Monday 1 December 2014

Wedding on Monday??? Pelik Ke Pelik?



*Gambar Hiasan*


NOTE: Entry kali ni ditulis sekadar utk menyampaikan bahawa majlis yg dilangsungkan adalah pd hari Isnin, hari di mana orang bekerja. Pelik ke pelik? Tiada yg pelik kerana ia bergantung kpd individu tersebut. Pelik itu unik! Pelik itu satu kelainan! ;)

Assalammualaikum =)

Anda pernah tak pergi kenduri kahwin pada hari Isnin? Bkn hari cuti tau.. tp, hari bekerja. Itulah yg saya dan suami lalui. Pelik ke pelik? Huhu..

Actually, saya dan suami pun pelik jugak memula tu. Kami received invitation card tu pun drp bakal pengantin lelaki (few days before the event). Kebiasaannya, parents pengantin atau saudara-mara atau orang yg diupah yg akan hantar kad kpd jemputan. Tp, ni bakal pengantin pulak! 

Lepas je kami dpt kad jemputan tu, suami saya terus bersuara. Suami saya ckp 1 Disember bkn hari Isnin ke? Mula2 tu saya mcm tak percaya ckp suami saya. Saya mintak suami saya refer calender dulu. Betul! 1 Disember tu adalah hari Isnin! Kami berdua dah pelik. Kahwin hari Isnin? Time tu mcm2 persoalan timbul. Mak jemah sangat rasa.. Hihi.

Sabtu dan Ahad baru2 ni, kami berdua balik Melaka (rumah parents saya) sbb kebetulan ada wedding kakak senior saya time sekolah dulu + kami sekeluarga akan ke Batu Pahat lepas tu utk attend satu lg wddg. Bila saya dan suami balik ke rumah kami, kami ternampak few khemah yg dah dipasang di hujung row rumah kami. Sah! Mmg bkn silap tarikh lg dah. Mmg majlis yg akan di adakan adalah pd hari Isnin. 

So, lunch hour td, husband saya balik rumah sekejap utk attend wddg tersebut dgn saya... Husband saya tak tukar baju pun.. Sbb lepas mkn je, husband saya akan gerak pergi kerja semula. Saya je yg beriya-iya iron baju kurung + tudung. Siap bawak handbag tu. :D Pd hal dekat je rumah kami dgn rumah pengantin. Kami jalan kaki je. Hahahah..

Seriously tak ada sorg pun yg kami kenal dkt situ! Parents pengantin pun kami tak kenal! Huhu.. Ye lah, kami pun barulah jugak berpindah ke area rumah kami sekarang ni. Lepas tu kami banyak spend time dlm rumah je. Setiap minggu pulak boleh dikatakan kami tak akan lekat dkt rumah (tak ada dkt rumah) sbb kami akan balik ke rumah parents kami sama ada di Senawang atau Melaka.

Masa kami berdua tgh khusyuk makan, tiba2 saya terperasan yg ada sorg mak cik ni pandang2 saya dr jauh sambil bercakap-cakap dgn 2/3 org yg lain dan pandang saya. Tunjuk2. Uwaaa... Mak cik, mak cik ingat saya tak perasan ke yg mak cik tgh bercakap pasal saya dan suami? Huhu.. Maaf ye mak cik. Mungkin kehadiran kami berdua buatkan mak cik tertanya-tanya siapa kami. Huhu.. 

Kami cuma dtg memenuhi jemputan. Anak mak cik (pengantin lelaki) tu yg dtg rumah kami and bg kad dkt suami saya ajak dtg majlis dia nanti. Itu yg kami dtg. Bkn ke majlis perkahwinan 'wajib' dtg kalau dah dijemput selagi mana kita boleh menghadirkan diri? Tp, tak apa. Kami tak salahkan mak cik atau yg lain2 pun kalau mak cik and lain2 'pelik' dgn kehadiran kami. Kami faham.. Hihi.

Lepas je kami habis mkn, kami terus jumpa parents pengantin lelaki. Haa.. Barulah mak cik tu senyum and berbual-bual dgn kami. Time salam dgn emak pengantin, saya sekalikan dgn sampul surat warna coklat. Oh, dlm tu saya sertakan duit sekali dgn 2 business card saya tau. Nanti kalau mak cik atau anak mak cik nak supplement Shaklee, tp tak tahu nak beli dkt siapa dan dkt mana, contact lah saya ok! Hihi.






Atas ni antara goodies yg kami suami isteri dpt... ;)

Apa yg saya dan suami nampak lepas pergi 'majlis' ni adalah sebuah majlis perkahwinan yg cukup simple dan sederhana. =) Tiada pelamin utk bersanding, khemah yg sikit (3 - 4 khemah sahaja), tiada hiasan di belakang tempat makan pengantin, tiada kompang, dan perarakan. Yg paling penting, TIADA PEMBAZIRAN!

Majlis yg diadakan sebenarnya adalah sebuah "Majlis Kesyukuran" sahaja.. Syabas kpd pihak pengantin sekeluarga di atas sebuah majlis kesyukuran yg diadakan! Kami tidak tahu sejauh mana kemampuan pihak pengantin sekeluarga mengadakan majlis, tetapi andai kata majlis kesyukuran yg diadakan ini adalah mengikut kemampuan pihak pengantin sekeluarga, kami amat berbangga kerana anda tidak seperti pasangan pengantin di luar sana yg mengadakan sebuah majlis perkahwinan yg nampak 'gah' di mata para tetamu, tetapi hakikatnya majlis yg diadakan penuh dgn pembaziran dan hutang. Syabas sekali lagi drp kami berdua! 

Kami doakan agar ikatan dan rumahtangga yg dibina ini berkekalan hingga ke syurga-NYA dan sentiasa dirahmati serta diberkati! Dikurniakan permata hati yg sempurna sifatnya dan soleh/solehah. Insyaallah.. :)

Sekian sahaja perkongsian saya utk kali ini. Insyaallah, jumpa di next entry! 



Selfie selepas balik dr majlis dan sebelum bukak shawl xD





No comments:

Post a Comment