Candle Light Dinner @ Pulse Grande Hotel, Putrajaya
February 9th, 2019
Memang tak pernah terbayang pun akan ada "Candle Light Dinner" untuk diri sendiri. Ye lah, mungkin Sya sendiri tak adalah meminati lelaki yang Romantik sangat pun sampai buatkan "Candle Light Dinner" bagai ni. Bagi Sya, memadailah lelaki tersebut ingat tarikh-tarikh penting di dalam sesebuah perhubungan dan pandai menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, situasi, majlis atau moment :)
Tapiiiii tipulah kalau Sya cakap Sya tak sukakan bila dapat surprise "Candle Light Dinner" macam ni kan?! Perempuan kan.. Hahahahahah.. Lagi-lagi daripada Suami sendiri π
Ok, ceritanya macam ni sebenarnya..
Baru-baru ni, 9 Februari merupakan Wedding Anniversary Sya dan Suami Sya yang ke-6 Tahun. Sejak kami Suami Isteri dapat Percutian Percuma ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia daripada Perodua pada Tahun 2017 kami dah jadi macam "gian" tau untuk bercuti ke luar negara lagi. Tapi, rasanya Sya lah yang over gian berbanding Suami Sya π
So, sejak dari tu Sya pun suarakan dekat Suami Sya pasal "gian" Sya untuk ke luar negara ni. Huhu.. Sebelum tu pun Sya dah pernah ke South Korea dan Perth, Western Australia. Korea ni pergi sebab Honeymoon. Perth pula sebab Annual Trip The Walking Beauty (TWB).
Sya cakap dekat Suami Sya, kalau boleh lepas ni Sya nak sambut Wedding Anniversary kami di luar negara setiap tahun. Ini IMPIAN dan TARGET Sya. Tapi, Sya tahu untuk kami bercuti di luar negara kami memerlukan duit yang banyak. Dan sebagai seorang Isteri yang memahami, baik lagi Solehah π Sya tak naklah sampai membebankan Suami Sya di luar kemampuan dia.
And yes, I know. Sure ramai yang beranggapan Gaji seorang Jurutera (Engineer) tu banyak, tinggi. Perhaps? Tapi, hakikatnya hanya kami berdua sahaja yang tahu Financial atau Ekonomi rumahtangga kami macam mana dengan Kos Sara Hidup (Living Cost) yang sangat tinggi sekarang ni. At the same time perlu fikir dan ambil kira untuk future macam mana. Anak, emergency, savings etc.
Jadi, kalau nak harapkan pendapatan Suami Sya 100% untuk memenuhi kehendak (wants) memang tak dapatlah. Itu pun Sya dah rasa bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya Suami Sya masih menjalankan Amanah dan melaksanakan Tanggungjawab dia sebagai seorang Suami mengikut kemampuannya.
Mujurlah Sya buat Business Shaklee dan Home SPA and Mobile SPA. Dua Business ni kan serious memang sangat membantu dan menolong Sya untuk mencapai satu persatu Impian Sya walaupun Sya hanya seorang Suri Rumah (Housewife) dan bekerja dari rumah sahaja.
Cumanya untuk Wedding Anniversary kami,
kami dah berbincang dan sepakat untuk bergilir-gilir sponsor percutian ke luar negara setiap tahun. Macam Gili Trawangan sebelum ni, kami masing-masing bawa duit belanja sendiri memandangkan Flight Ticket (Return) dan Resort yang kami menginap sepanjang di sana ditaja sepenuhnya oleh Perodua. Macam Sya tak banyak sangat pun bawa duit belanja. Ada lah dalam RM500 macam tu.
kami dah berbincang dan sepakat untuk bergilir-gilir sponsor percutian ke luar negara setiap tahun. Macam Gili Trawangan sebelum ni, kami masing-masing bawa duit belanja sendiri memandangkan Flight Ticket (Return) dan Resort yang kami menginap sepanjang di sana ditaja sepenuhnya oleh Perodua. Macam Sya tak banyak sangat pun bawa duit belanja. Ada lah dalam RM500 macam tu.
Dan Alhamdulillah Tahun 2017 tu Allah kurniakan Sya rezeki yang melimpah ruah, lapang dan luas. November 2017 Sya ke Maldives pula untuk Annual Trip TWB tahun tu. Suami Sya tak ikut sama lah sebab ini Trip khas untuk semua Alumni TWB yang juga merupakan Wanita. And again Alhamdulillah setiap Trip TWB ni, Sya menggunakan 100% duit Sya sendiri tanpa meminta daripada Suami Sya :)
Ok, disebabkan dah terlalu gian asyik nak bercuti ke luar negara je kan hahahahaha makanya Sya terus pasang niat dan plan untuk belanja Suami Sya Celebrate Wedding Anniversary kami di Universal Studio Singapore (USS) Februari tahun depan tu (2018). And yeah! I made it! ;) Segala expenses seperti Hotel, Trasnportation to USS, Entrance Ticket to USS fully sponsored by me tau. Hehe.
So, supposedly this year my Husband punya turn pula lah kan untuk sponsor? But, it's ok ;) Tahun ni my Husband out of budget sikit sebab banyak duit nak guna untuk rapair rumah kami (buat Tembok, Cat etc). Haaaaa sebab itulah wujudnya "Candle Light Dinner" ni! Sebagai pengganti sebab tak dapat ke luar negara tahun ni lah. Sob2.
Pulse Grande Hotel, Putrajaya
Ok, jujurnya Sya tak tahu pun yang Suami Sya dah plan untuk kami Celebrate Wedding Anniversary kami di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni. Entah bila dia book pun Sya tak tahu lah. Huhu.. Yang pasti masa hari kejadian (Sabtu, 9 Februari 2019) Suami Sya minta untuk Sya bersiap sekali packing pakaian.
Mulanya Sya tak percaya juga. Ingat dia gurau-gurau je. Tapi, bila Suami Sya dah bawa naik Luggage kami ke bilik dan bersungguh-sungguh minta Sya pack, so betul lah tu agaknya. Hahahahaha nampak tak masih ragu-ragu di situ? π
Puaslah Sya meneka ke mana destinasi yang nak dituju. Suami Sya memang tak beritahu langsung yang kami akan ke Putrajaya dan Check-In di Pulse Grande Hotel ni. Dia biarkan je Sya terus meneka sampailah kami dah selamat tiba di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni π
Sebelum tu sebenarnya kami ke arah Nilai dulu. So, Sya ingat nak Check-In di Nilai Springs Golf and Country Club lah kan. Rupanya nak Drive Thru KFC je. Kahkahkahkahkah. Lepas tu ingat nak masuk Highway Plus lah kan. Tapi, tak juga π Suami Sya pusing balik ke arah jalan rumah kami. Cuma tak masuk simpang untuk ke Bandar Enstek je. Huhu..
Kami menuju ke arah Jenderam dan Putrajaya. Sya masih cuba berusaha meneka destinasi yang akan dituju πͺπ»πͺπ» Putrajaya lah Cyberjaya lah Kuala Lumpur (KL) lah Genting Highlands lah Cameron Highlands lah. Tapi, masih tak dapat jawapannya.
Dan akhirnya kereta Honda Sya yang dipandu oleh Suami Sya lebih menuju ke arah Putrajaya. Maka terjawab terus teka-teki Sya untuk destinasi atau tempat Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kami pada tahun ini di mana~ Huhu.. Tak sangka pula Sya ada Hotel lain selain Pullman dan The Everly di Putrajaya ni. Pulse Grande Hotel ni pun sebenarnya dulu adalah Shangri-La Hotel rupanya.
Kami sampai di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni lebih kurang pukul 16:00 PM ++ macam tu. Sampai je kami terus Parking kereta dan naik Buggy untuk ke Lobby Hotel bagi urusan Registration dan Check-In.
Ok. I was really surprised and touched when I saw A Couple of Swan with Red Rose Petals and Balloons on white clean bed in Hotel room! Ya Allah! Siap ada Anniversary's Cake and Fruits lagi!
Speechless :")
Anniversary's Cake and Fruits
Our "Bathroom" ;)
Our Room 402 :)
Again, Suami Sya tak beritahu Sya aktiviti atau Tentative kami yang seterusnya apa ia. Rupa-rupanya malam tu kami ada "Candle Light Dinner" π½️ Huhu.. Mujur Sya bawa baju yang bersesuaian untuk kami Suami Isteri malam tu. And no wonder lah Suami Sya just beli 1 Set Dinner Plate KFC je petang tu.
Cuma lokasi "Candle Light Dinner" je tak tahu malam tu. Sebab lepas bersiap, kami naik Buggy pergi ke kereta. So, Sya ingat "Candle Light Dinner" kami tu di luarlah kan. Rupanya kami ke kereta hanya untuk menukar kasut dan naik semula Buggy menuju ke Hotel π
Macam ni rupanya "Candle Light Dinner" ek. Huhu.. Sampai-sampai je di Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya kami disambut khas oleh Staff Hotel yang membawa kami terus ke Meja dan Kerusi Makan yang ditempah khas untuk kami makan malam berdua di situ. Juga ditarikkan Kerusi untuk kami duduk. Huhu.. Best nya! Rasa malam tu malam kami yang punya. Special sangat rasa! π
Candle Light Dinner @ Azur Restaurant, Pulse Grande Hotel, Putrajaya
Our Romantic 5 Course
Untuk Menu "Binding of Love" dan "Stronghold of Love" boleh pilih antara satu sahaja. So, Sya pilih Binding of Love (Fish) manakala Suami Sya pilih Stronghold of Love (Beef).
Our First Menu :)
Lembut dan gebu betul Bun ni!
Sooths of Heart :-
Cream of Mushroom Soup Served with Garlic Bread
Binding of Love :-
Sea Bass Crispy Cannolo with Melon and Momataro Salad
Stronghold of Love :-
Traditional Beef Wellington Mushroom Confit And Noisette Potato
Sweet Ending :-
Warm Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream
Untuk Menu kami yang ke-5 Sya tak sure sama ada Coffee & Tea dan Sparkling Jus atau Anniversary's Cake yang kami dapat ni ππ»
Tapi, rasanya Anniversary's Cake ni tak termasuk dalam Romantic 5 Course ni. Kek ni rasanya pihak Restoran Hotel bagi free sempena Anniversary kami.
So, rasanya Coffee & Tea dan Sparkling Jus lah kot kami punya Menu yang terakhir. Cuma Sya lupa pula nak ambil gambar Tea ni lah π
Overall ok lah. Not bad. Walaupun tahun ni kami hanya Celebrate Wedding Anniversary kami di dalam Malaysia sahaja dan walaupun sebelum ni Sya pernah berikan hint sebenarnya kepada Suami Sya untuk dia buat semua ni π€£memandangkan dia tak dapat nak sponsor percutian kami ke luar negarakan
tahun ni.
Anyhow, I'm still happy and I'm blessed! :")
Thank you so much, Abang for every single effort you made for our 6th Wedding Anniversary ni. Thank you for this Romantic, Awesome, Great and Wonderful Surprise ππ
Ok, lepas "Candle Light Dinner", kami terus balik bilik untuk letak Kek yang dapat tadi. Tak boleh nak makan lagi waktu tu sebab kami dah kenyang sangat! Mana taknya, dah lewat petang kami makan KFC dan Kek yang ada dalam bilik. Pukul 20:00 PM macam tu pula kami dah ber "Candle Light Dinner." Dah letak Kek, kami duduk dulu di Sofa luar berdekatan bilik kami sambil menikmati pemandangan di waktu malam sebelum masuk semula ke bilik untuk beradu.. Mueheheh.
Berlatarbelakangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Masjid Putra :)
Keesokkan harinya, kami turun Breakfast dan berjalan-jalan di Swimming Pool sebelum Check-Out pukul 13:00 PM. Kami minta late Check-Out. Hehe.
Maka, berakhirlah short vacation kami selama 2 hari 1 malam di Pulse Grande Hotel, Putrajaya ni sempena Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-6.
Insyaallah, ada rezeki tahun depan nanti Ayang belanja Abang ke South Korea ye! Cuma bezanya kali ni Ayang tak keluarkan duit Ayang sendiri. 100% sponsored by Shaklee ;) Insyaallah2, nak try sebaik mungkin dan sehabis baik untuk dapatkan 2 Tiket Regional Trip Shaklee yang MEWAH secara PERCUMA ni untuk kita berdua nanti. Kalau tak pun, Ayang akan kumpul Bonus Shaklee dan Instant Cash SPA yang Ayang dapat for our next Wedding Anniversary πͺπ»πͺπ»
Last word from me, "HAPPY 6TH WEDDING ANNIVERSARY, ABANG!" May Allah S.W.T. bless our Marriage sampai Syurga-NYA and make it easy for us to get a Baby. Kalau boleh biarlah Twins Boy and Girl terus. Senang. Hahahahaha..
λλ λλ₯Ό μ¬λν΄ π
No comments:
Post a Comment