Wednesday, 12 July 2017

DAY 4 | Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia





Kalau dulu-dulu kita selalu dengarkan yang rakyat Indonesia di Lombok selalu bawa lari gadis-gadis Malaysia ke tempat mereka. Dah dibawa lari, dikerah lagi untuk turun ke sawah padi dan lain-lain untuk bekerja walaupun masa tu mereka masih dalam hari (baru lepas melahirkan anak). Huhu..

Bila Sya dan suami Sya ke Lombok, baru kami tahu yang sebenarnya bukan semua penduduk Lombok yang bawa lari gadis-gadis. Tapi, ada satu suku kaum di Lombok yang bawa lari gadis-gadis iaitu Sasak Sade. Dan budaya bawa lari gadis-gadis ni masih lagi wujud tau. Cuma dah jaranglah kan kita dengar gadis-gadis Malaysia di bawa lari ke Lombok lagi. Budaya ni masih wujud sesama mereka.

Hari ni hari terakhir kami di Gili Trawangan sebelum kami ke Lombok dan pulang semula ke Malaysia.

Macam biasalah. Kami akan sarapan dulu memandangkan Sunset Palms Resort yang kami bermalam ni ada menyediakan sarapan pagi secara percuma sepanjang kami di sini.





Lepas sarapan, kami terus ke receptionist untuk check-out dan telefon penunggang Cidomo (kuda) untuk datang mengambil kami serta bawa kami ke Akhir Pekan.

Disebabkan telefon kami tak boleh nak buat panggilan keluar, jadi kami minta tolong staff Sunset Palms Resort untuk call bagi pihak kami.




Bersama Rizal.
Salah seorang staff Sunset Palms Resort yang tolong kami carikan supir untuk bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing di sekitar Lombok nanti.


Dalam boat awam menuju ke Lombok

Boat kami untuk ke Lombok pagi. Dalam pukul 9 macam tu. Flight kami pula malam. Jadi, sebelum balik Malaysia, kami jalan-jalan dulu di sekitar Lombok.

Di Lombok, tak banyak sangat pun tempat yang dapat kami singgah disebabkan hari ni hari Jumaat dan cuaca masih tak ok. Masih hujan dan angin kuat. Dan kami perlu pastikan pukul 5 petang macam tu kami dah ada di airport sebab flight kami pukul 7:15 macam tu.

Antara jalan yang kami lalu dan singgah adalah Pusuk, Sidemen, Daerah Kekait, Medas, Gunung Sari dan Mataram.

Pusuk ni jalan yang supir kami bawa lalu untuk menuju ke Sukarara. Tempat membuat dan menjual kain tenun atau songket. Jalan di Pusuk ni macam jalan naik ke Cameron Highlands. Tinggi, berpusing-pusing dan sejuk. Lagi-lagi masa ni tengah hujan.

Dari dalam kereta boleh nampak beruk-beruk tengah bertenggek di divider jalan. Masa ni kami tak ada apa-apa makanan lah pula nak bagi dekat beruk-beruk ni. Kalau ada roti pun ok.


Kesian Beruk ni. Tunggu je kami buka tingkap hulurkan makanan. Huhu.. Tapi, nak buat macam mana Beruk oi. Kami tak ada makanan. Nanti buka tingkap tak pasal pasal jari-jemari kami pula jadi makanan.

Sungai di Sidemen.
Cantik! Tak macam sungai. Tapi, macam air terjun je.

Berlatarbelakangkan sungai di Sidemen dan teksi yang kami naik, Toyota Avanza

Tak sure ni Gunung Sari atau gunung-gunung di sekitar Gili Trawangan

Islamic Center Nusa Tenggara Barat

Islamic Center Nusa Tenggara Barat, Kota Mataram

Islamic Center Nusa Tenggara Barat ni merupakan masjid terbesar di Nusa Tenggara Barat. Apa yang menariknya berkenaan masjid ni adalah mempunyai menara setinggi 99 meter. Dari menara ni, para pelancong boleh tengok sendiri keseluruhan Kota Mataram.

Tapi, yang sedihnya bukannya supir kami nak berhenti dan bawa kami masuk masjid ni pun. Sya mati-matilah ingatkan dia bercerita dengan kami suami isteri pasal masjid ni sebab nak bawa kami ke sini. Dan Sya ingatkan dia akan berhenti untuk solat Jumaat di masjid ni. Rupa-rupanya tak. Entah mana-mana masjid lah yang dia bawa kami. Hampeh betul!

Masjid yang kami singgah untuk supir kami dan suami Sya solat Jumaat macam masjid tak siap dibina sepenuhnya. Ruang solat wanita pun tak ada. Nasib baik dekat airport ada surau. Terpaksa Sya niat jamak takhir.

Sentra Kerajinan Tenun, Kabupaten Lombok Tengah

SELAMAT DATANG
DI SENTRA KERAJINAN TENUN
KABUPATEN LOMBOK TENGAH

 
Pengalaman pertama Sya tenun songket! Best! 
Teruja dapat belajar menenun walaupun sekejap. 
Tengoklah muka Sya tu.. Hahaha..

Tapi, nampak macam senang je kan nak menenun songket? Bila dah buat sendiri baru tahu. Ianya tak semudah yang kita lihat. Perlukan kekuatan tangan untuk menarik kayu bawa ke hadapan kita, kekuatan badan untuk terus duduk dengan kaki yang statik dan haruslah mempunyai minat yang mendalam untuk menenun! Huhu.. Sya difahamkan satu kain songket boleh mengambil masa hingga sebulan untuk siap.

Fyi..
Dekat Lombok, semua wanita wajib belajar dan tahu untuk menenun. Kalau tak, mereka tak boleh kahwin. Ini seperti mana yang diterangkan oleh salah seorang pekerja di tempat Sya menenun ni.

Beli souvenir sikit untuk mama dan diri Sya sendiri.
Baju putih belakang tu Pak Supir kami.

Tapi, nasihat Sya kalau anda nak beli souvenir yang berupa kain tenun atau songket, t-shirt ke atau lain-lain cenderahati lebih baik anda beli sahaja di Kampung Sasak Sade. Kalau anda ke sinilah. Sebab harga barang-barang yang dijual memang jauh berbeza. Di Desa Sukarara ni lebih mahal berbanding di Kampung Sasak Sade. Mahal dua ke tiga kali ganda tau.

Kampung Sasak Sade

Kampung ni sebenarnya dah menjadi tempat kunjungan para pelancong yang datang ke Lombok sejak tahun 1975 lagi. Oleh itu Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Barat dah jadikan Kampung Sasak Sade ni sebagai tempat perlancongan.

Kampung Sasak Sade ni wujud sejak 600 tahun yang lalu dan masyarakatnya menganut ajaran Watte Telu (kepercayaan pada 3 agama). Tapi, sekarang semuanya dah pun memeluk agama Islam.


Kampung Sasak Sade ni berkeluasan 5,5 hektar. Mempunyai kira-kira 700 orang penduduk dan150 rumah dengan setiap rumah terdapat satu kepala keluarga.

Atap-atap di sini diperbuat dari alang-alang kering. Dinding pula diperbuat dari buluh yang telah dianyam dan tiang diperbuat dari kayu. Keistimewaannya, bila siang rumah akan terasa sejuk dan bila malam rumah akan terasa panas.

Masjid

Bale Kodong

Di dalam Kampung Sasak Sade ni terdapat tiga bahagian rumah.

1. Bale Bonter - Rumah yang dimiliki oleh pejabar desa.
2. Bale Kodong - Rumah untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin atau warga emas.
3. Bale Tani - Rumah untuk mereka yang sudah bekeluarga dan memiliki keturunan.


Lumbung Padi Suku Sasak atau Lumbung Pare

Lumbung Pare ni hanya boleh diambil oleh kaum ibu sahaja.

Padi yang bagus (berkualiti) akan digantung di dalam rumah.

Kadang kami pelik juga, Wira cakap sekarang ni mereka semua beragama Islam. Tapi, kalau tengok mereka masih mempercayai bahawa dengan menggantung padi yang bagus di dalam rumah dapat membawa tuah dan kebaikan kepada mereka. 

Lantai rumah yang diperbuat dari tanah liat dan sedikit campuran sekam padi

Setiap minggu atau pada waktu-waktu tertentu, lantai ni akan digosok dengan tahi Sapi (Lembu) yang dicampur dengan sedikit air kemudian disapu dan digosok dengan batu setelah kering.

Penggunaan tahi Lembu ni bagi membersihkan lantai dari debu, membuat lantai lebih halus dan kuat.

Masyarakat juga percaya tahi Lembu ni dapat menghalau serangga dan perkara-perkara tak baik.

Sebelum kami ke airport, kami singgah makan di Rumah Makan Cahaya - NASI BALAP PUYUNG RM. CAHAYA dulu.

Kedai ni dekat dengan "WELCOME TO LOMBOK" bawah ni. Betul-betul tepi jalan.

WELCOME TO LOMBOK

Rumah Makan Cahaya - Nasi Balap Puyung RM. Cahaya

Senarai makanan dan minuman di Rumah Makan Cahaya - Nasi Balap Puyung RM Cahaya

Nasi Ayam Kampung + Balap
Pelecing Kangkung + Tahu
Jus Naga
Es Teh

Kami suami isteri order set yang sama. Air je lain-lain.

Tapi, masa dah nak habis minum Jus Naga Sya, tiba-tiba Sya terasa macam ada dawai dalam mulut Sya. Bila keluarkan dan tengok, rupa-rupanya dawai yang cuci belakang kuali tu. Iyaks! Rasa nak termuntah terus lepas tu lagi-lagi bila perut dah kenyang.

Cuma pelik. Macam mana boleh ada dawai tu dalam cawan Sya. Kalau tengok dari segi kebersihan kedai, ok je. Insyaallah, kalau ada rezeki kami ke Lombok lagi, kami tak akan makan dan minum di kedai ni lagi. Dah lah parking pun kena bayar. RM5 macam tu kalau tak silap Sya kami kena bayar. Patutnya Pak Supir kami lah kan yang bayarkan sebab kami dah bayar upah dekat RM200 juga dekat dia untuk bawa kami jalan-jalan sekitar Lombok.

Lepas makan, kami terus ke airport. Kami sampai airport dalam pukul 5:30 petang nak dekat-dekat pukul 6 juga. 

Sempatlah kami bergambar di depan dan dalam airport Lombok sebelum check-in. Flight kami pukul 7:15 malam.

Lombok International Airport (LIA)

I <3 LIA
Lombok International Airport 
2017

Maka, berakhirlah percutian tajaan kami di Gili Trawangan dan Lombok, Indonesia..

Insyaallah, ada rezeki kami akan ke Lombok lagi untuk melawat dan bergambar pula di tempat-tempat menarik di sekitar Lombok seperti Gunung Rinjani, Bukit Pergasingan, Pantai Senggigi, Pantai Semeti, Pantai Tangsi atau Pink Beach, Batu Payung (Tanjung Aan), Pantai Tebing, Tanjung Poki dan lain-lain.

Sebab tak sempat kami nak pergi semua tempat ni disebabkan kami banyak menghabiskan masa di Pulau Gili Trawangan. Tak terfikir pun sebelum ni untuk bermalam di Gili Trawangan dua hari dan dua hari lagi di Lombok.

Bila dah masuk hari ketiga di Gili Trawangan dan dah mula rasa bosan hahaha baru terfikir kenapa lah tak buat macam tu. Huhu..

Tak apa lah. Kami pun pertama kali bercuti di Indonesia bersama. Pertama kali juga dapat percutian percuma. Akan datang dah tahu dah macam mana. Jadi, boleh rancang untuk bercuti di Lombok dengan lebih sempurna dan teratur.

No comments:

Post a Comment