Sunday, 21 September 2014

"KAHWIN MUDA"

Bismillahirrahmannirrahim 
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~

Assalammualaikum semua! 

Semoga kalian semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. tak kira walau di mana sahaja kalian berada dan tak kira walau apa sahaja yg kalian lakukan. As long as, tak langgar syara', hukum DIA! =)

Alhamdulillah, usia perkahwinan saya telah pun 'berumur' 1 tahun 7 bulan 12 hari, hari ini. =) Saya berkahwin pd 9 Februari 2013. Actually, sepanjang saya bergelar seorang isteri, saya tak pernah terfikir pun nak update entry blog saya pasal 'Kahwin Muda.' Seriously! Sampailah 'adik-beradik' SHAKLEE saya. Ieka bg suggestion dkt saya utk tulis entry berkenaan 'Kahiwn Muda' ni.. huhu.. Thanks bakal 'zaujah' for the good idea I think! ;)


{DETIK PERKENALAN SAYA & SUAMI}

Saya dan suami saya mula berkenalan di awal tahun 2011. Kali pertama kami sms adalah pd 14 Februari 2011 and it was a Valentine's Day. Mungkin banyak pasangan kekasih yg sedang meraikan hari tersebut, tetapi bkn utk kami berdua. Ye lah, kalau nak raikan pun, bknnya kami berdua dah nikah pun. Kami pun baru je kenal masa tu. Hihi. Lg pun bkn ke HARAM kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. dan sebagai seorang yg beragama Islam utk menyambutnya???

Umur saya ketika itu baru sahaja 22 tahun dan umur suami saya sudah pun menjangkau 27 tahun. Ketika ini saya masih bergelar seorang mahasiswi dan sedang menjalani LI (Latihan Industri) atau praktikal Diploma saya. Manakala, suami saya seorang PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik).

<3 ORANG TENGAH <3

Actually, saya dan suami di'canon' kan oleh mama kpd suami saya dan juga kakak saya sendiri. Mama dan kak ngah bekerja di dlm sebuah syarikat swasta yg sama di Negeri Sembilan. 

Kalau dah JODOH....... 

[Situasi di dlm surau di syarikat]

Masa ni kak ngah saya berada di dlm surau. Kebetulan mama pun ada sekali. Kak ngah saya 'terdengar' perbualan antara mama dgn sorang 'colleague' kak ngah saya pasal kerisauan mama tentang anak lelaki tunggal mama yg belum berkahwin. Suami saya lah tu. Hikhik. Senang cerita, mama tgh nak carikan 'someone' for my husband lah time tu.. Huhu..

Bila kak ngah saya terdengar perbualan tu, kak ngah saya tanpa berlengah terus 'interupt' conversation diaorang. Nampak tak betapa kak ngah saya pun tgh risau utk carikan 'soul-mate' utk saya. Kalau fikirkan balik, saya masih muda kot.. masih bergetah. Upsss... wahahah. Senang cerita saya still muda and got some more time utk cari bakal suami saya. Maybe sikap saya yg 'friendly' dgn semua org yg buatkan kak ngah dan family saya risau saya berkawan dgn ramai lelaki.. Huhu.. But, please don't misunderstanding ok. I'm not a playgirl pun. Seriously! Saya jenis yg suka berkawan dgn semua org baik lelaki ataupun perempuan and saya tak nafikan saya memang mempunyai ramai kawan lelaki, cuma saya bknlah jenis yg akan atau suka keluar dgn mereka semua. Sekadar berbalas sms, komen di 'Friendster' (masa ni Friendster still famous), dan cakap phone je. Cakap phone ni pun kadang2 je. 

Note: Anda yg belum ada apa2 ikatan yg sah dan halal, jgn copy paste saya ok berbalas sms, komen2 di FS (now komen2 dkt FB), atau bercakap phone dgn mana2 yg bkn mahram. Dosa ooo... Semoga Allah S.W.T. mengampuni dosa2 saya...... :'(

Everything started after they became a friend! 

Kak ngah saya 'suggest' kan saya utk dikenalkan dgn suami saya. Mereka pun mulalah berbalas 'email' tanpa pengetahuan saya pun! Sampailah satu hari tu, kak ngah saya 'forward' kan email antara dia dan mama dkt saya. Sebab masa ni mama ada 'attach' gambar suami saya utk ditunjukan kpd saya.

1st time saya tengok husband saya dlm gambar ni lah. Huhu..
Cuba teka mana satu suami saya??? =P

Sebelum saya tgk gambar ni, saya baca dulu 'email' mereka and tahu tak apa perasaan saya time tu? Saya jadi 'marah' sikit dkt kak ngah saya sebab the way she replied mama punya 'email' seems like dia dah bg 100% harapan dkt mama! Sedangkan saya masa ni belum 'ready' lg nak 'serious' dgn sesiapa pun! Huhu..

Saya rimas tau bila kak ngah saya asyik 'update' saya pasal benda ni. Seriously! Dah lah saya tgh praktikal time tu. Banyak kot kerja nak kena buat. Tak menang tangan. Lepas tu kak ngah saya pulak asyik call pujuk saya supaya start berkawan dgn suami saya ni.

Sampailah satu hari tu, hari Valentine tu lah. Kak ngah saya call saya lg utk buat 'latest update.' Huhu.. Bila saya dah rimas, saya pun cakaplah dgn kak ngah saya.. bg je lah nombor telefon saya dkt suami saya tu sebab saya mana ada no telefon dia. Lepas saya ckp mcm tu dkt kak ngah saya, kak ngah saya punya 'excited' terus beria-ria bg no telefon saya dkt suami saya tu. 

Few hours after...

"Salam. Aishah. Saya hasri ni. Kenal ke?"

This was 1st sms I received from him (my husband now). Senyum sampai telinga ok! Muahaha!

Saya pun tak tahu mcm mana saya boleh tiba2 'senyum' when I received his sms for the 1st time! Inilah dinamakan 'JODOH' kot? Kihkih. Pd hal sebelum tu, amboiii bkn main tak naknya. Hahah.. Seriously funny bila ingat balik. Jual mahal lah konon... Kikiki.

Actually, suami saya dah lama dpt my phone number. Mama yg bagi. Tp, dia pun apa kurangnya. Jual mahal jugak. Bknnya nak text saya dulu pun. Bila kak ngah saya dah cakap dkt dia, barulah dia 'berani' nak text saya. Hihi.

Few months kami berkawan dgn berbalas sms. Cakap phone? Tak pernah ok sampailah kami berjumpa for the 1st time! Our '1st date' di Putrajaya. Time tu ada 'Hot Air Ballon event.'

A night before we all jumpa, itulah 1st time saya dgr suara suami saya. Menggigil jugaklah bila dah dial nombor suami saya. Haha.. Mungkin suami saya pun rasa benda yg sama? Muehee.. Saya lah yg kena call sebab saya yg akan dtg ke Putrajaya utk attend event tu. Saya dpt tahu pasal event tu pun drp suami saya lah. Kebetulan kak ngah saya pun mmg plan nak bawak her kids pergi tgk 'Hot Air Ballon' tu.. So, dah alang2 tu, saya pun join lah kak ngah saya pergi... Saya gerak dr Melaka dgn adik perempuan bongsu saya utk dtg rumah kak ngah di Senawang (Time ni kak ngah saya still menyewa di Senawang. Now, she lives in Bandar Baru Bangi, beli rumah dkt sana). Kemudian, kami pun gerak sama2 pergi ke Putrajaya..

[Curious & Nervous]

Bila dah sampai Putrajaya, kami semua (saya, adik, dan kak ngah) 'curious' nak tgk suami saya tu. Ups. Time tu not halal yet and belum jd suami pun. Hihi. 

Yg paling kelakarnya, saya dan adik saya saling meneka what car used by him. PTD. So, HONDA? VIOS? PERODUA Kancil? Hahah.. Looks like kitaorang ni 'materialistik.' Pd hal tak pun.. Just suka-suki je meneka...... Hee.. :D

At last, kami pun ternampaklah sebuah kereta PERODUA MyVi colour oren di tepi jalan.. =)
Sepanjang kami 'follow' kereta dia, Tuhan je lah yg tahu betapa dup dap dup dap nya saya time tu! Tak senang duduk bila nampak muka suami saya tu dkt mirror dlm kereta! Ahaha. xD

Itulah 1st time saya dan suami saya berjumpa dgn ditemani oleh kak ngah, anak2 dia, dan adik saya.. :) Setiap kali saya dan suami saya ingin berjumpa, kami akan ditemani oleh adik-beradik kami. Tak kiralah adik-beradik saya ataupun adik2 suami saya. Ok, tak naklah cerita panjang2 lg dah. Ini pun dah berjela-jela dah saya rasa. Hoho. Insyaallah, next entry saya, saya akan 'share' lg perjalanan hidup saya utk sampai ke hari bahagia saya dan suami...... See u all guys in my next entry!

Upcoming Entry:
<3 Merisik
<3 Pre-Wedding
<3 Wedding

NOTAKAKI: Terima kasih yg tak terhingga buat 'orang tengah' kami iaitu mama mertua saya, Hasnah binti Ujang dan kak ngah saya, Ainul Shahrazad binti Ab Razak. Mereka berdua ini adalah 'perantaraan' yg Allah S.W.T. hantar kpd kami sehinggalah kami akhirnya menjadi sepasang suami isteri yg sah dan halal di sisi-NYA serta agama Islam. Hanya Allah S.W.T. sahaja yg dpt membalas jasa mama dan kak ngah. Terima kasih sekali lagi. :') Tidak lupa terima kasih kpd kedua ibubapa saya dan bapa mertua saya serta kedua-dua keluarga kerana merestui perkahwinan kami berdua.

Semoga Allah S.W.T. merahmati kalian semua di dunia dan akhirat kelak....... 












4 comments:

  1. Ok ! Nadia tak sabar nak tunggu next entri :)

    ReplyDelete
  2. Alaaa... Nadia nieh.. hihi. Insyaallah2 Nadia. Sya try update asap for my next entry! Kalau tak, nak update mlm td jugak, tp En. Suami ckp esoklah pulak.. bahahah!

    ReplyDelete
  3. hahahaha aisyaaa so sweet... aku tergelak sorg2 ni baca.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahah. Tak payah nak gelak sangatlah kannn... kikiki. Sweet tak sweet? Kehkehkeh. Kalah drama Korea Winter Sonata kan?! Hihi

      Delete