Tuesday 5 May 2015

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Endometriosis

Assalammualaikum!

Ok, entry Sya kali ni.. Sya nak share dgn korang semua berkenaan rawatan2 dan makanan2 utk kesuburan dan selepas pembedahan dilakukan bagi mereka yg menghidap Endometriosis ni.

Bagi korang yg belum baca lg entry Sya yg sebelum ni pasal Endometriosis, nah korang boleh klik link ni dan baca okay? "Endometriosis Penyakit Aneh Yang Menyerang Kaum Wanita!!!!!!"


| MAKANAN2 YANG SESUAI UNTUK KESUBURAN & SELEPAS PEMBEDAHAN |

  • Makan makanan yg berzat dan berkhasiat seperti buah-buahan (betik, buah naga, tembikai, jambu batu, nenas) serta sayur-sayuran (ulam, bayam, bendi, terong, kangkong, keledek merah, cekur manis, daun turi).
Cekur Manis 

Daun Turi 
  • Elakkan mengambil makanan dan minuman yg mengandungi pengawet, perisa tiruan serta pemanis seperti fast foods & junk foods. Burger, nugget, french fries, sausage, dll.
  • Elakkan makanan yg mengandungi gula dan tepung seperti donut, kuih-muih, aiskrim, coklat dll.
  • Elakkan minum soft drinks seperti jus dan kordial dlm botol atau kotak.
  • Amalkan minum coconut virgin oil atau minyak kelapa dara.
  • Elakkan roti putih dan nasi putih. Makan roti whole meal dan beras perang.
  • Breakfast : Makan telur separuh masak, oats, atau cereal.
  • Lunch : Rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam / ikan / daging. Elakkan mengambil nasi atau lain2 jenis karbohidrat.
  • Tea & Coffee Break : Elakkan makanan bergula dan karbohidrat. Lebihkan buah-buahan atau makan segenggam campuran kacang2 almond, gajus, kismis, & peanuts. Minum air mineral atau green tea. Elakkan dr minum teh tarik atau nescafe susu.
  • Dinner : Minum segelas jus dan satu sudu besar apple vinegar atau cuka epal. Makan sup sayur kobis, lobak, brokoli, dan cendawan. Boleh juga buat rojak atau pecal dr sayur kangkong, taugeh, sengkuang, tempeh, dan tauhu. Kalau nak ambil nasi, pastikan nasi yg diambil itu adalah dr beras perang. Masakan ayam / ikan / daging dgn menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih, bawang merah, dan serai.
Apple Vinegar atau Cuka Epal

  • Mengambil makanan tambahan (supplement) utk mencepatkan pemulihan luka dan penyakit Endometriosis seperti multivitamin, Vitamin C, Vitamin E 400 IU.
Selain itu, korang boleh ambil langkah utk kurangkan stress dgn melakukan exercise selama 30 minit setiap hari. Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran.

Jangan terlalu terdedah dgn toksin. Elakkan dr menghidu asap2 beracun, semburan insecticide, pewangi rumah, dan pewangi kereta. Banyakkan guna bahan2 organik utk syampu, sabun, deodorant, & minyak rambut.

Bagi pesakit Endometriosis yg dah buat pembedahan, penting utk korang tingkatkan imuniti badan korang utk mencegah tumbuh semula Endometriosis, fibroid, dan ovarian cyst serta utk meningkatkan peluang hamil.

Sumber : Dr. Hamid Arshat (FB)


Insyaallah, antara supplement yg dapat membantu mereka yg menghidap Endometriosis atau bekas penghidap Endometriosis yg dah buat pembedahan adalah :


Manfaat Utama :

  • Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh, dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan sistem produktif - Penting kpd kanak2 dan remaja yg sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dlm stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pd sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, dan hati.




Manfaat utama :

  • Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yg lambat, kulit kering, ruam, dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yg sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit, dan asthma.  Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells utk melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dr tubuh kita dgn berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.
  • Mecantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari utk kulit yg lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghindarkan arterioscelrosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.




Manfaat utama :

  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU Vitamin E utk jantung yg sihat, melindungi sel darah merah utk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Kajian pd tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600IU - 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 
  • Anti-penuaan - 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne, dan bintik hitam penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada, dan otot peha.
  • Anti-oksidan yg kuat - Pengambilan lebih dr 1,200IU sehati utk anti-oksidan yg kuat dan berkesan utk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dgn membekalkan oksigen yg lebih.
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran haid, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, dan sakit sendi.
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal utk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka utk mengurangkan kesan parut.

Kesimpulan

Kalau anda menghidap penyakit 'aneh' ini, cepat2 lah dapatkan rawatan dgn berjumpa doktor. Dapatkan nasihat doktor. Jika pembedahan adalah jalan terbaik utk mengubati sakit anda ini, maka lakukan lah pembedahan dgn kadar segera. Tapi, pastikan anda sudah berbincang dgn pasangan anda (bg yg sudah berkahwin) atau dgn kedua ibubapa dan keluarga anda.

Selepas itu, ambil lah langkah berjaga-jaga dgn mengamalkan pemakanan yg berzat dan berkhasiat serta gaya hidup yg sihat.

Actually, tak kiralah anda menghidap penyakit apa sekalipun. Jangan give-up sebelum berusaha utk cuba memulihkannya. Ikhtiar dgn rawatan moden (berjumpa doktor) atau rawatan alternatif (perubatan Islam) jika penyakit anda tidak dapat dikenalpasti oleh doktor. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar dgn mengambil supplement utk membantu mengurangkan rasa sakit atau membantu menghilangkan sakit anda. 

Semoga entry Sya kali ini memberi manfaat buat anda semua especially those yg menghidap atau pernah menghidap penyakit Endometriosis ini. Hubungi Sya, Pengedar Sah Shaklee anda utk Sya bantu anda. =)


Supervisor Aisyah
Your Trusted SID
Working-At-Home-Wife


***Ingin menjana income sehingga 4, 5, 6 angka sebulan walaupun hanya duduk di rumah? Hubungi Sya utk Sya kongsikan dgn anda semua***




No comments:

Post a Comment