Wednesday, 17 September 2014

DUIT RAYA 2014 DRP EN. SUAMI~ Hee.. :D

Yeay!!! Akhirnyaaaaaaa.. yes! Akhirnya suami saya berikan juga 'duit raya@angpau' kepada saya...... (Senyum sampai telinga)

Hi! Assalammualaikum semua!



"UNTUK ISTERI ABANG TERCINTA: SITI AISYAH BINTI AB RAZAK"


Saya ingat saya tak akan dapat lagi duit raya daripada suami saya. Seriously! Kali pertama saya rasa dapat duit raya daripada seorang lelaki yang bergelar suami adalah pada tahun 2013 (tak ingat kita raya bulan berapa time ni. Julai? Ogos? hee..)

Macam sadis dan sedih sungguhkan kalau tahun ni tak dapat duit raya lagi. Ye lah, baru sekali kot rasa duit raya daripada suami!!! Takkan tahun kedua jadi isteri dah tak dapat duit raya lagi? Sepatutnya selagi mana saya bergelar isteri kepada suami saya, selagi itulah suami saya kena bagi duit raya dekat saya. Tak gitu? Ahahah. xD Nampak saya macam mata duitan pulakkan... dekat mata nampak ni je dah $$$. Hihi.

Actually, saya bukanlah seorang isteri yang mata duitan pun... Seriously! Cuma rasa seronok je bila still dapat duit raya walaupun dah berkahwin dan ada business sendiri. Kalau bukan suami saya yang bagi duit raya, siapalah lagi yang sudi nak bagi duit raya dekat saya yang dah besar ni kan...... Nak jugak setiap tahun tu fe'feeling' jadi kanak2 ribena! =p


[TOUCHING DI PAGI HARI]
AUGUST 27

Time saya dapat duit raya ni, time ni adalah hari terakhir raya untuk tahun 2014. Seriously saya memang dah tak fikir dah pasal duit raya daripada suami saya. Saya dah lupa and saya memang dah tak kisah sangat pun kalau betul lah suami saya memang tak bagi duit raya dekat saya (Ye ke tak kisah? ><) Betul2. Memang tak kisah dah pun. Hihi.

Time ni saya tengah bersiap-siap untuk pergi kerja di Bangi. Saya keluar masuk 'master bedroom.' Hari ni saya kena zzz (tidur) di sana sehari sebab suami saya kena balik ke Seremban untuk urusan rumah yang kami beli di Seremban Jaya Idaman (SJI) dengan pihak BSN. So, saya dah siap packing baju untuk saya tidur di Bangi. Saya letakkan beg sandang saya (I <3 Langkawi) dan handbag saya di penjuru katil. 

Masa saya nak isi/ambil barang dekat beg saya, TIBA2 saya terpandang 'angpau' dekat selit2 handbag saya! Apakah??? Time ni suami saya act like nothing happen. Suami saya time ni ambil cuti.. Time saya tengah siap2, suami saya berada di living room tgh surf internet. Ok, saya sangat terkejut ok bila saya ambil angpau tu dan baca apa yang tertulis dekat angpau tu...... *speechless* and saya tak perasan bila my tears mengalir. :'( 

Notakaki: Kalau abang baca entry ayang ni, ayang nak abang tahu yang ayang sayang dan cinta abang bukan kerana $$$ semata-mata, tapi kerana DIA. Yes. Because of HIM. Because of ALLAH S.W.T. Trust me. I don't know how to describe it, but what I can say is my love toward u is because of HIM. :')

Sekian~











P

No comments:

Post a Comment