Thursday, 16 August 2018

"Hebatnya Facial Dengan Team SPA TWB"

Betul ke "HEBAT" sangat Facial dengan Team SPA The Walking Beauty (TWB) ni??


Assalammualaikum bagi yang beragama Islam dan Salam Sejahtera bagi yang Non-Muslim!

"Let the DESIGN do the TALKING." Peminat tegar pakaian dari Butik MINAZ, confirm tau Tagline ni. Hihi.

TWB juga ada Tagline nya tersendiri iaitu, "Let the PRODUCT do the TALKING." 😉

Selain dari perkhidmatan (service) oleh Beauty Therapist (Pakar Terapi Kecantikan) TWB yang MESRA dan PERAMAH, produk-produk yang kami sendiri gunakan di dalam SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home and Mobile SPA) itu sendiri yang menjadi "KEKUATAN" Mobile SPA TWB. Yang memperlihatkan Mobile SPA TWB ini begitu hebat di mata setiap orang! Kalau tak hebat, mana mungkin pelanggan (customer) kami repeat Facial dengan kami setiap bulan kan? Paling parah customer terus book untuk setahun. Hehe.

Mana taknya. Produk Penjagaan Kulit (Skin Care Product) yang kami gunakan di dalam Mobile SPA TWB kami adalah 100% VEGAN dan BERASASKAN TUMBUHAN (PLANT-BASED); yang mana telah menjalani PENYELIDIKAN SELAMA 8 TAHUN. Fuhhhhh..... Bayangkan lah. Kalau kita sekarang tengah hamil, anak yang bakal kita lahirkan tu Darjah 2 nanti baru penyelidikan (research) ni siap.

Tapi, Skin Care Product apa ye yang kami guna di dalam Mobile SPA TWB kami?

Apa lagi kalau bukan YOUTH Shaklee! Selain itu, Scrub Herba dan Masker Protin kami juga pun daripada Shaklee tau!

Sya percaya dan yakin sangat ramai yang dah kenal serta tahu berkenaan Shaklee. Ramai dah pernah dengar Shaklee kan? Ye lah, Syarikat Supplements (makanan tambahan atau vitamin) dari US ini telah lama wujud sejak 62 tahun dahulu! Takkan Shaklee boleh, dapat dan mampu bertahan sehingga ke hari ini jika produk-produknya tak bagus, berkualiti, selamat dan berkesan. Setuju?

Bercakap mengenai YOUTH Shaklee ni kan.. Fyi.. YOUTH Shaklee ini juga HYPOALLERGENIC, NON-COMEDOGENIC, DERMATOLOGIST dan OPTHALMOLOGIST TESTED tau! Dannnnn YOUTH Shaklee BEBAS DARI 1,500 BAHAN-BAHAN KIMIA MERBAHAYA yang biasanya terdapat di dalam Produk Penjagaan Kulit jenama lain. Antaranya :-
  1. Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  2. Pewangi Sintetik
  3. Paraben
  4. Pengawet Formaldehid
  5. Pengawet Lain
  6. Minyak Mineral/Paraffin/Petroleum
  7. Biji Mikro (Plastik Mikro)
  8. EDTA
  9. Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
  10. Pelindung Matahari Kimia
  11. Benzofenon
  12. Phthalates
  13. Cyclosilicone
  14. Sebatian Ammonium Kuartener
  15. Quaternium-15
  16. Hydroquinone
  17. Pewarna Sintetik
  18. Bahan-bahan dari Haiwan
  19. Lanolin
  20. PEGs
  21. Propylene Glycol
  22. Logam Berat
  23. Merkuri
  24. Perak & Garam
  25. Garam Barium
  26. Pelarut
  27. Toluene
  28. Bahan Dorong Chlorofluorocarbon
  29. Sebatian Berfluorin
  30. Tar Arang
  31. Talkum
  32. Gandum (Gluten)
Memang tak tersenarai 1,500 bahan yang tidak digunakan dalam formulasi YOUTH Shaklee ni! Cukuplah kita selalu dengar berkenaan Paraben, Hydroquinone dan Merkuri tak ada dalam YOUTH Shaklee ni.

Menaip dan menulis panjang-panjang pun tak best serta tak guna jugakan? Hehe. Jom lah kita sama-sama layan cuci mata tengok sendiri antara customer Mobile SPA TWB Sya sendiri yang pernah mendapatakan Rawatan Kecantikan Muka (Facial Beauty Treatment) daripada Mobile SPA Sya sendiri iaitu Yeoja Beauty House (YBH)!

















Sekarang dah lebih jelas dan tahukan kenapa "HEBATNYA FACIAL DENGAN TEAM SPA TWB" 😎😉

Apa yang Sya dan customer Sya perasankan.. Result selepas mereka (customers) Sya dapat selepas Facial adalah :-
✔️ KULIT MUKA LEBIH CERAH BERSERI
✔️ KULIT MUKA LEBIH SEGAR (FRESH)
✔️ KULIT MUKA LEBIH LEMBUT
✔️ KULIT MUKA LEBIH ANJAL dan TEGANG (TULANG PIPI SEMAKIN NAIK)
✔️ KURANG KEDUTAN dan GARIS-GARIS HALUS serta
✔️ PORI-PORI MENGECIL

So, rasanya korang dah boleh buang dan campak jauh-jauh kot rasa ragu-ragu, takut-takut dan was-was korang untuk cuba sendiri Facial dengan Team SPA TWB kami lepas ni? 😉

Kalau ada yang nak cuba-cuba Facial dengan kami.. Yang nak cuba-cuba menggunakan service Mobile SPA TWB kami.. Boleh terus hubungi Sya melalui nombor telefon atau Email seperti yang tertera di bawah okay?! Insyaallah, the price is affordable! 😚😘 Harga mampu milik dan mampu dibayar oleh semua wanita yang cantik seperti korang! ☺️ Kalau nak beli dan cuba YOUTH Complex ni pun boleh tau! Dua-dua ada PROMOSI sekarang! Facial Treatment dan YOUTH Complex! 🤩😍





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Highclass Housewife
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
Proud Member & Trainer of TWB
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com

Wednesday, 8 August 2018

Business Mobile Spa TWB

Rasanya sekarang ni sebut je "Mobile Spa" semua sedia maklum yang "Mobile Spa" ni merupakan sebuah perkhidmatan Spa Bergerak Tanpa Kedai atau lebih dikenali sebagai "Home Spa" atau "Mobile Spa." Dan sekarang ni "Mobile Spa" ni dah jadi macam satu trend tau.


Bila dah trend.. Hmmmmm faham2 je lah kan macam mana. Bersepah sana sini orang buat "Mobile Spa" ni. TAPI! Tapi, "Mobile Spa" yang Sya buat ni sama sekali tidak sama dengan Spa2 yang ada dekat luar. Ye lah, mungkin sama dari segi "service" yang dibuat dan ditawarkan je lah. Dari segi lain terutamanya "income" jauh sekali berbeza!

Kalau "Mobile Spa" lain biasanya mereka hanya dapat satu income kan? Iaitu income hasil mereka berikan perkhidmatan Spa sehingga ke rumah pelanggan (customer). Tapi, itu je lah. Ada sesetengah "Mobile Spa" pula siap kena agihkan sedikit pendapatan (income) tu dekat company atau Founder itu sendiri.

Berbeza sangat dengan "Mobile Spa" yang Sya sertai dan buat di bawah Projek "The Walking Beauty (TWB)."

Di dalam TWB, ianya menawarkan sehingga 5 PENJURU INCOME! Dan yang paling amazing dan best nya adalah..... Sya tak perlu share pendapatan Sya ini dengan mana2 pihak pun! Ye, tidak perlu berikan (bayar sedikit) untuk projek ini, tidak perlu berikan juga kepada Founder Project TWB mahupun company! Ye! 100% pendapatan dan keuntungan adalah milik Sya!

Selain itu, apa yang buat Sya rasa best, happy dan bersyukur sangat adalah SISTEM TWB itu sendiri yang sangat mudah, senang, teratur dan terbukti berkesan dalam membantu Sya untuk menjana pendapatan bukan hanya dari pendapatan perkhidmatan Spa semata! Ini makmaknanya kalau let say Sya tak ambil customer Spa pun, Sya still boleh dapat income sehingga ratusan ribu ringgit. Terkejut tak?? Sya pun terkejut awalnya! 😂 But, this is TRUE! I'm telling truth! Cuma macam Sya belum sampailah ratusan ribu ringgit. Tapi, ribu ringhit tu alhamdulillah ada dah 😊 PROVEN MENTOR, PROVEN RESULT dan SUPPORT GROUP yang very happening, helpful and positive juga antara FAKTOR UTAMA Sya bersama TWB.

Bercakap pasal "5 PENJURU INCOME" ni kan.. Korang boleh klik sini untuk tahu details apa yang Sya maksudkan.

Taip panjang2 pun kalau korang sendiri tak give it a try, memang payah, sukar dan susah until korang hayati serta fahami perasaan Sya ni 😂 Korang sendiri KENA cuba libatkan diri baru korang tahu dan faham.

Yang pasti.. Dengan TWB ni, korang akan sentiasa ada CASH HARI2! Tak percaya? Terpulang 🤷🏻‍♀️ Boleh tengok sendiri antara "Instant Cash" yang Sya dapat sepanjang buat "Mobile Spa" ni! 👇🏻

Instant Cash yang Sya dapat masa buat Mobile Spa @ A Famosa Melaka

Instant Cash yang Sya dapat masa buat Mobile Spa @ Taman Desa Duyong, Melaka

Instant Cash yang Sya dapat masa buat Mobile Spa @ Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Instant Cash yang Sya dapat masa buat Mobile Spa @ Putrajaya

Instant Cash yang Sya dapat masa buat Mobile Spa @ Alor Gajah, Melaka

Ok, sebenarnya kita banyak lagi PROVEN RESULT daripada Ahli2 atau Beauticians TWB yang dapat juga "Instant Cash" macam Sya. Insyaallah, next entry Sya try share pula Testimoni mereka 😊

Oh, btw.. "Mobile Spa" Sya ni cover area BANDAR ENSTEK, KLIA & KLIA2, KOTA WARISAN, PUTRAJAYA, BANDAR BARU BANGI, BANGI LAMA, KOTA SERIEMAS, NILAI, SEREMBAN, SENAWANG dan MELAKA. 

Jadi sesiapa yang tinggal di sini atau berdekatan, kalau perlukan perkhidmatan "Mobile Spa", bolehlah contact Sya ye! Insyaallah, HARGA MAMPU MILIK 🙂

Yang paling penting, Sya menggunakan produk yang 100% SEMULAJADI, SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM!

Oh, ye! Kalau korang nak cari pendapatan sampingan atau tambahan (side or extra income) melalui business Spa.. Korang boleh juga contact Sya. KELAS atau KURSUS MOBILE SPA TWB COMPLETE. ALL-IN. Kiranya habis training, dah boleh terus angkat dan seret beg ke rumah customer! Boleh nikmati hasil INSTANT CASH macam Sya ni! 😉 Bulan ni siapa join, dapat FREE BEAUTY DEVICE seperti mana Heroin Jangan Benci Cintaku (JBC), Rafeeqa Huda atau nama sebenarnya Zahirah Macwilson guna ni! 👇🏻 

Beauty Device ni kalau tengok harga pasaran.. Boleh cecah RM900 tau! 😱

So, kalau ada apa2 yang kurang faham atau kurang jelas.. Perlukan lebih penjelasan.. Boleh terus hubungi Sya seperti di nombor telefon atau Email di bawah okay?





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Highclass Housewife
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
Proud Member & Trainer of TWB
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com

Friday, 3 August 2018

"TWB The Glamorous Mobile Spa"


Giler tak glamour?!

The Walking Beauty (TWB) satu-satunya Home and Mobile SPA di Malaysia yang menyediakan dan nenawarkan pendapatan (income) sehingga 5 penjuru sejak tahun 2015 lagi.


  1. Income hasil perkhidmatan SPA.
  2. Income hasil dari bonus Shaklee setiap pertengahan bulan (Apa kaitan dengan Shaklee pula ye? 🤔 Kaitannya adalah..... Produk-produk SPA kami semuanya menggunakan Shaklee yang pastinya SEMULAJADI, SELAMAT, MESRA ALAM Dan BERKESAN dengan izin Allah S.W.T.).
  3. Tettttt
  4. Tettttt
  5. Tettttt

Tak bolehlah nak reveal semuakan.. Sebab ini EXCLUSIVE hanya untuk mereka yang dah selamat sertai Keluarga TWB kami je 😊 What I can say is another 3 incomes ni korang tak ambil pelanggan (customer) SPA pun tak apa. Trust me! 2 income ni je pun dah fuhhhhh 🤑 masyuk beb! 👍🏻😉

Selain tu, apa yang buatkan TWB is sooooo glamour because of the Annual Trip! Setakat ni antara Trip TWB semuanya dekat luar negara (oversea)!

2015 : Melbourne
2016 : Perth
2017 : Maldives
2018 : Paris (Insyaallah)

TWB in Melbourne 2015

 TWB in Perth 2016

TWB in Maldives 2017

Yet, paling best boleh dikatakan semua Trip ni very affordable! Mampu milik. That's why even I'm a "Housewife" I can travel around the world! Cuma nak share even mampu milik pun, but the trip macam standard 5 Stars tau! Bukan apa, our Founder Project Master Ainul Shahrazad (MAS) ni seorang kaki travel. Giler travel 😂 So, beliau tahu how to get flight ticket return yang affordable, accomodation yang affordable but still comfy etc.

And and and.....
Yang buat TWB glamour juga adalah disebabkan para Beautician nya yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan.

  1.  Doktor Perubatan
  2. Juruteknologi Makmal Perubatan
  3. Nurse
  4. Physiotherapist 
  5. Engineer 
  6. Domestic Engineer
  7. Pensyarah
  8. Cikgu
  9. Pelajar IPTA dan IPTS
  10. Akauntan
  11. Peguam
  12. Majistret 
  13. Arkitek
  14. QAQC
  15. IT
  16. Research Executive
  17. R&D Officer
  18. Officer 1 / Setiausaha (Secretary)
  19. Penolong Pegawai SHE
  20. Kerani
  21. Designer
  22. Tailor
  23. Baker
  24. Stewardess 
  25. Model etc

Power2 kan yang join TWB?? Fikir sendirilah KENAPA TWB menjadi pilihan perniagaan mereka sama ada secara separuh masa (part-time) atau sepenuh masa (full-time). The answer is simple. Refer back my first and second point as stated above 🙂 Dan yang pasti KEUNTUNGAN 💯% MILIK PERSENDIRIAN. Tak perlu bayar kepada Founder, Company dll.

Teringin nak jadi sebahagian daripada keluarga besar TWB kami?? Contact me now for any enquiries or for more details! 





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Highclass Housewife
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
Proud Member & Trainer of TWB
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019-4570213
yaeppenyeoja@gmail.com

Sunday, 22 July 2018

Me'nate Steak Hub : Steak Termahal Saya Pernah Makan Setakat Ini

Assalammualaikum semua!

Ok, kali ni Sya nak share dengan korang semua berkenaan Steak yang harganya boleh mencecah sehingga RM10,000

Hahahahahah.. Mesti terkeluar biji mata korang kan lepas baca ni? Hahahahaha.. Ye, Sya pun terkejut sebenarnya. Sampai terpaksa kutip balik biji2 mata Sya ni masukkan balik dalam mata punya terkejut tu 😝 Awalnya Sya pun macam tak percaya tau. Betul ke ada harga Steak boleh cecah sampai puluhan ribu ringgit sekali order. Rupa-rupanya memang ada..

Haaaaa.. Korang jangan nak membawang dulu eh.. Boleh baca dulu link ni then baru korang akan faham kenapa Steak yang dijual ni boleh cecah sehingga ribuan ringgit. http://www.ohmedia.my/2015/02/menate-steak-hub-jual-steak-rm9388.html

Macam mana Sya tahu pasal Me'nate Steak Hub ni? Dan macam mana Sya boleh terjebak makan dekat sini serta order Steak dia yang mahal tu?

Ni semua penangan FIFA World Cup 2018 baru2 ni punya pasal lah! 😂 Al-kisahnya.. Suami Sya dan abang2 ipar Sya ni memang penonton tegar Bola Sepak. Satu hari tu dia orang bet suka2 je lah Team Bola Sepak siapa yang akan pergi paling jauh. Team yang pergi paling jauh kena belanja makan dekat Me'nate Steak Hub. So, dari sinilah Sya tahu pasal Me'nate Steak Hub ni. Tapi, yang start buat bet ni abang ipar Sya (suami kepada kak ngah Sya). Abang ipar Sya ni sokong Brazil. Suami Sya dan abang ipar Sya sorang lagi ni (Abang Najmi - suami kepada Kak Tiera) pula sokong France.

Nak kata rezekinya.. Bila mana France, Team Bola Sepak yang suami Sya dan Abang Najmi sokong ni pergi paling jauh yet sampai ke final pula tu! Kahkahkahkahkah! Weh, serious wehhhhh.. Masa ni terus rasa nak tumpang seluruh badan ni makan Steak mahal di Me'nate Steak Hub. Ahahahahaha..

Dan memang rezeki sungguh bila abang ipar Sya yang buat bet ni setuju untuk tunaikan janji dia belanja suami Sya dan Abang Najmi makan Steak mahal di Me'nate Steak Hub ni. Lagi rezeki bila kami yang isteri2 ni dapat join sekali 😂😂 Alhamdulillah!

Kanan : Suami Sya
Kiri : Abang Najmi

Masing2 muka puas hati dan gembira bila dibelanja makan Steak paling mahal di Me'nate Steak Hub. Tuuuuu tengok tu. Kemahin excited siap tunjuk mata kemenangan France kalahkan Croatia 4 - 2 masa final. Hahahahaha..

Kami pergi Me'nate Steak Hub di Bandar Baru Bangi. Me'nate Steak Hub ni ada 3 cawangan semuanya. 2 lagi di Setapak dan Ampang. Bawah ni Sya sertakan details seperti alamat, waktu operasi dan nombor telefon Me'nate Steak Hub, Bangi.

Me'nate Steak Hub
Alamat : 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam. Kecuali hari Jumaat dibuka bermula jam 3 petang sehingga 11 malam.
Nombor Telefon : 03 - 8922 0092

Jom sambung tengok gambar2! Hehe.

Menu Me'nate Steak Hub

Dekat Me'nate Steak Hub ni ada variety menu. Tak semestinya korang datang sini korang hanya boleh order Wa'gyu. Cumanya Wa'gyu ni Signature Me'nate Steak Hub lah.

Tapi, kalau tak pernah try lagi Wa'gyu di Me'nate Steak Hub ni, Sya recommend sangat untuk korang try! 👍 Insyaallah, tak menyesal punya 😉 Kenyang pun kenyang. Boleh tahan seharian lah kenyangnya tu. At least try sekali pun jadilah 😂 Harga ikut pada berat (as per 100g) jenis Wa'gyu yang dipilih. Macam kami lebih kurang RM200+ setiap seorang. 

Wa'gyu Ribeye / cube roll

Kami semua order Wa'gyu Ribeye / cube roll. Cuma Gravy berbeza. Macam Sya, Sya pilih Gravy Black Pepper. Ada juga Gravy Mushroom dan Garlic.

Fyi..
Jenis2 Wa'gyu (TYPE OF WA'GYU) ada 6 :-
  1. Tenderloin / Eye Fillet (The most tender part with uniform texture & fat marbling).
  2. Striploin / Sirloin (The strip provides a good balance of tenderness & flavor).
  3. Ribeye / cube roll (The steak version of Rib Roast or "Prime Ribs", prize winning for best flavored steak).
  4. Ribs (An oven-busters which is braised for 12 hours to breakdown its collagen & roasted to your perfection.
  5. T-Bone (Offers the best of both worlds : striploin plus a fillet, connected by a bone, succulent & juicy.
  6. Tomahawk (It has quite a large amount of inter-muscular fat, which gives it a load of flavour when cooked.


Cara masakan (HOW IT'S DONE) untuk Wa'gyu pula ada 5 :-
  1. RARE (Only for the real MEAT EATER - soft tender & juicy)
  2. MEDIUM RARE (nice & juicy steak)
  3. MEDIUM (juicy meat)
  4. MEDIUM WELL (not too bad)
  5. WELL DONE
Sya pilih cara masakan Medium Well dan Well Done. Hahahahaha.. Kenapa Sya punya Steak ada Medium Well dan Well Done pula ye? Asalnya Sya pilih cara masak Medium Well. Tapi, ternyata I punya tekak bukan tekak Minah Salleh lah 😂 Sya memang tak boleh makan Daging yang mentah2 atau separa masak ni lah. Sudahnya Sya minta pekerja Me'nate Steak Hub ni untuk masak semula Wa'gyu Sya ikut Well Done. Huhu.. But, I tell you guys! Walaupun Well Done perghhhhh Daging dia tetap SOFT and JUICY! Tak ada sikit pun terselit dekat gigi bila makan! Suami Sya yang bukan peminat dan penggemar Daging pun, terus 360 berubah jadi suka tau! 😂



Ice Blended : Dark Chocolate Oreo Mario" Oo
Ni Sya punya. Kehkehkehkehkeh. Isteri pemenang yang "pau" lebih2 pula 😂

Ice Blended : Ti Amo Caramel Latte Frape
Ni Kak Tiera punya. Ni pun sama. Habis di "pau" nya orang yang belanja 😂

With my sister, Kak Tie (Nama manja 😝)



Total untuk 9 orang makan hampir RM1,000 juga walaupun hanya 5 orang sahaja yang order Wa'gyu ni. No wonder lah kan sebelum ni viral pasal resit Me'nate Steak Hub yang jumlahnya hampir mencecah RM10,000 tu. Huhu.. 

Tapi, "tak de hal bro" (Pinjam ayat eh Caprice) tambah sikit untuk sis juga, "tak de hal sis" kalau memang berduit dan mampu untuk makan Wa'gyu ni. Datang je lah makan Wa'gyu dekat sini. Just ignore others. Tak perlu pedulikan orang2 yang membawang terang-terangan depan kita atau belakang kita. Think positive. Maybe dia orang teringin sangat nak makan Wa'gyu ni. Dapat rasa pun jadilah. Tapi, tak mampu. Itu yang dok membawang pasal resit RM10,000 ni. Nasib baik rezeki Sya orang belanja makan Wa'gyu ni. Dan jumlahnya pun still affordable. Kalau tak, berkemungkinan juga Sya dijadikan bahan untuk membawang. Kahkahkahkahkah..

Picture credited to ohmedia

Monday, 30 April 2018

YOUTH Shaklee Bersama SPA TWB





Fuhhhhh kurang dari 2 jam lagi untuk korang dapatkan PERCUMA RADIANCE C + E daripada Shaklee!

I tell you guys.. Radiance C + E ni sebekas harga cecah RM437.25 tau! Tapiiiii untuk malam niiiii je Shaklee nak bagi FREE! Fuh! Sya kalau bab2 free ni memang biasanya jaranglah lepaskan peluang!

Nak2 Sya ni Ahli The Walking Beauty (TWB) kan.. Memang gunakan YOUTH Complex Shaklee ni pun sebagai skin care dalam menjalankan Rawatan Wajah (Facial Treatment).

Yang paling BEST bila apply je YOUTH ni dekat kulit muka, kesan memang serta-merta! Kulit muka lebih cerah dan berseri tu KONPOM (CONFIRM)! Hihi.

Tak percaya?

Tak percaya tak apa.. Ni bawah ni Sya tunjukkan sikit antara Testimoni Customer Full Facial Treatment YOUTH Sya.

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Testimoni YOUTH Complex Shaklee
Before VS After

Tak kenal maka tak cinta. So, gebang lebih-lebih pun tak gunakan. Hehe. Try sendiri dululah tengok acammmmm.. Kihkihkih.



Ok, tadi 2 jam lagi peluang untuk korang rebut RADIANCE C + E secara PERCUMA kan? Sekarang tinggal less than 15 minutes weh! *Crying on behalf chuols* Sempat lagi ni kalau nakkkkk.. Call Sya terus dekat nombor telefon yang tertera dekat bawah laju-laju sekarang sepantas The Flash!







Siti Aisyah binti Ab Razak
Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

Friday, 27 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

"Hutang."

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, hutang adalah wang dll yang dipinjam daripada orang lain.

Sya percaya, dalam dunia ni tak ada seorang pun yang tak ada hutang. Even kanak-kanak yang sudah bersekolah seperti Tadika pun ada hutang. Pinjam pensil kawan pun kira hutang tau selagi mana tidak dikembalikan semula kepada kawan. Apatah lagi kita orang dewasa ni kan.. 

Cumanya mereka belum akil baligh je. So, terlepas mereka dari dosa jika terlupa untuk memulangkan semula pensil tersebut. Namun, kita yang dah besar panjang ni tetap perlu sentiasa ingatkan dan didik mereka dari kecil berkenaan "hutang" ini.

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

Teringat Sya sebulan lebih yang lepas. Sya ke Melbourne, Australia untuk pernikahan adik perempuan bongsu Sya di sana.


ALTONA NORTH
MELBOURNE, AUSTRALIA
MARCH 22, 2018
11:37 AM

Masa ni Sya betul-betul  kering. Ye lah sebelum tu duit Sya dah keluar untuk ke Universal Studios Singapore (USS) kan. Lagi pun target Sya untuk ke luar negara AT LEAST setahun sekali je buat masa ni. Ini kalau pergi Melbourne dah jadi 2 kali setahun. Sama macam tahun lepas pula. Tahun lepas Sya ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia sambut Wedding Anniversary Sya dan ke Maldives join annual trip The Walking Beauty (TWB).

Asalnya Sya 50 50 nak pergi Melbourne ni. Tapi, bila fikir pasal adik, satu-satunya adik perempuan Sya.. Bernikah pula tu. Precious moment tu. Sekali seumur hidup. Terus Sya nekad untuk "pinjam" duit daripada kak ngah Sya. Asalnya tak nak berhutang dengan sesiapa pun. But, I have to. Masa ni suami Sya pun tak dapat nak pinjamkan duit dia dulu. Ye lah, belum gajikan. Sya fly ke Melbourne 20hb macam tu. Book flight ticket pun last minute. Few days before Sya fly baru book. Fuh.. Memang melambonglah kan harga tiket masa tu. Balik sahaja RM1000+ Mujur adik Sya boleh sponsor yang balance. Sebab Sya cakap yang Sya boleh keluarkan dalam RM1000 je duit flight untuk pergi balik Melbourne. 

And as usual lah. Kak ngah Sya ni bukan jenis yang simply beri pinjam duit macam tu je dekat sesiapa pun TANPA perjanjian untuk bayar semula dalam tempoh tertentu. Sebenarnya boleh je kak ngah Sya ni nak sponsor. Tapi, dia tak nak didik adik-adik dia atau sesiapa saja mudah dan senang untuk dapatkan sesuatu. Sebab nanti dah manja, dah terbiasa, tak pandai dan tak reti berdikari sendiri. Lagi pun nanti selesa sangat. Tak ada sebab atau "push factor" dalam hidup nanti untuk capai sesuatu.

So, Sya janji dengan dia Sya akan bayar end of April. Kira dalam sebulan macam tu lah. Bagi orang yang bekerja makan gaji, mungkin mudah sedikit untuk membuat bayaran RM1,000 ni kan guna duit gaji bulanan. Tapi, tidak bagi Sya yang full-time housewife ni.

But, yeah~ I'm doing a WORLDWIDE BUSINESS kot! Shaklee. Yet, I'm TWB's Member. Sya percaya yakin sekejapan boleh dapat RM1,000 ni. And guess what?! Yes! Yes Sya memang berjaya pun kumpul hampir RM1,000 tak sampai sebulan! 😱 Setakat hari ni jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM800++ Belum akhir bulan lagi ye.. 😎



Ini adalah hasil Sya facial kan customer dan jual produk-produk Shaklee baru-baru ni. Dalam masa sehari je ye ☺️ Yang balance lagi RM600 tu ada dalam bank. Instant cash yang ni adalah income ke 4 TWB yg Sya dapat. Dengan TWB ada sehingga 5 income boleh dapat tau. Sebab tu Sya insyaallah TAK PERNAH RISAU atau RASA BEBAN pun bila kena bayar semula hutang.

So, nampak ke nampak how TWB helps me a lot dalam melangsaikan hutang? 😊

Lepas ni insyaallah Sya nak fokus habiskan bayar loan TAPEM Sya masa study dulu. Nasib baik ini je hutang Sya yang paling besar dan banyak. Huhu.. Tak apa. Insyaallah Sya yakin Sya BOLEH langsaikan hutang TAPEM Sya dengan duit hasil business SPA TWB sahaja! 💪🏻💪🏻

Sya berani dan yakin cakap macam ni sebab dah ada PROVEN RESULT daripada ahli TWB sendiri yang dapat langsaikan hutang PTPTN dia hanya dengan Business SPA TWB sahaja! Yet, dapat beli rumah dan kereta pada usia yang muda!


Kalau dia boleh, kenapa tidak Sya?? Kalau Allah S.W.T. boleh beri dekat dia, kenapa tidak Sya?? Kenapa tidak kita kan??

Tepuk dada, tanya diri. Tepuk dada tanya poket juga. Banyak sangat dah ke duit sampai malas sangat nak buat part-time job / business to earn more income?

Ikhtiar ikhtiar juga. Usaha usaha juga. Tapi, jangan lupa doa sungguh-sungguh minta dekat Allah S.W.T. yang paaaaaling penting dan utama supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang suka membuat hutang dan liat untuk membayar hutang semula. 

Boleh juga amalkan doa di bawah ini :- 👇🏻

"Allahumma, aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-MU dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

Baca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. Doa ni ada di dalam Al-Ma'thurat 🙂

Korang pun kalau ada hutang janganlah stress sangat atau rasa sedih. Sebab zaman sekarang ni haish macam-macam sangatlah benda yang korang boleh buat untuk dapatkan duit. As long as bukan kerja-kerja yang melanggar syariat dan hukum Allah S.W.T.

Kalau tanya Sya, Sya memang akan recommend dan suggest kan untuk korang try dulu libatkan diri dengan business SPA TWB ni. 

Sebab apa? 
Sebab kami dah ada PROVEN RESULT daripada PROVEN MENTOR. Tengok Sya je lah macam mana dapat bayar balik duit tiket pergi balik Melbourne dekat kak ngah Sya. 

Nak lagi besar dan gempak punya sebab? Boleh.. Tak ada hal lah sis 😉 Nahhhhh.. 👇🏻



Gempak tak sis.. 😝 Di usia yang muda baru 29 tahun rumah dah ada, kereta idaman dah ada, dapat bayar lumpsum lagi tu hutang PTPTN! Fuh! Sebab tu Sya rasa celah gigi je lah setakat 21k hutang TAPEM Sya tu. Hihi. Insyaallah2, Sya PASTI BOLEH dapat macam ni juga suatu hari nanti! Jyeahhhhh 💪🏻💪🏻 Setakat ni my target in 2 years (sebelum 30 tahun) savings Sya mesti dah ada 10k, dah ada Credit Card dan kereta sendiri. NOTHING IMPOSSIBLE right? Tolong sama-sama doakan Sya ye semua.. ☺️

By the way, mungkin ada pembaca baru blog Sya atau mungkin ada juga pembaca setia blog Sya ceh perasan 😜 yang terlepas pandang entry blog Sya berkenaan SPA TWB yang tengah viral sekarang ni.

Secara ringkasnya TWB ni adalah sebuah perniagaan SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home and Mobile SPA) di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) yang mana Founder nya adalah Pn. Ainul Shahrazad atau Master Ainul Shahrazad (MAS), salah seorang Master Coordinator Shaklee.

Haaaaa apa ni apa niiiii.. TWB lah Shaklee lah 🤷🏻‍♀️💆🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Hahahahahah.. Ok senang cerita macam ni. TWB ni adalah Projek SPA Shaklee di bawah MAS. Maksudnya SPA kami SPA Natural. Shaklee kan semua produknya natural? Jadi, kami hanya menggunakan produk-produk Shaklee sahaja di dalam perkhidmatan SPA kami.


Jika korang Shaklee Independent Distributor (SID) di bawah susur galur MAS atau orang luar yang masih belum menjadi Ahli Shaklee LAYAK untuk join keluarga besar TWB kami ini yang very supportive and happening!

Namun, buat masa ini kami hanya menyediakan perkhidmatan Training SPA iaitu Kelas atau Kursus SPA Wanita sahaja. Kami juga menyediakan perkhidmatan SPA Bergerak (Mobile SPA) khas untuk wanita sahaja juga. Di dalam training nanti, kami akan tunjuk ajar juga jenis-jenis rawatan SPA termasuk garis panduan kitab harga untuk setiap jenis rawatan SPA dan kami akan ajar juga untuk membuat Pakej-Pakej Rawatan SPA seperti SPA Pengantin, Bertunang, Ibu Mengandung (3 bulan ke atas), Hari Ibu, Hari Wanita dll. Tapi, kalau ikut pengalaman Sya sepanjang join TWB ni kan.. SPA Pengantin lah yang paling best! Sebab dalam masa 2 jam beri service pun dah boleh dapat sampai RM200 Siapa nak bagikan?

SPA Pengantin

SPA Pengantin

Sebenarnya banyak je lagi testimoni dan feedback daripada Ahli-Ahli TWB yang dapat selesaikan hutang mereka satu persatu selepas join Projek TWB ni. Insyaallah, ada masa nanti Sya share feedback Ahli TWB yang lain pula okay? 

Psssssttttt.. Kalau berminat atau berhasrat nak mempunyai dan membuka sebuah SPA atas nama sendiri, boleh klik sini ye Kelas atau Kursus SPA Termurah di Malaysia Abad Ini !!






** Harga Pakej Training SPA di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) adalah standard dan sama iaitu RM1,999.00 Jadi anda tidak perlu survey harga dengan mana-mana Beautician TWB kami lagi kerana semuanya sama sahaja 🙂 **






Siti Aisyah binti Ab Razak
Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com