Sunday 30 September 2018

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

"We don't sell milk but... We Help Moms Produce the Best Milk for Babies!"

Itulah misi kami di Shaklee dan The Walking Beauty (TWB). Kami hanya mahukan yang terbaik buat anda dan bayi anda dari awal kehamilan sehinggalah anda selamat melahirkan! Malah, kami tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Kami akan sentiasa memastikan keadaan kesihatan anda dan bayi anda ketika membesar nanti berada di tahap yang baik.

And actually we have good news for all of you moms!

Selain dari Rawatan SPA seperti Rawatan Muka (Facial Treatment), Sauna Herba, Body Scrub Herba, Mandi Susu dan Bunga serta SPA Cantik Tangan dan Kaki (Hand and Foot SPA).. Kali ini kami menawarkan perkhidmatan baru kepada anda "PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN" pula!

Kami bukan setakat menjadi Beauty Therapist untuk anda, malah kami juga adalah "Confinement Lady" yang bakal dikehendaki dan digilai ramai ibu-ibu di luar sana!


Antara Artis dan Selebriti Malaysia yang turut menggunakan perkhidmatan "Confinement Lady" (CL) untuk datang ke rumah mereka.

Kami sangat memahami dan prihatin terhadap anda wahai ibu! Ramai ibu-ibu di luar sana yang berhadapan dengan masalah tiada orang yang boleh dan dapat jaga ketika berpantang. Kalau nak berpantang di kampung pula.. Kesian pula dekat suami dan anak-anak nanti ditinggalkan. Kesian juga dekat ibu bapa kita yang perlu bersusah-payah sekali lagi menjaga dan menguruskan kita di usia-usia begini. Dan inilah antara sebab kenapa kami di TWB menawarkan khidmat "Confinement Lady" kepada anda!


Ok, jom kita sama-sama lihat apa je rawatan yang terdapat di dalam "Pakej Rawatan Selepas Bersalin" TWB kami. Antaranya :-

  1. Urutan Tradisional bagi ibu (bersalin normal atau Ceaser). Kami menggunakan minyak dari ramuan sendiri.
  2. Bertungku (Kami menggunakan batu sungai).
  3. Param atau Pilis Tradisional + Moden (Ramuan Param ini kami buat sendiri dengan menggabungkan bahan-bahan tradisional dan moden).
  4. Bengkong (Bengkong Tali Kasut, Bengkong Tali Barut atau Bengkong Jawa).
  5. Tangas (Kering atau Basah).
Dan "Pakej Rawatan Selepas Bersalin" ini kami akan lakukan selamat 3, 7, 14, 30 ATAU 44 hari.

Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan seperti memandikan bayi, mencukur bayi, mengurut bayi, memasak untuk si ibu dan mengemas rumah (basic).

Dan yang paling penting kami akan cuba memastikan bahawa anda dan bayi anda akan mendapat nutrisi yang cukup dengan "Set Bersalin" atau "Set Berpantang" Shaklee. Ianya untuk memastikan supaya badan anda tidak lagi lemah, makin bertenaga, kuat, positif dan ceria malah lebih seksi persis anak dara! Untuk bayi anda pula supaya bayi anda membesar dengan normal, sihat dan bijak.


Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee (Postnatal Set)

LUKA BERSALIN atau PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH, MASALAH SEMBELIT DAPAT DIATASI, SUSU BADAN LEBIH MERIAH, PERANAKAN (RAHIM) CEPAT KECUT dan EMOSI LEBIH STABIL (CERIA dan POSITIF) antara kesan yang anda akan dapat selepas mengamalkan "Set Bersalin" atau "Set Berpantang" (Post Natal Set) daripada Shaklee ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut atau untuk booking, anda boleh terus menghubungi saya sendiri di talian yang tertera seperti di bawah. Anda juga boleh Email saya. Terima kasih!





Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted Shaklee Independent Distributor (SID)
Certified Beauty Therapist & Confinement Lady (CL)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213

yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment