Monday 31 July 2017

Resepi Ayam Masak Mentega Paling Cepat, Mudah dan Sedap


Selamat tengahari semua!

Sure semua tengah laparkan? Hehe. He lah, dah tengahari kan. Lunch time! Tapi, tak ada idea nak masak atau makan apa? 

Ok, apa kata.. anda cuba masakan Ayam Masak Mentega atau Butter Chicken ni 😉



Ayam Masak Mentega @ Homemade Butter Chicken

Bahan-bahan (2 orang makan) :-
  1. Isi ayam
  2. Telur Ayam (1 Biji)
  3. Tepung Gandum
  4. Mentega Buttercup (1 Sudu Besar)
  5. Bawang Kecil atau Bawang Merah (3 Biji)
  6. Bawang Putih (3 Ulas)
  7. Cili Padi (5 - 7 Tangkai)
  8. Daun Kari (2 - 3 Tangkai)
  9. Susu sejat Ideal (Setengah Tin)
  10. Keju @ Cheese Emborg (1 Keping)
  11. Gula (Setengah Sudu Teh @ Secukup Rasa)
  12. Garam (Setengah Sudu Teh @ Secukup Rasa)
Cara-cara memasak :-
  1. Potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil. Ini terpulang kepada anda sama ada nak ambil isi ayam sahaja atau hanya potong ayam kecil-kecil (seketul-seketul). Kalau Sya, Sya lebih suka isi ayam sahaja tanpa tulang.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Ambil putih telur je tau. Pukul sampai naik buih. Salutkan ayam yang telah dipotong tadi dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan tepung gandum untuk digoreng.
  3. Panaskan minyak. Kemudian masukkan ayam yang telah disalut dengan telur dan tepung ke dalam kuali. Goreng sehingga warna kekuningan atau agak-agak dah masak. Angkat dan ketepikan. Toskan minyak.
  4. Panaskan Mentega, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari.
  5. Agak-agak warna dah bertukar kuning, masukkan ayam yang dah ditoskan minyaknya. Kacau bagi sekata.
  6. Masukkan susu sejat. Kacau lagi bagi sekata.
  7. Masukkan keju. Biar keju betul-betul cair dan sekata dengan susu sejat tadi.
  8. Tambah sedikit gula dan garam. Kacau sampai sebati.
  9. Kalau terlalu pekat dan likat, boleh tambahkan sedikit air.
Siap!

Mudah dan senang je kan? ;)

Tapi, jangan lupa telankan Lecithin dan Omega Guard ye lepas tu untuk nyahkan semula kolesterol serta lemak dari Ayam Masak Mentega @ Butter Chicken ni!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment