Wednesday 29 April 2015

ENDOMETRIOSIS : Penyakit Aneh Yang Menyerang Kaum Wanita!!!!!!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Assalammualaikum semua!

Ok, hari ni Sya tertarik utk berkongsi dgn korang semua berkenaan penyakit "Endometriosis."

Korang pernah dgr ke pasal penyakit Endometriosis ni? Sya 1st time dgr. Itu pun sebab Sya tertengok WHI (Wanita Hari Ini) di TV3 tengah hari semalam. Uhuhu..

Kalau korang yg sama macam Sya (1st time dengar pasal penyakit ni), korang boleh teruskan membaca sampai habis okay? Ilmu baru ni.. Sya dah tolong cari info, korang just have to read until the end je. Tehee.. Kalau korang berminatlah nak tahu lebih lanjut pasal Endometriosis. Kalau tak nak, boleh go through entry2 Sya yg lain! :P


| ENDOMETRIOSIS |






Endometriosis adalah satu keadaan 'luar biasa' yg dialami oleh kaum wanita (kaum lelaki tak payah risau) di mana tisu dari selaput dlm rahim (endometrium) telah tumbuh di luar rahim, ovari (kilang telur), pundi kencing, usus, rektum, dll.

Setiap kali seorang perempuan period, tisu di dlm rahim akan membesar dan menjadi tebal. Seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Tapi, bagi mereka yg menghidap penyakit Endometriosis, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Kalau berlaku pun, mungkin tisu ni akan berdarah sikit tapi darah tak dapat keluar pun. Itu yg sakit!

Punca sebenar penyakit ni still tak dpt trace, tapi ada teori yg mengatakan Endometriosis ni terjadi sebab tisu yg ada dlm rahim tadi tak dpt keluar melalui faraj ketika haid. Malah, ia bergerak ke belakang dan pergi ke bahagian peranakan seperti telur atau pelvik.


| TANDA2 SESEORANG WANITA ITU MENGHIDAP ENDOMETRIOSIS |

  • Senggugut seminggu / 3 - 4 hari sebelum haid dan selepas haid
  • Haid yg tak teratur / darah haid yg terlalu banyak 
  • Terasa sakit semasa / selepas 'having sex' (This is for those yg dah kahwin je ok)
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
  • Sembelit / Cirit-birit / Sakit ketika buang air besar 
Selain itu, seseorang wanita itu akan bertambah risiko utk mendapat Endometriosis apabila :

  • datang haid di usia yg sangat muda
  • mempunyai kitaran haid yg panjang melebihi 7 hari
  • tak pernah beranak
  • ada ahli keluarga yg menghidap Endometriosis (keturunan)


| KOMPLIKASI |

  • 30% - 40% wanita yg mengalami Endometriosis mungkin akan mandul. Tapi, insyaallah kalau operation, korang masih ada peluang utk pregnant secara normal balik.
  • Peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi.
  • Masalah sukar utk membuang air kalau tisu rahim tumbuh di bahagian usus / pundi kencing.
  • Kesakitan yg dialami setiap kali period yg mana akan menghadkan aktiviti seharian korang.
  • Bleeding (Apabila tisu di luar rahim membengkak).
  • Tisu di luar rahim juga boleh berubah menjadi kanser especially those yg dah menopaus.


| RAWATAN UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS |

  • Operation (Membuang lapisan Endometriosis yg berada di luar rahim dgn kaedah / cara pembedahan laparoskopi.
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti NSAID.
  • Mengambil pil perancang oral, progestin, dan analog hormon pengeluar gonadotropin.
Tapi, kalau korang memilih utk merawat melalui ubat hormon.. Korang kena bersedia dgn kesan sampingan utk setiap ubat hormon yg korang ambil tu. Antara kesannya adalah berat badan bertambah dan depression.


Mengandung dan melahirkan anak juga salah satu rawatan yg boleh mengurangkan risiko seseorang wanita itu mengalami Endometriosis.


| PANTANG LARANG |

Time Sya buat research (research sangatkan.. Hihi. I mean, through reading), ada few penghidap Endometriosis ni ada share apa yg tak boleh diambil oleh pesakit atau penghidap Endometriosis. Antaranya :

  • kolagen 
  • rumpai laut 
  • spirulina
  • lobata


| RUMUSAN |

Penyakit Endometriosis ni sangat 'aneh' sebab punca sebenar penyakit ni tak ada seorang pun yg tahu even doktor sekalipun, tapi ia boleh memberi pelbagai masalah kpd kaum wanita. Kita tak tahu kenapa 'darah kotor berkumpul' di belakang rahim dan ovari (kilang telur).

Namun, ada sesetengah pakar perubatan Islam mengatakan bahawa darah ini adalah 'makanan jin' dan berkemungkinan 'makhluk halus' yg mengganggu peranakan wanita sehingga menyebabkan seseorang wanita itu tidak boleh mempunyai zuriat. 

So, pendapat Sya for those yg mempunyai masalah Endometriosis ni.. Apa kata korang cuba rawatan alternatif yg lain seperti kaedah perubatan Islam dan kaedah makanan2 tambahan semulajadi selain dr kaedah2 atau rawatan2 moden.


Wuallahua'lam..


Supervisor Aisyah
Working-At-Home-Wife

***Ingin menjana income sehingga 4, 5, 6 angka sebulan walaupun hanya duduk di rumah? Hubungi Sya utk Sya kongsikan dgn anda semua.***

































No comments:

Post a Comment