Thursday, 13 April 2017

DAY 1 | Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia



Pantainya yang hijau kebiru-biruan dan tempatnya yang bebas pencemaran udara kerana tiada langusng kenderaan bermotor digunakan membuatkan sesiapa sahaja ingin bercuti di sini!

Lombok International Airport (LIA)

10 Februari 2017 yang lepas, Sya dan suami Sya baru balik dari bercuti di Gili Trawangan, Lombok, Indonesia. Hehe. Baru nak update blog pasal ni selepas 2 bulan balik bercuti.

Sebenarnya percutian kami suami isteri ni ditaja. Wah, macam artis dan selebriti je kan siap ada penaja percutian. Hihi. Dah macam rancangan Romantika di Astro pun ada. Hahahah.. Yang pasti kami bukan ditaja oleh Air Asia, tapi kami menaiki Air Asia ye. Hahaha.. Percutian kami ni ditaja oleh Perodua Malaysia ;) RM2600 tuuuuu tajaan untuk kami.

Nak tahu macam mana kami boleh mendapat tajaan percutian daripada Perodua Malaysia ni, boleh baca di sini http://isterihasriakhmal.blogspot.my/2017/02/percutian-percuma-bersama-perodua.html

Dah lama dah kami teringin nak bercuti bersama di Gili Trawangan ni. Kebetulan wedding anniversary kami jatuh pada 9 Februari. So, bila dapat travel voucher ni, kami terus decide untuk ke Gili Trawangan. Sebelum tu terfikir juga untuk gunakan travel voucher ni ke Korea atau Maldives. Tapi, sebab kami memang nak gunakan sebaik mungkin travel voucher RM2600 ni, kalau boleh tak nak langsung keluar duit sendiri, sebab tu kami pilih Gili Trawangan je. Kalau pilih Korea atau Maldives, mungkin kami dapat bercuti di sana sekejap je. Kalau nak lama pula kena keluarkan duit sendiri. Lagi pun Korea kami dah pernah pergi. Maldives pula insyaallah kalau ada rezeki, Sya akan ke sini bulan September ni dengan Team SPA The Walking Beauty (TWB).

FLIGHT DETAILS 


Flight Details 

Memandangkan flight kami untuk ke Lombok pagi, makanya seawal 5 pagi kami dah bangun bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Walhal perjalanan dari rumah kami nak ke KLIA2 tak sampai setengah jam pun! Hahaha.. Kami solat Subuh di KLIA2 terus. 

Lepas solat, kami terus cari tempat untuk breakfast. Kami breakfast di Burger King, KLIA2. Kami share makanan. Sebab biasanya pagi-pagi memang sistem penghadaman kami tunjukkan kredibiliti dia. Hahaha.. Lagi pun masing-masing excited nak pergi bercuti, itu yang tak berapa lalu nak makan. Hihi.

Ok. Ini macam biasalah. 
Set Kesihatan Asas Shaklee (Vita-Lea, B-Complex & SR Vita-C Plus) & Set Kurus Shaklee (Lecithin & Alfalfa Complex) W A J I B bawa ke mana-mana!
Lepas breakfast ngarppppp!!

Giler tak nak masuk pulau pakai heels? 
Kahkahkah.
Heels ni tujuan untuk nampak tinggi je bila bergambar. Hahaha..
Sya ada bawa kasut khas (Crocs) untuk dipakai setibanya di Gili Trawangan dan sepanjang di sana.

Crocs ni kami shopping di KLIA2 4 hari sebelum kami fly.
Buy 1 free 1 (Bayar ikut harga yang lebih tinggi dan of course Crocs suami Sya yang lebih mahal!)

Bergambar dulu sebelum take-off ;)
Yeay! Dapat duduk tepi tingkap lagi!
Sebelum ni fly ke Perth dan Korea pun dapat seat tepi tingkap. Hehe.
Duduk tepi tingkap best sebab dapat tengok luar dan yang paling penting dapat avoid dari pening kepala serta rasa nak muntah.
Masa ni kami tak ada bekalan Peppermint Ginger Plus Shaklee.
Kalau tak, nak duduk tengah ke bawah ke atas ke semua boleh jerrrrr :p

Oklah. Nak take-off dah. Byeeeee.. Doakan kami selamat mendarat di Lombok International Airport (LIA) ye semua.. Hihi.

Dalam perut kapal terbang Air Asia AK308..

Kami banyak habiskan masa dengan tidur hahaha sebab pagi tu kami bangun awalkan.. Selain tu kami baca magazine dan borak-borak.

Dan macam biasalah, beli makanan dalam flight itu wajib even dah breakfast sebelum tu. Sebab nak kill time kan. Tapi, masa pergi ni banyak heavy meals not available. Sudahnya kami kembali ke dunia kanak-kanak Ribena dengan membeli Nuggets.. 

Lepas kunyah dan telan beberapa ketul kapal terbang hahaha terus telankan pula 4 biji Ostematrix Shaklee. Lepas tu sambung zzzzz.. Nak kill time kill time ingat tu.. Hahaha..
Lagi pun Ostematrix ni tinggi kalsium. 
Waktu terbaik penyerapan kalsium yang optimum adalah ketika tidur.
Bangun dari tidur tu, fuh.. Segar terus badan!

Perjalanan yang mengambil masa +- 3 jam 10 minit tu akhirnya hampir berakhir.. Dah mula nampak dah Tiga Gili (Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air) dan Pulau Bali.

Subhanallah! Cantik sangat view dari atas!

Alhamdulillah.. Safely landed!

Perkara wajib buat lepas turun fligt. Hehe.
Angin kuat sangat masa ni! 
Rasa macam boleh terbang balik Malaysia guna tiupan angin je. Hehe. Ni hiperbola namanya. Nak beritahu betapa kuatnya angin masa kami turun je dari flight.
Mata sepet sebab matahari.

Masuk je dalam LIA, macam biasalah kena beratur dulu di kaunter imigresen. Lepas tu kena isi declaration form Kastam punya.

Fuh.. Lega bila dah lepas imigresen dan isi declaration form. Sekarang masa untuk cari sim kad. Mujur dekat LIA ni memang ada beberapa kiosk yang jual sim kad ni. 

Nama cewek ni Sonia

Kami beli internet yang 1GB sorang satu. So, total Rp. 40.000 (Lebih kurang RM13.34). Biasanya dekat airport harga untuk menu internet mahal sikit. Kalau nak murah, beli dekat luar. Tapi, sebab kami first time datang sini, so tak tahulah ada yang lagi murah. Dah keluar dari LIA ni baru tahu. Itu pun sebab ternampak papan tanda yang jual menu internet ni tepi jalan masa kami dalam perjalanan menuju ke tempat makan di Lombok sebelum meneruskan perjalanan kami ke Gili Trawangan. 

Nak cepat, mudah dan senang beli je dekat LIA ni terus. Sebab belum tentu Pak Supir anda ok dan rajin untuk singgah berhentikan anda semata-mata untuk beli menu internet ni. Dapat Pak Supir macam kami, berkecai harapannnnn..

Sim kad dah settle, sekarang misi untuk mencari "mangsa" untuk sewa teksi bersama. Hahaha.. Marah Kak Intan dengan Abang Izam nanti kalau baca. Hihi. Gurau je tadi.. Sebelum datang sini, kami ada buat bacaan sikit berkenaan tambang teksi untuk ke Gili Trawangan. Fuh.. Boleh tahan juga harga ia. Gulrp! IDR 250000 (RM83.42) untuk 1 teksi. Tapi, rupa-rupanya lagi mahal kami kena. IDR 350000 (RM116.78) Menangisssss.. 

Kebetulan ada orang Malaysia yang tengah cari teksi untuk ke Gili Trawangan. Dan orang Malaysia ni tak lain tak bukan Kak Intan dengan Abang Izam lah! Hihi. Nasib baik jumpa mereka berdua. Akhirnya kami sewa teksi berempat. So, jimat dan murah sikit. Dan kami minta tawar harga dengan Pak Supir yang bakal kami gunakan perkhidmatan teksinya ke IDR 300000 (RM100.10). Kiranya setiap pasangan hanya bayar dalam IDR 50000 (RM50.05). Perjalanan dari LIA ke bangsal / jeti / pelabuhan lebih kurang 2 jam. Kami menaiki teksi Toyota Avanza.

Kami singgah makan tengahari di Restoran Taliwang Alam Nyaman di Lombok. Menurut Pak Supir kami, Ariel Vokalis Peterpan pernah datang singgah makan di sini. Wuallahua'lam..



Antara menu yang kami berempat order adalah Ayam Bakar dan Ayam Goreng, Pelecing Kangkung serta Tempe Goreng. Air pula, Sya order Es Kelapa Muda Gelas dan air kosong. Suami Sya pula Jus Alpukat (Avocado) dan Kak Intan Soda Gembira. Abang Izam tak ingat pula dia order air apa. Huhu..

Not bad lah rasa semuanya. Kecuali Es Kelapa Muda Gelas Sya je yang tak berapa kena dengan citarasa dan tekak Sya. Kata Kelapa, tapi bila minum rasa Tembikai Susu. Sya ni dah lah memang tak suka Tembikai Susu. Last2 Sya bagi dekat Kak Intan je. Ayam dia kecil je. Macam Burung Puyuh. Ingatkan Burung Puyuh. Tapi, bukan. Memang ayam. Pelecing Kangkung sedap! Sebab ada sambal khas. Pelicing Kangkung ni ada kangkung, taugeh, kacang goreng dan satu lagi macam kelapa parut pedas-pedas masin.

Inilah Kak Intan dan Abang Izam tu!
Cantikkan Kak Intan ni? Hihi. Kak Intan ni sama umur dengan suami Sya.

Yang tudung biru ni cute :P

Dah kenyang, kami pun sambung semula perjalanan untuk ke Gili Trawangan.. Masa ni dah pukul 1:00 lebih ke 2:00 lebih macam tu. Kami niat jamak takhir. Memandangkan destinasi percutian kami tertumpu di Gili Trawangan, makanya kami tidak berhenti singgah di mana-mana tempat sekitar Lombok. Lagi pun kami nak kejarkan boat untuk ke Gili Trawangan. Kebetulan cuaca tak berapa elok masa ni. Mendung dan nak hujan. Ada lah kami lalu Kota Lama peninggalan Belanda dan Villa Hantu. Tapi, tak singgah pun. Kami dapat Pak Supir yang tak best! Bagi Sya Pak Supir kami hanya tahu nak cepat dan dapat bayaran je. 

Kami ni manalah tahu Villa Hantu ni rupa-rupanya ada view yang cantik. Pak Supir kami cuma ceritakan secara ringkas je disebalik nama Villa Hantu ni. Bukannya nak beritahu pun ada view yang cantik dan boleh berhenti bergambar. Tak apalah, lagi pun memang cuaca tak elok sangat masa tu. Angin kuat sangat, mendung dan nak hujan (Sedapkan hatiiiii..)

Dengar kata Villa Hantu ni dimiliki oleh seorang Mat Salleh. Tapi, Mat Salleh ni mati dan mayatnya tak ditemui. Sebab tu namanya Villa Hantu. Lagi pun dah lama sangat terbengkalai. Buat buat tak jadi.

Pinjam gambar google

Pinjam gambar Kak Husna dan suaminya yang sempat bergambar di Villa Hantu.
Mereka ni orang Malaysia kedua yang Sya dan suami kenal selepas Kak Intan dan Abang Izam. Hihi.
Sekarang kami dah jadi kawan di Facebook (FB) dan Instagram (IG) dah pun. Hihi.
Mereka ni baru berkahwin. Datang ke sini untuk berbulan-madu. Sweet kan?!

Ok, ada bad news masa kami masih dalam perjalanan untuk ke Gili Trawangan.

Pak Supir kami beritahu yang ombak besar dan pelabuhan tutup. WHAT?! Kiranya kami tak dapat nak menyeberang untuk ke Gili Trawangan. Pak Supir kami cadangkan kami tidur dan bermalam sahaja di Sengigi atau Lombok. Sebab katanya kalau nak juga ke Gili Trawangan kena tunggu sampai ombak ok. Dan expected ombak akan ok dalam 2 hari macam tu. 

Hoi! Giler ke apa nak kena tunggu 2 hari baru boleh masuk ke Gili Trawangan. Takkan lah kami nak keluarkan duit untuk bermalam di Lombok sedangkan asalnya kami memang kalau boleh tak nak keluarkan satu sen pun duit kami di sini. Ye lah, dah dapat tempat penginapan percumakan. Eksklusif dan privasi pula tu. Uwaaaaa.. Takkan nak lepaskan macam tu jeeeee.. Lagi pun nak tunggu 2 hari, masa tu dah 9 Februari kot! Dah lah kami dah plan untuk celebrate anniversary kami di sana. 10 Februari kami nak balik Malaysia dah.

Masa tu Allah je tahu betapa sedihnya Sya bila dapat tahu tak dapat nak cross ke Gili Trawangan. Sya menangis! Tapi, menangis dalam hati je lah. Tak henti-henti Sya doa supaya Allah permudahkan urusan kami untuk ke Gili Trawangan. Supaya Allah tunjukkan jalan lain untuk kami ke sana.

Masa ni Kak Intan dan Abang Izam macam dah pasrah. Mereka ok je kalau terpaksa bermalam di Lombok dulu. Argh! Tapi, Sya tetap nak ke sana! Reason nya macam Sya explain dekat atas tadi. Kadang geram juga dengan Kak Intan hahaha asyik cakap kalau dah terpaksa sangat dan memang tak boleh cross, bermalam je di Lombok. Pak Supir kami ni memang lagi sukalah kan kalau kami bermalam di Lombok.. Tak payah dia susah-payah bawa kami ke pelabuhan atau cari alternatif lain untuk bawa kami ke sana. Dan satu lagi sebab kalau kami bermalam di Lombok, ada besar kemungkinan kami akan gunakan lagi perkhidmatan teksi dia. Cis! Jual ikan (Selfish) betul! Lepas ni confirm tak deal dengan dia lagi kalau kami ke Lombok lagi.

Tapi, akhirnya Allah dengar juga doa dan rintihan hati Sya. Suami Sya call resort yang bakal kami menginap di Gili Trawangan bertanyakan cara untuk kami menyeberangi ke sana. Staff resort kami tu beritahu untuk naik boat di Teluk Beleq. Katanya ramai staff yang menyeberangi melalui Teluk Beleq ni. Bingo!

Akhirnya Pak Supir kami TERPAKSA bawa kami ke Teluk Beleq ni dalam keadaan marah dan tak puas hati! Bahahahah! Marahlah sebab dia sendiri sebenarnya tak tahu Teluk Beleq ni dekat mana. Sampai dia terpaksa berhentikan teksi di tepi dan tanya penduduk kampung di kawasan Teluk Beleq tu mana pelabuhan yang staff resort kami maksudkan tu. Oh, satu lagi yang buat dia marah sebab Sya dan suami tak call resort kami awal-awal. Sepatutnya masa kami berhenti makan di Taliwang Ayam Nyaman lagi kami dah call. Macam Kak Intan dan Abang Izam. Ekekekek. Tapi, ada hikmah kami tak call awal-awal. Mana tahu call awal-awal terus Pak Supir kami tak bawa kami ke mana-mana pelabuhan untuk kami ke Gili Trawangan.

Sekitar Teluk Beleq..

Teluk Beleq ni selekeh dan kotor sikit. Masa ni dah pukul 3:45 petang macam tu. Dah masuk waktu solat fardhu Asar. Cuaca masih tak elok. Mendung dan hujan renyai-renyai.


Masa ni Sya dah tukar heels Charles & Keith Sya kepada Crocs.
Hahaha..

Eh! Baru perasan terambil gambar mamat ni tengah menguap! Hahaha..

 
Hebat mak cik ni bawa telur ayam bertingkat-tingkat atas kepala

Pondok jual tiket boat untuk ke Gili Trawangan.
Harga tiket seorang IDR 20000 (RM6.67)

Penat sangat dah masing-masing masa ni.
Sya lagi penat sebab pakai heels. Hahaha.. Tapi, sampai dekat Teluk Beleq dah terus tukar pakai Crocs sampai balik Malaysia.
Rembat Airsickness Bag Air Asia siap. Masa ni dah tak tahan pening kepala dan nak muntah sangat. Tak sangka Sya mabuk laut rupanya! 

Perjalanan dari Teluk Beleq ke Gili Trawangan lebih kurang 25 minit. Boat yang kami naik ni buruk sikit sebab ini public boat bukan speed boat. Speed boat mahal! IDR 400000 (RM132.86). Tapi, cepatlah sampai Gili Trawangan. 10 minit boleh sampai dah. Cuma masa ni speed boat tak banyak yang beroperasi. Rasanya tak ada yang beroperasi pun masa dekat Teluk Beleq ni sebab ombak kuat. Orang sana cakap biasanya kalau ombak kuat, bahaya naik speed boat. Tak ingat pula kenapa bahaya.

Ok, selamat je sampai di Gili Trawangan, tak fikir apa dah. Walau asalnya plan nak bergambar dekat papan tanda tulisan "Gili Trawangan" yang besar dan warna-warni tu. Hari ketiga baru kami berkesempatan untuk bergambar di papan tanda ni. Penat sangat dah masa sampai ni. Dengan mabuknya lah. So, terus kami cari Cidomo (kereta kuda) untuk ke resort.

Suami Sya bersama Cidomo kami dan penunggangnya, Ozi.
Excited weh Sya masa dapat tengok Cidomo depan mata! Hahaha..
Ye lah, dekat Malaysia mana ada kita naik kuda nak pergi mana-mana.

Kami ke Sunset Palms Resort yang terletak di Nusa Tenggara Barat. Jauh sikit dari Akhir Pekan Gili Trawangan yang kami mula-mula sampai ni.  Tapi, resort kami dekat dengan pantai yang ada swing tu. Hehe. 3 minit dah boleh sampai kalau naik Sepeda. Jalan kaki pula dalam 5 minit. Tambang Cidomo kami adalah IDR 125000 (RM41.70) dan perjalanan mengambil masa 15 minit. Fuh! 15 minit je pun. Tambang kalahkan kita naik teksi dekat Malaysia. Dekat sini lah kami berpisah dengan Kak Intan dan Abang Izam.

Kak Intan dan Abang Izam ke Timur.

Mashaallah! Naik Cidomo ni kan sakit montottttt.. Hahaha.. Sebab jalan dekat Gili Trawangan ni tak berapa elok. Tak rata dan banyak pecah-pecah simen ia.

Selepas 15 minit perjalanan, akhirnya kami suami isteri selamat sampai di resort kami, Sunset Palms Resort!

Yihuuuuu.. Alhamdulillah.. Argh! Tak sabar nak masuk bilik berehattttt.. Kami disambut oleh pekerja-pekerja (staff) resort yang sangat baik, peramah dan murah dengan senyuman! Staff di sini kebanyakkannya lelaki dan rakyat Indonesia sendiri, tapi semua communicate dalam Bahasa Inggeris.


Receptionist 

Sepeda atau basikal.
Sewa untuk 1 sepeda / hari = IDR 50000 (RM16.65)
Kami sewa 2 Sepeda untuk hari Rabu dan Khamis.

Way to our bedroom.
Sebelum tu kena lalu dulu Palms Restaurant and Bar

Memang sesuai sangat dengan nama resort ni, Sunset Palms Resort.
Sebab memang baaaaanyak sangat pokok kelapa!
Lampu-lampu resort ni pun ada ukiran pokok kelapa.
Subhanallah. Nyaman dan tenang sangat dekat sini!
Oh, ye. Jalan ni bukan simen tau. Tapi, pasir. 

"Our" bedroom is No 7

Dekat sini ada 2 jenis bilik. 1) 1 bedroom luxury villas with private pools. 2) 2 bedroom luxury villas with private pools. Apa yang best dan menariknya tentang Sunset Palms Resort ni selain dari dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa, hanya terdapat 10 bilik sahaja di sini. Memang rasa eksklusif dan privasi sangat! Sebab tak bising dengan suara-suara penginap yang lain. So, memang sesuai sangat untuk honeymoon! Hihi. Lagi pun dekat sini ramai penginap Mat2 dan Minah2 Salleh. Rasanya kami suami isteri je kot orang Malaysia yang menginap di sini.

Tadaaaaa!! 
"Our" 1 bedroom luxury villas with private pools.


"Our" swimming pool.
Hehe.
Sejuk ooo setiap kali swim dekat sini. Sebab sentiasa ada angin yang kuat!
Kadang sekali dengan pakej hujan. Sya pernah je berendam dan swim dalam keadaan hujan tau. Mujur ada SR VITA-C PLUS Shaklee. Dengan izin Allah memang langsung tak demam atau selesema. Biasanya kalau dah kena hujan memang cepat je rasa nak demam. Tapi, masa ni tak pun. Alhamdulillah..

"Our" comfortable room.

Love the bed damn much!
Sebab ada kelambuuuuu


Pintu untuk ke tempat simpan barang, gantung pakaian dan bilik air



"Our" open air bathroom. Hehe.
Lantai bilik air ni nampak je macam berpasir, tapi sebenarnya tak pun.
Dan bilik air kami ni jenis yang open. Tak ada bumbung. Kalau malam-malam nak pergi bilik air buang air pun, memang sejuklah! Nak mandi pagi-pagi pun sejuk! Tapi, best! Tengah-tengah mandi tu boleh menikmati udara segar. Tengok atas nampak pokok-pokok kelapa ditiup angin. Tak ada bumbungkan.

Mosquito Lotion is also provided.
Sebab sini kan banyak palms tree kan.. So, nyamuk pun boleh tahan banyak. Huahuahua.
Nasib baik katil ada kelambu. Hehe.

Masa baru sampai ni plan nak berendam dalam pool, sekali hujannnnn..
Bukan rezeki kami untuk keluar berjalan-jalan dan tengok Sunset petang ni.
Sepanjang kami di sini petang memang akan hujan.
So, siapa yang nak bercuti di sini, pastikan anda tak datang pada bulan Februari okay.

Menikmati "welcoming juice" sambil memerhatikan keindahan ciptaan Allah yang sangat nyaman dan tenang!
Subhanallah!

Maka berakhirlah percutian kami suami isteri di Gili Trawangan, Lombok, Indonesia untuk hari yang pertama.. 

Malam ni kami tak keluar mana-mana pun. Nak pergi restoran resort ni pun tak pergi sebab hujan lebat, letih dan penat sangat! Tapi, perut lapar! Hahaha.. Akhirnya kami suami isteri pun tertidur dengan begitu asyik dan lena sekali! Hahaha..

Ok, nanti Sya sambung pula untuk hari yang kedua. Stay tuned! 

Kalau ada yang nak tanya apa-apa, boleh drop komen di bawah ok. Insyaallah, nanti Sya cuba jawab :)

Friday, 7 April 2017

Kursus SPA Termurah di Malaysia





Sambutan perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) sangat mengejutkan walaupun projek ini baru nak masuk usia 2 tahun!!

Ini kerana kos atau modal yang diperlukan untuk anda menjadi seorang Usahawan SPA yang sangat murah!

Carilah mana-mana kelas atau kursus SPA di Malaysia ini yang menawarkan harga serendah kami. Kami JAMIN tiada yang lebih murah berbanding kami. 

Kami bukan sahaja berkongsi dan menyediakan anda dengan ilmu-ilmu SPA, tetapi kami juga turut menyediakan produk-produk dan peralatan-peralatan SPA untuk anda mulakan perniagaan SPA anda sejurus selepas anda menghadiri Kursus SPA kami.

Dan yang paling penting sekali, kami mempunyai "Support Group SPA" yang besar dan cukup hebat! Kami tidak akan biarkan anda berseorangan terkontang-kanting tidak tahu nak mulakan perniagaan SPA anda macam mana selepas menjalani latihan praktikal (training) dengan kami.

Mobile SPA
Harga RM750
KINI RM699

Self SPA & Beauty Plus
KINI RM399 

Pakej Kursus SPA The Walking Beauty (TWB) kami terbahagi kepada 2 iaitu MOBILE SPA dan SELF SPA & BEAUTY PLUS SHAKLEE.

Namun, untuk anda yang berhasrat untuk membuka dan memiliki sebuah SPA atas nama anda sendiri, anda digalakkan dan perlu untuk memilih Pakej Mobile SPA kami yang berharga RM699 ini.

Kerana Pakej Mobile SPA kami ini lengkap untuk anda memulakan perniagaan SPA anda sejurus selepas latihan praktikal yang diberikan.




Pakej Mobile SPA @ RM699

Di dalam Mobile SPA ini anda akan diajar bagaimana cara-cara, langkah-langkah dan teknik-teknik facial yang betul serta berkesan. Dan antara modul yang akan diajarkan adalah :-

  • Radiant Facial 
  • Whitening Facial
  • Sensitive Facial
  • Anti-aging & Anti-wrinkle Facial (Resveratrol & Polyphenol Facial)
  • Face & Eye Treatment 
  • Basic Head & Body Massage
Selain itu, para peserta juga akan diberikan :-

  • Trial Kit SPA (Limited Edition) : Headband x 1; Facial sponge x 2; Facial brush x 1; Makeup Remover ; Cleanser; Scrub herba & Masker protin.
  • Produk hot Shaklee >>> Vivix dan 2 lagi produk Shaklee iaitu Sustained Release (SR) Vita-C Plus dan Ostematrix untuk kecantikan serta kesihatan dalaman.
  • Sijil penyertaan di bawah Syarikat Ainul D'Secrets yang dimiliki oleh Puan Ainul Shahrazad / Master Ainul Shahrazad (MAS) yang merupakan Founder Projek The Walking Beauty (TWB).
  • Modul latihan soft copy akan diberikan melalui email.
  • Lifetime (continuous) support group.
Self SPA & Beauty Plus @ RM399




Untuk Pakej Kursus SPA TWB kami yang kedua adalah Self SPA & Beauty Plus.

Pakej ini khusus buat anda yang minat dan sukakan kecantikan serta pentingkan penjagaan kesihatan dalaman, berkeinginan untuk ke SPA sekurang-kurangnya sekali sebulan atau dua kali sebulan, tetapi anda tidak mempunyai budget untuk anda laburkan (invest) setiap bulan.

Jadi, kami menawarkan anda Self SPA & Beauty Plus ini serendah RM399 dan anda sudah boleh menikmati SPA bukan setakat sebulan atau dua bulan sekali, malah hari-hari anda boleh ber SPA! 

Jangan risau! Kami juga menyediakan anda dengan :-


  • Trial Kit SPA (Limited Edition) : Headband x 1; Facial sponge x 2; Facial brush x 1
  • Makeup Remover 
  • Produk Shaklee - Sustained Release (SR) Vita-C Plus, Ostematrix & Herb-Lax untuk kecantikan serta kesihatan dalaman.
  • Video untuk anda rujuk bagi melakukan sendiri facial ke atas diri anda di rumah pada bila-bila masa sahaja.
  • Lifetime (continuous) support group.
Bulan April 2017 ini adalah sesi terakhir untuk harga RM699 dan RM399. Bermula Mei 2017 dan bulan-bulan seterusnya, harga Pakej Kursus Mobile SPA dan Self SPA & Beauty Plus ini akan naik berikutan pelarasan harga produk-produk Shaklee yang baru.

Jadi, sertai kami sekarang untuk harga meleleh air liur dan gigit jari ini! Sertai kami segera sementara masih lagi ada kekosongan!


Mobile SPA
Harga RM750
KINI RM699

Self SPA & Beauty Plus
KINI RM399

Jika berminat, sila SMS atau Whatsapp <Mobile SPA> <Nama Penuh> <Nombor Kad Pengenalan> ke +6013-4765930

ATAU

Jika berminat, sila SMS atau Whatsapp <Self SPA & Beauty Plus> <Nama Penuh> <Nombor Kad Pengenalan> ke +6013-4765930

Jom tengok sikit "Apa Kata Mereka" yang telah pun menyertai Kursus SPA di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) ini ;)













Mobile SPA

Harga RM750
KINI RM699

Self SPA & Beauty Plus
KINI RM399

Jika berminat, sila SMS atau Whatsapp <Mobile SPA> <Nama Penuh> <Nombor Kad Pengenalan> ke +6013-4765930

ATAU



Jika berminat, sila SMS atau Whatsapp <Self SPA & Beauty Plus> <Nama Penuh> <Nombor Kad Pengenalan> ke +6013-4765930