Monday, 8 October 2018

Leadership Workshop Legasi Anugerah Terindah (LAT)

Leadership Workshop LAT : The "I" in the Team

Leadership Workshop LAT
De Palma Hotel, Ampang
7th October 2018
9 AM - 5 PM

Tak pernah jangka atau terfikir pun walaupun seorang Suri Rumah sepenuh masa (Full-Time Housewife), tapi masih berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mengikuti Bengkel (Workshop) atau "Team Building" sama seperti orang yang bekerja. Boleh dah lah berlagak dengan suami Sya nanti 😂

"Terima kasih semua, kami excited sangat dapat jumpa korang dalam Leadership Workshop" ni. Mr. Hanafiah dan semua Facilitator sangat kagum dengan semangat serta excitement korang semua. Which dia orang tak pernah jumpa macam tu dalam mana-mana Training Korporat. High level punya energy." - Master Hafsah Mardhiah / Kak Chah, Ex-Engineer PETRONAS -

Bangga untuk kali kedua kejap bila Master Hafsah sampaikan benda ni dalam Group Whatsapp khas untuk Leadership Workshop ni. Weeeee.....

Masa dapat Whatsapp di bawah ni daripada salah seorang Mentor Sya iaitu Master Athirah, Sya rasa bangga, happy dan special sangat tau! Ye lah, bukan semua orang dapat jemputan (invitation) ni. Hanya barisan Leaders (Supervisor ke atas) sahaja yang dijemput untuk menghadiri Workshop ni. Nama pun "Leadership" Workshop kan.. Dah tentu khas buat semua Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor / SID) yang dah jadi Leader atau yang dah ada Rank di dalam Shaklee at least Supervisor. Dan yang pasti Leaders di bawah Legasi Anugerah Terindah (LAT) sahajalah termasuk MIG, TWB, MFMS dan SOUL (Sparkle).


The Invitation

Best sangat Leadership Workshop LAT semalam! Kami bukan diajar atau belajar mengenai Nutrisi kali ni. Malah, kami belajar ilmu baru iaitu "Myers-Briggs Type Indicator" (MBTI) dan "The Belbin Test."

Secara ringkasnya, MBTI ini adalah soal selidik laporan diri introspektif bertujuan untuk menunjukkan perbezaan bagaimana seseorang itu melihat dunia di sekeliling mereka dan membuat keputusan. Manakala, The Belbin Test ini pula adalah ujian yang dijalankan untuk mengenal sikap seseorang. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai Belbin Self-Perception Inventory, Belbin Team Role Inventory, BSPI atau BTRI.

Ilmu yang bernilai RM2,500 untuk seorang ini tapi kami hanya bayar RM80 seorang. Balance tu Masters kami sponsor. Untung giler kan?! Dan kebiasaannya ilmu ni diajar kepada syarikat-syarikat besar atau badan-badan korporat sahaja tau. Salah satu contohnya di PETRONAS. Fuh! Memang terasa macam Executive sangat tau.. High-Class Housewife katakan.. Hihi.

Selain tu, apa yang best mengenai Leadership Workshop LAT ni adalah perut kita tak ada masa langsung nak rasa lapar! Hahahahahah.. Sentiasa makan dan minum. Rasa macam eh baru je lagi makan, dah makan lagi? 😂

Tentatif Leadership Workshop LAT

Tengoklah Tentatif Leadership Workshop LAT ni. Sampai 3 kali break 😂 Bayar RM80, tapi makan minum macam 3 hari punya Workshop. Memang berbaloi sangat rasa! Hahahahaha..

Semua Leaders dah get ready untuk menimba ilmu

Semua Leaders dah get ready untuk menimba ilmu

With my sidelines, Kak As and Kak D. Kami duduk satu row. Kak As ni Geng Trip TWB : Perth Sya dulu. Hihi.

Opening Workshop LAT ini dikendalikan oleh Master Mohd Aizan Mohd Nor, iaitu suami kepada Master Hafsah. Master Aizan juga merupakan seorang bekas Jurutera PETRONAS.

Opening Leadership Workshop LAT by Main Speaker, Master Mohd Aizan Mohd Nor.

Oh, ye. Sebelum Sya terlupa, Sya nak kongsi kegembiraan Sya masa Sya dapat "Kitab" Purple : 5 SOP BISNES POWER ni. Kitab Purple (bak kata Master Nur Zahirah 😂) ni Sya dapat dulu daripada Peserta Leadership Workshop yang lain sebab Sya jawab soalan yang ditanya oleh Master Aizan masa tu.

Happy and excited giler weh dapat Kitab Purple : 5 SOP BISNES POWER dulu berbanding orang lain 😂

Ketika sesi "Ice Breaking", kami para peserta diminta untuk mendapatkan Biodata 3 orang peserta lain yang kami tidak kenali antara satu sama lain. Di dalam Biodata tersebut mesti ada Nama, Latar Belakang Keluarga, Kerjaya dan Keunikan Diri Peserta itu sendiri.

Untuk Modul 1, kami diajar untuk memperbetulkan "Mind Setting." "Mind Setting" yang betul menentukan sikap dan tindakan seseorang. Remember! Before the behaviors take place, mind setting has to change first! 

Korang tengok gambar ni. Kalau kepala korang diacu Pistol lah kan, apa yang korang akan buat? Melawan atau ikut sahaja apa yang disuruh? Jawab.. Jawab.. Hehe. Jawapan korang nanti boleh tinggalkan di ruangan komen bawah sekali 😉


Habis Modul 1, kami berehat seketika untuk menikmati juadah yang telah disediakan di luar Bilik Kasturi, De Palma Hotel, Ampang.

Bersama sebahagian Leaders Hebat

Morning Break

Bersambung..
Modul 2 : Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan The Belbin Test dijalankan. Yang ni Sya minta maaf ye sebab Sya tak boleh dan tak dapat nak kongsikan secara mendalam sebab ilmu-ilmu ni sangat mahal khusus untuk semua LAT Family. Cuma apa yang dapat Sya kongsikan di sini adalah MBTI dan The Belbin Test ini digunakan untuk membantu kita mengenalpasti serta menyesuaikan gaya komunikasi interpersonal seseorang. Fuh.. Kedua-dua ni sangat berguna bagi kami yang memang buat business sebab akan lebih memudahkan kami mengenali Prospek, Pelanggan (Customer), Ketua (Leader) mahupun Kumpulan (Team) kami selepas ini dengan lebih mendalam dengan cara dan teknik yang betul.

The Belbin Test

The Belbin Test

Modul 3 : Car Game
The best modul so far! 😂 Bisalah bab-bab main dan pasang Lego ni memang best pun :P Hilang mengantuk dan energetic terus! Hahahahaha.. Modul 3 ni adalah selepas Lunch dan Solat Fardhu Zohor. Tapi, sebelum break.. Kami dipecah dan dibahagikan kepada 5 kumpulan atau 5 Workstation. Dan Kumpulan Sya adalah Kumpulan 4 atau Workstation 4.

Briefing by Tuan Hanafiah, Master Trainer before the Car Game Started.

Project Manager and Team Leaders

Untuk Modul 3 : Car Game ni, semua Workstation diberi amanah, tanggungjawab dan bahagian masing-masing untuk menghasilkan atau mengeluarkan 45 biji kereta dalam masa 10 minit di dalam 3 shift yang berbeza. Macam Workstation 4 Sya ni, kami perlu pasang body kereta 😂

Workstation 4

Lunch..

Lunch with my Upline (Right) and Sideline (Left) Shaklee

My Lunch

Our Project Manager, Puan Adawiyah (Kak Dah).

Our Master Game, Tuan Hanafiah sedang briefing Team Leaders.

Workstation 1 - Bahagian pemasangan base kereta

Workstation 2 - Bahagian pemasangan dalam kereta + Ekzos

Workstation 3 - Bahagian pemasagan depan (aerodinamik) dan tingkap kereta 

Workstation 4 - Bahagian pemasangan badan kereta

Workstation 5 - Bahagian pemasangan tayar kereta








Alhamdulillah.. Selesai untuk Pusingan Pertama atau Shift 1. Untuk Shift 1 ni, kami dapat mengeluarkan sebanyak 24 biji kereta. Tetapi, 2 darinya rejected. Huhu.. Tapi, oklah kan? Lepas dari setengah.

Kereta yang berjaya disiapkan ketika Shift 1 dalam masa 10 minit (22 biji kereta dari 45 biji kereta)

Yeah! Kami Workstation 4 sudah bersedia untuk menyahut cabaran dengan mengeluarkan 45 biji kereta lagi dalam masa 10 minit bagi Pusingan Kedua pula

Alhamdulillah, untuk Pusingan Kedua ni KPI kami lepas! KPI untuk kami mengeluarkan kereta adalah sebanyak 45 biji kereta dalam masa 10 minit. Tapi, kami berjaya keluarkan lebih dari ini iaitu sebanyak 68 biji kereta! Bawah ni Result kami untuk Shift 1 dan Shift 2. Shift 3 kami tak sempat teruskan disebabkan kekangan masa.

Results for Shift 1 and Shift 2

Sambil-sambil tu, kami makan dan minum (Tea Break).

Tea Break

Modul 3 ini adalah Modul terakhir di dalam Leadership Workshop LAT. Dah nak sampai ke penghujungnya dah? Enjoy dan happy sangat sampai tak perasan rupanya dah nak berakhir dah Leadership Workshop LAT ni.. Huhu..

Gambar kenangan bersama Kumpulan atau Workstation 4.
From right : Kak Milah, Sya, Kak Amy, Kak Bai, Kak Nyul, Kak Faizah, Mar, Kak Zura, Kak Mai dan Kak Syakirah.


Sebelum tiba sesi untuk "Sembang Santai Bersama Masters", bergambar dan bersurai.. Tuan Hanafiah memanggil setiap wakil (Team Leader) dari setiap Workstation untuk tampil ke hadapan bagi memberi sedikit kesimpulan berkenaan Car Game yang kami sertai.


Apa yang kami semua dapat simpulkan berdasarkan "Car Game" yang kami sertai ini adalah dari segi set aim (matlamat), planning (perancangan), target (sasaran), penambahbaikkan atau perubahan strategi dan kerjasama antara ahli kumpulan. Sebagai contoh, target kami adalah untuk mengeluarkan sebanyak 45 biji kereta dalam masa 10 minit bagi setiap shift. Dan menyentuh soal strategi dan kerjasama pula, pada awalnya kami semua mengambil bahagian untuk memasang badan kereta tanpa memikirkan dan mengaturkan siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil bahagian depan serta tingkap kereta dari Workstation 3 dan kemudian siapa pula yang bertanggungjawab untuk menghantarnya ke Workstation 5 bagi pemasangan terakhir bahagian kereta iaitu tayar.

Jadi di sini sebenarnya kami dapat belajar sesuatu yang kami boleh aplikasikan di dalam perniagaan kami iaitu jika apa yang dirancang pada awalnya tidak kesampaian maka kami seharusnya mempunyai Plan B pula dan seterusnya ☺

Conclusion by Our Masters Coordinator - PM Laila Mukhtar (GLC Family), Master Nur Zahirah (LAT Family), Master Hafsah Mardhiah (MIG), Master Ainul Shahrazad (MAS - TWB) dan Master Athirah (SOUL - Sparkle).

SOUL (Sparkle)

Our Masters Coordinator - PM Laila Mukhtar (GLC Family), Master Nur Zahirah (LAT Family), Master Hafsah Mardhiah (MIG), Master Ainul Shahrazad (MAS - TWB) dan Master Athirah (SOUL - Sparkle).

Leaders yang hadir di Leadership Workshop LAT

Bergambar kenangan bersama Tuan Hanafiah, Master Game. Beliau juga merupakan Ex-Senior Manager PETRONAS.

Sebagai kesimpulan, Sya sangat enjoy dan happy sangat dengan Leadership Workshop LAT ni! Bukan setakat dapat merasa gaya hidup seorang Executive, malah terlalu banyak input dan ilmu baru yang Sya dapat. Ilmu "Mind Setting" yang akan mengubah keseluruhan hidup Sya ke arah yang lebih baik, berjaya dan kaya. Ilmu MBTI dan The Belbin Test yang insyaallah akan lebih membantu Sya untuk mengenali diri Sya sendiri, orang-orang di sekeliling Sya seperti suami Sya, keluarga Sya, kawan-kawan Sya dan yang paling penting sekali Sya boleh, dapat dan mampu mengenali anak-anak buah Sya (Team Star Light Family - SLF) Sya sendiri, Prospek serta Customers Sya dalam mengembangkan lagi Empayar SLF Sya selepas ini.

Terima kasih yang tak terhingga Sya ucapkan buat semua yang terlibat dalam Leadership Workshop LAT ini terutamanya semua Masters Coordinator, PM Laila Mukhtar, Master Nur Zahirah, Master Hafsah Mardhiah, Master Ainul Shahrazad (MAS) dan Master Athirah termasuk Main Speaker, Master Mohd Aizan Mohd Nor dan Master Game, Tuan Hanafiah. Semoga ada rezeki kita semua berjumpa lagi di dalam event atau program yang akan datang!

Mohon doakan Sya, Siti Aisyah binti Abdul Razak, Rank Up Coordinator Shaklee Oktober 2018! Thank you in advance! 





Siti Aisyah binti Ab Razak
Senior Supervisor Shaklee (SID : 1034673)
Leader to My Awesome Team, Star Light Family (SLF)
Certified Trainer & Beauty Therapist
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com

Tuesday, 2 October 2018

"Confinement Lady VS Jagaan Mak"

"Confinement Lady VS Jagaan Mak"

A Confinement Lady is someone who will help a new mother with the care of her baby in order to ease her transition process from a pregnant woman to a new mother.



Assalammualaikum semua!

Sebut pasal Confinement Lady atau bahasa mudahnya CL, mesti semua dah boleh bayangkan yang ada orang datang terus ke rumah untuk menguruskan seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak. Betul? Dan kalau sebut pasal CL lagi, ramai akan terbayangkan Natalis Mother Care & Beauty kan. Hihi. Ye lah, sekarangkan memang tengah trending Confinement Lady ni. Demand memang tinggi, tapi supply sangat kurang dekat Malaysia ni sebenarnya.

Insyallah, tak lama lagi Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) pula yang akan memonopoli bidang Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang ini.

Ok, korang pernah terfikir tak kenapa Confinement Lady ni dah menjadi macam satu trending tau di Malaysia? Dulu-dulu emak kita tak ada pun panggil Confinement Lady bagai untuk membantu menguruskan diri dan bayi mereka. Bayi dekat sini refer dekat kita dan adik-beradik kita lah. Hehe. Sebenarnya emak kita pun ada je menggunakan perkhidmatan CL ni. Cuma dulu-dulu kita tak panggil lah Confinement Lady atau CL. Kita panggil Bidan atau Mak Bidan. Dan kebiasaannya Mak Bidan ni hanya datang untuk menyambut kelahiran bayi sahaja. Selebihnya mereka akan memberi tunjuk ajar melalui mulut sahaja apa langkah seterusnya yang para ibu perlu ambil dan lakukan.

Tapi, macam mana pula dengan wanita-wanita yang berpantang di kampung masing-masing? Maksudnya berpantang di bawah jagaan emak sendiri atau emak mertua. Sebenarnya terpulang dekat diri masing-masing nak siapa yang bantu dan tolong jaga sepanjang berpantang. Jujurnya.. Kalau tanya Sya.. Sya memang tak sanggup nak beban dan susahkan lagi ibu dan mama mertua Sya. Ye lah, mereka pun bukan semakin muda. Lagi pun mereka dah berpenat lelah melahirkan, menjaga, mendidik dan membesarkan kita. Takkan bila kita dah bernikah, berkahwin, dah ada suami, anak, keluarga sendiri.. Kita masih nak harapkan mereka kan? Macam tak best, kesian dan sedih pula rasa. Biarlah mereka menikmati hari tua mereka dengan lebih fokus untuk beribadah, rehat dan mentadabbur bumi Allah S.W.T. yang luas ni.

Tapi, kalau bukan emak kandung atau emak mertua kita yang jaga kita.. Siapa lagi? Haaaaa..... Nampak tak dekat sinilah peranan kami sebagai Confinement Lady. Dan sebab tu Confinement Lady ni menjadi satu trending di Malaysia bila mana ramai dah wanita-wanita menyedari cara ini paling mudah, senang dan tidak menyusahkan sesiapa. Dekat sini juga para suami harus memainkan peranan untuk sama-sama mencari Confinement Lady bagi si isteri. Atau pun sediakan je duit secukupnya untuk panggil Confinement Lady datang ke rumah bagi membantu menguruskan isteri dan anak kita. Kalau tak ada duit.. Kenalah fikir jalan macam mana untuk dapatkannya. Bukan fikir jalan untuk hantar isteri dan anak kita ke rumah orang tua si isteri ataupun orang tua kita tanpa membayar satu sen pun dekat mereka. Kalau tak boleh, tak dapat dan tak mampu juga.. Hmmmmm jangan buat isteri kita mengandunglah macam tu 😜

Ok, jom sama-sama kita lihat antara Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantan TWB mengikut hari beserta harganya pula. Mana tahu ada dalam kalangan pembaca blog Sya ni yang sedang mencari Confinement Lady (CL) yang menepati budget anda kan..

Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantang TWB, kami menyediakan perkhidmatan seperti :-

  1. mengurut (ibu dan bayi)
  2. bertungku atau tuam
  3. memakai Param atau Pilis
  4. memakai Bengkong
  5. bertangas
  6. bersauna
  7. mencukur dan memandikan bayi
Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 3 Hari (RM360)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 7 Hari (RM840)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 14 Hari (RM1680)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 44 Hari (RM5280)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej Penutup Pantang (RM200)

Jadi inilah di antara Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantang TWB.. Terdapat pilihan hari yang anda boleh pilih bersesuaian dengan harga dan rawatannya..

By the way..
Jika anda juga berminat dan ingin menjalani latihan atau Kursus Penjagaan Bersalin dan Berpantang di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau tambahan.. Jangan ragu-ragu, malu dan segan untuk hubungi Sya seperti di talian atau Email yang tertera di bawah okay? 🙂





Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted Shaklee Independent Distributor (SID)
Certified Beauty Therapist & Confinement Lady (CL)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

Sunday, 30 September 2018

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

"We don't sell milk but... We Help Moms Produce the Best Milk for Babies!"

Itulah misi kami di Shaklee dan The Walking Beauty (TWB). Kami hanya mahukan yang terbaik buat anda dan bayi anda dari awal kehamilan sehinggalah anda selamat melahirkan! Malah, kami tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Kami akan sentiasa memastikan keadaan kesihatan anda dan bayi anda ketika membesar nanti berada di tahap yang baik.

And actually we have good news for all of you moms!

Selain dari Rawatan SPA seperti Rawatan Muka (Facial Treatment), Sauna Herba, Body Scrub Herba, Mandi Susu dan Bunga serta SPA Cantik Tangan dan Kaki (Hand and Foot SPA).. Kali ini kami menawarkan perkhidmatan baru kepada anda "PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN" pula!

Kami bukan setakat menjadi Beauty Therapist untuk anda, malah kami juga adalah "Confinement Lady" yang bakal dikehendaki dan digilai ramai ibu-ibu di luar sana!


Antara Artis dan Selebriti Malaysia yang turut menggunakan perkhidmatan "Confinement Lady" (CL) untuk datang ke rumah mereka.

Kami sangat memahami dan prihatin terhadap anda wahai ibu! Ramai ibu-ibu di luar sana yang berhadapan dengan masalah tiada orang yang boleh dan dapat jaga ketika berpantang. Kalau nak berpantang di kampung pula.. Kesian pula dekat suami dan anak-anak nanti ditinggalkan. Kesian juga dekat ibu bapa kita yang perlu bersusah-payah sekali lagi menjaga dan menguruskan kita di usia-usia begini. Dan inilah antara sebab kenapa kami di TWB menawarkan khidmat "Confinement Lady" kepada anda!


Ok, jom kita sama-sama lihat apa je rawatan yang terdapat di dalam "Pakej Rawatan Selepas Bersalin" TWB kami. Antaranya :-

  1. Urutan Tradisional bagi ibu (bersalin normal atau Ceaser). Kami menggunakan minyak dari ramuan sendiri.
  2. Bertungku (Kami menggunakan batu sungai).
  3. Param atau Pilis Tradisional + Moden (Ramuan Param ini kami buat sendiri dengan menggabungkan bahan-bahan tradisional dan moden).
  4. Bengkong (Bengkong Tali Kasut, Bengkong Tali Barut atau Bengkong Jawa).
  5. Tangas (Kering atau Basah).
Dan "Pakej Rawatan Selepas Bersalin" ini kami akan lakukan selamat 3, 7, 14, 30 ATAU 44 hari.

Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan seperti memandikan bayi, mencukur bayi, mengurut bayi, memasak untuk si ibu dan mengemas rumah (basic).

Dan yang paling penting kami akan cuba memastikan bahawa anda dan bayi anda akan mendapat nutrisi yang cukup dengan "Set Bersalin" atau "Set Berpantang" Shaklee. Ianya untuk memastikan supaya badan anda tidak lagi lemah, makin bertenaga, kuat, positif dan ceria malah lebih seksi persis anak dara! Untuk bayi anda pula supaya bayi anda membesar dengan normal, sihat dan bijak.


Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee (Postnatal Set)

LUKA BERSALIN atau PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH, MASALAH SEMBELIT DAPAT DIATASI, SUSU BADAN LEBIH MERIAH, PERANAKAN (RAHIM) CEPAT KECUT dan EMOSI LEBIH STABIL (CERIA dan POSITIF) antara kesan yang anda akan dapat selepas mengamalkan "Set Bersalin" atau "Set Berpantang" (Post Natal Set) daripada Shaklee ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut atau untuk booking, anda boleh terus menghubungi saya sendiri di talian yang tertera seperti di bawah. Anda juga boleh Email saya. Terima kasih!





Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted Shaklee Independent Distributor (SID)
Certified Beauty Therapist & Confinement Lady (CL)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

Tuesday, 4 September 2018

Kursus Berpantang 2018


"Dia ambik kursus mengurut je 2k tau. Mengurut saja. Skrg dia buat full time spa lah. Paling mahal pakej dia 8k (saya survey ini yg termurah) patut lah dia ramai customer. Bulan terbanyak dia pernah dapat 42k. Bulan 7 aritu. Yg ambik 3hr full day." - Pn. Azura Yusop, Cikgu & Ahli The Walking Beauty (TWB) -

Fuhhhhh..... Income 3 hari je dah RM42,000?? Cuba beritahu sikit kerja apa je yang boleh dapat 5 angka macam ni dalam masa 3 hari je walaupun seorang Surirumah.

Sebab tu bulan September 2018 ni.. Founder Project The Walking Beauty (TWB), Pn. Ainul Shahrazad atau lebih dikenali sebagai Master Ainul Shahrazad (MAS) perkenalkan "PAKEJ BERPANTANG & URUTAN SELEPAS BERSALIN serta PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN" khusus untuk mereka Ahli-Ahli TWB dan mereka yang sedang mencari Kelas atau Kursus Berpantang yang lengkap pada harga mampu milik serta mampu dibayar. Hehe.

Sebab beliau tahu dan kita sendiri pun boleh nampak demand CL (Confinement Lady) memang tinggi sangat zaman sekarang ni. Tengoklah.. Artis dan Selebriti seperti Nora Danish, Deenaemir, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Lufya AF, anak Prof Muhaya, Fouziah Gous, Mawar Fareeda, Eira Syazira, Ozlynn dan ramai lagilah yang menggunakan perkhidmatan CL ni. Terbaru ni Dato' Siti Nurhaliza kan.. 

Jadi why not kita ambil peluang ni untuk memberi khidmat kepada para ibu kan? Silap2 Artis atau Selebriti yang jadi pelanggan kita 😂

Lagi-lagi untuk para ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, tiada masa atau tiada siapa yang boleh tolong menguruskan diri dan bayi mereka sepanjang Berpantang. Kalau dulu-dulu selalulah jugakan kita dengar pasal Bidan atau Tukang Urut Kampung. Tapi, sekarang semakin lenyap. Kalau ada pun hanya di kampung-kampung. Itu pun dah semakin berkurang kita dengar. Even Pengasas Natalis Mother Care & Beauty pun wujudkan Service CL ni atas beberapa sebab yang selalu dialami oleh para wanita yang bergelar ibu. Sama ada ibu pertama kali atau ibu yang sudah beranak-pinak. Yang mempunyai kesukaran untuk menguruskan diri sendiri, bayi yang baru dilahirkan dan anak-anak yang lain.

Btw, here is our package! 👇🏻 All-in. Complete.

Pakej Berpantang & Penjagaan Bersalin

Apa yang korang akan belajar nanti dalam PAKEJ BERPANTANG & URUTAN SELEPAS BERSALIN TWB adalah :-

  1. Urutan traditional
  2. Rawatan selepas bersalin
  3. Cara bertungku
  4. Cara bertangas kering dan basah
  5. Cara sengkak yang tak memudaratkan
  6. Spa dan Rawatan bayi
  7. Cara pembuatan Jamu
  8. Demo atau praktis
Selain itu.. Di dalam PAKEJ BERPANTANG & URUTAN SELEPAS BERSALIN ini.. Korang juga akan dibekalkan dengan ilmu bagaimana untuk menghasilkan air susu ibu yang terbaik buat bayi melalui SET HAMIL SHAKLEE dan SET PANTANG SHAKLEE! 😉


Set Hamil Shaklee (Prenatal Set)

Set Berpantang Shaklee (Postnatal Set)


Haish.. Untung sangat korang yang join TWB bulan lepas dan bulan ni tau! Sebab apa? Sebab..... Korang TAK PERLU BAYAR RM899 ni pun! Tapiiiii cukup korang HANYA BAYAR RM100 utk sertai Kursus Berpantang 2018 TWB ni kalau berminat dan nak cari duit sampingan atau duit tambahan atau nak jadikan CL ni sebagai pekerjaan tetap korang nanti pun boleh 😊

Eh eh.. Nanti kena beli ke SET PANTANG SHAKLEE ni?? Terpulang 🤷🏻‍♀️ Hehe. Kami hanya akan berkongsi dengan korang tentang keperluan dan kepentingan untuk cukupkan "nutrisi" bagi si ibu serta bayi. Because We don't sell milk but... We Help Moms Produce the BEST Milk for Babies! 😉

So, kalau nak belajar atau mendalami lagi ilmu Berpantang dan Bersalin dengan Team TWB pada harga cuma RM100, boleh hubungi Sya cepat-cepat okay?! ☺️








Siti Aisyah binti Ab Razak
A Highclass Housewife
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
Proud Member & Trainer of TWB
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com