Sunday, 5 February 2017

PERCUTIAN PERCUMA BERSAMA PERODUA BERNILAI RM2,600






Ya Allah. Tak sangka sangat boleh dapat TRAVEL VOUCHER WORTH RM2,600 drp Perodua! Grand Prize Winner pula tu!

Inilah yg dikatakan "REZEKI TAK PERNAH TERSALAH ALAMAT" tu kan? :") :")

Disaat keinginan Sya NAKKKKK sangat travel tahun lepas, tiba2 suami Sya call dr office nya beritahu berita gembira ni. Kemain happy dan excited kau bila dapat tahu! Hehe.

Mana tak nya, tahun lepas je ada few family members Sya travel.

Kak ngah Sya travel ke Shanghai dengan anak-anaknya. Adik perempuan bongsu Sya pula travel ke Beijing bersama dengan kawannya. Dan salah seorang kakak Sya lagi nak ke UMRAH pula dengan suaminya, ibu dan ayah Sya. Oh, mama mertua dan adik ipar Sya pun sama. Mereka ke Kuching, Sarawak.

Tak ke lagi membuak-buak perasaan Sya nak travel bila tengok orang sekeliling Sya pergi bercuti.

Pada hal Sya baru je lagi balik dari PERTH, WA Julai tu. Huhu..

Yg Perth ni Sya pergi dengan Team SPA Sya di bawah Projek The Walking Beauty (TWB). Memang setiap tahun akan ada trip ke luar negara pun. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, bulan September tahun ni kami akan ke MALDIVES pula :) Ini siapa yg nak join, boleh ye. Cuma pastikan korang dah pun menjadi sebahagian drp Team TWB kami dulu. 

Ok, back to travel voucher Perodua ni..
Kisahnya suami Sya ni memang jenis yg suka cuba nasib kalau ada contest ke promosi dsb.

Macam sebelum ni PETRONAS ada buat promosi yg dapat percuma payung dengan beg tu kan, itu pun kemahin gigih dia kumpulkan resit2 dia isi minyak tau utk redeem point terkumpul. Baguskan? Hihi.

Yg Perodua ni pula suami Sya join "UFirst Anniversary Contest" (1 Oct - 31 Dec 2016) masa dia pergi service 'En. Oren' dia di Perodua, Jalan Rasah. Suami Sya ni jenis yg disiplin jugalah dalam bab2 service kereta.

Masa join contest tu, kita boleh pilih hadiah siap2. Ye lah, kot2 ada rezeki terpilih dan menangkan..

Antara hadiahnya Samsung 43" Flat Ultra Slim Full HD SmartLED, Perodua Service Voucher worth RM2,600, Travel Voucher worth RM2,600, Huawei P9 Smartphone dan Perodua Service Voucher worth RM100.

Dan suami Sya of course pilihhhhh.. TRAVEL VOUCHER WORTH RM2,600! Sebab dia tahu isteri dia ni suka travel! Hahahah..

Kebetulan wedding anniversary kami jatuh pada bulan Februari. Makanya, kami decide gunakan travel voucher ni utk celebrate wedding anniversary kami yg ke-4 tahun di destinasi yg telah kami pilih bersama.

Tapi, "Kemanakah Kami??"

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Tungguuuuu.. Hehe. Insyaallah, nanti Sya update entry blog Sya ke destinasi percutian kami okay?

Yg pasti Selasa (7 Februari) ni sehinggalah 10 Februari kami akan ke destinasi yg telah pun kami sama2 pilih utk sambut anniversary kami.

To be continue..

Anyway, thank you so much Perodua for this unexpected prize! 




13 Disember 2016
Perodua Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment