juga adalah PERCUMA. Tiada sebarang kos tersembunyi (NO HIDDEN COST) untuk BLNC ini. Kerana BLNC ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih Shaklee kepada semua Leaders nya yang telah berjaya memenuhi kriteria dan syarat untuk ke BLNC.

Opening untuk BLNC 2018 dimulakan dengan kata-kata, ucapan dan pengenalan berkenaan YOUTH Complex daripada Mr. Roger Barnett, Chairman & CEO Shaklee Corporation. Kemudian diikuti oleh Mrs. Helen Lam, President of Shaklee Malaysia yang menerangkan berkenaan Year in Review - FY2017/18. Setersunya Mrs. Wong Ee Ling, Vice President (VP) of Marketing of Shaklee Malaysia yang berkongsi mengenai New Product Launches, Solution Set Selling dan Gift for all Attendees. Juga dijemput Mr. Les Wong yang merupakan VP of Global Regulatory Affairs yang berkongsi mengenai "SHAKLEE PURE PERFORMANCE TEAM" atau "ATLET SHAKLEE PURE PERFORMANCE."

Mr. Roger Barnett, Chairman & CEO Shaklee Corporation

Mr. Roger Barnett, Chairman & CEO Shaklee Corporation

 Year in Review - FY2017/18
by
Mrs. Helen Lam, President of Shaklee Malaysia

New Product Launches
by
Mrs. Wong Ee Ling, Vice President (VP) of Marketing of Shaklee Malaysia

Yang BB Cream YOUTH ni tak jadi bawa masuk Malaysia atas sebab cair kalau sampai Malaysia nanti. Macam tu lah yang Sya faham. Untuk Eye Cream, boleh beli dan cuba RESTORING EYE TREATMENT YOUTH. Dan insyaallah tahun ni YOUTH Clarifying Mask dan YOUTH Purifying Mask pula masuk Malaysia. Tak sabau!

Solution Set Selling
by
Mrs. Wong Ee Ling, Vice President (VP) of Marketing of Shaklee Malaysia

Zinc Complex masuk Malaysia semula setelah sekian lama out of stock! Excited kami bila dapat tahu dan dengar masa ni. Hehe. Double triple excited bila kami diberitahu oleh Mrs. Wong Ee Ling yang Shaklee akan beri kami sekaki Payung YOUTH secara PERCUMA! Salah satu saat yang dinanti-nantikan oleh semua yang hadir - Special gift from Shaklee. Hahahahaha.. 😂


An announcement for gift from Shaklee for all Attendees or Leaders
by
Mrs. Wong Ee Ling, Vice President (VP) of Marketing of Shaklee Malaysia

Shaklee Pure Performance Winter Athletes - Julian Yee
by
Mr. Les Wong, VP of Global Regulatory Affairs

Lunch

Di sebelah petang pula, ada "THE SCIENCE OF YOUTH FORUM" yang menampilkan Chris Kyrou (VP Beauty Research & Development), Virginie Descamps (Global Lead Beauty) dan Wong Ee Ling (VP of Marketing).

THE SCIENCE OF YOUTH FORUM

Bawah ni pula sebahagian Testimoni Pengguna YOUTH Complex yang terdiri daripada barisan Master Coordinators Shaklee (Higher Rank in Shaklee) yang telah diberikan YOUTH Complex secara percuma oleh Shaklee sebulan sebelum BLNC 2018 ini diadakan kalau tak silap.

Testimoni YOUTH Complex

Testimoni YOUTH Complex

Testimoni YOUTH Complex

Testimoni YOUTH Complex

Testimoni YOUTH Complex

Testimoni YOUTH Complex

Fuh! Lagi tak sabar jadinya nak beli, grab dan try YOUTH Complex dekat diri sendiri cepat-cepat lepas tengok semua Testimoni masa ni.

Berakhir je BLNC 2018 ni, kami cepat-cepat keluar untuk dapatkan YOUTH Complex masing-masing pada harga promosi. Dan kalau tak silap Sya, setiap Leaders masa ni diberikan 2 quota sahaja untuk grab YOUTH Complex ni. So, masa ni Sya sempat grab untuk diri Sya sendiri dan seorang lagi anak buah (Downline Shaklee) Sya.

Sya tak ada gambar sendiri masa beli YOUTH Complex ni. Makanya pinjamlah gambar Master Ainul Shahrazad (MAS) dan Suami beliau yang excited berjaya grab YOUTH Complex. Hahahahaha..

Master Ainul Shahrazad (MAS), Founder Project TWB bersama Suami beliau Master Mohd Dzuha

Tapi, disebabkan YOUTH Complex ni fresh from the oven makanya pihak Shaklee Malaysia berikan 1 lagi quota tambahan untuk para Leaders selepas itu. Best kan jadi Leaders macam kami ni? Selalu menjadi keutamaan dan merasa pelbagai benefits dan privilege daripada Shaklee dahulu berbanding orang lain. Hehe. So, untuk anak-anak buah Sya, yang mana masih belum ada Rank, fight lah untuk Rank Up Supervisor (SV).

Sebab once korang dah ada Rank, korang juga berpeluang untuk menikmati segala kelebihan daripada Shaklee selain dari menikmati Cash Bonus yang lebih banyak, besar dan tinggi serta berpeluang untuk dapatkan Car Bonus dan start collect Conference Point (CP) atau Point Melancong secara PERCUMA dan MEWAH bersama Shaklee!

Cycle baru Shaklee Insyaallah Shaklee akan bawa kita ke Switzerland atau Umrah (International Trip) dan Seoul, South Korea (Regional Trip).

At YOUTH Corner

Masa ni Age Defense Moisturizer SPF 50 YOUTH masih belum mendarat di Malaysia. Jadi, Shaklee gunakan temporary tube untuk isi Moisturizer ni.

At YOUTH Corner


Hi-Tea

Hi-Tea

Ada juga Corner untuk check keadaan kulit muka kita tau. Pun PERCUMA je. 

Skin Check

My Husband

Untung sangat Suami Sya kan? Hihi. Boleh dapat semua benefits dan privilege from Shaklee asbab masa awal-awal Sya daftar Shaklee, Sya letak sekali nama Suami Sya.

With My Sisters
From Right : Master Athirah, Master Ainul Shahrazad (MAS), Supervisor (SV) Siti Nazihah and Me, Senior Supervisor (SR. SV)

TWB Leaders

Dah dapat sikit gambaran sekitar Shaklee Business Leaders National Conference (BLNC) macam mana? Best kan? Kalau BLNC 2018 dan BLNC 2017 dah best, BLNC 2019 lagi Best, Best, Best!!! Triple B!

Stay tuned korang!

Insyaallah, Sya akan cuba update Entry Blog Sya untuk 2019 Shaklee Business Leaders' National Conference (BLNC) yang baru berlangsung bulan Ferbruari lepas pula nanti.





Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com


Tuesday, 12 February 2019

Candle Light Dinner @ Pulse Grande Hotel, Putrajaya


Candle Light Dinner @ Pulse Grande Hotel, Putrajaya
February 9th, 2019


Inilah pertama kali Sya merasa "Candle Light Dinner." Selama ni just tengok dalam Drama di TV je kan. Tapi, tak sangka pula sekarang ni Sya sendiri yang melalui dan merasainya. Huhu..

Memang tak pernah terbayang pun akan ada "Candle Light Dinner" untuk diri sendiri. Ye lah, mungkin Sya sendiri tak adalah meminati lelaki yang Romantik sangat pun sampai buatkan "Candle Light Dinner" bagai ni. Bagi Sya, memadailah lelaki tersebut ingat tarikh-tarikh penting di dalam sesebuah perhubungan dan pandai menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, situasi, majlis atau moment :)

Tapiiiii tipulah kalau Sya cakap Sya tak sukakan bila dapat surprise "Candle Light Dinner" macam ni kan?! Perempuan kan.. Hahahahahah.. Lagi-lagi daripada Suami sendiri 😊

Ok, ceritanya macam ni sebenarnya..
Baru-baru ni, 9 Februari merupakan Wedding Anniversary Sya dan Suami Sya yang ke-6 Tahun. Sejak kami Suami Isteri dapat Percutian Percuma ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia daripada Perodua pada Tahun 2017 kami dah jadi macam "gian" tau untuk bercuti ke luar negara lagi. Tapi, rasanya Sya lah yang over gian berbanding Suami Sya 😅

So, sejak dari tu Sya pun suarakan dekat Suami Sya pasal "gian" Sya untuk ke luar negara ni. Huhu.. Sebelum tu pun Sya dah pernah ke South Korea dan Perth, Western Australia. Korea ni pergi sebab Honeymoon. Perth pula sebab Annual Trip The Walking Beauty (TWB).

Sya cakap dekat Suami Sya, kalau boleh lepas ni Sya nak sambut Wedding Anniversary kami di luar negara setiap tahun. Ini IMPIAN dan TARGET Sya. Tapi, Sya tahu untuk kami bercuti di luar negara kami memerlukan duit yang banyak. Dan sebagai seorang Isteri yang memahami, baik lagi Solehah 😜 Sya tak naklah sampai membebankan Suami Sya di luar kemampuan dia. 

And yes, I know. Sure ramai yang beranggapan Gaji seorang Jurutera (Engineer) tu banyak, tinggi. Perhaps? Tapi, hakikatnya hanya kami berdua sahaja yang tahu Financial atau Ekonomi rumahtangga kami macam mana dengan Kos Sara Hidup (Living Cost) yang sangat tinggi sekarang ni. At the same time perlu fikir dan ambil kira untuk future macam mana. Anak, emergency, savings etc. 

Jadi, kalau nak harapkan pendapatan Suami Sya 100% untuk memenuhi kehendak (wants) memang tak dapatlah. Itu pun Sya dah rasa bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya Suami Sya masih menjalankan Amanah dan melaksanakan Tanggungjawab dia sebagai seorang Suami mengikut kemampuannya. 

Mujurlah Sya buat Business Shaklee dan Home SPA and Mobile SPA. Dua Business ni kan serious memang sangat membantu dan menolong Sya untuk mencapai satu persatu Impian Sya walaupun Sya hanya seorang Suri Rumah (Housewife) dan bekerja dari rumah sahaja.

Cumanya untuk Wedding Anniversary kami,
kami dah berbincang dan sepakat untuk bergilir-gilir sponsor percutian ke luar negara setiap tahun. Macam Gili Trawangan sebelum ni, kami masing-masing bawa duit belanja sendiri memandangkan Flight Ticket (Return) dan Resort yang kami menginap sepanjang di sana ditaja sepenuhnya oleh Perodua. Macam Sya tak banyak sangat pun bawa duit belanja. Ada lah dalam RM500 macam tu.

Dan Alhamdulillah Tahun 2017 tu Allah kurniakan Sya rezeki yang melimpah ruah, lapang dan luas. November 2017 Sya ke Maldives pula untuk Annual Trip TWB tahun tu. Suami Sya tak ikut sama lah sebab ini Trip khas untuk semua Alumni TWB yang juga merupakan Wanita. And again Alhamdulillah setiap Trip TWB ni, Sya menggunakan 100% duit Sya sendiri tanpa meminta daripada Suami Sya :)

Ok, disebabkan dah terlalu gian asyik nak bercuti ke luar negara je kan hahahahaha makanya Sya terus pasang niat dan plan untuk belanja Suami Sya Celebrate Wedding Anniversary kami di Universal Studio Singapore (USS) Februari tahun depan tu (2018). And yeah! I made it! ;) Segala expenses seperti Hotel, Trasnportation to USS, Entrance Ticket to USS fully sponsored by me tau. Hehe.

So, supposedly this year my Husband punya turn pula lah kan untuk sponsor? But, it's ok ;) Tahun ni my Husband out of budget sikit sebab banyak duit nak guna untuk rapair rumah kami (buat Tembok, Cat etc). Haaaaa sebab itulah wujudnya "Candle Light Dinner" ni! Sebagai pengganti sebab tak dapat ke luar negara tahun ni lah. Sob2.

Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Ok, jujurnya Sya tak tahu pun yang Suami Sya dah plan untuk kami Celebrate Wedding Anniversary kami di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni. Entah bila dia book pun Sya tak tahu lah. Huhu.. Yang pasti masa hari kejadian (Sabtu, 9 Februari 2019) Suami Sya minta untuk Sya bersiap sekali packing pakaian. 

Mulanya Sya tak percaya juga. Ingat dia gurau-gurau je. Tapi, bila Suami Sya dah bawa naik Luggage kami ke bilik dan bersungguh-sungguh minta Sya pack, so betul lah tu agaknya. Hahahahaha nampak tak masih ragu-ragu di situ? 😝

Puaslah Sya meneka ke mana destinasi yang nak dituju. Suami Sya memang tak beritahu langsung yang kami akan ke Putrajaya dan Check-In di Pulse Grande Hotel ni. Dia biarkan je Sya terus meneka sampailah kami dah selamat tiba di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni 😌

Sebelum tu sebenarnya kami ke arah Nilai dulu. So, Sya ingat nak Check-In di Nilai Springs Golf and Country Club lah kan. Rupanya nak Drive Thru KFC je. Kahkahkahkahkah. Lepas tu ingat nak masuk Highway Plus lah kan. Tapi, tak juga 😂 Suami Sya pusing balik ke arah jalan rumah kami. Cuma tak masuk simpang untuk ke Bandar Enstek je. Huhu.. 

Kami menuju ke arah Jenderam dan Putrajaya. Sya masih cuba berusaha meneka destinasi yang akan dituju 💪🏻💪🏻 Putrajaya lah Cyberjaya lah Kuala Lumpur (KL) lah Genting Highlands lah Cameron Highlands lah. Tapi, masih tak dapat jawapannya. 

Dan akhirnya kereta Honda Sya yang dipandu oleh Suami Sya lebih menuju ke arah Putrajaya. Maka terjawab terus teka-teki Sya untuk destinasi atau tempat Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami pada tahun ini di mana~ Huhu.. Tak sangka pula Sya ada Hotel lain selain Pullman dan The Everly di Putrajaya ni. Pulse Grande Hotel ni pun sebenarnya dulu adalah Shangri-La Hotel rupanya.

Kami sampai di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni lebih kurang pukul 16:00 PM ++ macam tu. Sampai je kami terus Parking kereta dan naik Buggy untuk ke Lobby Hotel bagi urusan Registration dan Check-In. 

Ok. I was really surprised and touched when I saw A Couple of Swan with Red Rose Petals and Balloons on white clean bed in Hotel room! Ya Allah! Siap ada Anniversary's Cake and Fruits lagi!

Speechless :")

Anniversary's Cake and Fruits

Our "Bathroom" ;)

Our Room 402 :)

Again, Suami Sya tak beritahu Sya aktiviti atau Tentative kami yang seterusnya apa ia. Rupa-rupanya malam tu kami ada "Candle Light Dinner" 🍽️ Huhu.. Mujur Sya bawa baju yang bersesuaian untuk kami Suami Isteri malam tu. And no wonder lah Suami Sya just beli 1 Set Dinner Plate KFC je petang tu.

Cuma lokasi "Candle Light Dinner" je tak tahu malam tu. Sebab lepas bersiap, kami naik Buggy pergi ke kereta. So, Sya ingat "Candle Light Dinner" kami tu di luarlah kan. Rupanya kami ke kereta hanya untuk menukar kasut dan naik semula Buggy menuju ke Hotel 😂

Macam ni rupanya "Candle Light Dinner" ek. Huhu.. Sampai-sampai je di Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya kami disambut khas oleh Staff Hotel yang membawa kami terus ke Meja dan Kerusi Makan yang ditempah khas untuk kami makan malam berdua di situ. Juga ditarikkan Kerusi untuk kami duduk. Huhu.. Best nya! Rasa malam tu malam kami yang punya. Special sangat rasa! 💖

Candle Light Dinner @ Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Our Romantic 5 Course

Untuk Menu "Binding of Love" dan "Stronghold of Love" boleh pilih antara satu sahaja. So, Sya pilih Binding of Love (Fish) manakala Suami Sya pilih Stronghold of Love (Beef).

Our First Menu :)
Lembut dan gebu betul Bun ni!

Sooths of Heart :-
Cream of Mushroom Soup Served with Garlic Bread

Binding of Love :-
Sea Bass Crispy Cannolo with Melon and Momataro Salad

Stronghold of Love :-
Traditional Beef Wellington Mushroom Confit And Noisette Potato

Sweet Ending :-
Warm Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream

Untuk Menu kami yang ke-5 Sya tak sure sama ada Coffee & Tea dan Sparkling Jus atau Anniversary's Cake yang kami dapat ni 👇🏻


Tapi, rasanya Anniversary's Cake ni tak termasuk dalam Romantic 5 Course ni. Kek ni rasanya pihak Restoran Hotel bagi free sempena Anniversary kami.

So, rasanya Coffee & Tea dan Sparkling Jus lah kot kami punya Menu yang terakhir. Cuma Sya lupa pula nak ambil gambar Tea ni lah 😅

Overall ok lah. Not bad. Walaupun tahun ni kami hanya Celebrate Wedding Anniversary kami di dalam Malaysia sahaja dan walaupun sebelum ni Sya pernah berikan hint sebenarnya kepada Suami Sya untuk dia buat semua ni 🤣memandangkan dia tak dapat nak sponsor percutian kami ke luar negarakan
tahun ni.

Anyhow, I'm still happy and I'm blessed! :") 

Thank you so much, Abang for every single effort you made for our 6th Wedding Anniversary ni. Thank you for this Romantic, Awesome, Great and Wonderful Surprise 😚😘

Ok, lepas "Candle Light Dinner", kami terus balik bilik untuk letak Kek yang dapat tadi. Tak boleh nak makan lagi waktu tu sebab kami dah kenyang sangat! Mana taknya, dah lewat petang kami makan KFC dan Kek yang ada dalam bilik. Pukul 20:00 PM macam tu pula kami dah ber "Candle Light Dinner." Dah letak Kek, kami duduk dulu di Sofa luar berdekatan bilik kami sambil menikmati pemandangan di waktu malam sebelum masuk semula ke bilik untuk beradu.. Mueheheh.

Berlatarbelakangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Masjid Putra :)

Keesokkan harinya, kami turun Breakfast dan berjalan-jalan di Swimming Pool sebelum Check-Out pukul 13:00 PM. Kami minta late Check-Out. Hehe.

Maka, berakhirlah short vacation kami selama 2 hari 1 malam di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni sempena Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-6.

Insyaallah, ada rezeki tahun depan nanti Ayang belanja Abang ke South Korea ye! Cuma bezanya kali ni Ayang tak keluarkan duit Ayang sendiri. 100% sponsored by Shaklee ;) Insyaallah2, nak try sebaik mungkin dan sehabis baik untuk dapatkan 2 Tiket Regional Trip Shaklee yang MEWAH secara PERCUMA ni untuk kita berdua nanti. Kalau tak pun, Ayang akan kumpul Bonus Shaklee dan Instant Cash SPA yang Ayang dapat for our next Wedding Anniversary 💪🏻💪🏻

Last word from me, "HAPPY 6TH WEDDING ANNIVERSARY, ABANG!" May Allah S.W.T. bless our Marriage sampai Syurga-NYA and make it easy for us to get a Baby. Kalau boleh biarlah Twins Boy and Girl terus. Senang. Hahahahaha..

나는 너를 사랑해 💋

Friday, 1 February 2019

Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER!

Assalammualaikum dan Salam Jumaat semua! Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Amin, insyaallah.

NEW MONTH
NEW BEGINNING
NEW MINDSET
NEW FOCUS
NEW START
NEW INTENTIONS
NEW RESULTS

Dah sebulan berlalu bagi Tahun 2019. Maknanya berbaki 11 bulan lagi untuk kita menuju ke Tahun 2020. Wah! Semakin menghampiri Tahun 2020 dah rupanya dalam sedar tak sedar. Tetiba teringat pula pasal Wawasan 2020. Korang masih ingat lagi ke? Benda ni kita belajar masa sekolah dulu. Masa tu Sya ada terfikir jugalah. Sempat ke tak ni aku nak jumpa dan sampai ke Tahun 2020. Huhu.. How time flies! Korang sama juga ke macam Sya? Hihi.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Takkan kita masih nak berada dalam keadaan yang sama je kan. Betul? Allah cipta dan jadikan kita bukan saje2 tau. Tapi, untuk kita patuh dan taat setiap perintah serta suruhan-NYA dan menjauhkan atau meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh-NYA. Kita pun hidup untuk mencari dan mendapatkan keredhaan-NYA kan. Sebab matlamat kita adalah untuk masuk dan menjadi Penghuni Syurga-NYA di Akhirat kelak. Ini kalau kita bercakap soal Akhirat lah.

Bagaimana dengan kehidupan Dunia kita pulakan? Mesti kita pun ada matlamat atau impian yang hendak dikejar dan dicapai. Kalau tak, hidup kita akan sama je setiap hari sampailah Allah menjemput kita kembali semula kepada-NYA. Ibarat kita memandu kereta tanpa hala tuju lah. Cuma yang bezanya, kalau kita Driving, Minyak habis kita boleh isi semula. Itu pun kalau ada duit lah. Huhu.. Kalau dah sampai Ajal kita, mana boleh kita nak minta Allah sambung balik nyawa kita kan. Jadi, pastikan hidup kita ni ada matlamat. Dan matlamat kita tu biarlah jelas. Apa yang kita nak capai dalam hidup ni.

Tapi, apa kena mengena pula dengan "Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER" ni kan. Sebenarnya, salah satu matlamat Sya adalah untuk mempunyai KEBEBASAN KESIHATAN (HEALTH FREEDOM) dan KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM).

So, kalau ada dalam kalangan korang yang mempunyai matlamat yang sama dengan Sya juga, korang bolehlah mulakan hari korang dengan menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan korang.

Kalau korang tanya Sya macam mana nak mula, Sya akan recommend dan suggest untuk korang cuba dulu mana-mana Starter Pack seperti di dalam Poster "Jom SHAKLEE : NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER" di bawah ini.

Jom SHAKLEE
NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER!

Ada 3 bentuk Starter Pack yang Shaklee offer special buat korang yang masih lagi belum menjadi sebahagian daripada Keluarga besar Shaklee. Antaranya adalah Wellness Starter Pack, Vivix Twin Starter Pack dan YOUTH Starter Pack.

Wellness Starter Pack dan Vivix Twin Starter Pack khusus untuk kesihatan dalaman. Manakala, YOUTH Starter Pack ni khusus untuk kesihatan dan kecantikan luaran.

Haish, untung sungguh korang yang masih belum menjadi Ahli Shaklee. Kalau Sya masih belum Ahli Shaklee, dah lama Sya grab mana-mana Starter Pack ni tau. Hahahahahah.. 😂 Sihat dan cantik ni sebahagian Wawasan 2020 lah 😜

Tapi, ada yang lagi best dan menarik bila korang grab mana-mana Starter Pack ni.


  1. JIMATTTTT sehingga 10% untuk setiap Starter Pack
  2. Terus dapat PERCUMA Keahlian Shaklee RM65
  3. PERCUMA penghantaran RM10
  4. Boleh dapat Harga Ahli setiap kali membuat pembelian selepas ini
  5. Dapat CASH BACK sehingga 11%
  6. Dapat hadiah PERCUMA (Setiap Starter Pack berlainan hadiah)
Manalah ada Produk yang kita beli dekat luar sana boleh dapat balik duit kita kan. Tapi kalau dengan Shaklee, Cash Back yang kita boleh dapat adalah MINIMA 5% JIKA UV (Point) kita tu cukup atau genap 150 UV dan ke atas hasil dari pembelian mana-mana produk Shaklee. MAKSIMA Cash Back Shaklee boleh offer sehingga 21%  Giler banyakkan?!

Macam Starter Pack ni tak payah risaulah kan. Memang terlebih-lebih UV dah 😂 Bahkan bukan setakat 5% tapi 11% kot Shaklee offer Cash Back! Selain tu korang boleh juga access ke Distributor Login Area dan join Support Group Shaklee di bawah Team Shaklee Sya, Star Light Family (SLF) untuk FREE Consultation and Guide in how to take the Vitamins or how to use the Skin Care Set. Anddddd kot2 lah suddenly korang rasa nak buat Business Shaklee untuk dapatkan pendapatan sampingan atau tambahan pun boleh tau!

Ok, bawah ni antara "Gifts" yang Shaklee akan berikan kepada korang apabila korang membeli mana-mana Starter Pack pada bulan ini.


FREE Pill Box for Wellness Starter Pack

1) FREE Vivix Red Tumbler (Limited Units) OR FREE Shaklee Shaker (600ml) - Laguna Blue for Vivix Twin Starter Pack
2) FREE YOUTH 5X Magnifying Mirror (L) OR FREE YOUTH Wristlet

Best kan?!

Jadi tunggu apa lagi?? Jom SHAKLEE!

NEW DISTRIBUTOR STARTER PACK OFFER ni pun akan berakhir pada 28 FEBRUARI 2019. Nak ikutkan Shaklee dah offer lama dah untuk Starter Pack ni tau. Since December 2018 lagi. 3 bulan dah Shaklee offer. Kalau masih tak nak sambar dapatkan tak tahu nak cakap apa lagi. Berminat boleh contact Sya seperti di bawah 👇🏻🙂


Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

Tuesday, 15 January 2019

The Walking Beauty (TWB) : Kelas atau Kursus SPA Murah 2019



Hi, Assalammualaikum Semua! Dan Selamat Tahun Baru 2019! 🎆🎇

Sya harap masih belum terlambat lagi untuk Sya wish Happy New Year to all of you!

Ok, actually I have good news tau nak share dengan korang semua especially Pembaca tegar Blog Sya ni. Hehe. Ada ke yg tegar tu? 😂

New month, new year. Anddddd New TWB's SPA Pacakge also!

Haaaaa sure korang tak sabarkan nak tahu apa Pakej SPA yang TWB offer kali ni especially korang yang berazam nak buat duit banyak-banyak di Tahun Baru 2019 ni.

Sebelum tu Sya nak explain sikitlah apa itu TWB. Mungkin ada dalam kalangan korang yang baru jumpa Blog Sya ni ke kan. So, mesti ada yang tertanya-tanya apa ke benda TWB tu kan.

Untuk pengetahuan semua..
TWB ni stand for The Walking Beauty. TWB ni merupakan sebuah "Projek" SPA Bergerak Tanpa Kedai atau dalam Bahasa Inggeris nya Mobile SPA. Yang mana di dalam TWB kami menggunakan 100% produk-produk Shaklee.

Ok, clear eh setakat ni?

Shaklee tu apa pula? Shaklee ni sebuah Syarikat Makanan Tambahan atau Supplements dari United States (US) yang telah wujud sejak Tahun 1956 lagi. Dah 63 tahun. Lama giler kan?! Dah macam usia Ayah2 kita je 😂

Selain tu, produk-produk Shaklee ni 100% semulajadi, mesra alam dan insyaallah selamat serta berkesan untuk digunakan.

Ok, jom kita terus tengok Pakej Kelas atau Kursus SPA Terbaru TWB until Tahun Baru 2019 ni!


Pakej Kelas atau Kursus SPA Terbaru TWB 2019

Kelas SPA atau Kursus SPA yang kami tawarkan kali ini kami gelar Pakej Seret Beg! Kenapa Seret Beg? Sebab all-in. Complete. Habis je Training SPA, korang dah boleh terus ambil Customer SPA.

Training SPA kami pun insyaallah tak mengambil masa yang lama pun until belajar. Hanya 5 jam macam tu sahaja masa yang diperlukan untuk korang belajar semua 5 Kursus SPA TWB seperti yang tertera di dalam Poster di atas.

Ok, untuk gambaran lebih jelas lagi berkenaan Kursus SPA Bergerak Mobile SPA Tanpa Kedai TWB, korang boleh tengok gambar di bawah ni.


Sebenarnya Sya ni nak pergi Shaklee baru di Sunway Velocity Mall ni untuk Health & Wellness (H&W) Talk dengan Founder Project TWB, Master Ainul Shahrazad (MAS). So, sementara tunggu beliau bersiap tadi, Sya ambil kesempatan dan peluang ni untuk Update Blog. Hahahahahah.

Sekarang Sya dalam kereta dah untuk ke sana. Nanti kalau korang nak tanya apa-apa atau nak join, boleh terus contact Sya di bawah ye.

Insyaallah, lepas ni Sya akan update lagi berkenaan TWB from time to time. Bye! 





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Highclass Housewife
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
Proud Member & Trainer of TWB
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com

Friday, 16 November 2018

Doktor Azizan Osman (DAO) : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN

Sambungan dari post FB : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN OLEH DOKTOR AZIZAN OSMAN (DAO).

Boleh tengok dekat link ni 👉🏻 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762857077073740&id=100000484246032 utk 25 PERTAMA FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN. 

Ni bagi anda yang terus jumpa entry blog Sya ni dulu sebelum tengok post Sya di FB lah. Ada sebab kenapa Sya buat sambungan di Blog. Nak tahu pergi skodeng FB Sya sekarang cepat! 😂



26. Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

27. Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

28. Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti.

29. Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memeberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

31. Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak-anak.

36. Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

40. Percaya dengan apa yang anda lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.

42. Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang menggembirakan diri.

47. Jauhi dari stress dan juga orang di sekeliling yang stress, kerana stress akan memberi tenaga negatif kepada anda.

48. Bertanggungjawab terhadapa semua perkara yang anda lakukan.

49. Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.

Alhamdulillah.. Selesai pun Sya menaip untuk berkongsi dengan anda semua "50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN" oleh DAO ni.

Semoga perkongsian Sya ini dapat memberi manfaat buat diri anda dan dapat membantu menukar minda serta hati anda dari seorang yang negatif kepada seorang yang lebih positif, baik, kaya & berjaya 🙂





Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH), Natural Home & Mobile SPA
Certified Beautician & Certified Trainer of The Walking Beauty (TWB)
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Monday, 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB



Sya percaya sekarang ni sebut je The Walking Beauty (TWB) pasti ramai yang dah tahu dan pernah dengarkan? 

TWB sebuah Projek SPA Bergerak Tanpa Kedai atau dalam Bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Home SPA atau Mobile SPA yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan SPA Bergerak terus ke rumah atau pejabat atau tempat anda, malah TWB juga menawarkan Kelas atau Kursus SPA bagi anda yang memerlukan pendapatan sampingan (side income) atau pendapatan tambahan (extra income).

Sebut pasal income ni kan.. Mungkin biasa bagi sesetengah orang. Tapi, percayalah! Sesetengah orang yang anggap biasa ni akan anggap LUAR BIASA bila mereka dapat tahu yang TWB mempunyai sehingga 6 PENJURU INCOME yang boleh dimiliki 😋 Insyaallah, di akhir entry Sya ni nanti Sya akan beritahu apa 6 PENJURU INCOME TWB yang Sya sebutkan ni. So, stay tuned okay? 😉

Jom! Sekarang ni kita sama-sama baca dan tengok antara "10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB."

1) PRODUK SEMULAJADI, SELAMAT, MESRA ALAM & BERKESAN
  • Kami menggunakan 100% produk Shaklee di dalam Pakej Berpantang kami. Kami bukan setakat menyediakan perkhidmatan Urutan, Bertungku, Bertangas, Memakai Bengkong dan Memakai Param sahaja. Tetapi, kami juga menyediakan anda dengan Set Berpantang (Post-Natal Set) daripada Shaklee untuk anda amalkan setiap hari sehingga anda "merdeka" dari berpantang. Malah, walaupun anda sudah habis pantang, tapi anda tetap masih boleh terus mengamalkan Set Berpantang Shaklee ini setiap hari.

2) PAKEJ YANG LENGKAP UNTUK IBU & BAYI
  • Di dalam Pakej Berpantang TWB, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penjaggan si ibu sahaja, malah kami juga menyediakan perkhidmatan buat si bayi yang baru sahaja menjengah dunia ini.
  • Untuk si ibu, kami menyediakan Pakej Berpantang seperti Urutan, Bertungku, Bertangas, Memakai Bengkong dan Memakai Param atau Pilis atau Tapel.
  • Manakala, untuk si bayi pula adalah Mencukur, Mandian dan Tuaman.

3) CONFINEMENT LADY (CL) TWB BERADA DI SELURUH MALAYSIA
  • Ye, CL TWB berada di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Jadi tiada masalah untuk anda mendapatkan perkhidmatan untuk Penjagaan Selepas Bersalin atau Penjagaan Berpantang daripada CL TWB.
  • Sya atau mana-mana CL TWB akan bantu dan tolong aturkan jadual anda dengan CL TWB yang berhampiran anda.

4) CL TWB TELAH MENJALANI KURSUS BERPANTANG DENGAN GURU YANG BERPENGALAMAN
  • Semua CL TWB telah pun menjalani dan mengikuti latihan menguruskan ibu dalam pantang dengan seorang Guru yang sudah pun mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman menguruskan ibu berpantang. Guru kami ni asalnya dari Indonesia tau. Kalau orang Indonesia.. Fuh.. Dah tentu kemahiran dan teknik urutannya sangat best, sedap serta melegakan!

5) HOMEMADE PARAM, PILIS ATAU TAPEL
  • Ini paling best! Param, Pilis atau Tapel yang kami gunakan di dalam Pakej Berpantang kami adalah buatan sendiri. 100% homemade yang menggabungkan herba moden dan tradisional yang pastinya tidak terdapat di mana-mana kedai atau mana-mana Mak Bidan.

6) TEKNIK URUTAN YANG TIDAK MEYAKITKAN
  • Biasanya salah satu perkara yang akan dilakukan selepas bersalin adalah menaikkan peranakkan betul? Dan bila sebut pasal naikkan peranakan ni, hampir semua wanita termasuklah yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum pernah berpengalaman melahirkan anak akan rasa ngeri dan takut gara2 kebanyakkan Tukang Urut atau Mak Bidan yang agak kasar serta kuat ketika urutan menaikkan peranakkan dilakukan. Tetapi, dengan CL TWB insyaallah tiada lagi rasa ngeri, ngilu dan sakit ketika peranakkan dinaikkan. Malah, anda akan rasa seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku. Tahu2 peranakkan anda dah pun selamat dinaikkan.

7) TEKNIK TUAMAN (BERTUNGKU) YANG MELEGAKAN
  • Buah dada (Breast) yang membengkak akibat air susu badan tidak dikeluarkan sepenuhnya adalah perkara normal dan biasa bagi kebanyakkan ibu yang dalam pantang. Namun, jika anda menggunakan Teknik Tuaman (Bertungku) yang betul, insyaallah pasti masalah Breast bengkak dapat diselesaikan dengan begitu mudah, senang, tidak menyakitkan dan melegakan anda! 
  • Pada masa yang sama, kami CL TWB turut menyediakan vitamin atau supplement (makanan tambahan) daripada Shaklee seperti Lecithin, Sustained Release Vita-C Plus dan Garlic Complex yang insyaallah dapat lagi membantu mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan anda.

8) TANGAS KERING ATAU TANGAS BASAH




  • Terdeapat 2 jenis Tangas di dalam Pakej Berpantang TWB iaitu Tangas Kering dan Tangas Basah.
  • Anda boleh memilih jenis Tangas bagaimana yang anda ingin lakukan. Yang pasti kedua-dua jenis Tangas ini memberikan kesan yang sama dan memuaskan anda kerana ianya membantu membersihkan Miss V anda daripada Bakteria, Kuman serta membantu mengetatkannya lagi.

9) PEMAKAIAN BENGKONG YANG SANGAT SELESA

  • Pemakaina Bengkong yang CL TWB sediakan terdiri dari Bengkong Tali Kasut, Bengkong Tali Barut dan Bengkong Jawa.
  • Jadi anda boleh memilih jenis pemakain Bengkong yang bagaimana anda inginkan. Yang pasti pemakaian Bengkong daripada CL TWB sangat mudah, selesa, tidak menyakitkan dan memudahkan anda untuk berjalan mahupun buang air kecil atau besar.

10) SET BERPANTANG & MENYUSU 

  • Anda juga akan dibekalkan dengan Set Berpantang dan Menyusu Lengkap Shaklee seperti Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard.
  • Set ini insyaallah dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan luaran mahupun dalaman, membantu mengawal emosi, membantu mengembalikan tenaga yang hilang akibat melahirkan, membantu memeriahkan dan memekatkan lagi air susu badan.

Inilah dia antara "10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB" kami 😊 Sebenanrya banyak lagi sebab kenapa anda perlu memilih Pakej Berpantang TWB kami ni. Tapi, Sya rasa cukup dulu setakat ni Sya kongsikan dengan anda semua 10 sebab utama dahulu.

Jadi, jika anda atau ada ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan anda sendiri sedang mencari CL berhampiran anda yang boleh datang ke rumah anda mengikut hari dengan harga yang berpatutan.. Anda boleh terus menghubungi Sya dengan menghubungi Sya di talian +6019-4570213 atau Email Sya di yaeppenyeoja@gmail.com untuk Sya sendiri datang ke rumah anda atau untuk Sya aturkan anda dengan mana-mana CL TWB yang berhampiran anda 😊







Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Leader to My Awesome Team, Star Light Family (SLF)
Certified Trainer & Beauty Therapist
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com