Tuesday 2 October 2018

"Confinement Lady VS Jagaan Mak"

"Confinement Lady VS Jagaan Mak"

A Confinement Lady is someone who will help a new mother with the care of her baby in order to ease her transition process from a pregnant woman to a new mother.



Assalammualaikum semua!

Sebut pasal Confinement Lady atau bahasa mudahnya CL, mesti semua dah boleh bayangkan yang ada orang datang terus ke rumah untuk menguruskan seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak. Betul? Dan kalau sebut pasal CL lagi, ramai akan terbayangkan Natalis Mother Care & Beauty kan. Hihi. Ye lah, sekarangkan memang tengah trending Confinement Lady ni. Demand memang tinggi, tapi supply sangat kurang dekat Malaysia ni sebenarnya.

Insyallah, tak lama lagi Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) pula yang akan memonopoli bidang Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang ini.

Ok, korang pernah terfikir tak kenapa Confinement Lady ni dah menjadi macam satu trending tau di Malaysia? Dulu-dulu emak kita tak ada pun panggil Confinement Lady bagai untuk membantu menguruskan diri dan bayi mereka. Bayi dekat sini refer dekat kita dan adik-beradik kita lah. Hehe. Sebenarnya emak kita pun ada je menggunakan perkhidmatan CL ni. Cuma dulu-dulu kita tak panggil lah Confinement Lady atau CL. Kita panggil Bidan atau Mak Bidan. Dan kebiasaannya Mak Bidan ni hanya datang untuk menyambut kelahiran bayi sahaja. Selebihnya mereka akan memberi tunjuk ajar melalui mulut sahaja apa langkah seterusnya yang para ibu perlu ambil dan lakukan.

Tapi, macam mana pula dengan wanita-wanita yang berpantang di kampung masing-masing? Maksudnya berpantang di bawah jagaan emak sendiri atau emak mertua. Sebenarnya terpulang dekat diri masing-masing nak siapa yang bantu dan tolong jaga sepanjang berpantang. Jujurnya.. Kalau tanya Sya.. Sya memang tak sanggup nak beban dan susahkan lagi ibu dan mama mertua Sya. Ye lah, mereka pun bukan semakin muda. Lagi pun mereka dah berpenat lelah melahirkan, menjaga, mendidik dan membesarkan kita. Takkan bila kita dah bernikah, berkahwin, dah ada suami, anak, keluarga sendiri.. Kita masih nak harapkan mereka kan? Macam tak best, kesian dan sedih pula rasa. Biarlah mereka menikmati hari tua mereka dengan lebih fokus untuk beribadah, rehat dan mentadabbur bumi Allah S.W.T. yang luas ni.

Tapi, kalau bukan emak kandung atau emak mertua kita yang jaga kita.. Siapa lagi? Haaaaa..... Nampak tak dekat sinilah peranan kami sebagai Confinement Lady. Dan sebab tu Confinement Lady ni menjadi satu trending di Malaysia bila mana ramai dah wanita-wanita menyedari cara ini paling mudah, senang dan tidak menyusahkan sesiapa. Dekat sini juga para suami harus memainkan peranan untuk sama-sama mencari Confinement Lady bagi si isteri. Atau pun sediakan je duit secukupnya untuk panggil Confinement Lady datang ke rumah bagi membantu menguruskan isteri dan anak kita. Kalau tak ada duit.. Kenalah fikir jalan macam mana untuk dapatkannya. Bukan fikir jalan untuk hantar isteri dan anak kita ke rumah orang tua si isteri ataupun orang tua kita tanpa membayar satu sen pun dekat mereka. Kalau tak boleh, tak dapat dan tak mampu juga.. Hmmmmm jangan buat isteri kita mengandunglah macam tu 😜

Ok, jom sama-sama kita lihat antara Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantan TWB mengikut hari beserta harganya pula. Mana tahu ada dalam kalangan pembaca blog Sya ni yang sedang mencari Confinement Lady (CL) yang menepati budget anda kan..

Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantang TWB, kami menyediakan perkhidmatan seperti :-

  1. mengurut (ibu dan bayi)
  2. bertungku atau tuam
  3. memakai Param atau Pilis
  4. memakai Bengkong
  5. bertangas
  6. bersauna
  7. mencukur dan memandikan bayi
Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 3 Hari (RM360)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 7 Hari (RM840)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 14 Hari (RM1680)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej 44 Hari (RM5280)

Pakej Penjagaan Selepas Bersalin dan Berpantang TWB
Pakej Penutup Pantang (RM200)

Jadi inilah di antara Pakej Penjagaan Bersalin dan Berpantang TWB.. Terdapat pilihan hari yang anda boleh pilih bersesuaian dengan harga dan rawatannya..

By the way..
Jika anda juga berminat dan ingin menjalani latihan atau Kursus Penjagaan Bersalin dan Berpantang di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau tambahan.. Jangan ragu-ragu, malu dan segan untuk hubungi Sya seperti di talian atau Email yang tertera di bawah okay? 🙂





Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted Shaklee Independent Distributor (SID)
Certified Beauty Therapist & Confinement Lady (CL)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment