Thursday 13 February 2020

DAY 1 | Percutian ke Dubai, United Arab Emirates (UAE)

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Dah sebulan lebih balik bercuti dari Dubai, United Arab Emirates (UAE). Tapi, baru berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berada di sana. Huhu..

Ok, untuk Entry kali ni Sya akan share dulu Hari Pertama Sya dan Team The Walking Beauty (TWB) di sana.

Oh, ye. Sebenarnya Dubai ni adalah Annual Trip TWB. Setiap tahun Team kami TWB ni akan adakan Trip ke luar negara. Ini salah satu "keistimewaan" dan "kelebihan" bila korang join our Family, TWB. Boleh dapat dan mampu ke luar negara selalu walaupun korang seorang Suri Rumah tau :)


TWB Takes Global Village!

SELASA, 24 DISEMBER 2019
Kami touch down di Dubai International Airport (Airport Terminal 1) lebih kurang jam 12:02 AM (Local Time). Waktu Malaysia pula 4:01 AM. Ye 4 Jam beza. Dubai lambat 4 Jam dari Malaysia.

Suka sangat bila dah keluar dari Perut Kapal Terbang masa tu! Ye lah selepas mengharungi 7 Jam lagi perjalanan dari Guangzhou. Hahahahahah..

Paling best bila dah mula masuk Airport Dubai. Kagum dan seronok sangat bila nampak tulisan Bahasa Arab. Bahasa Arab kan Bahasa Al-Quran. Dan Bahasa Al-Quran pula adalah Bahasa Syurga. Baru tengok pun dah rasa seronok. Apa entah lagi kalau kita jadi Penghuni Syurga kan..


Dubai International Airport (Terminal 1)

Dan disebabkan Sya tak pernah jejak mana-mana negara Arab sebelum ni, jadi Sya sedikit terkejut dan kagum sekali lagi bila mana Sya nampak kebanyakkan orang atau Rakyat Dubai itu sendiri memakai Jubah atau Kandura siap sekali dengan Guthra dan Egal. Alah, Kain Putih yang dipakai di Kepala tu siap dengan macam Cekak tu. 

Selepas melepasi Immigration, kami terus mencari Prayer Room untuk berehat seketika dan menunggu masuknya Waktu Solat Fardhu Subuh jam 5:38 AM sebelum kami keluar dari Airport menuju ke Hotel.

Masa ni Sya sorang je tak tidur. Hahahahaha.. Walaupun sebenarnya letih dan penat giler! Tapi, sebab dah lama sangat tidur dalam flight.. Itu yang jadi tak ngantuk. Lagi pun risau juga kalau tak tersedar lepas tu kalau dah start tidur. Haha..

So, masa ni Sya buatlah apa yang patut.. Kemas luggage, gosok gigi, cuci Muka, salin pakaian dsb. Yang lain ada yang dah siap berkemas sebelum mereka sambung berehat dan tidur.



Risau juga sebenarnya masa tidur dalam Surau tu. Lagi-lagi bila dah masuk Subuh. Sebab orang masuk keluar Surau untuk Solat. Kami pula berehat dan tidur siap tutup lampu. Memang gelaplah Surau kan! Huhu.. 

Tapi, orang tempatan dekat situ sendiri baik dan faham. Bila dia dah buka lampu, dia tutup balik lepas dia keluar tu. Ini yang best bila kita bercuti di negara Islam. Tapi, kami tetap rasa macam serba salah. Tak lama lepas tu ada seorang Wanita Tunisia pula bersama dengan Anak Lelaki kecilnya join club kami. Hihi.

Selesai semua urusan kami di Surau, kami terus menuju ke Kiosk du untuk collect SIM Card yang kami beli secara atas talian melalui klook. Sebenarnya SIM Card ni percuma je kami dapat sebab dah dipakejkan sekali dengan Tiket untuk naik ke Burj Khalifa. Dalam SIM Card ni ada kredit 5 AED.


du Kiosk

Untuk collect SIM Card ni perlu tunjukkan bukti pembelian yang kami buat di Website klook tu dan setiap daripada kami perlu sertakan sekali Passport dan tiket flight dari Guangzhou (CAN) ke Dubai (DBX).

Pastikan korang simpan ye Flight Ticket korang! Jangan buang.


Got a Sim Card


Settle!

Kami menuju pula ke tempat Taxis untuk ambil Taxi ke Hotel. Disebabkan kami ramai lebih dari 4 orang, maka kami perlu naik MPV. Dan masa tu kami naik Limousine Mercedes terus kau! Kaya! Mewah! Haha..


Mercedes Limousine 

Inside the Mercedes Limousine

Tambang Limousine untuk ke Hotel kami City Avenue Hotel 70 AED (RM78.81) untuk 12 Minit perjalanan. Nampak mahal tapi sebenarnya murahlah sebab kami kongsi-kongsi bayar. Hehe. So, sorang cuma 12 AED macam tu je. Oh, cuaca masa ni 24° Agak windy lah. Sejuk.

Sepanjang perjalanan ke Hotel, Founder Project TWB, Pn. Ainul Shahrazad atau Master Ainul Shahrazad (MAS) berkongsi cerita berkenaan Dubai dan pengalaman Beliau ke Dubai sebanyak 9X sebelum ini. Seronok sangat dengar! Rasa macam dah tour Dubai dengar Beliau bercerita! Haha.. 

Sebab tu setiap kali Trip TWB kami, kami tak perlukan mana-mana Tour Guide sebab Founder kami sendiri dah merantau banyak negara. Hehe. Dan sebab tu juga Trip TWB kami Trip yang semua orang mampu pergi! Dari segi Tour Guide kami dah jimat kos banyak sangat dah. Heeeee.....

Sampai di Hotel kami tak boleh check-in lagi. Jadi kami minta izin dengan Staff di Hotel untuk kami letakkan luggage kami di Hotel sementara kami nak keluar JJCM dulu. Hehe. Dan pada masa yang sama kami nak explore Dubai Metro.


CITY AVENUE HOTEL

Kami Breakfast di Silver Eagle Restaurant (Restoran Pakistan) yang terletak berdekatan dengan Hotel kami. Murah-murah je weh! Sedap pula tu! Yummy!


Silver Eagle Restaurant

At Silver Eagle Restaurant

At Silver Eagle Restaurant

Dah kenyang kami meneruskan perjalanan (berjalan Kaki) untuk mencari Metro Dubai yang berhampiran iaitu Salah Al Din. Ambil masa dalam 15 Minit je. Tapi, biasalah banyak pit stop bila nampak ada background yang Cantik untuk bergambar. Haha!


Bustop with Air-Conditioner and Free WiFi. Fuh..

Our second pit stop after we had Breakfast.
Haha..

Sampai je di Salah Al Din, setiap daripada kami beli Nol Card (RTA 1 Day Pass) yang berharga 22 AED (RM22.77). Memang syiok lah.. Sebab boleh jalan-jalan sekitar Dubai seharian menaiki Train dan Tram!

Fares and Fines

Nol Cards

Fines Table

Ticket Office / Information

Salah Al Din Station

Korang boleh tengok Dubai Metro & Tram Map ni. Kalau korang stay di Al-Muteena Street dan bercadang untuk naik Train & Tram.. Korang boleh terus ke Stesen Salah Al Din. Sebab stesen ni paling dekat. Dah sampai jangan lupa beli Nol Cards dulu.

Dubai Metro & Tram Map

Dari Salah Al-Din, kami naik Train untuk ke Union. Dan dari Union kami berhenti di DAMAC atau Jumeirah Lakes Tower (JLT) antara dua ni lah untuk merasai pengalaman menaiki Tram pula. 

Nak bagi mudah dan senang faham, laluan yang berwarna Merah adalah laluan yang menaiki Train manakala laluan Tram adalah yang berwarna Ungu.

Dah habis laluan Tram kami ikut haha kami naik Train semula dan sambung duduk dalam Train sambil menikmati pemandangan sehingga ke UAE Exchange sebelum kami berpatah balik ke Union seterusnya ke Salah Al Din.

Ok, disebabkan dah seharian berada di luar.. Badan, Kaki pun dah terasa letih, penat dan sakit sangat.. Jadi, kami tidak bercadang untuk ke mana-mana selepas itu. Tapi, bila dah sampai di Hotel, kami rasa rugi pula kalau hanya duduk di dalam bilik Hotel tanpa ada sebarang aktiviti.

Makanya malam tu kami pun beramai-ramai ke Global Village yang terletak di Sheikh Mohamed Bin Zayed Road and Emirates Road. Perjalanan dari Hotel kami ke Global Village ni mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kami ke Global Village menaiki Teksi. 

Tambang Teksi untuk ke Global Village adalah 78 AED (RM87.95). Macam biasa.. Tong tong duit Teksi.. Hehe. Manakala, harga Tiket untuk masuk ke Global Village adalah AED 17 (RM19.17).

GLOBAL VILLAGE, DUBAI

Global Village

Our Taxi

Bagus sangat Driver Taxi semua ni. Tetap Solat tidak kira walau di mana berada. Dan tidak kira walau terpaksa bentang Tikar sebagai pengganti Sejadah serta Solat di atas Jalan Raya. Masa ni dah masuk waktu Solat Fardhu Maghrib.

Seronok sangat bila dah selamat sampai di Global Village ni! Teruja! Mana tak nya. Kami disambut dengan kemeriahan warna lampu di situ. 

Global Village - TICKETS and ENTRANCE

Global Village ni sangat besar! Kawasannya pun memang lapang dan luas.

Global Village Map

Global Village ni sebenarnya sebuah tempat perlancongan, rekreasi, membeli-belah dan hiburan terbesar di dunia. It is also the region's first cultural, entertainment, family and shopping destination.

Lampu belakang ni tukar-tukar warna tau. Ada warna Hijau, Biru, Ungu, Merah, Merah Jambu, Oren, Kuning dll.
 






Terdapat 90 buah negara di dunia ini di dalam Global Village seperti Turkey, Australia, Paris, Pakistan, Egypt, Europe, America, Syria, Afghanistan, Azerbaijan, Lebanon, Iran, Yemen, Morocco, Bosnia, Iraq, London, Bahrain, Africa, India, Palestine, Jordan, Italy, China dsb. UAE sendiri pun ada. Malaysia je tak ada. Huhu..

TURKEY

SYDNEY, AUSTRALIA

PARIS / IRAQ?

PAKISTAN

AMERICA

SYRIA, AFGHANISTAN, AZERBAIJAN, LEBANON, EGYPT, IRAN, PALESTINE, JORDAN

IRAN, YEMEN

MOROCCO

LONDON

BAHRAIN-KUWAIT

AFRICA

INDIA

UAE

ITALY

Oh, ye. Barangan, makanan dan minuman yang dijual di dalam Global Villlage sangat mahal tau! Contoh, Dondurma (Turkish Ice Cream) je sampai AED 20 (RM22.52). Mungkin sebab tu tak ada negara Malaysia di sini. Sebab mahal untuk buka negara di Global Village ni.

TURKEY

Sepanjang di Global Village, kami cuma beli KARAK TEA, Jubah dan Perfume. Tapi, tak semua yang beli. Macam Jubah Sya dan MAS je yang beli. Perfume pula MAS sahaja yang beli. 

Itu pun khas dan special buat Kak Eeda. Sebab kebetulan hari kami ke Global Village ni adalah Birthday Kak Eeda. Cuma yang kelakarnya masa shopping Perfume ni Kak Eeda ada sekali. Haha.. Beriya Kak Eeda pun tolong MAS pilih Perfume yang best2 baunya. Rupa dia tak tahu yang Perfume tu untuk dia. Haha! 

Sya memang dah tahu dari sebelum kami ke Global Village lagi. Sebab Sya sebilik dengan MAS sepanjang di Dubai. So, mestilah tahu dulukan apa-apa. Hehe.

SYRIA

SYRIA

ROYAL PERFUME @ EGYPT if I'm not mistaken

Yang pasti kami semua tak lepaskan peluang untuk mencuba KARAK TEA, minuman WAJIB cuba bila sampai di Dubai.

KARAK TEA - Minuman WAJIB cuba bila dah sampai di Dubai!

Dah puas berjalan-jalan pusing-pusing Global Village.. Kami pun balik semula ke Hotel kami.. Balik ni kami naik Teksi juga. Asalnya kami nak naik Bas. Nak merasa naik public transport yang lain selain dari Dubai Metro dan Teksi. Nak jimat kos pengangkutan ye juga. Haha.. Tapi bukan rezeki kami sebab tak ada Bas yang pergi ke Al-Muteena Street. Makanya kami terpaksa ambil Teksi juga.

Kalau Teksi ni memang tak perlu risaulah kan.. Banyak dan melambak je yang tunggu dekat luar Global Village ni.

Maka berakhirlah percutian kami di Dubai, UAE untuk hari pertama.. Letih, penat tapi sangat puas hati!

Nasib baik ada OSTEMATRIX yang setia menemani kami sepanjang hari! Tanpanya mungkin malam tu kami dah duduk berehat tidur berdengkur dekat bilik Hotel kot? Haha..

OSTEMATRIX also takes Global Village. Haha..

Oh, ye. Dan nasib baik juga ada AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50 YOUTH ni. Kalau tak.. Memang kering habislah Kulit kami especially Kulit Muka.

Ye lah, bulan yang kami bercuti di Dubai dan Abu Dhbai, UAE ni adalah musim sejuk. Kulit memang boleh jadi kering kalau tak pakai any protection. Bercuti bercuti juga.. Kecantikan dan Kesihatan Kulit tetap kena jagakan.. Tak naklah setiap kali bercuti Kulit kering seterusnya bila balik Malaysia menyumbang pula kepada penuaan. Orang kata nampak Tua dari usia sebenar gara-gara Kulit yang kering tadi.

Same like OSTEMATRIX
AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50 YOUTH takes Global Village too! Hee..

So, korang kalau datang bercuti ke Dubai.. Jangan lupa untuk singgah di Global Village okay?!

InsyaAllah nanti Sya share pula kisah percutian Sya dan Team TWB Dubai untuk hari kedua pula ye.

Stay tuned and see you guys in my next entry! ;)

2 comments: