Tuesday, 26 March 2019

"Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah"

Tajuk Entry Blog Sya kali ni terasa dekat sangat dengan hati Sya. Mungkin juga sebab Sya sekarang ni dah jadi "Full-Time Housewife" kan.

Bagi korang yang mungkin tak tahu, sebelum Sya buat Mobile SPA secara Full-Time (Sepenuh masa), Sya pernah bekerja makan gaji juga. Antara pekerjaan Sya sebelum ini adalah seperti menjadi seorang Pembantu Peribadi (Personal Assistant atau PA) dan Guru Ganti di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SKBBST). Pernah juga bekerja di sebuah Cyber Cafe (CC) dan Admin di sebuah Syarikat Kontraktor Elektrik di Melaka.

Selain daripada Sya sendiri, ramai juga Surirumah lain yang menjalankan Perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home SPA Mobile SPA) ini dan antaranya adalah Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) atau Alumni TWB sendiri.

Bersesuaian dengan Tajuk Entry Blog Sya ini, "Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah." Ye, memang sangat ideal untuk golongan seperti kami. Kalau untuk Sya sendiri, Sya seorang Wanita yang tidak suka melakukan sesuatu kerja yang memerlukan Sya untuk melaporkan segala-galanya kepada seseorang. Dalam erti kata yang lain, Sya tak suka terikat dengan mana-mana orang (Boss atau Employer) yang akan mengarah Sya untuk buat itu ini. Huhu.. 

Pada masa yang sama, Sya mencari sebuah pekerjaan yang mana Sya sendiri boleh menentukan berapa jumlah gaji yang Sya inginkan. Oh, dan satu lagi Sya risau dan sedih kalau Sya tak dapat ikut atau teman Suami Sya pergi Outstation andai Sya kerja makan gaji. Hahahahahah.. Ye lah, bukan simply boleh minta cuti daripada Boss kan tanpa sebab yang muhasabah. Kena pula Boss yang jenis komited, serious dan strict dalam bekerja. Paling parah kalau pekerjaan kita tu gaji dikira mengikut hari. Aduhduhduh.

Ada beberapa faktor atau sebab juga kenapa Mobile SPA sekarang ini dikatakan Business yang ideal buat golongan Surirumah. Antaranya :-

  1. Mobile SPA adalah sebuah Business yang mudah, senang dan ringkas.
  2. Demand atau permintaan Mobile SPA sangat tinggi sekarang ini terutamanya dalam kalangan Kaum Wanita. Di mana ada Wanita di situ ada peluang kerana Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.
  3. Modal atau yuran untuk belajar SPA sekarang ini masih mampu dibayar oleh golongan Surirumah contohnya seperti Kelas atau Kursus SPA yang ditawarkan oleh TWB sendiri.
  4. Boleh menentukan waktu kerja sendiri.
  5. Boleh menentukan berapa banyak jumlah pendapatan yang diingini sendiri.
  6. Mempunyai masa yang lebih untuk Suami, Anak-Anak dan Keluarga.
  7. Dapat membantu Wanita lain yang terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menguruskan diri sendiri dari segi kecantikan dan kesihatan luaran mahupun dalaman serta tiada masa untuk ke SPA dengan memberikan khidmat Mobile SPA buat mereka.
  8. Boleh bawa Anak-Anak sekali ke rumah atau tempat Customer kalau tiada siapa yang menjaga Anak-Anak.
  9. Boleh isi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah. So, tak ada lah rasa bosan atau sunyi bagi golongan Surirumah yang masih belum dikurniakan rezeki Anak. Pada masa yang sama boleh dapat Instant Cash setiap hari dsb.
Ok, bawah ni Sya kongsikan dengan korang semua antara gambar dan Testimoni seorang Surirumah yang menjalankan Perniagaan Mobile SPA. Business Mobile SPA membolehkan Surirumah seperti kami menjana pendapatan tidak kira bila dan di mana.

Boleh jana pendapatan ketika Family Day di A Famosa Melaka.

Jana pendapatan ketika pulang bercuti di kampung halaman di Melaka.

Jana pendapatan ketika menghadiri Majlis Pernikahan dan Perkahwinan bekas Rakan sekelas ketika di Universiti. Lokasi masa ni di Segamat, Johor Bahru.

Dengan Ilmu dan Kemahiran SPA yang ada, dapat Facial kan Suami sendiri. Masa ni Sya Follow Husband Sya Outstation di First World Hotel, Genting Highlands.

Jana pendapatan ketika bercuti di Luar Negara : Melbourne, Australia.



Paling best sekali bila mana banyak impian boleh dan dapat dicapai dengan hanya buat Mobile SPA sahaja. Bawah ni antara contoh Surirumah yang berjaya capai impian mereka dengan menjalankan Business Mobile SPA sahaja seperti jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan, langsaikan hutang PTPTN, beli rumah, beli kereta dsb.










As a conclusion, Sya boleh kata yang Business Mobile SPA zaman sekarang ni Business yang sangat mudah, senang, ringkas dan mampu milik oleh golongan Surirumah seperti kami. Bersesuaian dengan Tajuk Entry Blog Sya ini, "Mobile SPA Business Ideal Untuk Surirumah."

Jadi, kalau korang yang baca ni adalah seorang Surirumah juga, tak kiralah Surirumah Sepenuh Masa (Full-Time) seperti Sya atau Separuh Masa (Part-Time) yang sedang mencari Business yang easy, fun and simple at the same time boleh jana pendapatan yang lumayan pada kos atau modal yang rendah dan mampu bayar, bolehlah hubungi Sya di Nombor Telefon atau Email yang tertera di bawah.




Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)

Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment