Monday 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB



Sya percaya sekarang ni sebut je The Walking Beauty (TWB) pasti ramai yang dah tahu dan pernah dengarkan? 

TWB sebuah Projek SPA Bergerak Tanpa Kedai atau dalam Bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Home SPA atau Mobile SPA yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan SPA Bergerak terus ke rumah atau pejabat atau tempat anda, malah TWB juga menawarkan Kelas atau Kursus SPA bagi anda yang memerlukan pendapatan sampingan (side income) atau pendapatan tambahan (extra income).

Sebut pasal income ni kan.. Mungkin biasa bagi sesetengah orang. Tapi, percayalah! Sesetengah orang yang anggap biasa ni akan anggap LUAR BIASA bila mereka dapat tahu yang TWB mempunyai sehingga 6 PENJURU INCOME yang boleh dimiliki 😋 Insyaallah, di akhir entry Sya ni nanti Sya akan beritahu apa 6 PENJURU INCOME TWB yang Sya sebutkan ni. So, stay tuned okay? 😉

Jom! Sekarang ni kita sama-sama baca dan tengok antara "10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB."

1) PRODUK SEMULAJADI, SELAMAT, MESRA ALAM & BERKESAN
  • Kami menggunakan 100% produk Shaklee di dalam Pakej Berpantang kami. Kami bukan setakat menyediakan perkhidmatan Urutan, Bertungku, Bertangas, Memakai Bengkong dan Memakai Param sahaja. Tetapi, kami juga menyediakan anda dengan Set Berpantang (Post-Natal Set) daripada Shaklee untuk anda amalkan setiap hari sehingga anda "merdeka" dari berpantang. Malah, walaupun anda sudah habis pantang, tapi anda tetap masih boleh terus mengamalkan Set Berpantang Shaklee ini setiap hari.

2) PAKEJ YANG LENGKAP UNTUK IBU & BAYI
  • Di dalam Pakej Berpantang TWB, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penjaggan si ibu sahaja, malah kami juga menyediakan perkhidmatan buat si bayi yang baru sahaja menjengah dunia ini.
  • Untuk si ibu, kami menyediakan Pakej Berpantang seperti Urutan, Bertungku, Bertangas, Memakai Bengkong dan Memakai Param atau Pilis atau Tapel.
  • Manakala, untuk si bayi pula adalah Mencukur, Mandian dan Tuaman.

3) CONFINEMENT LADY (CL) TWB BERADA DI SELURUH MALAYSIA
  • Ye, CL TWB berada di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Jadi tiada masalah untuk anda mendapatkan perkhidmatan untuk Penjagaan Selepas Bersalin atau Penjagaan Berpantang daripada CL TWB.
  • Sya atau mana-mana CL TWB akan bantu dan tolong aturkan jadual anda dengan CL TWB yang berhampiran anda.

4) CL TWB TELAH MENJALANI KURSUS BERPANTANG DENGAN GURU YANG BERPENGALAMAN
  • Semua CL TWB telah pun menjalani dan mengikuti latihan menguruskan ibu dalam pantang dengan seorang Guru yang sudah pun mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman menguruskan ibu berpantang. Guru kami ni asalnya dari Indonesia tau. Kalau orang Indonesia.. Fuh.. Dah tentu kemahiran dan teknik urutannya sangat best, sedap serta melegakan!

5) HOMEMADE PARAM, PILIS ATAU TAPEL
  • Ini paling best! Param, Pilis atau Tapel yang kami gunakan di dalam Pakej Berpantang kami adalah buatan sendiri. 100% homemade yang menggabungkan herba moden dan tradisional yang pastinya tidak terdapat di mana-mana kedai atau mana-mana Mak Bidan.

6) TEKNIK URUTAN YANG TIDAK MEYAKITKAN
  • Biasanya salah satu perkara yang akan dilakukan selepas bersalin adalah menaikkan peranakkan betul? Dan bila sebut pasal naikkan peranakan ni, hampir semua wanita termasuklah yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum pernah berpengalaman melahirkan anak akan rasa ngeri dan takut gara2 kebanyakkan Tukang Urut atau Mak Bidan yang agak kasar serta kuat ketika urutan menaikkan peranakkan dilakukan. Tetapi, dengan CL TWB insyaallah tiada lagi rasa ngeri, ngilu dan sakit ketika peranakkan dinaikkan. Malah, anda akan rasa seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku. Tahu2 peranakkan anda dah pun selamat dinaikkan.

7) TEKNIK TUAMAN (BERTUNGKU) YANG MELEGAKAN
  • Buah dada (Breast) yang membengkak akibat air susu badan tidak dikeluarkan sepenuhnya adalah perkara normal dan biasa bagi kebanyakkan ibu yang dalam pantang. Namun, jika anda menggunakan Teknik Tuaman (Bertungku) yang betul, insyaallah pasti masalah Breast bengkak dapat diselesaikan dengan begitu mudah, senang, tidak menyakitkan dan melegakan anda! 
  • Pada masa yang sama, kami CL TWB turut menyediakan vitamin atau supplement (makanan tambahan) daripada Shaklee seperti Lecithin, Sustained Release Vita-C Plus dan Garlic Complex yang insyaallah dapat lagi membantu mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan anda.

8) TANGAS KERING ATAU TANGAS BASAH




  • Terdeapat 2 jenis Tangas di dalam Pakej Berpantang TWB iaitu Tangas Kering dan Tangas Basah.
  • Anda boleh memilih jenis Tangas bagaimana yang anda ingin lakukan. Yang pasti kedua-dua jenis Tangas ini memberikan kesan yang sama dan memuaskan anda kerana ianya membantu membersihkan Miss V anda daripada Bakteria, Kuman serta membantu mengetatkannya lagi.

9) PEMAKAIAN BENGKONG YANG SANGAT SELESA

  • Pemakaina Bengkong yang CL TWB sediakan terdiri dari Bengkong Tali Kasut, Bengkong Tali Barut dan Bengkong Jawa.
  • Jadi anda boleh memilih jenis pemakain Bengkong yang bagaimana anda inginkan. Yang pasti pemakaian Bengkong daripada CL TWB sangat mudah, selesa, tidak menyakitkan dan memudahkan anda untuk berjalan mahupun buang air kecil atau besar.

10) SET BERPANTANG & MENYUSU 

  • Anda juga akan dibekalkan dengan Set Berpantang dan Menyusu Lengkap Shaklee seperti Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus, ESP, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard.
  • Set ini insyaallah dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan luaran mahupun dalaman, membantu mengawal emosi, membantu mengembalikan tenaga yang hilang akibat melahirkan, membantu memeriahkan dan memekatkan lagi air susu badan.

Inilah dia antara "10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB" kami 😊 Sebenanrya banyak lagi sebab kenapa anda perlu memilih Pakej Berpantang TWB kami ni. Tapi, Sya rasa cukup dulu setakat ni Sya kongsikan dengan anda semua 10 sebab utama dahulu.

Jadi, jika anda atau ada ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan anda sendiri sedang mencari CL berhampiran anda yang boleh datang ke rumah anda mengikut hari dengan harga yang berpatutan.. Anda boleh terus menghubungi Sya dengan menghubungi Sya di talian +6019-4570213 atau Email Sya di yaeppenyeoja@gmail.com untuk Sya sendiri datang ke rumah anda atau untuk Sya aturkan anda dengan mana-mana CL TWB yang berhampiran anda 😊







Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Leader to My Awesome Team, Star Light Family (SLF)
Certified Trainer & Beauty Therapist
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment