Monday 1 January 2018

Kek Viral 2 Bahan : Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Viral 2 Bahan

Ya Allah! Tak sangka guna dua bahan pun dah boleh buat kek! Sangat mudah dan sedap pula tu! Kos nak hasilkan sebiji Kek Viral 2 Bahan ni pun tak sampai RM15 tau!

Petang-petang macam ni memang layanlah kan makan kek. Nak2 baru lepas hujan. Sejuk! Hihi.

So, here are the ingredients for "Kek Viral 2 Bahan" by me!

Bahan-bahan :-
  1. 200ml Susu Kotak Dutch Lady Pure Farm Chocolate Flavored Milk dan
  2. 2 bungkus besar Biskut Orea perisa Vanilla (152.4g x 2)
Cara-cara membuat :-

1. Masukkan 2 bungkus Biskut Oreo ke dalam satu bekas. Kemudian patah-patahkan Biskut Oreo tersebut kepada kepingan yang lebih kecil seperti di dalam gambar di bawah.

Kepingan Oreo

2. Masukkan ke dalam mesin pengisar (blender). 

Kepingan Oreo dan susu

3. Kemudian, masukkan 200ml Susu Kotak Dutch Lady Pure Farm perisa coklat. Kisar kedua-dua bahan tadi sehingga sebati. Sehingga Biskut Orea tadi hancur dengan sekata seperti di bawah.

Kepingan Oreo dan susu yang telah dikisar

4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang atau bekas tahan panas untuk dikukus. Kukus antara 20 minit hingga 30 minit. Siap!

Kek Viral 2 Bahan sedia untuk dikukus

Rupa Kek Viral 2 Bahan selepas 30 minit dikukus

Anda juga boleh hiaskan permukaan Kek Viral 2 Bahan anda dengan pelbagai topping kesukaan anda. Macam Sya, Sya letak Nestle Kit Kat Bites :)

Kit Kat Bites sebagai topping

Kek Viral 2 Bahan dengan Topping Kit Kat Bites

Kek Viral 2 Bahan dengan Topping Kit Kat Bites

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment