Thursday, 1 May 2014

Saat Dia Meninggalkanku...

"1 MEI".  Hari Pekerja yg pasti dinanti - nantikan oleh mereka yg sememangnya bekerja.  Tidak kiralah sama ada mereka yg bekerja 'mkn gaji' atau mereka yg 'bekerja sendiri.'  Tetapi, saya percaya 'Hari Pekerja' akan benar2 menjadi hari yg ditunggu - tunggu khasnya bg mereka yg kerja mkn gaji kerana hari ini adalah hari di mana para suami atau isteri dpt meluangkan masa sekualiti mungkin bersama pasangan masing2.  Begitu juga dgn ibubapa yg sibuk merancang 'percutian pendek' buat keluarga mereka.


RABU (30 APRIL 2014; 6 : 29 PM)

Ketika ini lg 1 minit rancangan Romantika bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri akan berakhir.  Sejujurnya saya katakan bahawa antara 'artis jemputan' utk rancangan Romantika yg saya minati adalah mereka ini.  Kisah perjalanan hidup berumahtangga mereka yg sudah 3 tahun 1/2 membuatkan saya ingin mengikuti mereka.  Mungkin anda semua akan berkata bahawa saya tidak sepatutnya menjadikan mereka ikutan kerana usia perkahwinan mereka yg masih terlalu muda (tak sampai 5 tahun lg).  Anda juga mungkin akan mempersoalkan kenapa saya tidak 'mengikuti' jejak langkah kedua ibubapa saya atau kedua ibubapa mertua saya atau kakak2 dan abg saya?  Mereka semua ini sudah pun mendirikan rumahtangga bertahun - tahun (ada yg berbelas - belas tahun & ada yg berpuluh - puluh tahun).  Ya, mmg betul apa yg anda 'cuba' perkatakan itu.  :) Tetapi, anda kena jelas di sini bahawa 'mengikuti' & 'mencontohi' adalah 2 perkataan yg berbeza.  Kalau ckp soal 'mencontohi', ya saya mmg ingin mencontohi ibubapa saya kerana mereka mampu utk mempertahankan rumahtangga mereka walaupun bnyk ujian serta dugaan yg' terpaksa' mereka lalui.  Saat saya sedang menonton Romantika episod kali ini, saya ingin mengikuti Dr. Halina (isteri kpd Angkasawan Negara), di mana beliau akan mendiamkan diri setiap kali beliau kecil hati atau terasa atau marah dgn suaminya.  Beliau juga seorg isteri yg taat & dgr ckp suami (sepertimana yg diperkatakan oleh Datuk Sheikh Muszaphar).  Apabila Datuk Sheikh Muszaphar berkata demikian, saya sedar, saya tahu bahawa sikap saya tidak seperti itu terhadap suami saya.  Saya seorg isteri yg degil.  Tidak mendengar kata.  Tetapi, mujur saya 'dipinjamkan' seketika suami sebaik dan sabar seperti suami saya skrg ini (En. Hasri Akhmal) :) Selepas itu, saya berazam utk menjadi isteri yg baik & solehah utk satu - satunya suami saya.  Saya juga ingin mendengar suami saya berkata begitu kpd saya.

"Suami (Hasri Akhmal) : Aisyah seorang isteri yg taat & mendengar kata saya."
InsyaAllah..


Perbualan telefon yg tak saya duga

Sambil saya menonton Romantika, saya juga sedang melipat kain & menyusunnya sekali.  Jam 6 : 29 pm, suami saya call utk memberitahu bahawa Dia baru sahaja habis meeting & selesai Solat Asar.  Kemudian Dia juga memberitahu saya bahawa Dia & kwn2nya diajak mkn oleh Boss baru mereka.  Saya pun tak tahu tempat & nama restoran yg mereka pergi kerana ketika ini fikiran saya seolah - olah tidak boleh menerima apa2 lg kata2 yg keluar dr mulut suami saya kerana saat ini saya terlalu sebak, sedih apabila suami saya memberitahu saya bahawa Dia ditugaskan utk bekerja shift mlm bermula hari Khamis (hari ini) sehinggalah Sabtu mlm.  

Sepanjang saya berkahwin, belum pernah lg suami saya tiada di sisi saya semasa tidur disebabkan tuntutan kerja.  Mungkin ini yg membuatkan saya terlalu 'manja' dgn suami saya sehinggakan berenggang hanya utk 3 mlm pun saya tak cukup kuat utk menghadapinya.  Mujur keluarga mertua saya ada (skrg saya tinggal serumah dgn mertua sementara rumah yg dibeli siap sepenuhnya).


Bermulalah SAAT DIA MENIGGALKAN SAYA...

Jam lebih kurang 5 : 15 pm, saya & adik ipar saya bersama - sama menghantar suami saya ke KTM Sg. Gadut.  Suami saya ckp Dia nak cuba utk naik komuter pergi ke tempat kerjanya di KLIA 2.  

SEBELUM
Suami saya request dkt saya utk pakai kemeja baru yg saya hadiahkan Dia semasa "1st Anniversary" kami (9 Februari 2013 - 9 Februari 2014).  Walaupun saya tak suka iron baju, tp saya tetap ironkan utk baju utk suami saya.  Nak tak nak mmg saya lah kan yg kena buat sbb kalau tak siapa lg?  Tp, saya ikhlas buat semua tu utk org yg saya cintai. :)

Suami saya juga memberitahu saya bahawa Dia ingin membawa 'bekal.'  Dia meminta saya utk mencari 'food flask' hadiah perkahwinan kami drp sahabat dunia akhirat saya yg lg seminggu bakal bergelar isteri org tu, Cik Aina Raihanah binti Abdullah. :)

Suami saya ckp, nanti time Dia dinner 'bekal' yg dibawa, seolah - olah Dia sedang dinner sekali dgn saya sbb makanan yg kami mkn adalah sama.  Ya Allah..abang betul2 buat ayang terharu dgn kata2 abg (pasal kemeja & bekal).  Terima kasih abang sbb happykan hati ayang walaupun dgn kata2. :)

Abang...
Ketahuilah bahawa isterimu di sini masih cuba utk menerima 'keadaan' ini.  'Keadaan' di mana ayang terpaksa Solat Maghrib & Isya' bersendirian tanpa berimamkan abang.  'Keadaan' di mana ayang tak dpt salam & cium tgn abang seperti hari2 biasa yg ayang buat setiap kali kita habis solat.  'Keadaan' di mana abang pegang tgn ayang & bawa ayang kpd abang utk abang cium pipi serta dahi ayang.  'Keadaan di mana abang akan tidur di sisi ayang, menemani ayang.  'Keadaan' di mana ayang akan bangun di awal pagi utk menyediakan breakfast utk abang, ironkan kemeja & seluar kerja abang, menghantar abang di gate utk melihat kereta abang bergerak meninggalkan kawasan rumah menuju ke tempat kerja.  Allah..sungguh saya rindu setiap saat saya bersama suami saya.


PENAWAR DI SAAT SAYA BERDUKA..

Saya tahu saya tidak keseorangan.  Buktinya, saya masih ada keluarga mertua bersama saya di sini.  Buktinya, saya masih ada keluarga kandung yg sudi melayani saya di group whatsapp.  Ini kerana saya di Seremban, keluarga saya di Melaka, Shah Alam, & Bangi.  TETAPI, bukti yg paling kukuh adalah saya MASIH ADA ALLAH BERSAMA SAYA.  Ya, ALLAH S.W.T.  Apabila saya rindukan suami saya, saya mengadu & menangis bersungguh - sungguh kpd-Nya.  Saya berzikir & membaca Al - Quran sambil menangis mengenangkan 'keadaan' saya skrg ini.  'Keadaan' bkn sahaja terpaksa berenggang dgn suami seketika, tetapi kerana IMPIAN saya utk menjadi SUPERVISOR SHAKLEE pd APRIL 2014 juga tidak kesampaian.  Sekali lg saya mengadu & menangis semahu - mahunya kpd Allah.  Allah...Allah...  Tarikh saya ambil jubah utk konvokesyen sarjana muda saya sekali raptai saya clash dgn tarikh sahabat saya, Aina bernikah.  Pd 11hb pula hari konvokesyen saya bertembung dgn majlis perkahwinan Aina.  Suami saya juga berkemungkinan besar tidak dpt hadir di hari konvokesyen saya sekaligus tidak dpt menghadiri majlis walimah Aina bersama pasangan.


PERANCANGAN ALLAH ITU HEBAT!!!

Few months ago saya & Aina berbincang seterusnya membuat keputusan berkenaan dgn walimahnya.  Kami sama2 bersetuju utk saya menjadi 'pengapit' di hari perkahwinan Aina di Melaka.  Tetapi, apakan daya.. kami hanya merancang, sebaliknya Allah sudah siapkan perancangan Dia utk kami berdua.  Seperti yg saya katakan, saya terlibat dgn raptai & hari konvokesyen.  Kenduri kesyukuran di sebelah lelaki akan diadakan pd 17hb iaitu di Langkawi.  Sekali lg saya & suami tidak dpt menghadirkan diri kami di sana atas sbb keluarga suami saya akan berangkat ke Makkah pd keesokan hari (18hb).  Allah, sungguh perancanganMu mengatasi segala - galanya! 


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.  Dan (ingatlah) Allah jua Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Al - Baqarah Ayat 216


Selamat Malam
Assalammualaikum