Friday, 9 September 2016

Sebab Kenapa Perlu Memilih Shaklee Sebagai Perniagaan Sampingan Anda



CASH, CAR and CONVENTION

These three reasons could explain why you have to choose Shaklee as your part-time business or full-time business!!

Hi, assalammualaikum semua!

Actually, dah lama dah Sya nak share dengan korang semua berkenaan "benefits" yang Shaklee tawarkan dekat semua yang mendaftar sebagai ahli Shaklee.. Atau kita panggil Shaklee Independent Distributor (SID). Tapi, disebabkan sikap yang masih suka bertangguh tu, makanya bila dah dapat task daripada "Nanny" Shaklee Sya untuk tulis entry berkenaan 3C yang Shaklee offer ni, barulah terhegeh-hegeh terkedek-kedek nak kongsi. Huhu.. Tapi, due date untuk submit entry ni hari Ahad ni hoiiiii.. Hari ni dah hari Jumaat. Dah petang pula tu. Pagi2 esok nak kena gerak balik Melaka kejap sebab ada housemate time Degree dulu kahwin. Then, nak kena balik Senawang rumah mertua sebab Raya Haji tahun ni giliran beraya dengan mertua.

Inhale.. Exhale.. Huhhhhh..

Ok2. Jom kita terus ke 3C yang Shaklee offer ni.


1. CASH BONUS


Korang tahu tak, once korang dah sah menjadi ahli Shaklee.. Korang dah berpeluang untuk dapat "cash bonus" setiap pertengahan bulan tau. Ye. Pertengahan bulan. Shaklee memang akan masukkan bonus kepada setiap SID dia tengah2 bulan. Best kan? Orang lain belum gaji, kita dah gaji dulu. Paling best, kita dibayar 'gaji' dalam keadaan kita duduk di rumah sahaja. ;)

Tapi, macam mana nak pastikan kita boleh dapat bonus tu?? Haaa.. Meh sini Sya explain meh. Cukup sahaja 150 UV/Point dan ke atas untuk 1 bulan tu, korang dah LAYAK dapat bonus. Boleh refer table dekat atas tu. 150 UV ni lebih kurang RM465 yang korang kena spend untuk korang dapat 5% bonus daripada Shaklee. 

Sya bagi contoh eh.
Katakanlah korang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee lagikan. So, korang pun cari Sya untuk daftar sebagai SID.. Cara untuk jadi SID ada 2 cara tau.

1. Membuat bayaran sebanyak RM68.90 

ATAU

2. Membuat pembelian mana2 produk Shaklee sehingga 200 UV (RM660) dan terus dapat FREE MEMBERSHIP (Dah JIMAT RM68.90) beserta CASH BACK RM30+ dan PRODUK2 Shaklee sekali.

Jujurnya kalau Sya jadi korang, Sya akan pilih yang nombor 2. Ye lah kan, kalau korang plan nak jadikan Shaklee side income atau 2nd income korang, korang sendiri kenalah cuba dulu produk2 Shaklee sebelum korang promote dekat orang lain. Rasai sendiri keberkesanan produk2 Shaklee. Then, barulah korang akan rasa lebih yakin dan bersemangat untuk share kebaikan atau kesan yang korang dapat dekat bakal customer korang. Dekat sini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk yakinkan lagi orang tentang produk2 Shaklee ni sebab orang lain tengok sendiri testimoni bergerak depan mata mereka. ;)

Dan kalau korang tak nak makan atau minum atau guna sekalipun produk2 Shaklee yang korang beli ni, korang boleh jual balik. Tapi, seriously rugiiiii hokay kalau korang jual tanpa korang cuba.. Korang pun dah JIMAT hampir RM100 tau sebenarnya kalau korang register dengan cara nombor 2 ni. Produk2 Shaklee setakat ni memang kesan ia memang superb! Sesuai dengan tagline ia "ALWAYS SAFE, ALWAYS WORKS, ALWAYS GREEN." Ditambah pula dengan Landmark Study, Clinical Study dan Research & Development (R&D) yang Shaklee jalankan untuk setiap produk yang dikeluarkan. Syarikat Shaklee pun dah bertapak selama 60 tahun kot.. Secara logiknya, kalau betul lah produk2 Shaklee ni tak bagus, tak berkualiti, takkan lah syarikat Shaklee mampu bertahan sampai sekarangkan.. 

Tapi, kalau korang rasa nak mendaftar sebagai SID dengan cara nombor 1 tu.. Tak ada masalah.. Korang just carilah orang untuk beli mana2 produk Shaklee sehingga uv korang tu cukup 150 uv. Senang! Macam mana nak cari orang? Haaa.. Ini Sya akan ajar nanti once korang dah sah jadi SID bawah Star Light Families (SLF) Sya. =) Korang jangan risau. Sya, family SLF, family Dreams (Group Shaklee di bawah Mummy/Direct Upline Sya) dan family Sparkle (Group Shaklee di bawah Nanny Sya) akan bantu korang step by step sampailah korang berjaya dapatkan bonus sekurang-kurangnya RM2000 tu dan ke atas. ;) Ada "support group" untuk korang belajar dan mengadu segala-galanya. Insyaallah, mereka semua ni dah macam family sendiri. Saling membantu dan boleh dipercayai.  :)


2. CAR SUBSIDY PROGRAM


Ok, untuk "car subsidy program" pula.. Syarat pertama adalah korang kena pastikan korang dah ada "rank" atau pangkat dalam Shaklee sekurang-kurangnya Supervisor (SV). Contoh, sekarang rank Sya dalam Shaklee adalah SV. Sya perlu pastikan Sya Effective Supervisor dengan Group UV (GUV) sekurang-kurangnya 2,500 GUV dan mesti efektif untuk tempoh 4 bulan berturut-turut serta memenuhi keperluan volum seperti yang dijelaskan secara terperinci dalam Shaklee Opportunity Presentation. Pasal uv, puv, guv dll ni Sya akan explain lebih terperinci once korang dah join Shaklee bawah Sya ok. Yang pasti kacanggggg je lah nak kumpul 2,500 guv tu. ;)

Shaklee National Conference (NC) 2013/2014
7 - 9 Jun 2014
Sunway Lagoon Resort & Spa

Ini bukan Sya tau. Hahahah.. Ini 'pinjam' gambar kakak Sya, Athirah. Masih ingat pangkat 'Nanny' @ nenek Shaklee yang Sya mention dekat atas tadi? Haaa.. Inilah dia 'Nanny' Shaklee Sya. Dialah kakak, dialah nenek. Kahkahkah. Memandangkan Sya belum dapat lagi "Car Bonus Achiever" ni, so Sya pinjam dulu gambar kakak. Ambil semangat dan aura dulu. Doakan Sya menyusul pula tau lepas ni. Teringin juga nak drive kereta idaman yang Shaklee bayarkan setiap bulankan.. :") :") Macam kakak Sya ni, dia memang aim Audi Q5. So, sekarang ni memang setiap bulan Shaklee akan hantar ketua Harimau untuk mengaum dekat Maybank2u kakak Sya ni setiap bulan untuk bayarkan installment Audi Q5 dia. Best kan? Duduk rumah pun boleh bawa Audi Q5. RM4,000 tak lari ni Shaklee bayarkan setiap bulan. Bergantunglah jenis kereta apa yang korang nak Shaklee bayarkan. Cuma sekarang  ni kakak Sya masih kumpul point untuk Audi Q5 dia ni. Kalau boleh, deposit pun dia nak Shaklee yang bayarkan. Siapa sangkakan. Dia yang dulunya mengambil jurusan undang-undang di universiti dulu, akhirnya berjaya membuktikan yang perniagaan Shaklee ni mampu memberi dia lebih lagi berbanding kalau dia menjadi seorang Peguam. :)


3. Convention Program

Untuk program konvensyen pula, once korang dah jadi Supervisor (SV), korang akan mula dapat mata kredit (point) untuk Program Konvensyen Shaklee seperti latihan, motivasi, pengiktirafan peribadi, keseronokan dan keriangan.

Setiap tahun, pemimpin jualan yang layak akan mendapat keistimewaan menghadiri Konvensyen Shaklee yang diadakan di dalam dan luar negara.

Dengan Shaklee, korang berpeluang untuk merasai percutian dalam dan luar negara bertaraf 5 bintang tau.

Macam tahun 2013/2014, National Conference (NC) diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa. Dan mereka yang layak untuk local trip award time ni diberi penginapan bertaraf 5 bintang (hotel, makanan, layanan dan kejutan/hadiah yang disediakan pihak Shaklee Malaysia di atas katil bilik hotel mereka. International trip pun sama. Anyway, nak tahu hadiah apa? Pastikan korang setia dengan blog Sya dan tak tinggal walau 1 entry blog Sya okay? ;) NC 2015 tahun lepas juga diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa. Ye lah, memandangkan Home Office (HO) Shaklee berada di bangunan Sunway Pinnacle kan. Haaa.. Ce teka time ni mereka yang layak menyertai local trip Shaklee menginap di hotel mana pula? Hehe.





Palace of The Golden Horses okayyyyy!!


Arghhhhh.. Tak sabau tau Sya nak share dengan korang semua gambar2 masa NC, local and international trip and especially gambar2 masa Sya dapat award "New Rank Achievement" (Supervisor) tahun lepas. Hihi. Insyaallah, next entry okay? :)

Ok, yang bawah ni antara percutian mewah dalam dan luar negara yang Shaklee tawarkan kepada semua pengedar sah Shaklee/SID yang telah mencapai rank sekurang-kurangnya SV dan ke atas. Macam international trip, korang boleh pilih sama ada korang nak pergi tunaikan Umrah (Umrah Ziarah Abu Dhabi, Madinah, Mekah) atau bercuti di negara lain (negara lain ini ditentukan oleh pihak Shaklee). Macam tahun lepas Shaklee bawak SID mereka yang layak ke Milan, Florence dan Rome, Italy. Tahun depan, trip ke negara matahari terbit, Jepun pula. Huh.. Siapa yang tak nak weh trip mewah 100% ditajakan?? Buat masa ni cari, kumpul dan ambil semangat kakak-kakak dan abang-abang ipar dulu. :)

 
JW MARRIOTT 
MARQUIS 
DUBAI
Hotel tertinggi di dunia

Burj Khalifa 
Struktur tertinggi di dunia
829.8m (2,722 ft)

 


Umrah Ziarah Abu Dhabi, Madinah & Mekah
International Trip 2015

Milan, Florence & Rome, Italy
International Trip 2015
(Gambar ni je bukan gambar kakak dan abang ipar Sya. Ini Sya 'pinjam' gambar salah seorang Master Coordinator Shaklee, Master Nana Macarona & Master Firdaus)


Acam? Terbakar dah? Hihi. Tunggu Sya update entry penuh pasal NC, local dan international trip Shaklee. Sya tengah taip ni pun Sya dah rasa terbakar. Huhu.. Baiklah korang join Shaklee sebelum korang rentung hangus :P

Ok, untuk international trip ni, points yang korang kena kumpul adalah sekurang-kurangnya 1070 points. Manakala, untuk local trip points yang korang mesti ada adalah 410 points. Syarat untuk melayakkan korang dapat salah satu trip ni adalah dengan memastikan korang efektif rank tersebut dalam masa 4 bulan berturut-turut sepanjang tempoh kelayakan.

Umrah Ziarah / Jepun 2017
Korang pilih ;)

Local trip untuk 2017
Local trip pun naik Cruise mewah kot..

Yang pasti lebih tinggi rank yang korang capai, lagi tinggi jumlah personal group uv (pguv) dan points untuk local/international trip yang terkumpul. 

Dan apa yang Sya boleh cakap, korang yang tak pernah merasa naik kapal terbang atau bercuti di luar negara mempunyai peluang yang BESAR sebenarnya tau bila korang join Shaklee ni. Ye lah, boleh dikatakan TIADA RISIKO lah korang join Shaklee ni. Serendah RM68.90 je (kalau korang nak join dengan cara No 2 tadi lah) korang boleh nikmati benefits semewah ni?? Macam tu juga korang yang masih menganggur tak tahu nak buat apa pada masa yang sama tiada punca atau sumber pendapatan. Shaklee is the best way!

Dan sebenarnya tanpa korang sedari, NILAI TERBESAR yang korang dapat sepanjang penglibatan korang dalam Shaklee ni adalah menolong serta membantu golongan yang mempunyai masalah kesihatan mendapatkan semula kesihatan mereka. Begitu juga dengan mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan dan kekangan masa bersama orang2 yang tersayang tercinta seperti masa bersama anak2, suami serta keluarga. Bila korang dapat bantu orang lain pula untuk dapat dan rasai apa yang korang dah dapat, memang perasaan dia macam korang menang main Chess lah. Checkmate!! 

Thursday, 8 September 2016

Cara Membuat Brownies Kedut Paling Mudah dan Sedap






Hi, assalammualaikum semua! Sihat?

Pagi ni Sya nak share dengan korang semua resepi atau cara nak buat Brownies Kedut yang paaaaaling mudah dan sedap atas dunia! Hihi. Seriously mudah sangat! Sedap pula tu! Rasanya budak2 Tadika pun boleh buat. Hehe. Tak payah pakai mixer pun. Eh. Ke memang buat Brownies tak payah pakai mixer?? Sya 1st time baking. 1st time buat Brownies juga. So, memang tak tahu. Yang Sya tahu, duplicate cara yang orang dah buat. Heee!!

Macam ni lah life Working-At-Home-Wife (WAHW). Bebas nak buat apa sahaja! Nak baking, nak hang out, nak tidur terbongkang, nak serve internet sampai lebam, nak tengok tv tengok movie sampai bengkak2 mata sampai mata Panda semua boleh! Hikhikhik. Best ke best? Of course lah best kan.. Ada ke mana2 isteri dan ibu yang tak suka duduk rumah 24 jam, tapi duit pun sentiasa masuk 24 jam? Confirm tak adakan?! Cuma terserah dekat korang semua nak macam mana. Peluang dan pilihan dah ada depan mata. Tinggal nak tangkap je. :)

Btw, kebetulan time balik rumah pil minggu lepas, ada menantu angkat pil Sya singgah rumah bawa Brownies yang dia buat. Tepu dan lembut! Manis, manis Brownies. So far ini homemade Brownies yang ke-4 pernah Sya makan. Semua sedap! Cuma ada 1 Brownies tu keras sikit. Tepu tu dah ok, just keras dan kurang manis sikit.

Oklah, tajuk post Sya pun berkenaan cara membuat Brownies Kedut kan.. So, tak mu lah membebel dan berceloteh panjang sangat. Jom kita layan cara2 membuat Brownies Kedut! ;)





Bahan-bahan :
1. 2 biji telur grade A 
Sya guna telur biasa je. Telur brand Nutri Plus yang low cholesterol ada 10 biji tu sebab tak jumpa telur yang 10 biji grade A.
2. 1 sudu kecil Essence Vanilla 
3. 3/4 cup Castor Sugar 
Sya beli brand Kings.
4. 85g butter 
Guna salted butter ye. Resepi asal guna salted butter SCS. Tapi, Sya tukar kepada butter brand Ballantyne. Sebab lambang butter SCS macam lambang bendera Israel je. Heee.. Tapi, bila tengok betul2, butter SCS ni bentuk bintang. Lambang bendera Israel bentuk triangle/segi tiga. Terpulang tau korang nak guna butter brand apa sekalipun. As long as salted butter. Lagi pun butter SCS mahal sikit. RM12.99 Butter Ballantyne baru RM11.90
5. 250g dark chocolate 
Resepi asal guna dark chocolate Beryls. Tapi, Sya guna cooking chocolate Nona. No choice. Time pergi beli bahan2 Brownies dekat Zemart, brand Nona ni je yang paling ok dan Sya familiar. But, the taste still sedap. No worries!
6. 1/2 cup tepung gandum 
Tak kisah juga apa2 brand. Sya guna Tepung Gandum Cap Sauh.
7. 1 sudu besar serbuk koko
8. Tray/loyang saiz 7x7 inch 
Kalau guna tray 10x10, make sure korang double kan bahan-bahan tau! Kalau tak nanti Brwonies Kedut korang jadi tipis giler macam Brownies Sya. Kahkahkah!
9. Parchment paper
10. Walnut 
Terpulang nak letak atau tak. Kalau nak letak, tak semestinya letak walnut. Boleh juga letak almond slice yang color putih tu, almond color coklat boleh dsb.
11. Nutella 
Terpulang juga nak letak atau tak.

** Anggaran kos untuk bahan-bahan adalah RM41.37 (Harga tak termasuk tray, parchment paper dan Nutella). Harga bergantung pada jenama/brand bahan yang dipilih dan dibeli.


Cara-cara :
1. Cairkan butter



2. Cairkan dark chocolate menggunakan kaedah double boil. Gambar lupa nak ambil. Sorryyyyy.. Heee.. 

3. Letak gula Castor dalam bekas lain.

4. Kemudian satukan butter yang telah dicairkan tadi dengan gula Castor. Kacau sehingga sebati sahaja. Bukan sehingga gula cair.



5. Pecahkan 2 biji telur sekaligus dan kacau perlahan-lahan sehingga kuning telur pecah. Kacau kejap je tau. Masukkan Essence Vanilla lepas tu.


 

6. Masukkan coklat yang dicairkan panas-panas tadi ke dalam adunan butter, gula Castor dan telur. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.



7. Dah sebati, campurkan tepung gandum dan serbuk koko serta kacau bagi sebati juga. Jangan lupa ayak dulu tepung tu tau supaya tepung tak berketul-ketul. Sya punya tepung berketul-ketul sebab lupa nak tapis dululah! Huahuahua.. It's okay.. 1st timer~~



8. Akhir sekali transfer adunan tadi ke dalam tray saiz 7x7 dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c dengan menggunakan api atas dan bawah.



Oh, jangan lupa panggang Walnut yang dibeli macam dekat bawah ni. Panggang dalam 10 minit macam tu atau sampai ia rasa garing dan rangup. Ini kalau korang nak bubuh Walnut lah atas Brownies Kedut korang sebagai hiasan dan penyedap rasa.



Lepas tu letaklah Nutella ikut kreativiti korang.. Nak corak macam mana.. Garis-garis ke.. Bunga-bunga ke.. Terpulang.. Kalau nak yang bercorak, boleh beli cake nozzle macam dekat bawah ni. Beli sekali piping bag ia. Boleh cari dekat kedai2 bakery. Melambakkan bakery shop sekarang ni.. 



Happy baking korang!

Brownies Kedut Walnut Nutella by Sya Syasya
7 September 2016

Btw, makan makan juga. Kesihatan badan tetap nombor 1 kena jaga! Brownies Kedut Walnut Nutella ni sangatlah tinggi kandungan gula ia. Seriously, siapa yang addict dengan Brownies Kedut atau makanan2 dan minuman2 manis, better korang do something. Cari alternatif untuk korang counter back apa yang korang makan dan minum.

Macam Sya, Sya akan counter back dengan cara ambil makanan tambahan (supplement) dan bersenam (exercise). Mungkin korang juga boleh apply benda yang sama. Supplement yang Sya ambil adalah B-Complex, Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

B-Complex (RM56.98/120 tablets) : Membantu menukarkan gula kepada tenaga dan membantu mengurangkan keletihan.
Alfalfa Complex (RM56.98/300 tabltes) : Membantu menstabilkan gula dalam darah. Juga supplement terbaik untuk detoks.
ESP (RM159.00/850g) : Membantu mengawal kadar gula dalam darah dan membantu dalam menghasilkan sel2 badan yang lebih sihat. Sesuai sangat untuk pesakit Diabetes (kencing manis) sebab ESP ni tanpa kolesterol dan laktosa. Sangat membantu orang yang ada gastrik, susu badan kurang dan masalah kulit muka.

Boleh direct contact Sya untuk tempahan. Harga yang tertera adalah harga bukan ahli termasuk GST. Sya boleh berikan harga yang jauh lebih murah kalau korang nak. Contact Sya dulu untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah tu. :) ESP tengah PROMOSI pula tu bulan September 2016 ni. Rugi tak boronggggg!! ;)





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Happy Working-At-Home-Wife (WAHW)
Your Trusted SID : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH) : Natural Home & Mobile Spa

FB : Sya Syasya
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa & Mobile Spa
IG : YEOJA_BEAUTYHOUSE & IAMSITIAISYAH
Email : yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com
Contact Number : +6013-476 5930

#shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleeklia #shakleeklia2










Wednesday, 17 August 2016

Checklist Sebelum Anda Travel ke Luar Negara

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Hi, Assalammualaikum semua!

Lepas je Sya kemas dapur, Sya naik bilik dan baring sekejap sebelum Sya tunaikan Solat Fardhu Zohor. Sambil2 baring tu, tiba2 jari2 tangan ni tak mu duduk diam. Terus ambil dan pegang handphone. Teka nak buat apa?? Layan Facebook? Instagram? Whatsapp? Tettttt. Semua salah! Sya layan tengok gambar2 time Sya pergi Perth, Western Australia few weeks ago dengan ahli2 The Walking Beauty (TWB). Hehe. Arghhhhh.. Rindu!! Itu yang terus rasa nak update blog tu!

Fyi..
Ini 1st time Sya pergi Perth tau. Sya pun tak pernah sangka yang suatu hari nanti Sya akan jejakkan kaki Sya di negara yang terkenal dengan Kangaroo, Koala dan Wombat ni.




Yang Sya tahu, bila Sya join je Projek TWB ni, Sya berpeluang untuk bercuti ke luar negara setiap tahun. Dan sepanjang penglibatan Sya dalam TWB ni, Sya memang cuba untuk tak miss taip #triptoperth2016 di setiap post2 Sya sama ada di FB, FB Page, FB Grroup TWB dan IG. Taip tanpa miss tau. Dapat join trip atau tak, itu belakang cerita. Hihi. Tapi, betul lah orang kata, kata2 kita boleh jadi satu doa. Akhirnya, pada 23 Julai 2016 Sya dan ahli2 TWB yang lain telah pun selamat terbang ke Perth.. :")

Ok, sebelum Sya kongsi dengan korang semua berkenaan checklist sebelum korang travel ke luar negara dan percutian kami di Perth, meh Sya explain sikit pasal Projek TWB ni. Sya percaya masih ramai yang tak tahu dan tertanya-tanya apa itu Projek TWB. Secara ringkasnya.. Projek TWB adalah sebuah Projek Spa Bergerak Tanpa Kedai (Home Spa & Mobile Spa) yang bertujuaan untuk menolong dan membantu para wanita khususnya suri rumah (housewife) untuk sentiasa kelihatan CANTIK dan BERDUIT dalam satu masa. Yang mana part-time housewife pun kami di TWB akan cuba bantu. Senang cerita, para wanita yang inginkan kebebasan kewangan, masa dan dalam masa yang sama ingin menjaga penampilan sebagai seorang isteri, ibu serta Muslimah. Got it? ;)

So, here some of the checklist yang korang kena buat sebelum korang travel ke Perth, Australia atau mana2 negara luar.

"Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh~~" >>> PASSPORT!

Make sure passport korang laku / valid 6 bulan ke atas tau. Contoh, annual trip TWB ni 23 Julai 2016 kan? So, kami kena pastikan passport kami tamat sekurang-kurangnya pada Januari 2017 (6 bulan dari tarikh kami fly). Bawah ni Sya share bayaran passport Malaysia selama 5 tahun mengikut usia yang Sya ambil dari Portal Jabatan Imigresen Malaysia Antarabangsa http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 

a) Pemohon biasa - 13 tahun hingga 59 tahun = RM200.00

b) Warga emas - 60 tahun ke atas = RM100.00

c) Kanak2 12 tahun ke bawah = RM100.00

d) Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara - 21 tahun ke bawah = RM100.00

e) Jemaah Haji - Surat pengesahan dari Tabung Haji (TH) / agensi yang dilantik = RM100.00

f) Orang Kelainan Upaya (OKU) = Gratis


Untuk permohonan passport kali pertama pulak, korang perlu mematuhi prosedur berikut:

i) Pemohon datang sendiri ke Pejabat Imigresen / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

ii) Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia / Pejabat Atase di Singapura, New York, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tak perlu bawak gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

iii) Kanak2 di bawah 4 tahun digalakkan bawak gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Untuk details korang boleh refer terus Portal Jabatan Imigresen Malaysia Antarabangsa ni http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

VISA. Sebelum korang bercuti ke sesebuah negara, check dulu tau sama ada negara yang korang nak lawati / bercuti tu perlukan Visa atau pun tidak. Macam Australia, korang memang perlukan Visa untuk korang masuk ke negara mereka.

Visa berbeza tau dengan passport. Visa ni dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang memberi keizinan untuk kita berada di negara tersebut dalam suatu tempoh dan waktu tertentu. Passport pulak dokumen yang mengesahkan kita boleh ke luar negara.

Disebabkan kami 1st time ke Perth, so pemohonan Visa kami semua diuruskan oleh Founder TWB, Pn. Ainul Shahrazad atau lebih dikenali sebagai Master Ainul Shahrazad (MAS) di dalam Shaklee. Untungkan kami join annual trip TWB ni? Sampai Visa pun Founder TWB yang apply kan. ;) Tapi, next year dan tahun2 akan datang, kami diminta untuk buat sendiri permohonan Visa supaya kami dapat belajar sendiri bagaimana cara untuk memohon Visa. Bagus jugak. Tak adalah "manja" sangat kami nanti! Kuikuikui. Yet, kalau tak, sampai bila2 kami tak reti dan tak tahu prosedur untuk apply Visa tu macam mana.

Walaupun Visa kami diuruskan oleh Founder TWB, tapi Sya tetap cuba belajar cara untuk apply Visa ke Australia melalui pembacaan Sya di google. Australia salah sebuah negara yang mempunyai sistem pemohonan Visa yang canggih tau. Visa untuk ke Australia boleh dimohon dengan hanya melalui atas talian (online). Bawah ni Sya share langkah2 untuk korang apply Visa ke Australia secara atas talian okay?

Cara Memohon Visa ke Australia Secara Atas Talian (Online)

  1. Layari website Electronic Travel Authority (ETA).
  2. Tekan butang "Apply for an ETA."
  3. Untuk "ETA type" pilih "tourist" dan tandakan kotak untuk perakuan berada di luar Australia serta bersetuju dengan "terms and conditions." Then, click "next."
  4. Isi "personal and passport details."
  5. Pastikan maklumat yang korang masukkan betul dan tepat.
  6. Buat pembayaran menggunakan kad kredit pilihan korang sama ada Visa, MasterCard, AMEX atau lain2. Harga Visa yang dikenakan ke atas setiap seorang dpd kami untuk trip hari tu adalah sebanyak AUD24.52 (RM75).
Selepas pembayaran dibuat, korang akan menerima bukti pembayaran dan pengesahan. Pihak Imigresen Australia akan menghubungi korang melalui email untuk memaklumkan status permohonan korang. So, make sure lepas dah apply tu, terus check email okay. Korang jugak akan menerima email dokumen Visa yang mengandungi syarat2 dan peraturan yang berkaitan dengan pemegang Visa. Visa ni tak payah print pun tak apa. Tapi, kalau korang nak print jugak, boleh je. Lagi bagus. Sebab ye lah kan, kita tak tahu apa akan jadi nanti. Anything can happen right? At least kalau ada apa2 masalah, kita dah ada salinan kita sendiri. 

Dan korang perlu tahu jugak tau yang Visa ni valid untuk tempoh 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Visa ni boleh digunakan tak kira berapa kali korang ke Australia. Cuma untuk setiap percutian tu, make sure korang tak lebih dari 3 bulan lah. Dan jangan pulak korang gunakan Visa ni untuk korang bekerja atau menetap terus dekat sana pulak. Sebab ini Visa untuk melawat / melancong sahaja. 




Passport dah. Visa dah. Sekarang JUMLAH WANG yang perlu korang bawak untuk ke Perth, Australia. Jangan lupa tukar dulu RM korang ke matawang mereka, Australia Dollar (AUD). Macam Sya, Sya bawak RM700.00 (AUD230). Kalau tanya Sya yang boleh dikategorikan sebagai "shopaholic" ni, memang tak cukup RM700.00 tu! Hahahah.. Kalau nak puas shopping, tukarlah at least RM1000.00  Nak lagi best tukar RM1000.00 - RM1500.00 Hehe. Tapi, kalau korang rasa tak cukup duit yang korang tukar time dekat Malaysia, korang draw je lah nanti bila sampai sana. Cuma make sure kad2 bank korang dah diaktifkan untuk kegunaan di sanalah nanti. KAD PENGENALAN (IC) dan LESEN MEMANDU pun jangan lupa bawak tau. Macam kami hari tu, ada tempat yang memerlukan kami untuk menggunakan kereta seperti ke Caversham Wildlife Park, Whiteman Park dan The Margaret River Chocolate Co. Yang lain2 kami banyak menggunakan public transport seperti teksi dan bas.

Apa lagi eh? 

PAKAIAN. Perth time tu tengah winter tau. Tapi, kami diberitahu oleh MAS yang cuaca di Perth lebih kurang macam kita pergi Cameron Highlands je. Cuma sejuk sikit dari Cameron Highlands. Bila Sya check pun, memang average dalam 16 - 18 degrees celsius. So, macam Sya sendiri tak adalah beria-ia bawak baju sejuk / tebalkan. Rupa-rupanya bila dah sampai sana, perghhhhh.. Sejuk ia sampai menusuk ke tulanglah! Menggigil rasa badan. Nak bercakap pun terketar-ketar. Siap 'asap' keluar dari mulut. Dan bermulalah aksi2 'jakun' kami tunjuk-menunjuk mulut siapa yang keluar 'asap.' Kahkahkah. Erm, tak ingat pulak time sampai tu average berapa. Yang pasti memang ada hari kami di sana drop sampai ke 4 degrees celsius kau! Nasib baik time tu Sya bawak "long john" yang suami Sya belikan Sya time kami honeymoon di Korea dulu. So, tak ada lah sejuk sangat kalau kita just pakai sweater je dekat luar. Cuma bila pakai long john ni, badan akan nampak berisi sikit / gemuk macam Sya time 1st day di Perth lah. Huahuahua. 

Bawah ni antara pakaian yang Sya pakai sepanjang trip Sya di Perth, Australia. Gambar 1st tu dekat Perth International Airport. Baru sampai. Kami bertolak dari KLIA 2 pada hari Jumaat (22 Julai 2016) malam lebih kurang jam 23:57 pm (time ni dah ada dalam perut Air Asia X). Perjalanan lebih kurang 5 - 6 jam macam tu. Lebih kurang macam pergi Korea jugaklah. Kiranya kami sampai di Perth pada hari Sabtu waktu Subuh macam tu. Gambar 2nd atas (tengah) ni, Sya bergambar depan apartment yang kami team TWB stay.

Sebelum kami memulakan "exploration" kami untuk hari yang pertama di Perth, Sya tukar pakaian lain pulak. Pada hal ok je kalau nak pakai pakaian yang sama time tiba di Perth tu. Sebab ye lah kan, bukannya dah start jalan mana2 pun. Just duduk dalam flight je pun sebelum tu. Untuk korang yang tak check-in luggage, better korang jangan buat macam Sya. Dah lah tak check-in luggage. Pakaian bawak banyak pulak tu. T-shirt, seluar dan tudung untuk mandi dekat swimming pool apartment pun Sya bawak. Sudahnya tak mandi pun sebab cuaca sejuk. Nanti tak pasal2 kena tahan pulak dengan Pegawai Imigresen / pihak Air Asia sebab hand luggage gemuk semacam. Time Sya hari tu nasib je lepas. Tapi, Pegawai Imigresen / pihak Air Asia memang 'berkenan' betul dengan hand luggage Sya. Sampai Sya hilang dari pandangan mereka, mereka still pandang beg Sya. Hahahah! So, untuk mengelakkan dari sebarang masalah.. Make sure hand luggage korang tak melebihi 7KG tau! (Kalau korang naik Air Asia dan tak check-in luggage lah).

  

   



Untuk hari kedua di Perth, Sya tak pakai long john dah. Sya just pakai long coat hitam dan jeans. Luar Sya pakai lagi long coat lain. Long coat luar ni Sya pinjam MAS punya. Hihi. Kasut pun pinjam orang punya. Kahkahkah. Tapi, untuk korang yang tak tahan sejuk dan sensitif tu, better korang pakai long john dekat dalam. Kalau tak pun, pakai baju yang tebal sikit dekat luar. Seriously sejuk okay.. Esepecially sebelah pagi dan petang nak ke malam tu. Dekat Perth waktu malam cepat tau. Pukul 5 lebih macam tu dah macam pukul 7 lebih. Gambar Sya pakai coat merah tu pulak, Sya tukar dengan MAS sekejap. Tukar untuk ambil gambar je.. Hihi. Hari ketiga kami ada Jamuan Hari Raya TWB di apartment kami sebelum kami ke Kings Park & Botanic Garden dan Bell Tower. Itu yang Sya pakai dress tu. Luar Sya pakai leather jacket Calaqisya. Dalam Sya pakai long john, tapi seluar je. Glove hitam yang Sya pakai ni tipis je. Pakai just untuk nampak cantik ala2 Belle Alyahya, Bella Ammara tu. Hikhikhik. Hari keempat Sya pakai inner tebal dekat dalam. Inner yang sama Sya pakai time 1st day tu.

Actually, tak payah bawak baju banyak2 pun kalau time winter.. Cukuplah korang bawak tudung / shawl (bagi yang bertudung) untuk hari2 korang di Perth. Contoh, macam kami stay di Perth selama 5D4N. So, bawaklah tudung / shawl untuk 5 hari punya. Sebab winter coat biasanya kita akan pakai yang sama je.. Cuma macam Sya, Sya tukar2 winter coat sebab Sya 'pinjam' kakak2 dan adik Sya punya. Hikhikhik. Huntungkan bila dapat travel bersama kakak2 dan adik sendiri. xD Boleh buat 'sistem barter.' :P Jangan lupa bawak stokin tebal dan glove jugak tau.

Dari segi toiletries, Sya bawak syampu Dove for hair-fall control, sabun Dettol Gold jenis liquid, Make-Up Remover (MUR) Shaklee, Nutriwhite (NW) Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee, berus gigi dan Colgate mini. Semua ni Sya transfer ke dalam bekas2 kecil yang Sya beli di Daiso, Mid Valley Megamall. RM5 je.. Oh, termasuk GST 6% jadilah RM5.30 Toiletries ni Sya hand carry je. Make sure tak lebih 100ml tau cecair (liquid) yang korang bawak.

Dari segi MAKANAN pulak..
Antara makanan yang DIBENARKAN bawak adalah seperti:-
  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb. Jenama Maggi sangat famous dekat Perth tau. Dekat Woolworths (shopping mall) banyak giler Maggi yang dijual.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang i.e. jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi.
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli di Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spaghetti dll yang tidak mempunyai unsur2 terlarang seperti telur.
  • Nescafe/Tea 3-In-1 yang tidak mengandungi susu. Hanya guna non-diary creamer.
  • Susu formula untuk bayi/anak2 kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol/balm boleh bawak.
  • Rempah-ratus berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco/Giant.

Antara makanan yang TIDAK DIBENARKAN bawak adalah seperti:-
  • Serunding daging/ayam.
  • Bahan makanan yang mengandungi telur.
  • Hasil tenusu i.e. susu, cheese, mayonis dsb.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat/susu (Milo 3-In-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah-ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging/ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan2 ini. Even ayam yang telah dikisar dengan bubur nasi pun tak boleh tau. *Tiba2 teringat kejadian di mana bubur nasi anak buah Sya, Maryam (anak kpd MAS) kena buang depan mata Sya, kakak, adik dan beberapa orang ahli TWB yang lain oleh Imigresen di sana* T_T Imigresen Australia sangat strict tau! Jangan lupa declare makanan apa yang korang bawak sebelum mereka check.

Oh, yeah. Sebelum Sya terlupa, suka untuk Sya ingatkan korang yang merancang untuk bercuti ke luar negara supaya membawa supplement especially supplement untuk tulang. Sebab apa? Sebab confirm bila korang bercuti di luar negara, korang akan baaaaanyak berjalan. Ye lah, takkan jauh2 datang, mahal2 bayar, nak duduk terperap habiskan masa dalam bilik hotel / apartment / motel / hostel je kan. Rugilah! 

Macam kami, kami memang dah standby OSTEMATRIX Shaklee siap2 dah. Alhamdulillah, sepanjang trip kami di Perth, tak ada seorang pun yang mengeluh penat / letih bila kena berjalan jauh. Yet, emak2 yang dah ada 4 orang anak pun masih kuat berjalan macam anak dara tau. Hehe. Sya ni siap pakai boot yang bertumit lagi tu. Gigih tak gigih.. Selain Ostematrix, Sya bawak jugak supplement Shaklee yang lain seperti VITA-LEA, B-COMPLEX, SR VITA-C PLUS dan LECITHIN. SR VITA-C PLUS ni Sya cakap korang memang WAJIB bawak! Kalau ada NUTRIFERON lagi bagus. Sebab dua2 ni akan protect body korang dari diserang selesema, demam, batuk atau jangkitan2 lain. Biiznillah. :)


Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus dan Lecithin yang Sya bawak ke mana sahaja.
Lecithin ni untuk bagi pecah balik lemak2 dalam badan sebelum buang (keluarkan) lemak2 yang dah dipecahkan dengan Alfalfa Complex / Herb-Lax


Alright, cukup dulu kot setakat ni. Insyaallah, entry akan datang Sya kongsikan pulak tempat2 yang korang WAJIB pergi kalau datang ke Perth ni. Transportation, accomodation, internet, flight etc. Kalau nak tahu, stay tuned! ;)

Btw, sesiapa yang nak cuba dan dapatkan Ostematrix Shaklee ni, korang boleh contact je Sya terus okay. Ostematrix tengah PROMOSI sekarang. Rugi korang tak borong banyak2. Harga sebotol murah sangat! Puluh2 ringgit je. Budak2 sekolah menengah pun mampu beli tau. Hihi. 1 botol ada 120 caplets. 











Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
Manager 
Luxurious Lipstick by Ainul D'Secrets
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

FB : Sya Syasya
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home & Mobile Spa
IG : YEOJA_BEAUTYHOUSE / IAMSITIAISYAH


#sayapengedarsahshaklee #sayapenjualshaklee #sayapenggunategarshaklee #shakleepersadadamai #shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleeklia #shakleeklia2 #shakleenilai #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleebangi #shakleekajang freeconsultation #freepilbox #specialgiftfromperthwesternaustralia