Wednesday 8 April 2015

"Ujian Itu Tarbiyah Daripada Allah S.W.T."

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Assalammualaikum W.B.T. 


"Ujian / Dugaan." 

Sememangnya sebagai hamba Allah S.W.T. kita tidak boleh lari dari diuji dan diduga olehNYA. Selagi mana kita bernafas di atas muka bumiNYA.. Selagi mana kita masih mendapat nikmat-nikmatNYA, selagi itulah kita perlu redha apabila diuji dan taat akan perintah-perintahNYA.

Ujian atau dugaan ini merupakan sebahagian dari kehidupan di dunia. Dunia ini sendiri pun adalah tempat ujian sebelum akhirat.

Allah S.W.T. menguji hamba-hambaNYA kerana DIA ingin melihat sejauh mana KETAATAN dan KESABARAN hamba-hambaNYA terhadap ujian atau dugaan yang DIA berikan. Manusia diuji dengan HARTA, WANG RINGGIT, KEKAYAAN, KESUSAHAN, SIHAT, SAKIT, dan pelbagai lagi.


25 Mac 2015

Ketika suami Sya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di KLIA, suami Sya mengalamai kemalangan kecil. Sedangkan sebelum suami Sya memulakan perjalanan, kami sama2 menadah tangan membaca doa naik kenderaan. Inilah rutin kami suami isteri setiap pagi. 

Sebagai seorang isteri, Sya tak henti2 mendoakan keselamatan suami Sya. Sya mohon suapaya Allah S.W.T. melindungi dan memelihara suami Sya sepanjang perjalanan, mudah-mudahan suami Sya selamat sampai. Ternyata, Allah S.W.T. maha berkuasa ke atas setiap sesuatu perkara yang berlaku. 

Sepanjang kami berkahwin, inilah kali pertama suami Sya accident. Apa pun, Sya tetap bersyukur sebab suami Sya tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma, kereta suami Sya je yang tercedera sikit.







| MERASAI PERASAAN MEREKA YANG TIDAK MAMPU MEMILIK KERETA |

Disebabkan kami hanya memiliki sebuah kenderaan (tiada kereta lain selain Myvi dan tiada motor), suami Sya terpaksa minta tolong kawan dia yang juga bekerja di KLIA untuk tumpang ke tempat kerja sementara Myvi di tahan di Pusat Servis Perodua Nilai.

Kita hanya merancang.. Yang menentukan segala-galanya adalah DIA.. 

Malam sebelum suami Sya tumpang kawan dia ke tempat kerja, kawan suami Sya pula mengalami kemalangan. Allahuakbar.. Betul Allah nak uji tahap kesabaran dan ketaatan kami kepadaNYA!

Kawan suami Sya pun hanya memiliki sebuah kereta (kereta yang accident) dan sebuah motor yang hanya boleh dibawa ke tempat2 yang berdekatan sahaja. So, korang boleh imagine tak how they are going to work for Thursday and Friday??? Seriously, time ni Sya betul2 rasa Allah nak uji kami. At last, mereka naik juga motor ke tempat kerja..


|SABTU 28032015|

Sepatutnya hari ini kami ke Batu Pahat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak angkat mama dan ayah. Tapi, sebab kereta kami baru lepas accident, kami tak dapat nak join.

Ok, time ni rumah kami pula tak ada stok makanan yang boleh dimakan atau dimasak. Kebetulan beras pun baru habis. So, we have decided untuk keluar cari makanan dengan berjalan kaki. Fuhhh... Keluar rumah lebih kurang jam 11 pagi dan kami sampai semula di rumah almost 1 PM! 

Sumpah! Lenguh dan sakit sangat kaki sampai rasa macam nak tercabut dah! Dengan kaki melecet sebab jalan kaki (pergi + balik kedai), redah jalan2 yang berbukit-bukau.. Cuaca yang agak panas.. Bawa barang2 yang dibeli.. Fuh! Siapa yang pernah datang ke rumah kami, tahulah macam mana jauhnya rumah kami nak ke kedai kalau berjalan kaki.

Semua ni idea dan suggestion Sya untuk jalan kaki ke kedai. Huhu.. Suami Sya cool je. Sya yang tak tahan sakit kaki sampai melecet-lecet. -_- 

Mujur, ada OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai pembantu untuk melegakan lenguh2 dan sakit2 kaki Sya. 

Tapi, bagi Sya ini salah satu pengalaman yang tak akan Sya lupakan sampai bila2. Baru Sya tahu perasaan dan keadaan mereka yang jauh lebih susah daripada kami. Yang memang tidak pernah memiliki kereta.

Alhamdulillah, Sya dikurniakan adik-beradik yang ramai yang saling membantu. Kak ngah Sya dan suaminya mengizinkan kami untuk menggunakan kereta HONDA mereka sementara menunggu Myvi kami recover sepenuhnya. Terima kasih kak ngah dan abang Dzuha! Semoga Allah S.W.T. murahkan lagi rezeki, rahmati, dan berkati hidup kalian. :")

Cuma buat sementara waktu ni, kami masih menggunakan Myvi kami sementara menunggu barang2 (part2) Myvi sampai di Perodua.


Moral of the story :

Bersyukurlah walau sekecil-kecil nikmat! Jangan asyik mengeluh tanpa mencari penyelesaian! Fikirkan betapa ramai lagi orang yang hidupnya jauh lebih susah daripada kita. Setiap ujian atau dugaan (musibah) yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Sebenarnya Allah S.W.T. rindu hendak mendengar suara hamba-hambaNYA yang mengadu dan berdoa kepadaNYA.. Barangkali kalau kita tidak diuji atau diduga, kita akan menjadi sombong dengan DIA? Nauzubillahiminzalik. Wuallahua'lam.









No comments:

Post a Comment