Wednesday, 22 November 2017

Rahsia Surirumah Ini Melancong Ke Luar Negara Setiap Tahun




Maldives
The Walking Beauty 2017



Tak pernah sangka walaupun seorang SURIRUMAH, tapi BOLEH dan MAMPU ke luar negara setiap tahun TANPA perlu guna atau minta duit daripada suami! Memang 100% guna duit sendiri!

Bukan bangga diri atau niat untuk berlagak mahupun riak. Tapi, inilah hakikatnya!

Dan Sya tak nak status sebagai surirumah itu membataskan kita para isteri untuk mencapai setiap impian kita. Apatah lagi kalau kita ni sebenarnya merupakan pemegang Diploma, Ijazah, Master atau PhD. 

Pada masa yang sama, buktikan dekat mereka yang selalu memandang sinis, hina, perli, sindir, mengumpat atau apa sahaja perkara buruk dan negatif terhadap anda hanya kerana anda seorang surirumah! 

Buktikan kepada mereka walaupun anda surirumah, tetapi anda boleh mencari pendapatan sendiri walaupun dari rumah. Buktikan kepada mereka yang anda bukanlah seorang isteri dan ibu yang hanya mengharapkan duit nafkah daripada suami semata. Apatah lagi membebankan atau menyusahkan suami anda walaupun tidak salah dan berdosa jika suami anda berkemampuan untuk anda minta duit daripada mereka. Apa lah sangatkan kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan anda menjadi seorang isteri dan ibu selama ini. Hehe.

Sebab tu Sya tulis entry ni. Sebab Sya nak berkongsi dengan anda semua bahawa kita sebagai surirumah perlu sentiasa ada MINDA KELAS TINGGI atau Bahasa Inggerisnya HIGH-CLASS MINDED.

Salahkah kita mempunyai minda high-class??

Disebabkan minda high-class lah yang buat kita mula tanamkan impian. Bukan impian biasa-biasa, tapi kita juga berani tanamkan impian yang luar biasa! Impian yang besar-besar. Dan disebabkan impian-impian kita ni lah akan buat kita lebih bersemangat untuk bekerja keras!

Kalau tak ada impian atau impian biasa-biasa, "Saya bersyukur dengan apa yang ada, cukuplah setakat apa yang dapat ni", itulah yang buat kita tak ada semangat untuk bekerja keras.


Bagaimana surirumah seperti Sya boleh dan mampu ke luar negara setiap tahun?

Segala-galanya bermula selepas Sya melibatkan diri dalam Bidang SPA dan Kecantikan pada Mei 2015.

Masa tu Projek The Walking Beauty (TWB) : Projek SPA Bergerak Tanpa Kedai (Mobile SPA) baru sahaja ditubuhkan. Dan dengan tidak teragak-agak, Sya terus sertai projek tersebut untuk belajar serta mendapatkan ilmu berkenaan SPA. Yuran penyertaan hanyalah RM750 sahaja. Tapi, lengkap semuanya. Ilmu SPA, produk-produk SPA, modul / manual / nota SPA, sijil dan support group. Ye. Sangat murah dan berbaloi-baloi macam Amy Search cakap! Ehehehe.

Tapi, sekarang harga Pakej Training SPA dah naik sedikitlah iaitu RM999. Dah 2 tahunkan. Takkan harga masih sama sedangkan harga barang sekarang pun dah banyak naik termasuk produk-produk SPA. Tapi, masih murahkan RM999 ni?! Cuba cari mana-mana kelas atau kursus SPA di luar sana. Mana dapat wehhhhh.. Oh, tapi harga RM999 ni hanya SAH untuk NOVEMBER 2017 ini sahaja tau!

Ok, back to our main topic tadi. Kebetulan Founder Project TWB seorang kaki travel. Dah lebih 20 negara beliau pergi. Beliau memang suka travel (travel lover).

Jadi, beliau came out dengan idea untuk trip ke luar negara setiap tahun bersama Ahli-Ahli TWB.

Selain sebab minat dan passion beliau yang mendalam terhadap travel, beliau juga ingin membawa para wanita terutamanya yang tidak pernah naik kapal terbang dan jejakkan kaki di negara orang. Beliau ingin mereka juga merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan tadabbur bumi Allah S.W.T. 

Pepatah ada mengatakan, "Jauh perjalanan luas pemandangan" kan? Tapi, Allah S.W.T. sendiri juga menyuruh hamba-hambaNYA untuk mengembara seperti yang di sebut di dalam beberapa surah di dalam Al-Quran seperti Surah Al-Mulk Ayat 15, Surah Muhammad Ayat 10, Surah Luqman Ayat 31, Surah Yusuf Ayat 109, Surah Ar-Rum Ayat 9 & 42, Surah Ali' Imran Ayat 137, Surah An-Naml Ayat 69 dan Surah Al-An'aam Ayat 11.


Annual Trip The Walking Beauty (TWB) :-

2015 : Melbourne, Western Australia

2016 : Perth, Western Australia

2017 : Maldives 


TWB in Melbourne 2015

Melbourne 2015

Queen Victoria Market, Melbourne

Customer SPA TWB di Melbourne

TWB in Perth 2016

Adina Apartment Hotel, Perth

Fremantle, Perth

Kailis' Fish Market Cafe, Perth

EShed Markets, Perth

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth

Kangaroo Feeding @ Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth

Molly's Farm @ Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth

The Walking Beauty Sisters @ Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth

The Margaret River Chocolate Co, Perth

Kailis' Fish Market Cafe, Perth

Fremantle Market, Perth

Adina Apartment Hotel, Perth

Kings Park & Botanic Garden, Perth

Kings Park & Botanic Garden, Perth

Kings Park & Botanic Garden, Perth

Bell Tower, Perth

Perth, Western Australia

Adina Apartment Hotel, Perth

Woolworths, Perth

Blue Boat House, Perth

Blue Boat House, Perth

Perth, Western Australia

Elizabeth Quay, Perth

Elizabeth Quay, Perth

Perth, Western Australia

TWB in Maldives 2017

TWB Maldives

Villingili Island, Maldives

Villingili Island, Maldives

Villingili Island, Maldives

Villingili Island, Maldives

Villingili Island, Maldives

Sandwich House, Maldives

Maldives

Hura Island, Maldives

Hura Island, Maldives

Hura Island, Maldives

Hura Island, Maldives

Hura Island, Maldives

Coral Grand, Maldives

Maldives

Baazaaru Moon Cafe, Maldives

Atoll Craft & All Wear, Maldives


Fuh.. Terasa macam diri tu dekat Melbourne, Perth dan Maldives tak bila tengok gambar-gambar ni? Hehe.

Insyaallah, annual trip TWB tahun 2018 nanti kami akan ke Kota Cinta, PARIS! ;)

Tunggu apa lagi? 

Jom sama-sama kita bina MINDA HIGH-CLASS!! Sama-sama kita CAPAI IMPIAN kita melalui TWB!!

Ye. Sya salah seorang pemegang Diploma Pengurusan Pejabat & Teknologi (Office Management & Technology) dan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management) yang memilih untuk bekerja dari rumah. Sya juga salah seorang Ahli TWB yang berstatus surirumah :) 

Dan jujurnya duit yang Sya guna untuk trip adalah duit hasil dari SPA dan bonus serta untung runcit Shaklee! 

Sya pernah dapat pelanggan (customer) SPA sehingga 3 orang dalam masa 3 jam sehari. Dan Sya charge untuk Rawatan Kecantikan Wajah (Full Facial Treatment) untuk setiap orang adalah RM65/Jam. 3 orang dah berapa? Tak ke RM195? Kalau setiap hari ambil 3 orang customer, sebulan tak ke RM5850 Ini pun belum kira sekali bonus dan untung runcit Shaklee. Dan di TWB kami ada 2 lagi sumber pendapatan. Jumlah pendapatan yang kami dapat selepas sertai TWB adalah 4 semuanya. Nak tahu kenalah sertai kami dahulu ;)

Apa-apa pun, bila dah libatkan diri dalam dunia perniagaan ni, anda perlu IKHLAS dan KONSISTEN BERKONGSI serta MEMBERI. INGAT! THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET! Anda juga perlu mempunyai HATI YANG KUAT, JIWA YANG KENTAL dan paling penting RAJIN dan TIDAK CEPAT PUTUS ASA!

Last but not least, DREAM BIG!! Kerana itu salah satu ingredients untuk berjaya! Orang yang hebat, impiannya juga hebat. Bukan sekadar biasa-biasa :)

Tuesday, 10 October 2017

Breakfast @ Roti Canai Kayu Arang, Bachang, Melaka


Roti Canai Kayu Arang

Kalau korang datang Melaka, jangan lupa untuk singgah makan di Roti Canai Kayu Arang ni.

Nama gerai pun "Roti Canai" kan. So, of course lah Roti Canai nya yang menjadi tumpuan dan serbuan orang ramai. Hehe.

Tapi, selain Roti Canai ada juga menu lain yang dijual seperti di bawah :-

Menu di Roti Canai Kayu Arang 

Menu AGS Fried Chicken

Ok, sebenarnya apa yang buat Sya sendiri tertarik untuk cuba Roti Canai Kayu Arang ni adalah sebab cara masak Roti Canai nya sangat unik iaitu dengan menggunakan kayu arang batu. 

Selain tu, nama Roti Canai Nanchos dan Roti Tampal Dangdut tu sendiri yang buat Sya lebih tertarik.

Roti Canai Nanchos

Meleleh weh air liur tengok Roti Canai Nanchos niiiii.. Atas Roti Canai ni penuh dengan Cheese! Ada juga daging Ayam cincang, sos cili, colorful Capcicum (Lada Benggala) dan hirisan Kobis Ungu.

Roti Tampal Dangdut

Bagi penggemar telur pula, korang boleh cuba Roti Tampal Dangdut ni. Ada dua biji telur dipecahkan dan ditampal terus dengan Roti Canai. Telur kuning ia tak pecah pun. Tapi, masak. Memang kalau potong Roti Canai tu mengalir telur kuning tu membanjiri pinggan korang. Sya kurang suka sikit dengan telur kuning. Lagi-lagi yang cair. Sebab bau dan rasa macam makan anak Ayam. Hahahah..

By the way, siapa ada baca previous entry Sya, Sya ada tulis yang Roti Canai Kayu Arang ni tutup masa Sya dan suami Sya datang pada hari Sabtu lepas. Tutup sebab mereka pergi ke KL ada wedding di sana. Memang tak ada rezeki Sya masa tu nak merasa Roti-roti Canai di sini.

Tapi, disebabkan Sya dah lama sangat nak cuba Roti Canai Kayu Arang ni, maka esoknya Sya ajak lagi suami Sya untuk ke sini.

Dan alhamdulillah! Roti Canai Kayu Arang ni buka! 

Kami sampai di sini lebih kurang pukul 7 lebih (pagi). Masa ni pun boleh tahan dah ramai orang. Rezeki kami mudah dapat parking kereta. Dekat pula tu. Kami ikut jalan dalam yang lalu rumah-rumah kampung orang tu. Kalau tengok dekat tepi jalan besar, memang dah penuh dengan kereta parking. Berderet.



Kami order tujuh keping Roti Canai Telur untuk dibawa balik ke rumah. Kahkahkah. Beriya-iya datang sini nak cuba Roti Canai Nanchos dia, sekali order Roti Canai Telur je. Hakhakhak.

Sementara tunggu Roti Canai Telur kami siap, kami order dua Teh Tarik dan dua Sosej Cheese Gulung.

Sosej Cheese Gulung

Sosej Cheese Gulung ni not bad lah rasa ia. Siapa penggemar Cheese macam Sya, insyaallah memang akan suka. Sebab bila kunyah tu memang terasa Cheese ia dan yang best nya ada rasa spicy powder tu juga.

Sosej Cheese ni beli dan bayar kepada AGS Fried Chicken. Ada macam satu lagi stall kecil dalam Roti Canai Kayu Arang ni. Macam kami, order dulu then tunggu mereka hantar ke tempat duduk kami, baru kami bayar.

Insyaallah, next time memang akan repeat beli breakfast atau makan dekat sini. Selagi tak dapat rasa Roti Canai Nanchos dan Roti Tampal Dangdut dia, selagi tu lah akan pastikan setiap kali balik Melaka kena juga singgah Roti Canai Kayu Arang ni kalau berkesempatan dan diizinkan Allah..

So, untuk anda yang nak datang ke Roti Canai Kayu Arang ni, anda boleh Waze atau guna Google Maps dan search Roti Canai Kayu Arang.

Kalau exit Plaza Tol Ayer Keroh, hanya 22 minit (15 km) sahaja untuk ke Roti Canai Kayu Arang ni. Kalau dari Melaka Sentral pula hanya 11 minit (2.5 km).

Roti Canai Kayu Arang
Alamat :
Lot 459 KG Bakar Batu Mukim, 75350 Bachang, Melaka, Malaysia
Waktu Operasi :
7:00 Pagi - 12 Tengahari

Baru pukul berapa pagi dah ramai orang macam ni. Nasib baik masa ni kami dah nak balik. Hehe.

Spot my husband if You can :P

Sekian review daripada Sya untuk Roti Canai Kayu Arang! Kalau nak cari Murtabak paling best dan sedap di Melaka, boleh cuba di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu, Melaka. 

Monday, 9 October 2017

Murtabak Paling Sedap di Melaka @ Restoran Nasi Beriani Haji Tamby


Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu, Melaka

Baru-baru ni Sya dan suami Sya balik rumah ibu ayah Sya di Melaka. Kebetulan ibu ayah Sya tiada di rumah kerana menghadiri majlis pernikahan adik saudara Sya di Telok Panglima Garang.

So, yang tinggal di rumah hanyalah Sya, suami Sya dan kakak ipar Sya serta anak perempuannya.

Jujurnya, family Sya bukan jenis yang suka dan selalu makan di luar. Selain sebab lebih jimat makan di rumah, kebersihan, keselamatan dan keenakkan pun lebih terjamin. Kami juga lebih prefer tongtong duit adik-beradik untuk beli bahan-bahan mentah untuk dimasak oleh ibu kami sambil dibantu oleh kami. Sebab lebih meriah dan tentunya lah masakan dari air tangan ibu sendiri masakan terbaik serta terenak di dunia! Hehe.

Tapi, kebetulan ibu ayah Sya tak ada dan di rumah pula tak ramai orang, so Sya decide untuk beli sarapan di luar dan bawa balik ke rumah sahaja.

Asalnya nak beli dan cuba Roti Canai Kayu Arang, tapi masa Sya dan suami Sya pergi ke kedai ni, kedai ni tutup. Sebab mereka pergi ke KL ada wedding. 

Hampa jugalah masa ni. Sebab dah lama juga Sya teringin nak makan Roti Canai Kayu Arang ni. Ye lah, kalau google tempat makan best dan sedap di Melaka pun, mesti Roti Canai Kayu Arang ni listed.

Masa kami suami isteri nak gerak dari situ pun masih ada 2 - 3 buah kereta yang baru sampai nak makan di sini. Roti Canai Kayu Arang ni memang menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk makan. Pada hal masa tu baru pukul 7 lebih kot.

Tak apa lah. Tak ada rezeki hari Sabtu hari tu nak cuba merasa Roti Canai Kayu Arang ni.

Tanpa berlengah, cepat-cepat Sya fikir mana lagi tempat makan di Melaka yang best. Tinggggg!! Restoran Nasi Beriani Haji Tamby! Yeay! Terus terbayang Murtabak dia yang tak kedekut isi daging tu!

Untuk makluman semua pembaca atau pencinta makanan, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini terletak di Padang Temu. Alamat penuh dan waktu operasi seperti tertera di bawah :-

Alamat :
73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi :
Setiap hari bermula jam 9:00 Pagi hingga 4:00 Petang

Kalau keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, akan ambil masa 25 minit (16 km) untuk ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni. Kalau dari Melaka Sentral baru 15 minit (8.5 km).

Ini kira kali kedua kami datang ke sini. Kali pertama tak ingat pula bila. Huhu.. Tapi, lama jugalah tak datang. Bayangkan lah. Ini pun baru kali kedua datang sepanjang 27 tahun Sya hidup. Hahahah..

Ni antara gambar sejarah penubuhan Restoran Nasi Beriani Haji Tamby awal-awal dulu

Antara menu atau hidangan istimewa di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

Kami order Murtabak Special Haji Tamby (RM15), Murtabak Cheese (RM10) dan Murtabak Daging (RM8). Senang cerita semua jenis Murtabak yang ada di sini kami order. Hehe. Rugi kalau datang sini tapi tak cuba semuanya.

Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging

Murtabak Special Haji Tamby
Murtabak Cheese
Murtabak Daging

So, kalau korang datang bercuti atau singgah di Melaka, jangan lupa okay untuk datang serta cuba sendiri semua menu di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ni especially Murtabak dia. 

Memang tak kedekut isi dan taburan daging di atas Murtabak tu lah. Makan 2 - 4 keping pun dah kenyang. Cicah pula dengan Kuah Dal yang pekat melekat dan air bawang. Perghhhhh.. Kedai pun senang nak cari. Kemas dan bersih. Pekerja yang baik dan service pun cepat :)

Tempat Makan Best & Sedap di Nilai : Breakfast @ Semangkuk Batang Benar

Kalau sebut pasal Nilai je, sure punya korang akan terfikir Nilai 3 kan kan? Hehe. Sebab Sya pun macam tu juga. Hahahah..

Tapi, sebenarnya Nilai bukan sahaja terkenal dengan tempat membeli-belah yang murah. Di Nilai juga rupanya terdapat tempat-tempat makan yang best dan sedap tau.

Antaranya di Semangkuk, Batang Benar.



Sebelum ni Sya pun tak tahu pasal Semangkuk ni. Al-kisahnya sehari selepas Sya dan Geng-geng SPA Shaklee The Walking Beauty (TWB) selamat mendarat di KLIA2 pada 30 September (Sabtu) lepas, suami Sya ajak Sya untuk breakfast di luar.

Sya apa lagiiiii.. Seperti orang ngantok yang disorongkan bantal lah! Hahaha.. Mahu tak. Letih dan penat balik dari Maldives memang tak habis lagi pagi Ahad tu.

So, sebelum kami keluar untuk mencari sarapan, suami Sya google dulu apa tempat makan yang best dan sedap di Nilai ni. Hasil carian google, suami Sya jumpa pasal Semangkuk, Batang Benar ni.

Tanpa membuang masa, kami suami isteri pun mandi dan bersiap-siap untuk ke sana.

Alamat : 
3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi : 
8:30 Pagi - 6:30 Petang

Kalau dari KLIA, perjalanan hanya mengambil masa 32 minit (39 km) sahaja dengan menggunakan Navigation.

Bagi Sya, apa yang best dan uniknya Semangkuk Batang Benar ni adalah :-
  1. Of course lah menu nya yang pelbagai 
  2. Service dan sistem yang cepat serta teratur
  3. Kedai makan yang kemas dan bersih
  4. Semua pekerja adalah warganegara Malaysia
  5. Sedap dan harga berpatutan

Sistem / Konsep "LAYAN DIRI"

Sistem "LAYAN DIRI" ni maksudnya, korang kena tulis sendiri makanan dan minuman yang korang nak order di kertas yang telah disediakan untuk setiap meja. Jangan lupa tulis nombor meja sekali.

Lepas tu, pergi ke kaunter untuk menghantar borang atau kertas pesanan tadi dan terus buat pembayaran waktu tu juga.

Beberapa minit selepas pesanan dibuat, korang akan dapat makanan dan minumam korang. 

Dah selesai, boleh terus bangun cau cin cau! Heeeee..

Sistematik kan?

Senarai makanan & minuman di Semangkuk Batang Benar beserta harga & waktu mula dijual

Kertas & pensil disediakan untuk kita tulis apa yang kita nak order 

Kertas order untuk makan pagi, minuman pagi & makanan

 Sya order Nasi Lemak Ayam Kampung

Suami Sya order Kacang Pool JDT

Oh, lupa nak ambil gambar minuman kami. Sya order Teh Tarik dan suami Sya pula order Milo Tabur Ais.

Mee Bandung Sotong Jumbo
Menu baru di Semangkuk Batang Benar
Insyaallah next time will try thisssss

Total untuk kami berdua sarapan pagi di Semangkuk Batang Benar ni hanyalah RM20.10 Oklah kan? Anggap seorang RM10.05 je walau hakikatnya total Nasi Lemak Ayam Kampung dan Teh Tarik Sya hanya RM9.60 Hahaha..

So, kalau korang berada di Nilai atau datang ke Nilai jangan lupa untuk singgah Semangkuk Batang Benar ni okay? 

Atau mungkin orang Negeri Sembilan sendiri lagi-lagi yang memang tinggal di Nilai atau sekitarnya, kalau belum pernah datang sini, boleh datang dan cuba sendiri semua menu yang disediakan.

Tak akan menyesal punyalah! Insyaallah :)

Next entry Sya share 2 tempat makan yang WAJIB korang pergi dan cuba di Melaka pula okay?! Stay tuned! ;)

Saturday, 12 August 2017

BUSINESS OPPORTUNITY TALK : Peluang Dapatkan Duit Segera (Instant Cash) Melalui Perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai @ Home SPA and Mobile SPA


PERHATIAN!! BERITA BAIK dan PELUANG untuk anda yang berhasrat untuk membuka dan memiliki sebuah SPA TANPA PERLU MENGELUARKAN MODAL YANG BESAR!



Ya! PERCUMA. Tiada sebarang bayaran dikenakan! Tiada juga sebarang syarat ditetapkan!

Talk ini terbuka kepada semua gadis dan wanita yang sedang mencari sebuah perniagaan (business) untuk dijadikan sebagai kerja sampingan (part-time job) atau kerja sepenuh masa (full-time job).

Disamping minat dan sukakan kecantikan serta mementingkan kesihatan luaran dan dalaman.

Tidak kira anda seorang PELAJAR atau BARU KONVO atau SUDAH BEKERJA atau SURIRUMAH. SUDAH BERKAHWIN atau BELUM BERKAHWIN. Anda sangat dialu-alukan untuk hadir ke talk ini petang esok!

Tapi KENAPA SPA?? UNTUNG KE? PERMINTAAN TINGGI KE?

Jawapannya, YA! SANGAT TINGGI HINGGA KAMI TIDAK MAMPU MENERIMA BOOKING KERANA TERLALU RAMAI YANG MAHU, TERLALU TINGGI PERMINTAAN DAN JADUAL KAMI PENUH!

Kan bagus kalau anda sertai sama dan nikmati fenomena ini bersama?

Orang zaman sekarang ni sibuk. Tak ada masa nak pergi ke SPA walaupun sebenarnya mereka mahu dan sedar kulit muka mereka dah semakin kusam, tidak bermaya, tidak berseri dan tidak bertenaga!

Sebab itu mereka memilih untuk menghubungi mana-mana orang yang menjalankan perniagaan SPA bergerak (Mobile SPA) untuk datang ke tempat mereka walaupun mereka perlu membayar kos minyak dan upah.

Kalau ada pun orang yang kurang sibuk atau tidak sibuk, lain pula kekangan mereka. 

Sama ada mereka tiada kenderaan untuk ke SPA atau mereka malas hendak bersiap keluar, menempuh kesesakan lalu-lintas dan mencari tempat letak kereta atau mereka mahukan lebih privasi, berkonsepkan Muslimah dan mahukan produk-produk yang terbaik serta dipercayai. Mereka akan mencari kita dahulu!

Namun, semuanya insyaallah anda akan perolehi hanya bila anda ADA ILMU.

Itulah kami, Team The Walking Beauty (TWB) akan berikan kepada anda. ILMU dan BIMBINGAN YANG BERTERUSAN!

TAWARAN HEBAT!!

Sempena meraikan ulangtahun yang kedua The Walking Beauty (TWB), kami ingin menawarkan sesi LATIHAN PERCUMA untuk anda!

Anda HANYA PERLU MEMBUAT BAYARAN UNTUK PRODUK DAN PERALATAN SPA yang mana kesemuanya TAK SAMPAI RM1000 pun! Malah RM900 pun TAK SAMPAI!

Dan anda BOLEH TERUS MENJALANKAN PERNIAGAAN SPA ANDA KERANA SEGALA PERALATAN dan PRODUK SUDAH LENGKAP!

Senang kerjakan?

TAPI, INGAT!

Ianya TERHAD UNTUK 10 ORANG PERTAMA SAHAJA.

Alamakkkkk.. Macam mana ni sis? Saya nak! Saya kena buat apa sekarang?!

Anda boleh cuba hadirkan diri anda ke "Business Opportunity Talk" di Bangi Gateway ini petang esok! MASUK PERCUMA.

JANGAN LAMBAT. SEBAB IANYA TERHAD dan KAMI MUNGKIN TIDAK AKAN BUKA TAWARAN SEPERTI INI LAGI!

FAST ACTION FAST RESULT.






Siti Aisyah binti Ab Razak
Founder & Owner @ Muslimah Home & Mobile SPA, Yeoja Beauty House (YBH)
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
+6013 - 476 5930
yaeppenyeoaja@gmail.com