Tuesday 18 February 2020

DAY 2 | Percutian ke Dubai, United Arab Emirates (UAE)

TWB Takes Desert Safari!

RABU, 25 DISEMBER 2019
Untuk hari kedua berada di Dubai, UAE.. Kami ke beberapa tempat seperti NAIF MARKET (سوق نايف), Dubai Creek dan Old Dubai sebelum kami ke Desert Safari beraktiviti di sana.

Kalau hari pertama dah best dan seronok sangat, hari kedua ni beronok-ronok hahahahahah terutamanya ketika berada di Desert Safari.

Untuk hari pertama dan kedua di Dubai, kami bergerak ke mana-mana sendiri kecuali semasa hendak ke Desert Safari sehingga hari terakhir kami di Dubai dan Abu Dhabi, kami menggunakan perkhidmatan Freelance Driver and Tour Guide. Itu pun kami jumpa Beliau melalui klook semasa booking Pakej Desert Safari dari Malaysia.

NAIF MARKET (سوق نايف)


Infront of NAIF MARKET (سوق نايف)
GATE no. 4

TWB Takes NAIF MARKET (سوق نايف)

Selepas Sarapan di Hotel, kami menaiki Teksi untuk ke NAIF MARKET ni. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 10 Minit sahaja. Tambang Teksi untuk ke sini adalah 20 AED (RM22.56) bahagi 6 orang so seorang cuma RM3.80 je. Hehe.

Breakfast @ Hotel : City Avenue Hotel, Al-Muteena Street

In the Taxi


Sukaaaaa sangat bila dah sampai sini! Rambang mata weh dengan Abaya2 dan Jubah2 yang dijual di sini! Kalau boleh semua Abaya dan Jubah nak dibelinya di setiap kedai yang ada dekat situ. Hahahahaha.. Tapi, yang pasti murah-murahhhhh dan Cantik2!

Kami apa lagi.. Mula memborong tak ingat berapa duit tinggal dalam purse! Ahahahahaha.. Selain Abaya yang kami beli untuk diri sendiri dan keluarga, kami juga beli Head Chain alah2 Minah2 Arab tu untuk dipakai ketika di Desert Safari nanti.


Bought Head Chain for Desert Safari Activities

NAIF MARKET (سوق نايف)

Dekat Malaysia punyalah payah nak cari benda alah ni. Kalau ada pun mahal giler dan tak menepati citarasa. Tapi, dekat NAIF MARKET melambak dengan harga yang dijual very affordable. Baru AED 20 (RM22.61).

Dekat sini bukan Abaya dan Jubah Wanita sahaja dijual. Malahan, Jubah Lelaki dan Perempuan Dewasa mahupun Kanak-Kanak turut dijual. Ada juga jual Perfume, Jewelry dan barangan elektronik.


NAIF MARKET (سوق نايف)

Al Borj St
Al Musalla St

Kebanyakkan penjual atau peniaga di sini adalah orang luar bukan orang tempatan. Dan korang tak perlu risau sebab dekat sini korang boleh tawar-menawar lagi walaupun harga dah murah.

Di sini Sya beli Abaya untuk diri Sya sendiri, untuk Suami Sya, Ibu Sya, Ayah Mertua Sya dan Adik-Adik Ipar Sya. Untuk Mama Mertua Sya, Sya dah beli dulu ketika berkunjung ke Global Village.


KHANDAN MUHAMMAD HASHIM TRADING (I.J.C.) BR,
NAIF MARKET (سوق نايف)

KHANDAN MUHAMMAD HASHIM TRADING (I.J.C.) BR,
NAIF MARKET (سوق نايف)

Dah selesai shopping di NAIF MARKET ni.. Kami berjalan kaki untuk ke Dubai Creek pula.


Dubai Creek

Tak ingat berapa lama ambil masa untuk ke Dubai Creek. Tapi, memang terasa jauh jugalah bila jalan Kaki.. Huhu.. Susah nak cari Teksi yang ke arah Dubai Creek sebab kebanyakkannya tak nak ambil sebab dekat kata mereka. Lagi pun susah nak cari Teksi untuk 6 orang penumpang punya. Itu yang kami decide untuk berjalan Kaki je.

Bila dah sampai Dubai Creek.. Subhanallah! Cantik betul pemandangan dan Air Sungai dekat situ. Hilang dan lupa terus keletihan serta kepenatan berjalan Kaki tadi.


Dubai Creek

Dubai Creek
Apa yang best tentang Dubai Creek ni adalah kita boleh melihat Dubai Lama (Old Dubai) dan Dubai Baru atau Moden (New or Modern Dubai) sambil menikmati pemandangan yang sangat menenangkan menaiki Dubai Water Bus atau Abra Ride. Tambangnya juga murah! Hanya AED 1 (RM1.13) one way untuk seorang. So, pergi balik cuma AED 2 (RM2.26) je.


Dubai Water Bus @ Abra Ride

Dubai Water Bus @ Abra Ride

Dubai Water Bus @ Abra Ride

Dubai Creek

Dubai Creek

Dubai Creek

Dubai Creek

Dubai Creek

Old Dubai
Di Old Dubai ni kami tak banyak shopping sebab pertama boleh tahan mahal barang-barang yang dijual. Dah lah tak boleh nak tawar-menawar sangat. Dan sebab kedua pula kami dah tak cukup masa. Kami perlu sampai semula di Hotel kami, City Avenue Hotel sebelum jam 2:30 PM untuk ke Desert Safari pula. So, di sini kami hanya sempat beli Fridge Magnet sahaja.

Sebenarnya tak ada dalam itinerary pun untuk ke Dubai Creek dan Old Dubai. Sebab tu tak cukup masa. Tapi, memang puas hatilah kan sebab kalau bercuti ke luar negara menggunakan perkhidmatan Travel Agent, for sure lagi rushing rasa dan tak dapat pergi serta explore banyak tempat. Tak dapat nak sesuka hati tukar plan. Hihi.


Old Dubai

Old Dubai

Haish.. Kalau diingat kembali saat ni.. Memang boleh tersenyum dan tergelak sendirian lah. Mana taknya, time nak cepatlah time tu ada je benda jadi. Huhu..

Disebabkan kami dah kesuntukan masa, jadi kami terpaksa panggil Grab untuk kami balik ke Hotel.


Grab 

Sambil-sambil tu salah seorang Team #TWBDubai iaitu Kak Eeda tengah deal dengan Freelance Driver yang akan bawa kami ke Desert Safari untuk beri kami masa beberapa minit lagi. Ye lah, risau kalau kami ditinggalkan atau perlu bayar lebih untuk ke Desert Safari nanti disebabkan lambat. Mujur Driver kami tu boleh bertolak-ansur :)


ABRA

Ok, bila Grab dah sampai.. Driver Grab tu cakap Maps atau Waze dia tak boleh detect lokasi Hotel kami pula. Masakkkkk..... Dah lah kami nak cepat weh! Bila tak boleh nak detect memang entah mana-mana jalanlah kan dia bawa kami. Dia pula tak familiar dengan Al-Muteena Street tempat terletaknya Hotel kami. Sudahhhhh..... Hahahahaha..

Dan bila dah sampai di area Hotel kami, boleh pula dia terlepas simpang weh! Hahahahahadoiiiii.....

Sampai je Hotel masing-masing bergegas berlari naik ke bilik bersiap untuk ke Desert Safari. Masa ni Driver yang akan bawa kami ke Desert Safari dah sampai.

Fuh.. Rasa macam masuk Explorace pula. Semua benda kena cepat. Pergerakan pun kena laju. Pantas. Hahahahaha.. Kami semua sempat salin Baju kecuali Kak Eeda je. Huhu.. Kesian Kak Eeda sebab dia lah yang tolong book dan panggil Grab masa di Dubai Creek untuk balik ke Hotel, dia juga yang tolong deal kan dengan Driver Desert Safari tu. Sudahnya dia yang tak sempat nak tukar pakaian. Dia juga yang tolong cari dan book pakej untuk ke Desert Safari. 

Sebenarnya bukan apa.. Kak Eeda expert dan power bab2 ni semua.

Terima Kasih Kak Eeda!
Banyak sangat pahala Kak Eeda. Semoga Allah SWT permudahkan semua urusan Dunia mahupun urusan Akhirat akak pula lepas ni. Dan semoga bertambah lapang serta luas lagi rezeki akak.

Ok, sambung balik. Hehe.

Kami Solat Fardhu Zohor di Stesen Minyak. Mujur Driver kami adalah seorang Muslim. Indian Muslim from Kerala, India. Namanya Fariz. Oh, masa ni juga Kak Eeda ganti pakaian.



Selesai semuanya, kami meneruskan semula perjalanan untuk ke Desert Safari yang mengambil masa lebih kurang 1 Jam macam tu dari Hotel kami.


Make-Up dalam kereta je hahahahaha lepas Solat Jamak Takhir Asar - Zohor


Ready for Desert Safari!

Sepanjang perjalanan nak ke Desert Safari ni, kami hanya nampak Padang Pasir je. Tak banyak sangat bangunan apa entah lagi tumbuhan. Tapi, best lah. Sebab nampak dan rasa lapang. Luas.



Cuma, tak dapat bayangkan kalau Musim Panas macam mana. Sure panas gilerrrrr..... Ye lah, Summer di Dubai dan kebanyakkan negara lain selain dari Malaysia memang Panas bak hang! Panas yang tak boleh dibawa bincanglah orang kata. Huhu.. Bukan macam Malaysia. Panas Panas Malaysia pun still ada lembapnya. Negara lain Panas yang kering.

So, korang kalau nak bercuti di Dubai, make sure bukan masa Musim Panas ye.

Desert Safari
Jangan kata korang dah sampai Dubai kalau Desert Safari pun korang tak pergi. Hehe.


Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

TWB Takes Desert Safari!

Beli Aiskrim untuk hilangkan rasa mabuk akibat Dune Bashing

Macam-macam jenis Aiskrim ada di sini yang tak ada di Malaysia

Desert Safari

Desert Safari 

Ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di Desert Safari ni. Antaranya merasai pengalaman menunggang Unta di tengah Padang Pasir, Dune Bashing, Sand Ski, Quad Biking dan menaiki Belon Udara Panas (Hot Air Balloon).

Kalau korang pergi ke Desert Safari di sebelah Pagi, korang boleh tengok Sunrise. Kalau sebelah Petang pula, korang boleh tengok Sunset dan menyaksikan beberapa persembahan seperti Belly Dancing, Fire Eating serta Swirling sambil menikmati Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ.

Ada juga Overnight Safari : Late Night Dune Bashing and Stargazing.

Macam kami, kami ke Desert Safari sebelah Petang. Jadi banyak aktiviti sebelah Petang yang kami lakukan bersama kecuali Sand Ski, Quad Biking dan Hot Air Balloning.


Sunset @ Desert Safari


Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Masa ni kelakar. Hahahahaha! Tengah-tengah Sya rekod Video, Sya nampak Ain sedang dipakaikan kain di Kepalanya oleh penjual di situ. Dia pula boleh je berhenti berdiri biarkan orang tu pakaikan dengan Muka innocent nya. HAHAHAHAHA! Mujur Sya tak kena. Mungkin sebab Sya always busy merekod kot. Huhu.. So, penjual-penjual dekat situ tak berani nak ganggu.

Tapi, ye lah kalau Sya jadi Ain pun Sya ingat benda alah tu free. Hahahahaha.. But, the fact is zaman sekarang ni semua benda bermain dengan Duit dah. Lagi-lagi kalau kita bercuti memang di tempat perlancongan.

Cuma sebenarnya Fariz dah pesan awal-awal. Jangan ambil apa-apa kalau ada yang offer kami barang. Even untuk orang ambil gambar pun jangan. Sebab semua tu mereka akan charge nanti.

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Desert Safari

Camel Ride

Oh, ye. Terlupa pula nak beritahu. Camel Ride yang Sya dan Team #TWBDubai naik ni kena bayar AED 20 (RM22.61) seorang. Sebenarnya ada je yang free, tapi kena beratur panjanglah. Panjang sangat. Masa tu pula dah nak gelap. Malam. Itu yang kami decide untuk tunggang Unta yang berbayar.

Camel Ride

Haaaaa jangan rasa pelik dan gelakkan tau bila tengok gambar Sya naik Unta ni tutup Mata. Ahahahahaha.. Sumpah seram dan takut weh bila Unta ni mula bangun berdiri! Tinggi sangat! Lagi tinggi dari Kuda. Dah lah sejuk petang tuuuuu..... Memang double triple lagi menggigil.

Terbayang juga kalau tiba-tiba Unta tu mengamuk ke apa kan.. Sya jatuh ke tercampak ke. Nauzubillahiminzalik.

Bukan apa, sebab Unta yang Sya naik ni asalnya dia macam moody tau. Goyang-goyangkan dan pusing-pusingkan Kepala dia macam protes. Itu yang buat Sya risau.

But, Alhamdulillah everything went well dengan izin Allah SWT =)

Merasa Sya naik Unta. Alhamdulillah.. Dan pada masa yang sama Sya bersyukur sangat sebab sambil-sambil tu Sya membayangkan macam mana kehidupan Rasulullah SAW dulu. 

Yang menjalani kehidupan harian termasuk Berniaga dan melakukan aktiviti-aktiviti Dakwah dengan hanya menunggang Unta. Bukan mudah dan senang ooooo nak tunggang Unta ni.. Sya yang naik untuk beberapa minit pun tak mampu nak bertahan. Apa entah lagi ketika zaman Rasulullah SAW, Keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda dulu yang memang menjadikan Unta ni sebagai main transportation mereka.

Camel Ride

Camel Ride
Kak Nurul je yang tak naik Unta. Katanya kesian, tak sampai hati nak tunggang Unta tu. Huhu..

Desert Safari

Henna

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Free Drinks

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Buffet Dinner : Arabic Food and BBQ

Candid :P

Belly Dancing

Belly Dancing

Belly Dancing

Belly Dancing ni Penari akan menari dengan pelbagai pergerakan tarian sambil menggunakan kain yang berlampu. Cantik. Kain tu yang Cantik. Hahahahaha..

Fire Eating

Fire Eating ni pula macam biasalah. Akan ada orang yang bermain dengan Api. Tapi, cara dia bermain dengan Api memang luar biasa. Apa yang pasti Mamat ni nampak Handsome dan Macho sepanjang tarian Api yang dilakukan. Ahahahahaha..

Masa ni agaknya bengang je Lelaki-Lelaki yang ada dekat sini terutamanya Pak2 Arab. Mana taknya, kami semua tepuk Tangan dan bersorak untuk Mamat ni tak ingat Dunia! HAHAHAHAHA!

Ye lah, time Belly Dancing amboiiiii kemain semua terutamanya yang Lelaki khusyuk tengok dan bersorak. Pak2 Arab yang tak boleh blah tu. So, kami apa lagi.. Saje nak "balas balik." Mereka ingat kami ni Perempuan tak ada nafsu ke? Ingat mereka je boleh bersorak. KAHKAHKAHKAHKAH.

Swirling

Swirling ni ada orang (Penari) yang akan membuat banyak tarian menggunakan Baju yang berlampu. Fuh.. Memang Cantik sangat! Baju Penari ni akan kembang dan nampak terang dengan pelbagai warna lampu.

Overall memang best sangat Desert Safari ni!

Macam Sunset atau Sunrise kita dah biasa tengokkan.. Tapi, yang lain-lain macam naik Unta dan Dune Bashing di tengah Padang Pasir serta Swirling first time untuk Sya. Oh, Belly Dancing pun first time juga. Hahahahaha.. Itu terkejut tu bila tengok Live Perempuan yang pakai "2 piece" menari depan Mata. Huhu..

So, korang yang dah berkahwin tak digalakkan datang ke sini di waktu Petang ye. Hahahahaha.. Seksi ooooo Perempuan yang menari tu. Yang dah berkeluarga pun tak digalakkan. Kalau nak juga datang di sebelah Petang, pastikan masa Belly Dancing tu Suami dan Anak-Anak korang pergi merayau ke tempat lain sampai Belly Dancing tu habis. Tak pun suruh dia orang tutup Mata. HAHAHAHAHA!!

Oh, ada satu benda yang Sya nak kongsikan dengan korang. Disaat Belly Dancing sedang berlangsung.. Di saat semua orang tengah bersuka-ria.. Alhamdulillah masih ada lagi Lelaki beriman yang sedang membaca Al-Quran di dalam Surau kecil yang disediakan di tengah Padang Pasir masa tu. Ada lagi seorang Lelaki Muda yang baru selesai menunaikan Solat rasanya baru keluar dari Surau masa tu.


Agaknya asbab mereka ni lah Allah SWT masih jaga, lindung dan pelihara kami semua yang berada di Desert Safari masa tu dari ditimpa sebarang bencana dan malapetaka.

Apa-apa pun semua ni menjadi suatu kenangan, memori dan pengalaman yang tak akan Sya lupakan sampai bila-bila.

Maka, berakhir sudah percutian kami Team #TWBDubai untuk hari kedua di Dubai.

Kami pulang semula ke Hotel untuk Solat, berehat dan tidur sebelum kami menyambung aktiviti untuk hari ketiga di Dubai keesokkan hari.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment