Friday 5 January 2018

Majlis Pelancaran dan Perasmian "Kids & Baby Spa" Daripada The Walking Beauty (TWB)

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Jarang betul kita dengar pasal Spa untuk kanak-kanak dan bayi kan? Dekat Malaysia Kids & Baby Spa ni baru nak trending. Tapi, kalau kita tengok di negara-negara barat, Kids & Baby Spa ini telah pun menjadi satu trend.


Kids Spa

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2017, "Kids & Baby Spa" di bawah Projek The Walking Beauty (TWB) telah pun dilancar dan dirasmikan..

Majlis ini dihadiri oleh semua Ahli The Walking Beauty (TWB) dan dirasmikan oleh Pengasas Projek TWB, Puan Ainul Shahrazad atau Master Ainul Shahrazad (MAS). Turut dijemput adalah Pakar Nutrisi Shaklee, Mrs. Celine Lim untuk berkongsi berkenaan Shakleebaby, Set Penjagaan Bayi Organik, Semulajadi dan Selamat yang baru sahaja masuk Malaysia dari US.

Ahli-ahli The Walking Beauty (TWB) ketika di meja pendaftaran.
Bertemakan pakaian Black & Gold

Shakleebaby Talk by Nutritionist 

Sya bersama Founder Project The Walking Beauty (TWB) dan Nutritionist Shaklee

Emcee of the day. Hehe.


Kids Spa

Kids Spa

Kids Spa ini boleh dianjurkan atau diselitkan di dalam majlis-majlis keraian yang melibatkan kanak-kanak seperti majlis hari jadi, aqiqah dan sebagainya tanpa mengira jantina 

Tujuannya hanyalah untuk kanak-kanak berseronok. Budak-budak kan suka main air ;) disamping mendapatkan rawatan asas Spa muka yang pasti menenangkan mereka.

Kids Spa

Kids Spa - Basic Facial dan rendaman kaki di dalam air. 

Ok, kalau tadi kita bercerita tentang Kids Spa, sekarang kita bercerita pula berkenaan Baby Spa.

Baby Spa

Untuk bayi, lain pula caranya. Bayi lebih suka diurut-urut selepas mereka mandi. Secara tidak langsung, ibu atau bapa juga dapat merapatkan lagi hubungan mereka dengan bayi mereka (bonding time).

Di dalam The Walking Beauty (TWB), terdapat enam (6) urutan bayi yang akan dilakukan bermula dengan urutan kepala dan muka, urutan dada, urutan tangan, urutan kaki, urutan perut dan urutan bahagian belakang.

Dan semua urutan ini akan dijaya serta disempurnakan dengan menggunakan Set Penjagaan Bayi Organik, Semulajadi dan Selamat daripada Shakleebaby.

Jadi, bermula Januari 2018 ini, Pakej Kursus Spa The Walking Beauty (TWB) Terbaru akan diajar sekali ilmu teori dan praktikal Kids & Baby Spa. Best kan? :)

Sekian sahaja perkongsian Sya untuk Majlis Pelancaran dan Perasmian Kids & Baby Spa The Walking Beauty (TWB)..
  
Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) bergambar kenangan bersama Pengasas Projek TWB dan Pakar Nutrisi Shaklee

Anda juga boleh hubungi Sya jika ingin mendapatkan perkhidmatan Kids & Baby Spa. Sya boleh datang terus ke rumah atau tempat anda. Kalau tempat anda di luar kawasan yang Sya cover, Sya akan cari dan arrange kan Beautician The Walking Beauty (TWB) yang berdekatan dengan anda. So, jangan risau ok? ;) Sebab konsep Spa kita adalah Spa Bergerak (Mobile Spa).. =)

Siti Aisyah binti Ab Razak
Certified Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH), Natural Home & Mobile SPA
SID : 1034673
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment