Sunday 16 November 2014

"TIPS BERTUNANG" :)



Bismillahirrahmannirrahim 
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang ~

Assalammualaikum! ;)

Dulu saya pernah cakap nak update next entry saya pasal >>> Merisik, Bertunang, Pre - Wedding, dan Wedding kan? Ingat ke ingat? Huhu..

Lepas je saya 'share' dgn anda semua entry saya pasal "Kahwin Muda" tu, saya tak 'update' pasal 'Merisik' pun. Really sorry for that...... :( Actually, saya mmg pun nak 'share' pasal majlis merisik saya, tp asyik pending je sbb cari2 gambar sekitar majlis tu tak jumpa2 sampailah saya terlupa pasal 'merisik' ni and even till now tak jumpa2. Hmm.

So, dr biar terus pending lama sgt, I decide nak 'melompat' ke majlis pertunangan dulu. Boleh ke boleh? Hihi.


Simple Preparation From My Side

'Simple?' Yesss... mmg simple! Disebabkan saya still belajar, so saya buat ikut kemampuan saya je lah. Like people said, 'student budget.' Lagi pun, ISLAM tak ajar kita utk berbelaja di luar kemampuan kita right? :) So, my advise pd adik2 di luar sana yg ada niat utk mendirikan rumahtangga cepat2 (sebab nak halalkan yg haram), segera - segerakan lah.. Buat sesuatu majlis tu ikut kemampuan diri kita ok. ;)

Erm.. bila recall balik pasal majlis pertunangan saya, saya akan senyum dan menangis tau. Saya senyum sbb saya happy! Tp, saya menangis sbb saya seolah mcm tak percaya seawal usia 21 tahun saya dah 'dilamar' orang. Melalui 'orang tengah' pulak tu. :') 

Dr segi persiapan barang2 hantaran, saya discuss dgn tunang (suami saya sekarang) dan family saya what to buy and bla3. Pening jugak bila fikir nak beli apa utk tunang saya dan family dia. Disebabkan side tunang saya sediakan sebanyak 11 dulang hantaran, so saya kenalah sediakan sebanyak 13 dulang hantaran. Uwaaa... seriously no idea what to buy time tu. Last2 my family decided for me. They said, banyakkan makanan sbb ini hanya hantaran utk pertunangan bkn perkahwinan. 

So, antara barang2 hantaran drp pihak saya adalah:


1. Sirih Junjung (Sponsored by kak Cumi merangkap adopted sibling ibu saya)
2. Kemeja POLO
3. Tali leher (Tie) POLO
4. Perfume HUGO BOSS
5. Kain pelikat GAJAH DUDUK (Sponsored by ayah)
6. Sejadah (Also sponsored by ayah)
7. Cup cakes (Sponsored by along)
8. Homemade Chocolate (Sponsored by kak ngah)
9. Puding roti (Also sponsored by kak ngah)
10. Kek lapis 
11. Homemade cookies (Sponsored by ibu)
12. Mini apam
13. Kek bakar

Best kan bila ada kakak and abang? Boleh 'pau' diaorang sebagai sumber 'sponsor' saya! :P Abang saya sponsor goodies bag time wedding saya. Hikhik. Yg lain2 mcm mini apam dan kek bakar tu, bapa dan mak saudara saya sponsor. Thank you semua! :') Yg kemeja, tie, perfume, dan kek lapis saya beli sendiri guna duit saya (Duit elaun practical Diploma dan duit gaji kerja sementara tunggu nak sambung degree). :)

Oh, berkenaan warna tema majlis pertunangan saya, I've decided utk pakai warna putih silver. Bila fikir balik, kenapalah saya boleh pilih warna tu.. Mungkin sbb tak sabar sangat kot nak rasa perasaan 'kahwin' tu mcm mana? Biasanya kan time nikah org akan pakai putihkan? Nak tunggu kahwin, mcm lama lagi saya rasa time tu, so saya pakailah awal2 warna putih tu. Hahahah.. Seriously, saya tak suka dgn warna tema pertunangan yg saya pilih utk side saya. Patutnya saya pilih warna2 favourite saya like pink and purple. Hmm. But, it's ok. What past is past. Hihi.


{16 JULAI 2011}

Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Akhirnya sampailah majlis yg ditunggu - tunggu! Fuhhh... Berdebar nak jadi tunang orang! xD

Majlis pertunangan saya tanpa mini pelamin, bilik 'khas', khemah atau photographer! Photographer saya cuma abg ipar saya (husband to my along) yg tolong ambil gambar2 sekitar majlis berlangsung tanpa perlu saya bayar! Thanks abg Dzul Fardzley! Really appreciate it! ;)

Saya ada juga rasa nak upah org buat mini pelamin, but after my kak ngah advised me cakap tak payah buat sbb membazir and duit yg saya allocate utk mini pelamin tu saya boleh guna utk banyak benda yg lagi penting, so I decided utk tak buat mini pelamin... Bilik khas utk saya tunggu bakal mama mertua saya masuk utk sarungkan cincin pun tak ada sbb sesi sarung cincin hanya di luar bilik (ruang tamu). So, sementara tunggu family saya dan family tunang saya discuss apa yg patut, saya hanya tunggu dlm bilik parents saya. Utk khemah, ayah saya hanya tempah few meja bulat utk diletakkan dkt luar kawasan rumah. 

Oh, lupa pula. Utk make - up, along saya yg tolong make - up kan saya. Thanks along! ;) Along saya ni mmg suka make - up saya dan adik - beradik perempuan saya yg lain time kecil2 dulu. Hihi.  




Tudung from Butik Ariani 

Veil pinjam kakak kawan. Jimatttttt.. xD



With my lovely ibu, Puan Siti Atikah :')

Time ni baru ingat tak ada bunga tangan. Last2 sebat bunga lebihan hantaran. 
Kahkahkah.


Saat2 yg mendebarkan! Fuhhh!!!
Ibu iring keluar dr bilik!

Rasa mcm retissssss bila semua org tengok saya berjalan! 
Ahahah.

Menanti dgn penuh debaran utk disarungkan cincin!

*shy*













My handsome nephew, Mikaell Fardzley
Son of my along, Nazihah Fardzley 

Mikaell Fardzley and Sumayyah
Sumayyah anak kedua kak ngah saya

Muhammad Ammar and Nuha Marissa
Ammar anak pertama kak ngah saya. Abg kpd Sumayyah.
Marissa pulak anak kedua along saya. 




Ammar with his acik Dean. Now, acik Dean dah fly ke Egypt. :(

Ammar with his pak ucu, adik Muhammad Aiman


Kawan2 adik perempuan bongsu saya. Thanks korang datang! 

Thanks kak Nurul and family for comings! 
Kak Nurul staff abg ipar (suami along saya) di SNADI Enterprise
I did my intern here for few months

Thanks a lot to my bff, Aina Raihanah and to my two friends yg sudi dtg,
Farah and Syiqah!


Nak balik dah...

With my close cousin, Nor Farah.
Now, she is not only my cousin but also my 'Mummy' in 'Shaklee.' 
Hihi

My BFF dunia & akhirat! Insyaallah. 
Thanks awak teman kita tidur and sentiasa ada dgn kita sepanjang majlis berlangsung!
Love u ketat2! 

Along and kak ngah, Ainul Shahrazad

Abang 'Garfield.' Eh. Hihi. 
Inilah abg saya yg sponsor goodies bag time wedding saya. 
Thanks abg boy! ;)

My sister-in-law, kak Dila. 
Wife to abg boy

With another one abg, abg Amir si jambu! :P

Kakak atas saya. Saya anak ke - 6, kakak saya anak ke - 5.
Saya dah langkau bendul kakak saya ni! Huhu..

She got hadiah for langkah bendul.
Bagus my sis ni sbb tak mintak brg kemas serba satu. Kikiki

With my youngest sister, Aimi Amirah.
Insyaallah, ur time will come soon! Tak sabau! Eh. Hahahah..

With my 2nd last brother, Muhammad Aizuddin.
Baru fly ke Egypt further study

With my youngest brother


With our beloved parents! 
Ibu, ayah Razak, mama, and ayah Samsuri
=)



Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya utk entry saya kali ni. Tp, sebelum saya 'close' entry saya ni, saya nak 'share' sikit 'Tips Bertunang' buat mereka yg baru nak bertunang. 
:)

{TIPS BERTUNANG} <3 <3 <3

Ok, biasanya sebelum majlis bertunang diadakan, family kita akan discuss dgn family side lelaki/perempuan right utk tetapkan tarikh pertunangan? Lepas tu, will discuss bout berapa dulang hantaran yg nak bagi dan sebagainya. So, dkt bawah ni antara 'tips' yg saya boleh kongsikan dgn anda semua yg bakal bertunang atau anda yg nak nampak gambaran awal mcm mana majlis pertunangan itu akan diadakan walaupun anda belum ada pasangan utk bertunang. Hihi.

  • Discuss dgn parents berkenaan lokasi pertunangan. Nak buat dkt mana? Dkt rumah ke, dewan ke, hotel atau resort ke (mcm over je buat dkt sini? Hihi) dll. Kalau buat dkt rumah, berapa khemah yg diperlukan. Nak 'book' khemah dgn siapa dan dkt mana. Kalau boleh, sewalah khemah dgn mereka yg berdekatan dgn lokasi majlis pertunangan anda. Jimat kos pengangkutan! 
  • Discuss dgn parents menu2 utk majlis pertunangan. Mungkin tetamu yg akan hadir nanti terdiri drp kalangan kanak2 sehingga org tua. Terpulang kpd masing2 sama ada nak tempah 'catering' atau masak sendiri. 
  • List kan senarai jemputan. Ini yg paling penting sekali! Nak jemput saudara - mara je ke, jiran2 ke, kawan2 rapat ke dsb.
  • Discuss dgn bakal tunang apa je barang2 hantaran yg perlu dibeli tanpa membazir. Kalau boleh, belilah 'something' yg pasangan anda mmg perlukannya dan akan menggunakannya. 
  • Decide betul2 warna tema utk majlis pertunangan anda (tudung, veil, baju, dan kasut). Jgn jadi mcm saya! Hahahah..
  • Kalau anda berkemampuan, upahlah org utk buat mini pelamin, make - up, photographer, dan goodies bag utk tetamu yg hadir. Kalau tak, buat ikut kemampuan anda! Mintak tolong kakak atau kakak saudara atau kawan baik make - up kan anda. Mintak tolong adik - beradik anda utk ambilkan gambar anda sekitar majlis berlangsung. Jimat segala kos! Kalau perlu upah mereka sekalipun, mungkin tak berapa tinggi upahnya seperti upah mak andam dan photographer!  

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca! Harap anda enjoy dan sedikit sebanyak dpt 'input' dr entry saya kali ni. ;)

























































5 comments:

  1. terjumpa, terbaca, terindu lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. Terbaca komen, terbalas, dan terindu double triple lebih drp org yg komen ni!!! Miey, please sms/whatsapp me ur latest number. 013-476 5930

      Delete
  2. Ini bukan bajet student... 11 balas 13.. ini dah bajet orang kawen.. adehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu saya ckp, buat ikut kemampuan masing2 =)

      Masa ni side lelaki mmg niat nak beri 11 dulang hantaran. Adatnya saya kena balas 13 lah kan? Tp, side lelaki tak kisah pun sebenarnya. Saya balas brp dulang sekalipun. Sbb mereka faham saya masih belajar.

      Cumanya saya sendiri yg rasa happy utk beri 13 dulang. Rezeki saya adik-beradik ramai & boleh sponsor. Kalau tak, mungkin juga saya tak balas 13 dulang. Atau mungkin langsung tiada balas dulang.

      Delete