Thursday, 10 July 2014

Aisyah si hyperactive! =P

Hello3 readers! =P

Ada sesiapa lagi yang belum zzzZZZ tak? Hihi. Kalau ada, boleh tak tolong saya? Bagi tips dekat saya macam mana nak bagi kelopak2 mata saya ni tertutup? Haishhhh..

Disebabkan saya tak mengantuk lagi tadi, saya pun buatlah kerja giler. Masuk 13 Ramadhan pula tiba2 saya rajin kannnn masak untuk sahur tengah2 pagi buta ni... Ahahah. xD

So, menu bersahur saya nanti adalah "IKAN CENCARU MASAK KICAP." =)



*1/2 biji bawang besar (dihiris)
*3 ulas bawang putih (dihiris)
*1/2 inci halia (dihiris)
*1 batang kulit kayu manis 
(Kalau ada bunga lawang, guna 1 bunga lawang)
*2 biji cili padi (dipotong kecil)

*Tumiskan bawang putih, halia, & kulit kayu manis
sehingga naik bau
*Letakan kicap, sos cili, & air sedikit
*Masukan bawang besar

*Masukan ikan

Siapppppp! 

Oh, sebelum tu jangan lupa goreng ikan dengan kunyit dan sedikit garam!


Saya masak sekor je ikan cencaru. Lepas tu saya potong 3. Tapi, seketul saya dah ratah dulu. Haha.. So, selamat mencuba ye! 

*Kalau ikan banyak, just lebihkan bahan2 yang dekat atas tadi tu*

Hopefully saya terjagalah jam 5 nanti. Saya dah mengantok~ 

Good night readers! Eh. Dah 2:47 a.m. so, good morning readers! Ahaks. 




Wednesday, 9 July 2014

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Assalammualaikum readers! 

Yup, this post is mainly for those who wants to be more energetic especially during Ramadhan Kareem =)

I'm very sure that semua readers pernah dengar pasal 'Performance Drink' kan? Oh? Few readers ada yang belum tahu? Tak apa tak apa. Hari ni saya akan 'share' dengan readers about 'Performance Drink' jeeee.. Siapa2 readers yang dah tahu, tapi still belum ada own stock, bolehlah cepat2 dapatkannya sesegera mungkin. =) Yang belum tahu tu, meh saya story-mory meh.


Apa itu 'Performance Drink' atau 'PD?'

Kita guna 'PD' je lah eh. PD ni sejenis minuman yang membantu penghidratan sempurna dan mengekalkan tenaga tau. 

HIDRASI >>> Air yang masuk dalam badan kita lebih banyak berbanding air yang keluar. 
Our own body produce 75% water. Itu belum lagi kita minum 8 gelas air sehari. Kalau yang ambil SHAKLEE tu, at least water intake must be 3 litre. More than 100++ air yang masuk dalam badan kita. Kesian badan kita kan? Entah badan kita capai hidrasi yang optimum atau pun tak. Sebab tu ada orang cakap pasal gemuk air kot? Ye lah, bila air dah berlebihan dalam badan, itulah jadinya.


Macam mana pula PD ni supply energy dekat badan kita ek? 

Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam SHAKLEE Performance adalah GLUKOS & FRUKTOS  yang berfungsi membekalkan tenaga serta-merta dan MALTODEKSTRIN pula membekalkan tenaga berpanjangan.

Gula yang terdapat dalam PD ni pula akan bertukar menjadi tenaga. Sebab tu sesiapa yang minum PD ni, insyaallah lah saya jamin 200% akan sentiasa rasa bertenaga walaupun readers semua kena kerja 8 a.m. - 5 p.m. atau 8.30 a.m. - 5.30 p.m. plus malam pula terawih. Over gitu sampai 200%. Hihi. Eh. Tapi, bulan puasa ni mesti readers semua balik kerja awalkan? Like my husband, dia balik kerja jam 4 p.m. *Hati berbunga-bunga*


*Sluurrrpp*
p/s dari sekeping hati: Minum lepas buka tau... ohohoh!

So, I suggest you to try PERFOMANCE DRINK SHAKLEE especially those yang cepat rasa letih/penat/lesu.

You can get this from me ok? 
=)
Sms/Whatsapp saya untuk dapatkannya! 013-4765930
Email: aisyahrazak90@gmail.com
FB: Sya Syasya

*Insyaallah, next entry will share my customer's testimony after he consumes PD*





Wednesday, 2 July 2014

"Coklat HIG, WIRA LANGKAWI, & EASTERN NATIVE"

Bismillahirrahmannirrahim
"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Hi, assalammualaikum & salam sejahtera semua! 

'Bertemu' lagi kita! Tapi, kali ni kita 'bertemu' dalam bulan Ramadhan iaitu pada puasa yang ke-5! ;) Sekejap je kan rasa? Ye lah, sekarang dah pun masuk hari ke-5 kita semua yang beragama Islam berpuasa. Syukur alhamdulillah kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi!

Ok, tak naklah 'berceloteh' panjang2 ni. Kan tengah puasa. hihi. Jom kita terus masuk ke topik kita kali ni. Sebenarnya, saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan perbezaan harga coklat-coklat di sekitar Pulau Langkawi. 

19 - 22 Jun hari tu, saya dan suami beserta keluarga suami bercuti di Pulau Langkawi. Seperti biasalah, kalau datang ke Langkawi ni tak sah kalau tak singgah di Kompleks Haji Ismail Group Sdn. Bhd. (HIG) untuk membeli coklat. Boleh tahan banyak juga yang saya 'shopping' di situ. =p


Hasil pembelian coklat dari 3 tempat 
HIG; WIRA LANGKAWI; dan EASTERN NATIVE

Antara coklat-coklat kegemaran saya dan En. S! 

Comel tak 'luggage2' tu? hihi. Yang warna ungu tu saya dan suami punya. 
Yang warna hijau tu 'luggage' yang dipesan oleh adik bongsu perempuan saya.
Sibuk je! =P

Ini pula antara coklat MILKA yang dipesan oleh along saya. 
Banyak tak? hihi. 

Along saya cakap harga coklat MILKA yang 400g kalau selain dari Langkawi, RM24 tau. Tapi, percaya tak saya beli MILKA yang 400g ni dekat Langkawi baru RM9. Murahkan? Kalau tak, tak adalah along saya minta saya borong MILKA ni untuk dia! Ahaha. xD Dahlah murah, sedap pula tu. Berbaloi-baloilah. Saya jamin! hihi.

Dekat bawah ni pula, antara 3 coklat yang saya perasan harganya di 3 tempat yang berlainan, tapi masih di sekitar Pulau Langkawi lah. Anda boleh tengok dan buat perbandingan ye. =)



HIG = RM14.90
EASTERN NATIVE = RM12.90
WIRA LANGKAWI = RM13.30



HIG = RM10.50
EASTERN NATIVE = RM8.90 
WIRA LANGKAWI = RM9.90



HIG = RM3.90
EASTERN NATIVE = RM4.50
WIRA LANGKAWI = RM4.50


Itulah antara coklat yang sempat saya ingat harganya dan sempat saya tulis (sebab tak mu kasi lupa). hihi. Bagi anda yang belum pernah pergi Langkawi tu, nanti kalau anda pergi, anda jangan lupa ke tempat-tempat ni untuk beli coklat FERRERO ROCHER dan KAGI di Eastern Native serta TOBLERONE di HIG. Tapi, kalau anda jenis yang tak suka leceh-leceh ni dan suka pergi ke Kompleks HIG, anda bolehlah beli coklat-coklat kegemaran anda di situ je... Lagi pun, dekat HIG ni pun macam-macam ada! Saya pun suka. hihi. Ok, sekian dulu entry saya untuk hari ini. Jumpa lagi......

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka semua~






















Monday, 23 June 2014

PHYTOCOL-ST SHAKLEE DI SALAK TINGGI, SEPANG SELANGOR

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia blog saya... hihi. 

Maaf semua sebab lambat 'update' blog pasal si penghalang kolesterol yang cuba2 untuk masuk ke dalam salur darah kita tu. Hee.. :D Sebenarnya, saya baru je balik dari Pulau Langkawi pagi semalam. Saya ada percutian pendek (short vacation) dengan keluarga sebelah suami saya sejak Khamis (19 Jun 2014) lagi. Ok2, tak apa. Insyaallah, entry saya seterusnya saya akan kongsikan saat2 saya bercuti di Pulau Langkawi. ;) Ok, sekarang kita masuk pada "Mr. PHYTOCOL - ST" kita tu. ;)

Korang semua tahu tak 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung. Apa antara punca atau penyebab utama seseorang itu diserang atau menghidap sakit jantung? Antara puncanya adalah masalah TINGGI KOLESTEROL!!!

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang. Ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung serta fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana masih ramai rakyat Malaysia dan individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!





APA ITU KOLESTEROL???

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel2 badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan:
- sel membran
- hempedu
- tisu2 lain dalam tubuh

DUA SUMBER KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati korang, tetapi ia juga boleh diperoleh dari makanan harian korang tau. Kolesterol yang koramg makan akan meningkatkan paras kolesterol darah korang. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber: National Health and Morbidity Survey, 2011

Untuk pengetahuan korang semua, dalam darah kita ni ada 2 JENIS KOLESTEROL UTAMA tau. Satu kolesterol jahat dan satu lagi kolesterol baik.

1. Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) 
Ia dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah korang. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

2. Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL)
Ia pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata yang lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga korang kena pastikan paras kolesterol HDL korang tinggi manakala paras kolesterol LDL korang rendah ok. Sesekali tu pergilah buat pemeriksaan kolesterol di klinik2 atau hospital2 untuk tahu sama ada paras kolesterol korang macam mana.

Ini kalau korang nak tau sama ada kolesterol LDL atau HDL korang ok atau tak ok duduk dalam darah korang
Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Macam dekat Malaysia ni, korang tau tak apa penyebab utama kolesterol tinggi? Sebabnya adalah dari makanan2 yang tinggi lemak dan kalori. Cuba korang bayangkan, sehari berapa mg kolesterol yang korang ambil? Ada tak dalam sehari tu korang ambil makanan2 macam dekat bawah ni untuk sekali makan?


Untuk makluman, jumlah kolesterol yang disarankan ambil oleh Persatuan Jantung Amerika adalah tidak melebihi 300mg sehari! Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pula, mereka dihadkan untuk mengambil kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Sarapan pagi: Nasi Lemak 213mg
Makan tengahari: Mee Goreng 376mg
Makan malam: Tomyam Campur 353mg
JUMLAH = 942mg
3 kali ganda dari saranan pengambilan kolesterol sehari!!!

Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Setakat ni macam mana korang rasa bila dah baca apa yang saya tulis dan cuba kongsikan dekat korang semua pasal paras kolesterol jahat dan baik yang bertapa dalam salur darah kita? Risau? Takut? Tak senang duduk dan baring? huhu.. sudah2. Tak mu lerrrr risau2 takut2 bagai ok. Setiap masalah insyaallah pasti ada jalannya. Cuma ia semua bergantung pada diri kita sendiri sama ada nak terus fokus pada masalah ataupun nak fokus pada penyelesaian. :)

Apa kata korang cuba ambil "FITOSTEROL." FITOSTEROL ni dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan yang wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, legume, bijiran, dan minyak sayuran.  Kalau korang nak tahu, lebih 80 kajian klinikal membuktikan fitosterol ni membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah kita. Ia juga berkesan dan selamat tau. 


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, bila korang ambil lebih banyak fitosterol maka semakin berkuranglah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk korang turunkan paras kolesterol LDL korang! Mudah tak? ;)

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH), mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian kita untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, korang kena ambil makanan2 dekat bawah ni setiap hari tau. Mampu ke? Tak rasa jemu ke? Rasa macam dah tertelan je kalau kena makan semua ni hari2 semata-mata nak dapatkan 2000mg untuk tubuh kita. Betul tak?



Jadi, apa yang korang fikirkan dan tunggu lagi? Cara yang paling senang, ambil je lah PHYTOCOL-ST SHAKLEE~ kan ke itu lebih mudah? ;)


Fungsi lain PHYTOCOL-ST SHAKLEE:
- Untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi megurangkan jangkiran viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan, penyakit hati, dan tekanan darah tinggi.
- Membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi.

Apa yang korang tunggu lagi??? Baik korang cuba dulu PHYTOCOL-ST SHAKLEE ni. Meh sini meh saya tolong korang dapatkannya. Korang sms/whatsapp/PM FB/tinggalkan je komen korang dekat bawa sini. Insyaallah nanti saya tolong dapatkannya sekali dengan cara makan yang betul dan konsultasi percuma serta berterusan daripada saya sehingga korang berpuas hati! :)

Aisyah, 013-4765930
SID 1034673

***Jadi pengedar supplement mestilah belajar dan sentiasa belajar. Mestilah berilmu!***

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk membaca entry saya kali ni! ;)
Selamat malam semua~ zzz...












Monday, 16 June 2014

Bengkel Nutrisi SHAKLEE di Bayview International Hotels & Resorts Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Assalammualaikum untuk yang beragama Islam dan Hi untuk yang bukan beragama Islam. :)



Isnin 
16 Jun 2014

Pejam celik pejam celik sekejap je kan dah hari Isnin? Bagi mereka yang bekerja, mesti hari Isnin akan jadi "blues" seketika. haa..jangan fikir bukan - bukan ok. Maksud saya di sini "Monday Blues." hihi. Hari ni juga adalah hari di mana persekolahan disambung semula dan berjalan seperti biasa...

Ok2. Sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal ni semua... :D saya sebenarnya nak 'kongsikan' dengan korang semua pasal "Bengkel Nutrisi SHAKLEE" yang saya pergi hari Sabtu (14 Jun 2014) yang lepas.

Kenapa saya nak kongsikan??? Ya Allah... seriously bengkel tu sangat2 best ok!!! Tak tahu nak gambarkan macam mana. hahah. Sebab tu lah saya menulis di sini. Biar saya gambarkan betapa bestnya dan seronoknya pergi bengkel tersebut. Bak kata orang, tak rugilah spend RM40 kalau nak dibandingkan dengan ilmu - ilmu nutrisi yang kita dapat. ;) Makan pun sodap aihhhh..




Master Ainul Shahrazad pun ada sekali ><


Untuk pengetahuan korang semua yang comel belaka ni, Bengkel Nutrisi SHAKLEE telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka. Dengan hanya membayar RM40 sahaja, anda boleh menikmati Performance Drink dan ESP PERCUMA tau.. tapi, bukanlah setiap seorang tu dapat PD dan ESP 1 canister. Cuma anda boleh dapatkan kedua - dua tersebut untuk berapa gelas yang anda suka! Best tak? hihi.  



Gabungan mantop SPARKLE dan DREAMs. 
Yang belah kanan sekali tu, 'mummy' saya merangkap cousin saya. hihi.
Sebelah 'mummy' tu, Nadia Syakila adik - beradik SHAKLEE saya.
Yang kakak 2 orang tu daripada SPARKLE


1st time minum PD! Sodap! Rasa oren. 



Yang bestnya kan korang... siap boleh bawa masuk lagi PD dan ESP yang dah dibancuh. Memang sempoi habislah Bengkel Nutrisi SHAKLEE ni! Terbaikkkkkk!!! Anak - anak pun boleh dibawa masuk sekali. Itulah SHAKLEE! Memberi kebebasan kepada setiap orang sama ada ahli atau pun bukan ahli supaya mereka rasa bahawa berniaga SHAKLEE ni sangat enjoy dan tak ada masalah pun kalau mereka yang dah berkahwin, ada anak, tak ada orang nak jaga anaklah dll. Sepatutnya isu macam tu dah tak wujud kecuali mereka yang penuh dengan alasan! huhu..

Haa.. mesti korang tertanya - tanyakan dengan siapa kitaorang menuntut? hihi. Ok, ada 2 orang 'speaker' yang berkongsi berkenaan nutrisi SHAKLEE ni.


1. Puan Siti Sarah
Pakar Nutrisi SHAKLEE (HQ)



2.   Charlotte Lok 
B.sc (hons) Food SC & Nutrition (UMS) 
Pakar Nutrisi SHAKLEE (JB)



Antara produk - produk yang dikongsikan dan dibincangkan adalah seperti berikut:-

  1. PHYTOCOL-ST
  2. COQHEALTH
  3. VIVIX
  4. SHAKLEE COLLAGEN POWDER
  5. AJHT
  6. ESP 
  7. MEAL SHAKES
  8. PD
  9. NUTRIFERON
  10. CAROTOMAX
  11. SR VITA-C PLUS
  12. VITA-E COMPLEX
  13. VITA-LEA IRON FORMULA
  14. B-COMPLEX
  15. GLA COMPLEX
  16. OMEGA GUARD 
  17. LECITHIN 
  18. OSTEMATRIX
  19. DTX COMPLEX 
  20. ALFALFA COMPLEX
  21. HERB-LAX
  22. GARLIC COMPLEX
  23. PEPPERMINT-GINGER PLUS
  24. ZINC COMPLEX
  25. CINCH SHAKE & CINCH TEA
  26. GET CLEAN WATER




Dalam buku ni ada 26 suplemen/produk SHAKLEE. 
Dah macam buku budak sekolah dah bila kena isi - isi tempat kosong. 
hihi



Korang nak tahu tak, bukan setakat belajar secara 'formal' (duduk, lihat, dengar, tulis) semata, tapi diselang - selikan dengan macam - macam aktiviti! 



Eksperimen VITA-LEA IRON FORMULA dijalankan. 
Lebih kurang 1 minit VITA-LEA larut dalam air!


Cinch Tea PERCUMA~
(1st time juga baru nak cuba)


Mask dari SHAKLEE Collagen Powder

Antara permainan (games) yang dijalankan:-

  • Passing beg SHAKLEE sambil lagu dimainkan. Siapa yang last dapat 'beg' tu bila lagu diberhentikan, dia kena keluar ke depan dan perkenalkan diri serta bagi tahu produk SHAKLEE apa yang pertama dia makan. Beg yang disediakan masa tu ada 2 je. Masa ni seriously kelakar sebab semua orang takut bila lagu berhenti. Tapi, rupa - rupanya rugi sangat bila takut sebab 2 orang yang last dapat beg tu akhirnya dihadiahkan dengan beg tersebut. Rugiiiiii tetiba rasa! Baru menyesal masing2! haha..
  • 'Game' seterusnya pula, kitaorang kena buat cabutan yang mana cabutan tu terkandung info - info pasal produk SHAKLEE. Lepas tu, kitaorang diarahkan untuk pergi ke kumpulan produk tersebut. Macam saya, saya dapat No. 5 iaitu 'menyokong kesihatan jantung.' Suplemen untuk jantung apa korang dalam SHAKLEE? hihi. Semestinya lah OMEGA GUARD! Jadi, kumpulan suplemen saya adalah OMEGA GUARD. ;)







Dalam masa 10 minit setiap kumpulan kena siapkan 'poster' kumpulan masing - masing dengan produk masing - masing. Lepas tu setiap kumpulan kena bentangkan dekat atas pentas... huhu.. best2! Secara tak langsung boleh 'up' kan keyakinan diri! 



Inilah kumpulan OMEGA GUARD! ;)
Yang tepi sebelah kanan tu dari Sabah tau..



Ok lah korang, saya rasa setakat ni dulu yang saya dapat kongsikan dengan korang semua . . Entry ni bukan khas untuk SID sahaja tau, tapi terbuka kepada semua yang membaca... huhu.. 

Kalau berminat untuk menjadi "ahli keluarga" SHAKLEE atau perlukan produk - produk SHAKLEE atau penjelasan berkenaan SHAKLEE, senang cerita apa - apa sahaja berkenaan SHAKLEE bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. Kalau malu, bolehlah personal sms/whatsapp/email/PM FB saya ok. ;)

Aisyah
SHAKLEE ID: 1034673
sms/whatsapp: 013 - 4765930
Email: aisyahrazak90@gmail.com
FB: Sya Syasya

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca! 
Terima kasih SHAKLEE~
Love & Hugs

***Next entry >>> PHYTOCOL-ST SHAKLEE (Fitosterol yang membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah***





DREAMs & SPARKLE bersama Master Ainul Shahrazad! 




I am the next! 
Mohon doa kalian ye... ;)
















Thursday, 1 May 2014

Saat Dia Meninggalkanku...

"1 MEI".  Hari Pekerja yg pasti dinanti - nantikan oleh mereka yg sememangnya bekerja.  Tidak kiralah sama ada mereka yg bekerja 'mkn gaji' atau mereka yg 'bekerja sendiri.'  Tetapi, saya percaya 'Hari Pekerja' akan benar2 menjadi hari yg ditunggu - tunggu khasnya bg mereka yg kerja mkn gaji kerana hari ini adalah hari di mana para suami atau isteri dpt meluangkan masa sekualiti mungkin bersama pasangan masing2.  Begitu juga dgn ibubapa yg sibuk merancang 'percutian pendek' buat keluarga mereka.


RABU (30 APRIL 2014; 6 : 29 PM)

Ketika ini lg 1 minit rancangan Romantika bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri akan berakhir.  Sejujurnya saya katakan bahawa antara 'artis jemputan' utk rancangan Romantika yg saya minati adalah mereka ini.  Kisah perjalanan hidup berumahtangga mereka yg sudah 3 tahun 1/2 membuatkan saya ingin mengikuti mereka.  Mungkin anda semua akan berkata bahawa saya tidak sepatutnya menjadikan mereka ikutan kerana usia perkahwinan mereka yg masih terlalu muda (tak sampai 5 tahun lg).  Anda juga mungkin akan mempersoalkan kenapa saya tidak 'mengikuti' jejak langkah kedua ibubapa saya atau kedua ibubapa mertua saya atau kakak2 dan abg saya?  Mereka semua ini sudah pun mendirikan rumahtangga bertahun - tahun (ada yg berbelas - belas tahun & ada yg berpuluh - puluh tahun).  Ya, mmg betul apa yg anda 'cuba' perkatakan itu.  :) Tetapi, anda kena jelas di sini bahawa 'mengikuti' & 'mencontohi' adalah 2 perkataan yg berbeza.  Kalau ckp soal 'mencontohi', ya saya mmg ingin mencontohi ibubapa saya kerana mereka mampu utk mempertahankan rumahtangga mereka walaupun bnyk ujian serta dugaan yg' terpaksa' mereka lalui.  Saat saya sedang menonton Romantika episod kali ini, saya ingin mengikuti Dr. Halina (isteri kpd Angkasawan Negara), di mana beliau akan mendiamkan diri setiap kali beliau kecil hati atau terasa atau marah dgn suaminya.  Beliau juga seorg isteri yg taat & dgr ckp suami (sepertimana yg diperkatakan oleh Datuk Sheikh Muszaphar).  Apabila Datuk Sheikh Muszaphar berkata demikian, saya sedar, saya tahu bahawa sikap saya tidak seperti itu terhadap suami saya.  Saya seorg isteri yg degil.  Tidak mendengar kata.  Tetapi, mujur saya 'dipinjamkan' seketika suami sebaik dan sabar seperti suami saya skrg ini (En. Hasri Akhmal) :) Selepas itu, saya berazam utk menjadi isteri yg baik & solehah utk satu - satunya suami saya.  Saya juga ingin mendengar suami saya berkata begitu kpd saya.

"Suami (Hasri Akhmal) : Aisyah seorang isteri yg taat & mendengar kata saya."
InsyaAllah..


Perbualan telefon yg tak saya duga

Sambil saya menonton Romantika, saya juga sedang melipat kain & menyusunnya sekali.  Jam 6 : 29 pm, suami saya call utk memberitahu bahawa Dia baru sahaja habis meeting & selesai Solat Asar.  Kemudian Dia juga memberitahu saya bahawa Dia & kwn2nya diajak mkn oleh Boss baru mereka.  Saya pun tak tahu tempat & nama restoran yg mereka pergi kerana ketika ini fikiran saya seolah - olah tidak boleh menerima apa2 lg kata2 yg keluar dr mulut suami saya kerana saat ini saya terlalu sebak, sedih apabila suami saya memberitahu saya bahawa Dia ditugaskan utk bekerja shift mlm bermula hari Khamis (hari ini) sehinggalah Sabtu mlm.  

Sepanjang saya berkahwin, belum pernah lg suami saya tiada di sisi saya semasa tidur disebabkan tuntutan kerja.  Mungkin ini yg membuatkan saya terlalu 'manja' dgn suami saya sehinggakan berenggang hanya utk 3 mlm pun saya tak cukup kuat utk menghadapinya.  Mujur keluarga mertua saya ada (skrg saya tinggal serumah dgn mertua sementara rumah yg dibeli siap sepenuhnya).


Bermulalah SAAT DIA MENIGGALKAN SAYA...

Jam lebih kurang 5 : 15 pm, saya & adik ipar saya bersama - sama menghantar suami saya ke KTM Sg. Gadut.  Suami saya ckp Dia nak cuba utk naik komuter pergi ke tempat kerjanya di KLIA 2.  

SEBELUM
Suami saya request dkt saya utk pakai kemeja baru yg saya hadiahkan Dia semasa "1st Anniversary" kami (9 Februari 2013 - 9 Februari 2014).  Walaupun saya tak suka iron baju, tp saya tetap ironkan utk baju utk suami saya.  Nak tak nak mmg saya lah kan yg kena buat sbb kalau tak siapa lg?  Tp, saya ikhlas buat semua tu utk org yg saya cintai. :)

Suami saya juga memberitahu saya bahawa Dia ingin membawa 'bekal.'  Dia meminta saya utk mencari 'food flask' hadiah perkahwinan kami drp sahabat dunia akhirat saya yg lg seminggu bakal bergelar isteri org tu, Cik Aina Raihanah binti Abdullah. :)

Suami saya ckp, nanti time Dia dinner 'bekal' yg dibawa, seolah - olah Dia sedang dinner sekali dgn saya sbb makanan yg kami mkn adalah sama.  Ya Allah..abang betul2 buat ayang terharu dgn kata2 abg (pasal kemeja & bekal).  Terima kasih abang sbb happykan hati ayang walaupun dgn kata2. :)

Abang...
Ketahuilah bahawa isterimu di sini masih cuba utk menerima 'keadaan' ini.  'Keadaan' di mana ayang terpaksa Solat Maghrib & Isya' bersendirian tanpa berimamkan abang.  'Keadaan' di mana ayang tak dpt salam & cium tgn abang seperti hari2 biasa yg ayang buat setiap kali kita habis solat.  'Keadaan' di mana abang pegang tgn ayang & bawa ayang kpd abang utk abang cium pipi serta dahi ayang.  'Keadaan di mana abang akan tidur di sisi ayang, menemani ayang.  'Keadaan' di mana ayang akan bangun di awal pagi utk menyediakan breakfast utk abang, ironkan kemeja & seluar kerja abang, menghantar abang di gate utk melihat kereta abang bergerak meninggalkan kawasan rumah menuju ke tempat kerja.  Allah..sungguh saya rindu setiap saat saya bersama suami saya.


PENAWAR DI SAAT SAYA BERDUKA..

Saya tahu saya tidak keseorangan.  Buktinya, saya masih ada keluarga mertua bersama saya di sini.  Buktinya, saya masih ada keluarga kandung yg sudi melayani saya di group whatsapp.  Ini kerana saya di Seremban, keluarga saya di Melaka, Shah Alam, & Bangi.  TETAPI, bukti yg paling kukuh adalah saya MASIH ADA ALLAH BERSAMA SAYA.  Ya, ALLAH S.W.T.  Apabila saya rindukan suami saya, saya mengadu & menangis bersungguh - sungguh kpd-Nya.  Saya berzikir & membaca Al - Quran sambil menangis mengenangkan 'keadaan' saya skrg ini.  'Keadaan' bkn sahaja terpaksa berenggang dgn suami seketika, tetapi kerana IMPIAN saya utk menjadi SUPERVISOR SHAKLEE pd APRIL 2014 juga tidak kesampaian.  Sekali lg saya mengadu & menangis semahu - mahunya kpd Allah.  Allah...Allah...  Tarikh saya ambil jubah utk konvokesyen sarjana muda saya sekali raptai saya clash dgn tarikh sahabat saya, Aina bernikah.  Pd 11hb pula hari konvokesyen saya bertembung dgn majlis perkahwinan Aina.  Suami saya juga berkemungkinan besar tidak dpt hadir di hari konvokesyen saya sekaligus tidak dpt menghadiri majlis walimah Aina bersama pasangan.


PERANCANGAN ALLAH ITU HEBAT!!!

Few months ago saya & Aina berbincang seterusnya membuat keputusan berkenaan dgn walimahnya.  Kami sama2 bersetuju utk saya menjadi 'pengapit' di hari perkahwinan Aina di Melaka.  Tetapi, apakan daya.. kami hanya merancang, sebaliknya Allah sudah siapkan perancangan Dia utk kami berdua.  Seperti yg saya katakan, saya terlibat dgn raptai & hari konvokesyen.  Kenduri kesyukuran di sebelah lelaki akan diadakan pd 17hb iaitu di Langkawi.  Sekali lg saya & suami tidak dpt menghadirkan diri kami di sana atas sbb keluarga suami saya akan berangkat ke Makkah pd keesokan hari (18hb).  Allah, sungguh perancanganMu mengatasi segala - galanya! 


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.  Dan (ingatlah) Allah jua Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Al - Baqarah Ayat 216


Selamat Malam
Assalammualaikum









Thursday, 13 February 2014

Meaningful Date in My Life~

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera!

Ya Allah..seriously terasa lama giler saya x update blog saya nieh.  Kesian 'follower2' saya (bajet mcm ramai follower je). Hehe. Actually, saya busy sikit dgn practical since July 29, 2013 - Dec. 13, 2014. At the same time, saya kena siapkan research saya utk dibentangkan kpd advisor dan juga lecturer saya 31 Disember last year. Lepas tu, saya busy pindah rumah pula (Segamat - Senawang). Still remember post saya yg awal2 dulu? Saya ada 'share' sikit tentang perasaan dan gambar2 rumah sewa saya dgn suami. Skrg, saya tgh belajar kereta pula. InsyaAllah Sabtu nieh saya dah boleh bawa kereta. X sabar rasanya! 

Ok. Straight forward. Entry saya kali nieh, saya nak 'share' tentang tarikh2 penting dlm hidup saya selepas saya berkahwin. Nama post pun "Meaningful Date after I got Married" kannnn.. huhu..

Alhamdulillah, 5 hari yg lepas adalah '1st anniversary' (9 Februari 2013) saya dgn 'En. Suami.' Anniversary celebration? Erm, masa nieh kami berada di Kuala Terengganu sbb a day before adalah majlis perkahwinan kakak saya sebelah suami dia. Kami pergi KT pun by bus (En. S tgh demam, so can't drive). Flight? Kami 'save' utk ke Langkawi bulan 5 nieh. :D Then, Sunday around 11 a.m. mcm tu kami dah gerak balik ke Seremban. Gitu gini (stop solat, mkn, etc.), kami sampai Seremban dkt2 nak maghrib juga la. So, agak rushing and penat utk celebrate. Apa pun, "HAPPY 1ST ANNIVERSARY, ABANG!" Ayang sayang abang dunia akhirat. InsyaAllah! >.< Nanti kita plan sama2 ye utk celebrate anniversary kita nieh. ;) Ok, dkt bawah nieh saya 'share' sikit gambar2 saya sekitar majlis perkahwinan kami di Melaka dan juga di Senawang.




Inilah dia 'En. Suami' saya! Ok, nieh gambar kami sekitar majlis di Melaka, rumah family saya.
Sesi potong kek.



Malam berinai di rumah family husband di Senawang 



Bersanding di Senawang


Ok, cukuplah dulu 3 gambar nieh eh. Sbb mcm rasa 3 gambar nieh je yg ok dr beribu-ribu gambar. Hahah.

27012014 - "HAPPY 29 BIRTHDAY, ABANG!" So sorry abg sbb ayg x bg abg hadiah pun. :( Tp, 
                       x apa. Esok adalah penentu segala-galanya. Jeng3..

14022014 - My husband started text me! 
                     Hasri: "Salam aishah. Saya hasri ni. kenal ke?"
                     Segalanya bermula di sini.........

So, esok adalah combination of these 3 dates. Saya akan celebrate birthday En. S saya + our 1st anniversary + 'our' valentine's day! (valentine's day sgt kannnn..pd hal bkn nak celebrate valentine's day pun, tp sbb kebetulan tarikh nieh la kami berdua mula berkenalan antara satu sama lain). Ok, esok insyaAllah saya akan update 'suprise' yg saya akan buat utk imam dunia akhirat saya tu.

To be continued...