Monday 23 June 2014

PHYTOCOL-ST SHAKLEE DI SALAK TINGGI, SEPANG SELANGOR

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia blog saya... hihi. 

Maaf semua sebab lambat 'update' blog pasal si penghalang kolesterol yang cuba2 untuk masuk ke dalam salur darah kita tu. Hee.. :D Sebenarnya, saya baru je balik dari Pulau Langkawi pagi semalam. Saya ada percutian pendek (short vacation) dengan keluarga sebelah suami saya sejak Khamis (19 Jun 2014) lagi. Ok2, tak apa. Insyaallah, entry saya seterusnya saya akan kongsikan saat2 saya bercuti di Pulau Langkawi. ;) Ok, sekarang kita masuk pada "Mr. PHYTOCOL - ST" kita tu. ;)

Korang semua tahu tak 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung. Apa antara punca atau penyebab utama seseorang itu diserang atau menghidap sakit jantung? Antara puncanya adalah masalah TINGGI KOLESTEROL!!!

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang. Ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung serta fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana masih ramai rakyat Malaysia dan individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!





APA ITU KOLESTEROL???

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel2 badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan:
- sel membran
- hempedu
- tisu2 lain dalam tubuh

DUA SUMBER KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati korang, tetapi ia juga boleh diperoleh dari makanan harian korang tau. Kolesterol yang koramg makan akan meningkatkan paras kolesterol darah korang. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber: National Health and Morbidity Survey, 2011

Untuk pengetahuan korang semua, dalam darah kita ni ada 2 JENIS KOLESTEROL UTAMA tau. Satu kolesterol jahat dan satu lagi kolesterol baik.

1. Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) 
Ia dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah korang. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

2. Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL)
Ia pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata yang lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga korang kena pastikan paras kolesterol HDL korang tinggi manakala paras kolesterol LDL korang rendah ok. Sesekali tu pergilah buat pemeriksaan kolesterol di klinik2 atau hospital2 untuk tahu sama ada paras kolesterol korang macam mana.

Ini kalau korang nak tau sama ada kolesterol LDL atau HDL korang ok atau tak ok duduk dalam darah korang
Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Macam dekat Malaysia ni, korang tau tak apa penyebab utama kolesterol tinggi? Sebabnya adalah dari makanan2 yang tinggi lemak dan kalori. Cuba korang bayangkan, sehari berapa mg kolesterol yang korang ambil? Ada tak dalam sehari tu korang ambil makanan2 macam dekat bawah ni untuk sekali makan?


Untuk makluman, jumlah kolesterol yang disarankan ambil oleh Persatuan Jantung Amerika adalah tidak melebihi 300mg sehari! Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pula, mereka dihadkan untuk mengambil kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Sarapan pagi: Nasi Lemak 213mg
Makan tengahari: Mee Goreng 376mg
Makan malam: Tomyam Campur 353mg
JUMLAH = 942mg
3 kali ganda dari saranan pengambilan kolesterol sehari!!!

Sumber: Bengkel Nutrisi SHAKLEE 2014
Bayview International Hotels & Resorts

Setakat ni macam mana korang rasa bila dah baca apa yang saya tulis dan cuba kongsikan dekat korang semua pasal paras kolesterol jahat dan baik yang bertapa dalam salur darah kita? Risau? Takut? Tak senang duduk dan baring? huhu.. sudah2. Tak mu lerrrr risau2 takut2 bagai ok. Setiap masalah insyaallah pasti ada jalannya. Cuma ia semua bergantung pada diri kita sendiri sama ada nak terus fokus pada masalah ataupun nak fokus pada penyelesaian. :)

Apa kata korang cuba ambil "FITOSTEROL." FITOSTEROL ni dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan yang wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, legume, bijiran, dan minyak sayuran.  Kalau korang nak tahu, lebih 80 kajian klinikal membuktikan fitosterol ni membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah kita. Ia juga berkesan dan selamat tau. 


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, bila korang ambil lebih banyak fitosterol maka semakin berkuranglah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk korang turunkan paras kolesterol LDL korang! Mudah tak? ;)

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH), mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian kita untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, korang kena ambil makanan2 dekat bawah ni setiap hari tau. Mampu ke? Tak rasa jemu ke? Rasa macam dah tertelan je kalau kena makan semua ni hari2 semata-mata nak dapatkan 2000mg untuk tubuh kita. Betul tak?



Jadi, apa yang korang fikirkan dan tunggu lagi? Cara yang paling senang, ambil je lah PHYTOCOL-ST SHAKLEE~ kan ke itu lebih mudah? ;)


Fungsi lain PHYTOCOL-ST SHAKLEE:
- Untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi megurangkan jangkiran viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan, penyakit hati, dan tekanan darah tinggi.
- Membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi.

Apa yang korang tunggu lagi??? Baik korang cuba dulu PHYTOCOL-ST SHAKLEE ni. Meh sini meh saya tolong korang dapatkannya. Korang sms/whatsapp/PM FB/tinggalkan je komen korang dekat bawa sini. Insyaallah nanti saya tolong dapatkannya sekali dengan cara makan yang betul dan konsultasi percuma serta berterusan daripada saya sehingga korang berpuas hati! :)

Aisyah, 013-4765930
SID 1034673

***Jadi pengedar supplement mestilah belajar dan sentiasa belajar. Mestilah berilmu!***

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk membaca entry saya kali ni! ;)
Selamat malam semua~ zzz...












No comments:

Post a Comment