Wednesday, 15 March 2017

Kenali Tanda-tanda Awal Serangan Stroke, Punca dan Cara Mencegah atau Merawatnya




JANGAN berlengah untuk rawat Strok!

Haaaaa takut ke takut? Hehe. Tapi, memang WAJIBULGHUNNAH takut pun!

Guys..
Bila badan anda dah mula rasa tanda-tanda awal serangan strok atau angin ahmar, better anda jangan dok bertangguh lagi! Terus pergi hospital cepattttt!! Bukan apa, takut nanti sikap berlengah-lengah anda tu akan membawa kesan yang lebih buruk. Nauzubillahiminzalik!

Lagi pun, Dr. Julia Shahnaz Merican sendiri cakap tau yang rawatan segera is the best way untuk selamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan strok. Anda kan lebih percaya doktor kan kan. Ha ni Sya sampaikan apa yang doktor sendiri cakap. Hehe. Dr. Julia ni Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court.

Kebetulan lately ni Sya banyak dapat customer yang beli VIVIX untuk STROK. Tak kurang juga orang yang bertanya berkenaan VIVIX untuk STROK ni. Ada yang belikan untuk emak dan ada yang bertanya bagi pihak pak cik mereka.

Itu yang menarik Sya untuk up entry blog berkenaan VIVIX dan STROK. Untuk berkongsi dengan mereka termasuk anda yang mambaca ni serba sedikit berkenaan strok. Tanda-tanda serangan strok, punca strok dan cara mencegah atau merawat Strok.

Guys..
Jangan dibuat main strok ni! Dekat Malaysia strok ni jatuh kategori pembunuh manusia NOMBOR 4 tau! 

Tapi, jangan risau. Insyaallah, kalau cepat-cepat dapatkan rawatan dan mulakan terapi pemulihan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal.

Bukan ke Rasullullah S.A.W. sendiri bersabda, "Setiap penyakit ada penawarnya dan apabila sesuatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.." - Maksud Hadis Riwayat Muslim -

Ok, jom kita tengok apa tanda-tanda awal serangan strok. Ace perhatikan diri anda tu. Ada tak selalu alami macam dekat bawah ni.


TANDA-TANDA AWAL SERANGAN STROK

  • Badan lemah
  • Kebas secara tiba-tiba di bahagian muka, lengan dan di sebelah bahagian badan
  • Penglihatan kabur (sebelah mata atau kedua-duanya)
  • Kesukaran untuk bertutur atau perkataan yang disebut menjadi tidak jelas
  • Kecelaruan mental
  • Sawan Epilepsi 
  • Semut-semut di bahagian dagu
  • Kecuaian
  • Hilang deria 
  • Pening kepala
  • Hilang imbangan badan 
  • Sakit kepala yang teruk tanpa sebab
Kalau ada, ha silalah serahkan diri anda di mana-mana klinik atau hospital berdekatan cepat-cepat ok. At least check je dulu..



PUNCA SERANGAN STROK

Kalau ikut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, strok ni terjadi bila mana aliran darah untuk ke otak tiba-tiba terputus atau terganggu. Ia disebabkan oleh pembentukan darah beku dari bahagian tubuh yang lain contohnya dalam jantung yang kemudiannya bergerak ke saluran darah di otak. Anda tahu tak saluran darah dekat otak kita ni kecik teknot (kecil) je. So, bila dah bergerak ke otak habislah tersumbat saluran darah dekat otak kita ni. Pembentukan plak (campuran kolesterol dan lipid lain) pun boleh menyebabkan saluran darah arteri tersumbat. Sebab tu pesakit jantung (artherosclerosis - pengerasan saluran darah arteri) lagi berisiko untuk kena strok. Sebab plak ni semakin membesar menyumbati saluran darah di dalam otak. American Heart and Stroke Association panggil Ischemic Stroke.

Tapi, sebenarnya Dr. Julia cakap tekanan darah tinggi antara punca utama serangan strok selain pesakit jantung dan kencing manis (Diabetes). American Heart and Stroke Association panggil Hemorrhagic Stroke.


CARA MENCEGAH ATAU MERAWAT STROK

Kita tengok dulu cara-cara untuk mencegah strok. Anda perlu amalkan 3 perkara ni je setiap hari :-

  1. Eat Healthy (Paling penting jaga paras kolesterol badan anda)
  2. Exercise and achieve a healthy weight
  3. Supplement wisely
Dan untuk perokok tegar khususnya, kalau boleh jangan lagi merokok atau berhenti dari merokok terus. Sebab rokok antara faktor utama yang menyumbang kepada strok.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap strok, beberapa cara atau langkah atau terapi di bawah insyaallah dapat membantu mereka.

  1. Terapi fisioterapi
  2. Terapi cara kerja
  3. Terapi pertuturan dan 
  4. Terapi kaunseling (Ini sokongan daripada keluarga saaaaangat penting tau!)
Dan kebiasaannya 30% penghidap strok akan berdepan dengan masalah komunikasi.

Ok, ni nak share sikit ni apa yang Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago ajar. Mereka boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat dan melukis supaya dapat berkomunikasi semula sekaligus bantu proses menelan makanan. Ahli keluarga tak perlu cakap dengan mereka menggunakan nada suara yang kuat ok. Sebaliknya, gunakan perkataan yang mudah dan senand untuk difahami dengan jelas oleh mereka.


Anda juga boleh cuba ikhtiar dan usaha dengan mengambil makanan tambahan (supplement) seperti VIVIX Shaklee ini (Klik disini untuk lihat Bagaimana VIVIX dapat membantu pesakit atau penghidap Stroke.


VIVIX memberikan spektrum polifenol yang lengkap


No comments:

Post a Comment