Showing posts with label Home SPA. Show all posts
Showing posts with label Home SPA. Show all posts

Wednesday, 22 January 2020

Suri Rumah Jutawan Melalui Business Home SPA & Mobile SPA

Suri Rumah Jutawan Melalui Business Home SPA dan Mobile SPA

Betul ke Suri Rumah (Housewife) boleh berjaya, kaya dan jadi Jutawan??? Dengan Business SPA sahaja pula tu?

The answer is YES!

Sounds impossible kan?

Tapi, korang "TERPAKSA" percaya bila korang sertai Team Home SPA dan Mobile SPA di bawah Projek The Walking Beauty (TWB).

Come on guys sekarang dah masuk Tahun 2020 dah kot. Apa yang tak bolehnya? Semuanya boleh kot. Kalau dulu-dulu kita selalu dengar pasal Kereta Terbang yang akan muncul di Tahun 2020 ni kan.. Hehe. Apa lah sangat kalau setakat kita Suri Rumah ni nak jadi Jutawan kan..

Sebenarnya tak kira apa pun Business yang kita tengah buat sekarang ni semuanya ada peluang untuk berjaya. Dengan syarat mesti FOKUS, RAJIN dan KONSISTEN.

Cuma jujurnya kalau korang tanya Sya.. Sya ni jenis yang nak buat Business tu mesti nampak "Proven Results."

Maksudnya dah ada bukti orang yang berjaya dengan Business tersebut. Tapi, bukan seorang dua je ye yang dah berjaya membuatkan Sya terus buat keputusan untuk join Business tu. Biarlah ratusan orang atau pun ribuan orang yang berjaya baru Sya betul-betul percaya dan yakin.

Beberapa tahun yang lepas, sebelum Sya mula serious dengan Business Home Spa dan Mobile SPA ni.. Sya tak pernah terfikir langsung yang kerjaya Sya akan datang adalah Seorang Beautician.

Ye lah, masa belajar dulu ambil Course Office Management & Technology (OM) untuk Diploma manakala masa Degree pula ambil Course Human Resource Management (HR). Memang tak ada kaitan langsung dengan Kecantikan mahupun Kesihatan. Hahahahahah..

Tapi, semuanya mula berubah selepas Sya mula menceburkan diri dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan pada Mei 2015.

Sebenarnya masa ni Sya tak nampak sangat pun macam mana kedua-dua skop ni (Kecantikan dan Kesihatan) boleh beri Sya Duit. Yang Sya tahu Sya suka nampak Cantik. Hehe. Pada masa yang sama Sya nak hidup Sihat. 

Sampailah akhir Tahun 2015 ke awal Tahun 2016 macam tu Sya mula aktifkan diri Sya sepenuhnya dengan Business Home SPA dan Mobile SPA ni sehingga sekarang.

Siapa Sya sebelum ni?
Hehe. Tak glamour dan famous pun. Hanya Seorang Wanita yang bergelar Isteri dan Suri Rumah sepenuh masa yang biasa-biasa sahaja. Yang sentiasa memburu peluang pekerjaan di luar sana. Haha..


Menuba nasib ketika Audition Raudhah @ TV9

Bergambar kenangan di perkarangan SRI PENTAS

Yang rasa useless giler bila duduk menumpang di rumah Mertua untuk beberapa bulan tanpa pekerjaan dan pendapatan sendiri. Ni masa awal-awal Kahwin lah.. masa awal tahun kedua perkahwinan macam tu. Sekarang dah nak masuk 7 Tahun usia perkahwinan. 

Yang rasa rendah diri dan kadang-kadang ada rasa sedih juga. Yang rasa semua benda terbatas - Nak melangkah keluar rumah pergi mana-mana terbatas, nak beli apa-apa terbatas, nak makan minum apa-apa terbatas. Semua bendalah terbatas senang cerita. Yang harapkan Nafkah daripada Suami yang baru nak stabil dalam pekerjaannya suatu ketika dahulu sahaja. Huhu..


Zaman terpaksa menumpang rumah Mertua untuk beberapa bulan sebelum pindah keluar ke rumah sewa seterusnya ke rumah beli sendiri.
Zaman pakai Tudung Sarung ala2 Fareeda. Itu pun Mama Mertua Sya yang bagi. Huhu.. Zaman pakai Baju dan Handbag yang sama tak tukar-tukar. Haha.. Zaman gaya Emak-Emak sangat walaupun masih belum ada Anak dan Umur pun baru 24 Tahun. Haha..

Sya pernah je bekerja sebelum ni. Pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi (Personal Assistant atau PA) di Bandar Baru Bangi. Pernah menjadi Pengurus (Manager) untuk satu jenama kosmetik juga dan pernah menjadi Seorang Guru Ganti di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SK BBST).


Zaman PA cum Manager cum Model Lipstick. Hahaha..


Zaman jadi Guru Ganti atau Guru Sandaran. Umur masa ni baru 25 Tahun, tapi dah nampak macam 30 Tahun. Huhu.. Dan waktu ni setiap kali datang sekolah mesti rasa nak balik rumah cepat walaupun separuh hari je kerja.

Zaman tak ada Kereta sendiri. Zaman menumpang orang. Zaman bergantung 100% kepada Suami untuk bergerak ke mana-mana.

Tapi, bila bekerja mula lah stress sebab banyak kerja nak kena buat. Dari tak ada Migraine boleh jadi ada teruslah. Punya nak kata sakit sangat Kepala fikir pasal kerja. Lagi-lagi kalau kena submit kerja tu pada tarikh tertentu. Argh! Stress Mak macam ni nyahhhhh haha..

Itu belum masuk nak kena fikir Suami dan rumah. Belum ada Anak lagi pun dah macam ni apatah lagi kalau dah ada Anak kan.. Nak kena fikir pasal Anak pula. Siapa nak jaga? Nak hantar mana? Kos hantar Anak, keselamatan Anak dsb. Diri sendiri tak payah cakaplah.. Jangan berangan dan mimpi nak ada Me Time ke apa.  Haha..

Bila dah mula aktif dengan Business Home SPA dan Mobile SPA ni.. Dah mula dapat hasil.. Setanding dan melebihi Gaji ketika bekerja.. Hilanglah segala tekanan, letih dan penat. Dapat semula masa yang lebih banyak dan berkualiti bersama Suami di samping kehidupan rumahtangga pun semakin baik.

Yang pasti tak ada lagi dah perasaan merendah diri tak bertempat, sedih, malu dan segan. Dan yang paling best nak buat apa sekarang pun dah tak terbatas bila dah mula ada pendapatan sendiri! Dah tak risau dan takut lagi kalau orang kata Sya asyik guna Duit Suami untuk dapatkan apa yang Sya nak.

Because I'm not an ordinary Housewife anymore, but I'm an EXTRAORDINARY HOUSEWIFE!

Yang berimpian besar dan ada matlamat, perancangan serta sasaran di dalam hidup. Hehe.


Cuba teka mana satu Sya? HAHA!
Masa ni sekolah menengah lagi. Pergi Cameron Highlands dengan Family, tapi fe feeling macam dekat oversea!  Kan dah kata Sya ni berimpian besar? Hehe. Haish rupanya dari zaman sekolah lagi Sya dah ada impian untuk ke luar negara.

Geng Suri Rumah yang bercuti ke Perth, Western Australia pada Julai 2016.
See? Suri Rumah, tapi masih boleh berjalan-jalan di luar negara!

Geng Suri Rumah yang bercuti ke Maldives September 2017

Geng Suri Rumah yang bercuti ke Melbourne Mac 2018

Geng Suri Rumah yang bercuti ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) baru-baru ini - Disember 2019

Burj Khalifa 124th Floor Open Deck

Burj Khalifa 124th Floor / Level 

TWB @ Burj Al-Arab : A luxury hotel and the tallest hotels in the world.

TWB @ Sheikh Zayed Grand Mosque Center, Abu Dhabi.

Mobile SPA Sya di Bandar Baru Bangi. Fuh sekali service je dah boleh dapat cash RM138. Kalau 10X dah RM1380 beb! Best ke best?

Ni pula masa baru balik dari Bukit Changgang, Banting untuk service Facial. Sekali Facial campur dengan produk dapatlah Cash RM461

Alhamdulillah officially ada Kereta sendiri pada Tahun 2018. Selepas 2 tahun lebih aktif dengan Business Home SPA dan Mobile SPA.

Ok lah asyik tengok results Sya je. Jom kita tengok results Geng-Geng Home SPA and Mobile SPA TWB yang lain pula.

Cash hasil dari Service Mobile SPA. Dia ni pun Suri Rumah sepenuh masa tau!

Ni lagi gempak! Suri Rumah sepenuh masa tapi boleh beli Kereta Audi atas nama sendiri pada usia 30 Tahun! Beli rumah siap.

Rumah Founder Project TWB, Master Ainul Shahrazad (MAS) yang bernilai RM1.3 Juta dibeli 100% atas namanya sendiri without joining name with her Husband. Fuh!
MAS dulu seorang Engineer ye semua. Sekarang Full Time Housewife. A Working At Home Wife and Mom.

Berpeluang untuk mendapatkan Live Coaching bersama MAS di Small Office Home Office (SOHO) nya baru-baru ini

Ok, berbalik pada main topic kita tadi.

Bolehkah Seorang Suri Rumah bergelar Jutawan?

Jawapan Sya :-

INSYAALLAH BOLEH!

Jika korang join Team TWB yang sangat happening, positive, supportive dan paling penting proven dari segi earning cash serta bank documentation!

So guys what are you waiting for?

Time wait for no one!

Hubungi :-
Puan Siti Aisyah binti Hj. Ab Razak
Certified Beautician and Trainer The Walking Beauty (TWB)
Founder and Owner Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home SPA & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

Thursday, 4 April 2019

PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA - DAY 1


Pengalaman Ke Batam Indonesia | Assalammualaikum and May Peace Be Upon You 🙂 Dah hampir 6 bulan pulang bercuti dari Batam, tapi baru sekarang Sya berkesempatan untuk kongsikan sedikit pengalaman Sya sepanjang berada di Batam, Indonesia.

Sebenarnya tak pernah terfikir pun untuk pergi bercuti di Batam. Yet, Suami Sya dan beberapa orang Staff Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) diberi amanah serta tanggungjawab untuk ke Batam bagi tujuan Temu Karya Mutu & Produktivitas Nasional XXI dan International Quality & Productivity Convention 2018 (TKMPN XXI & IQPC 2018). Ini rentetan dari Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017 sebenarnya.

Asalnya di Lombok, tapi disebabkan masa tu Lombok sedang Gempa Bumi, jadi MAHB dan Pihak Penganjur Malaysia serta Indonesia telah putuskan untuk diadakan di Batam. Masa Sya dapat tahu lokasi di tukar ke Batam, Sya sendiri pun tak ingat dan tak berapa pasti Batam ini terletak di mana. Huhu.. Sebab tu Batam ni tak pernah terlintas di fikiran dan hati pun untuk dilawati 😅

Tapi, bila dah did some research baru tahu yang Batam ni dekat jeeeee dengan Malaysia rupanya! Hahahahahah.. 😂 Boleh naik Feri di Berjaya Waterfront Johor Bahru untuk ke sana. Dan baru tahu juga ada dan banyak je tempat menarik yang boleh dilawati di Batam selain dari "Massage."

Batam - Merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia di Laut China Selatan. Batam juga terkenal dengan Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone), Pantai, Nightlife dan Pusat Beli-Belah Bebas Cukai (Duty-Free Shopping). Nagoya adalah bandar utama di Batam.

Perjalanan ke Batam, Indonesia - Sya naik Air Asia dari KLIA2 ke Pekanbaru sebelum ke Batam menaiki Pesawat Citilink. Ye. Ada transit 😪 Inilah pertama kali Sya merasa transit walaupun Batam ni antara tempat atau negara yang paling dekat dari banyak negara yang Sya pernah pergi. Hahahahaha.. Sepatutnya naik Lion Air. Tapi, disebabkan Lion Air pun masa tu ada kes Kapal Terbang terhempas, jadi Flight ditukar ke Air Asia dan Citilink. Kalau MAHB dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) still nak naik Lion Air, besar kemungkinan Sya takkan ikut dan takkan benarkan Suami Sya pergi. Ye lah kan, dah tahu Flight tu problem dan selalu bermasalah still lagi nak naik. Kot ye pun budget, jangan sampai bermain dengan nyawakan walau ajal maut itu Allah yang tentukan bagaimana dan di mana. Lagi pun tak salahkan kalau kita elak mendekati perkara-perkara yang membahayakan atau memudaratkan. 

Ok, untuk Flight ni terpaksa keluar duit sendiri disebabkan MAHB hanya sponsor Staff mereka yang terlibat sahaja. Sob2 😢 Disebabkan last minute booking, so harga tiket agak mahal dalam Rp. 871,800 (RM250) for one way only. Kalau nak murah, boleh je. Tapi, kena naik Flight Malindo Air kalau tak silap dari Subang Jaya. Dan kalau nak lebih murah boleh naik Feri dari Berjaya Waterfront Johor Bahru. Untuk Sya agak leceh dan bahayalah kan sebab nanti kena separate pula dengan Suami Sya kan. Lebih baik keluar sedikit duit untuk membayar kos kemudahan, keselesaan dan keselamatan 🙂

Sya dan Suami Sya gerak dari rumah kami lepas Subuh untuk ke KLIA menaiki kereta sendiri. Kereta kami parking di KLIA. Dari KLIA kami naik Train (KLIA Transit) jam 06:44 AM menuju ke KLIA2 pula. Harga Tiket cuma RM1.80 (One way) sahaja untuk seorang.

Tiba di KLIA2, kami Breakfast di McD bersama Team MAHB yang lain sebelum masuk ke dalam. Boarding time kami jam 09:55 AM dan Flight kami gerak lebih kurang jam 10:30 AM macam tu. Perjalanan untuk ke Pekanbaru hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam macam tu. Alhamdulillah, selamat mendarat di Sultan Syarif Kasim II International Airport Pekanbaru. Masuk je dalam Airport kena isi Customs Declaration Form.


Customs Declaration Form

Settle je kami terus cari tempat untuk Lunch. Kami Lunch di Restoran Solaria. Untuk Lunch, MPC ada sediakan khas buat Team Malaysia excluding me. So, Sya sorang je lah yang order makan di Solaria masa tu. The rest order air.


Menu di Restoran Solaria, Pekanbaru.


My Lunch : Nasi + Ayam Goreng Rica (Rp. 47,273)

Next Flight kami ke Hang Nadim Airport, Batam jam 14:30 PM macam tu. Tapi, Flight delay weh sampai 16:19 PM macam tu. Kau rasa? Kalau tau lama macam ni, baik keluar jalan-jalan dekat sekitar Pekanbaru dulu. Oh, by the way ada benda yang buat Sya rasa best di Airport Pekanbaru ni iaitu tempat Charge Hand Phone dan Laptop. Bersepah. Melambak. Even dekat celah-celah kerusi di ruangan menunggu pun ada tau.

FREE CHARGING
Handphone & Laptop

Ok, perjalanan nak ke Airport Batam juga mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah lega wehhhhh bila Kapal Terbang dah selamat parking dekat Airport Batam ni! Nasib baik malam sebelum bertolak ke Pekanbaru dan Batam Sya dah telankan OSTEMATRIX Shaklee siap-siap. So, kurang sikitlah rasa letih dan penat. Sebab tu bila touch down je di Airport Batam kemahin excited lupa terus segala transit yang berjam-jam tu 🤣

Di Airport Batam kami disambut oleh wakil Indonesia di bawah CAT Travel. Ada beberapa buah Bas yang telah disediakan untuk membawa Team Malaysia ke Hotel tempat penginapan kami di allium HOTEL, Batam. 

Bersama Tour Guide, En. Aris tapi bukan Aris Ariwatan katanya 😏

Di Lobby allium HOTEL, Batam.

Our Room : 904 

Untuk hari pertama di Batam ni, tak sempat nak explore banyak tempat memandangkan sampai pun dah lewat sangat. Sebab tu gambar pun tak banyak yang diambil sebab tak pergi mana-mana sangat pun. Kecuali ada lah jalan-jalan ambil angin waktu malam di sekitar Hotel 🙂 Kami Suami Isteri malam tu ke CIRCLE K ala-ala 7-Eleven jugalah kalau di Malaysia. Beli sedikit makanan seperti Biskut, Instant Noodle (Ni sesiapa pergi Travel memang wajib bawa dan belikan 😂), Roti dan Air Mineral. We spent about Rp. 43,000

Boleh baca Sejarah Sungai Jodoh, Batam di sini Sungai Jodoh, Batam.

Dinner Sya di hari pertama ketika di Batam : UFO Mi Goreng Jepang

Malam masa ni Suami Sya ada Taklimat untuk TKMPN II & IQPC 2018 di bawah. Sebab itu lah kami Suami Isteri keluar pergi cari dan beli makanan serta minuman terlebih dahulu. So, bila Suami Sya pergi Taklimat, Sya tak ada lah kelaparan dekat bilik Hotel. Hihi. Sebab Taklimat tu ada disediakan makan malam. Cuma nak share Mi Goreng Jepang UFO ni biasa-biasa je. Ingatkan pedas, rupanya tak langsung.

Sekian sahaja perkongsian Sya berkenaan Batam, Indonesia di hari pertama.. InsyaAllah, Sya akan cuba update Entry Blog Sya "PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA" untuk hari-hari berikutnya. Sya berada di Batam sehingga 1 Disember 2018. Stay tuned korang! Sebab hari-hari seterusnya banyak benda, pengalaman dan tempat-tempat menarik lagi yang Sya nak kongsikan. Hehe.

Sebelum Sya end up Entry "PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA - DAY 1" Sya ni, kepada sesiapa yang tercari-cari SHAKLEE, nak beli atau order, boleh contact Sya ye. Kalau perlukan perkhidmatan SPA seperti Facial Treatment, Sauna, Body Scrub, Mandi Susu, Mandi Bunga, Hand or Foot SPA juga boleh contact Sya 😉

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2019




PROMOSI SPA APRIL 2019






Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Tuesday, 26 March 2019

"Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah"

Tajuk Entry Blog Sya kali ni terasa dekat sangat dengan hati Sya. Mungkin juga sebab Sya sekarang ni dah jadi "Full-Time Housewife" kan.

Bagi korang yang mungkin tak tahu, sebelum Sya buat Mobile SPA secara Full-Time (Sepenuh masa), Sya pernah bekerja makan gaji juga. Antara pekerjaan Sya sebelum ini adalah seperti menjadi seorang Pembantu Peribadi (Personal Assistant atau PA) dan Guru Ganti di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SKBBST). Pernah juga bekerja di sebuah Cyber Cafe (CC) dan Admin di sebuah Syarikat Kontraktor Elektrik di Melaka.

Selain daripada Sya sendiri, ramai juga Surirumah lain yang menjalankan Perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home SPA Mobile SPA) ini dan antaranya adalah Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) atau Alumni TWB sendiri.

Bersesuaian dengan Tajuk Entry Blog Sya ini, "Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah." Ye, memang sangat ideal untuk golongan seperti kami. Kalau untuk Sya sendiri, Sya seorang Wanita yang tidak suka melakukan sesuatu kerja yang memerlukan Sya untuk melaporkan segala-galanya kepada seseorang. Dalam erti kata yang lain, Sya tak suka terikat dengan mana-mana orang (Boss atau Employer) yang akan mengarah Sya untuk buat itu ini. Huhu.. 

Pada masa yang sama, Sya mencari sebuah pekerjaan yang mana Sya sendiri boleh menentukan berapa jumlah gaji yang Sya inginkan. Oh, dan satu lagi Sya risau dan sedih kalau Sya tak dapat ikut atau teman Suami Sya pergi Outstation andai Sya kerja makan gaji. Hahahahahah.. Ye lah, bukan simply boleh minta cuti daripada Boss kan tanpa sebab yang muhasabah. Kena pula Boss yang jenis komited, serious dan strict dalam bekerja. Paling parah kalau pekerjaan kita tu gaji dikira mengikut hari. Aduhduhduh.

Ada beberapa faktor atau sebab juga kenapa Mobile SPA sekarang ini dikatakan Business yang ideal buat golongan Surirumah. Antaranya :-

  1. Mobile SPA adalah sebuah Business yang mudah, senang dan ringkas.
  2. Demand atau permintaan Mobile SPA sangat tinggi sekarang ini terutamanya dalam kalangan Kaum Wanita. Di mana ada Wanita di situ ada peluang kerana Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.
  3. Modal atau yuran untuk belajar SPA sekarang ini masih mampu dibayar oleh golongan Surirumah contohnya seperti Kelas atau Kursus SPA yang ditawarkan oleh TWB sendiri.
  4. Boleh menentukan waktu kerja sendiri.
  5. Boleh menentukan berapa banyak jumlah pendapatan yang diingini sendiri.
  6. Mempunyai masa yang lebih untuk Suami, Anak-Anak dan Keluarga.
  7. Dapat membantu Wanita lain yang terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menguruskan diri sendiri dari segi kecantikan dan kesihatan luaran mahupun dalaman serta tiada masa untuk ke SPA dengan memberikan khidmat Mobile SPA buat mereka.
  8. Boleh bawa Anak-Anak sekali ke rumah atau tempat Customer kalau tiada siapa yang menjaga Anak-Anak.
  9. Boleh isi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah. So, tak ada lah rasa bosan atau sunyi bagi golongan Surirumah yang masih belum dikurniakan rezeki Anak. Pada masa yang sama boleh dapat Instant Cash setiap hari dsb.
Ok, bawah ni Sya kongsikan dengan korang semua antara gambar dan Testimoni seorang Surirumah yang menjalankan Perniagaan Mobile SPA. Business Mobile SPA membolehkan Surirumah seperti kami menjana pendapatan tidak kira bila dan di mana.

Boleh jana pendapatan ketika Family Day di A Famosa Melaka.

Jana pendapatan ketika pulang bercuti di kampung halaman di Melaka.

Jana pendapatan ketika menghadiri Majlis Pernikahan dan Perkahwinan bekas Rakan sekelas ketika di Universiti. Lokasi masa ni di Segamat, Johor Bahru.

Dengan Ilmu dan Kemahiran SPA yang ada, dapat Facial kan Suami sendiri. Masa ni Sya Follow Husband Sya Outstation di First World Hotel, Genting Highlands.

Jana pendapatan ketika bercuti di Luar Negara : Melbourne, Australia.



Paling best sekali bila mana banyak impian boleh dan dapat dicapai dengan hanya buat Mobile SPA sahaja. Bawah ni antara contoh Surirumah yang berjaya capai impian mereka dengan menjalankan Business Mobile SPA sahaja seperti jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan, langsaikan hutang PTPTN, beli rumah, beli kereta dsb.










As a conclusion, Sya boleh kata yang Business Mobile SPA zaman sekarang ni Business yang sangat mudah, senang, ringkas dan mampu milik oleh golongan Surirumah seperti kami. Bersesuaian dengan Tajuk Entry Blog Sya ini, "Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah."

Jadi, kalau korang yang baca ni adalah seorang Surirumah juga, tak kiralah Surirumah Sepenuh Masa (Full-Time) seperti Sya atau Separuh Masa (Part-Time) yang sedang mencari Business yang easy, fun and simple at the same time boleh jana pendapatan yang lumayan pada kos atau modal yang rendah dan mampu bayar, bolehlah hubungi Sya di Nombor Telefon atau Email yang tertera di bawah.




Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)

Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com