Thursday, 6 April 2017

Apa Itu The Walking Beauty Project (TWBP)??






The Walking Beauty Project? TWBP? Projek The Walking Beauty?

The Walking Beauty? TWB?

Eh. Apa tuuuuu?? Tak pernah dengar pun?!

Secara ringkasnya, The Walking Beauty Project (TWBP) adalah sebuah Projek SPA Bergerak Tanpa Kedai (Home SPA dan Mobile SPA) yang direka khas oleh salah seorang Shaklee Independent Distributor (SID) yang kini telah pun bergelar Master Coordinator Shaklee (highest rank in Shaklee) iaitu Puan Ainul Shahrazad atau lebih dikenali sebagai Master Ainul Shahrazad (MAS).

Projek ini BUKAN projek Syarikat Shaklee mahupun projek semua yang bergelar Shaklee Independent Distributor (SID).

Tetapi, projek ini direka KHAS buat semua susur galur beliau. Maksudnya, semua SID yang berdaftar di bawah beliau atau yang berdaftar di bawah downlines beliau layak untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar The Walking Beauty (TWB).

Namun, The Walking Beauty Project (TWBP) ini dibuka juga kepada orang luar yang masih belum bergelar SID. Orang luar lagi sangat dialu-alukan untuk menyertai projek ini.

Salah satu tujuan The Walking Beauty Project (TWBP) ini diperkenalkan dan ditubuhkan adalah untuk membawa serta memperkenalkan Shaklee kepada orang ramai. Kerana kami percaya masih ramai yang belum mengenali apa itu Shaklee.

Jadi, dengan tertubuhnya The Walking Beauty Project (TWBP) ini, secara tidak langsung orang ramai akan lebih mengenali apa itu Shaklee.

Selain itu, tujuan The Walking Beauty Project (TWBP) ini juga ditubuhkan adalah untuk membantu golongan yang sedang atau terdesak mencari pendapatan sampingan atau pendapatan tambahan khususnya surirumah dan para graduan IPTA atau IPTS yang masih menganggur mencari pekerjaan.

Namun, jika anda salah seorang yang disebut di bawah ini, kami dengan berbesar hati juga untuk menerima anda sebagai sebahagian daripada keluarga The Walking Beauty (TWB) kami.


  • Seorang yang sukakan kecantikan dan berhasrat untuk membuka serta memiliki sebuah SPA atas nama sendiri. Tetapi, pada masa yang sama tidak ada modal yang besar untuk memulakan perniagaan SPA.
  • Seorang pekerja sepenuh masa (full-time) dan berhasrat untuk berniaga secara sampingan (part-time). Atau berhasrat untuk berhenti kerja dan berniaga secara full-time, tetapi pada masa yang sama risau tidak akan mempunyai sumber pendapatan lagi.
  • Seorang pelajar IPTA atau IPTS yang sedang mencari perniagaan sampingan bagi membantu menampung kos perbelanjaan di kolej atau universiti atau
  • Pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu hutang disebabkan tiada atau kurangnya pelanggan yang datang ke SPA. Tetapi, pada masa yang sama terpaksa membayar sewa kedai, gaji pekerja, bil api dan bil air yang tinggi.
Jadi, jika anda tergolong dalam golongan di atas, anda memang sangat dialu-alukan untuk menyertai kami.

Kerana MATLAMAT UTAMA kami adalah untuk membantu para wanita untuk sentiasa kelihatan CANTIK, SIHAT dan BERDUIT dalam satu masa. 

Kami JAMIN anda pasti seronok dan terhibur dengan projek ini. Kerana The Walking Beauty Project (TWBP) ini adalah sebuah projek yang sangat MUDAH dan RINGKAS! 

Anda hanya perlu mengeluarkan KOS atau MODAL yang SANGAT RENDAH untuk anda belajar segala-galanya tentang SPA dan ilmu kecantikan luaran dan dalaman! 

Pada masa yang sama anda juga boleh dan mampu untuk mendapatkan INSTANT CASH setiap hari sehingga RM200 1 hari (RM6000 sebulan) yang pasti akan buatkan anda tersenyum sentiasa!

Dan pada bulan April 2017 ini, kami telah menyediakan 2 PAKEJ KELAS / KURSUS SPA khas buat anda semua! Pakej-pakej ini pastinya akan membuat anda semuua teruja kerana modalnya yang sangat rendah dan berbaloi! Boleh refer next entry Sya untuk keterangan lanjut berkenaan kedua-dua pakej ini! 

Untuk keterangan lanjut yang lebih cepat dan pantas, anda boleh terus hubungi Sya di talian yang tertera di bawah.






Siti Aisyah
Your Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Also, Your Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA 
+ 6 0 1 3 - 4 7 6 5 9 3 0
yaeppenyeoja@gmail.com

#TheWalkingBeautyProject #TWBP #TheWalkingBeauty #TWB #ProjekSPABergerakTanpaKedai #SPATerhebatdiMalaysia #TriptoMaldivesSeptember2017 #SPA #SPABergerak #SPABergerakTanpaKedai #SPATanpaKedai #SPABergerakMuslimah #SPAMuslimahBergerak #HomeSPA #MobileSPA #MuslimahHomeSPA #MuslimahMobileSPA #HomeSPAMuslimah #MobileSPAMuslimah #KelasSPA #KursusSPA #KelasSPAMurah #KursusSPAMurah #KelasSPATheWalkingBeauty #KursusSPATheWalkingBeauty

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih ESP Shaklee



Power of Protein for Long-Lasting Energy
"Most people are unable to maintain their energy or stamina as they go about their day. Take your charge of your daily energy levels with our stamina-ENERGY enhancing protein drink. Plant based soy protein for long-lasting energy."

Alright, seperti yang dijanjikan, next entry blog Sya adalah berkenaan perbezaan minuman protin berasaskan soya iaitu ESP Shaklee dengan minuman protin lain yang ada di pasaran.

FYI..
ESP Shaklee ni antara Shaklee's Top 10 Best Sellers tau. 





Produk "hot" ni ESP.. Pernah bulan Februari 2017 lepas, sampai 2X Shaklee Malaysia TERPAKSA restock ESP tau. Masa nak tunggu ESP restock tu mashaallah azab rasanya! Hahahah.. Ye lah, di saat Sya tak buat stok ESP tu lah ramai pula yang cari ESP ha. Sekarang insofffff dah.. Taubat dah.. Hahaha.. Memang sentiasa pastikan ada stok ESP dekat rumah. Siapa yang agak-agak serbuk ESP dia tinggal cinonet tu, boleh dah siap-siapkan duit untuk transfer ke akaun Maybank Sya. Ehehehe. Yang baru nak cuba lagilah sangat dialu-alukan!

Macam yang Sya dah terangkan sikit dekat entry sebelum ni, protin saaaaangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab protin ni asas kepada pembinaan sel-sel badan kita. 

Protin ni "building block" badan kita. Ala, macam kalau buruh nak bina rumah tu. Apa benda asas yang diperlukan untuk pembinaan rumah? Batu-batakan? Ha, macam tu lah juga badan kita yang memerlukan protin.

Penting protin ni untuk setiap fungsi badan kita. Dari membina sampailah ke membaiki tisu-tisu badan kita. Semuanya untuk memastikan badan kita mendapat tenaga yang cukup dan berterusan.


Apa Perbezaan ESP Shaklee Dengan Minuman Protin Yang Lain??

1. Shaklee hanya menggunakan soya yang tidak diubah suai genetiknya (Non-genetically modified / Non-GMO soy) yang dihasilkan oleh Identity Preservation Program (IPP) yang diiktiraf oleh United State Department of Agriculture (USDA).

Tahu je lah kan kalau kita ambil soya yang dah diubah secara genetik, apa je kesan jangka masa panjang yang kita boleh dapat.

Ada penyelidik Rusia dari Institute of Ecology and Evolution of the Russian Academy of Sciences and the National Association for Gene Security ada buat kajian ke atas hamster yang diberi soya yang telah diubah suai genetiknya selama 2 tahun lebih (sehingga ke generasi ketiga).

Dalam kajian tu, hamster yang dari generasi ketiga ni hilang keupayaan untuk dapat anak, tumbesaran pun jadi lambat dan kadar kematian pun tinggi. Dan ada kes yang sampai rambut tumbuh dalam mulut!

See! Ini baru hamster. Kita manusia lagilah boleh dapat macam-macam kesan kalau kerap ambil soya atau sumber soya yang telah diubah suai genetiknya. Haish.. Kalau nak cerita pasal kesan ambil soya yang diubah suai genetiknya, memang 1 hari 1 malam tak akan habis!

2. Setiap hidangan ESP Shaklee menyediakan 14g Glisemik Indeks (GI) protin berasaskan tumbuhan yang rendah (Rendah lemak, rendah GI, rendah kolesterol dan bebas lactose.



Did You Know?
Adakah Anda Tahu?
Ok, jadi sekarang dah tahukan kenapa SID macam Sya ni akan terus cadangkan ESP dekat anda yang berhasrat nak kurangkan berat badan atau kurus.
Sebab ESP Shaklee buat anda rasa kenyang!




3. Mempunyai "Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score" (PDCAAS) iaitu 1.0 yang mana ianya mendapat kedudukan tertinggi dan sama dengan protin haiwan.

4. Lengkap dengan 9 asid amino yang badan kita perlukan, tetapi pada masa yang sama badan kita tak dapat nak hasilkan 9 asid amino ni kecuali dengan pengambilan asid amino dari sumber protin luar di dalam diet harian kita. 

Ni tak payah lagi kita nak stress ke pening ke sakit kepala ke nak fikir untuk makan atau minum apa lagi semata-mata nak pastikan badan kita dapat 9 jenis asid amino ni. Shake je ESP Shaklee ni 3 sudu setiap hari. Senang! Habis cerita! Complete dapat terus 20 jenis protin yang badan kita perlukan.

5. Mengandungi 5 Vitamin B yang penting dan 500mg Kalsium.

Ha.. Ini yang minuman protin lain tak ada. Tapi, dengan ESP Shaklee, anda bukan setakat dapat protin, malah anda juga dibekalkan dengan Vitamin B dan Kalsium.

Vitamin B dan kalsium ni "basic nutrition" yang anda perlukan untuk tubuh badan anda. Dan kenapa ESP Shaklee ni juga dikatakan dapat membantu dalam penghasilan susu ibu? Sebab kandungan kalsium yang terdapat di dalam ESP ni sendiri akan stimulate (merangsang) pengeluaran susu ibu. Macam tu juga dengan Alfalfa Complex Shaklee. Dalam Alfalfa Complex pun ada kalsium yang dapat membantu memeriahkan lagi air susu badan si ibu.

6. Menyediakan isoflavones soya secara semulajadi.

Kebiasaannya kalau kita nak pastikan badan kita bertenaga dan kekal bertenaga sepanjang hari, kita perlu ambil gula atau karbohidrat yang tinggikan? Tapi, dengan ESP Shaklee tak perlu pun kita nak ambil gula atau karbohidrat tinggi semata-mata untuk pastikan badan kita kekal bertenaga. 

Cukup shake 3 sudu ESP Shaklee setiap hari dan anda akan rasai sendiri betapa bertenaganya anda sepanjang hari itu! Yang paling penting ESP Shaklee sangat membantu anda yang nak kurus sebab ESP Shaklee akan buat anda rasa kenyang lebih lama! Tak ada lah nanti anda craving nak cari karbohidrat je! Bantu juga untuk anda kawal selera makan dengan lebih mudah dan untuk kesihatan jangka masa panjang..

Jadi, kesimpulannya ESP Shaklee ini boleh diambil dan diminum oleh semua orang termasuk pesakit Kencing Manis (Diabetes). Sebab Glisemik Indeks (GI) nya yang rendah membantu menstabilkan gula dalam darah.

Boleh dapatkan ESP Shaklee daripada SID anda yang cute ini! ;)

1 tong alahaiiiii.. Murah sangatlah! Insyaallah, harga memang mampu milik sangat!

Yang paling penting, anda akan dapat KONSULTASI PERCUMA dan EKSKLUSIF daripada Sya secara berpanjangan selagi mana anda menjadi pelanggan (customer) Shaklee Sya. FREE GIFT pun ada tau disediakan untuk anda *Tertakluk kepada terma dan syarat*





Siti Aisyah
Your Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Also, Your Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA 
+ 6 0 1 3 - 4 7 6 5 9 3 0
yaeppenyeoja@gmail.com


#ShakleeBandarEnstek #ShakleeKotaSeriemas #ShakleeKLIA #ShakleeKLIA2 #ShakleeNilai #ShakleeKotaWarisan #ShakleePutrajaya #ShakleeCyberjaya #ShakleeBandarBaruBangi #ShakleeKajang #ShakleeSeremban #ShakleeSenawang #ShakleeSeluruhMalaysia

Wednesday, 5 April 2017

Benarkah Soya Itu Bahaya??






Jangan ambil soya! 

Soya bahaya! 

Soya lah punca kepada sesuatu penyakit. Soya juga boleh menyebabkan kanser dan Cysts!

Hahahah.. Entah dari manalah yang anda dengar ni. Sesuka hati je claim soya itu ini.

Entry Sya kali ni just nak kongsi dengan anda semua apa input atau ilmu berkenaan soya yang Sya dapat hasil dari tontonan dan pendengaran live sharing oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Siti Sarah di Group Facebook (FB) Mummy Shaklee Master Ainul Shahrazad (MAS).


Protin, Vitamin B dan Kalsium antara kandungan yang terdapat di dalam Energizing Soy Protein (ESP) atau Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour yang menjadikan ESP Shaklee satu-satunya minuman protin yang terbaik dan terhebat dunia. ESP Shaklee juga berbeza dan lain dari minuman protin yang sedia ada di pasaran.


Tak semua minuman yang berasaskan protin soya seperti ESP Shaklee ini mengandungi Vitamin B dan Kalsium rupanya tau. Vitamin B dan Kalsium ni sangat penting dalam membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

FYI..
Asas untuk pembinaan sel badan adalah protin. Protin yang lengkap adalah sangat penting. Protin yang lengkap adalah protin yang boleh serta mampu membekalkan 9 amino asid penting kepada tubuh badan.

Badan kita ni sebenarnya memerlukan 20 jenis protin. Tapi, sayangnya hanya 11 jenis protin sahaja yang badan kita dapat hasilkan. 9 jenis protin lagi nak dapat dari mana pula?? Haa.. 9 jenis protin ni kita perlu dapatkannya dari diet harian kita. Sebab tu orang bijak macam Sya ni akan pilih ESP Shaklee je terus. Hihi. Sebab ESP Shaklee ni ada 9 asid amino tadi tu.

Tapi, bukan ke dah cukup kita ambil dan makan ikan dan ayam je? Kan ada juga 9 asid amino?

Yes.. Memang tak dinafikan ikan dan ayam mengandungi 9 jenis asid amino yang badan kita perlukan. Tapi, anda tahu tak ikan dan ayam ni sekali anda masak, asid amino tersebut akan musnah sehingga 40% - 50%. Jadi, adakah anda rasa badan anda dapat asid amino yang lengkap kalau macam ni? Unless anda makan ikan dan ayam mentah setiap hari. Erkkk.. #sangggupkah #mampukah Uwaaaaa.. Kalau Sya memang tak tertelanlah kan.. Nak makan Sushi pun tak lalu, inikan pula ikan dan ayam mentah. Lebih baik Sya korbankan "malas" Sya untuk pergi dapur dan shake ESP Shaklee terus. Minum masa sejuk-sejuk. Pergh.. Nikmat!


Benarkah Soya Itu Bahaya??

Hahahah.. Ni mana anda dengar ni? Siapa yang cakap? Mitos je ni sebenarnya! Hahaha.. Sebenarnya soya tak bahaya. Dan soya sendiri BUKAN penyebab utama kepada sesuatu penyakit. Ini bukan Sya yang cakap tau. Tapi, Pakar Nutrisi Shaklee, Pn. Siti Sarah sendiri yang beritahu.

Sebenarnya banyak je research berkenaan soya telah dijalankan. Dan kebanyakkan research ini mendapati soya memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan manusia.

Dan kalau kita tengok rakyat Jepun sendiri. Salah satu makanan mereka adalah bersumberkan soya. Soya ni dah jadi macam makanan asas (makanan ruji) mereka je tau. Tengok pula tahap kesihatan mereka macam mana. Mereka jauh lebih sihat berbanding kita dan rakyat negara lain yang kurang mengamalkan soya dalam diet harian. 

Tapi, persoalannya sekarang kenapa masih ada segelintir masyarakat claim yang soya tu bahaya?

Sebenarnya hanya disebabkan soya itu mengandungi Phytoestrogen. Ye, betul. Memang soya mengandungi Phytoestrogen. Tapi, estrogen yang terdapat di dalam soya adalah estrogen tumbuhan. Perlu tahu dan faham yang estrogen tumbuhan ni tak sama dengan estrogen manusia. Estrogen tumbuhan ni kuasa dia rendah berbanding estrogen manusia itu sendiri.

Contoh, orang yang muda dan sihat. Sebenarnya hormon estrogen anda lebih kuat yang akan menguasai diri anda BUKAN hormon Phytoestrogen. Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan bila anda mengambil soya terutamanya soya protin ESP Shaklee ni. Next entry insyaallah Sya kongsikan dengan anda semua perbezaan ESP Shaklee dengan minuman protin yang lain.

Namun bagi mereka yang telah Menopause, tahap hormon estrogen anda adalah rendah. Sebab itulah anda sangat digalakkan untuk mengambil protin bagi menyokong hormon estrogen anda yang rendah tadi bagi mengelakkan simptom-simptom seperti Osteoporosis, mood swing, kulit muka kusam, kulit muka tak bermaya, kulit muka tak bertenaga dan sebagainya.

Nak cuba dan dapatkan sumber protin dan soya terbaik dunia iaitu ESP Shaklee ni, boleh dapatkannya daripada Sya.

Harga sangat murah untuk 1 tong ESP Shaklee. Hanya RM159 sahaja! Namun anda boleh dapatkannya pada harga yang jauh lebih murah apabila anda dapatkannya daripada Sya ;)

Yang paling penting, konsultasi PERCUMA dan EKSKLUSIF. FREE GIFT juga disediakan bagi anda yang layak!





Siti Aisyah
Your Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Also, Your Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA 
+ 6 0 1 3 - 4 7 6 5 9 3 0
yaeppenyeoja@gmail.com


#ShakleeBandarEnstek #ShakleeKotaSeriemas #ShakleeKLIA #ShakleeKLIA2 #ShakleeNilai #ShakleeKotaWarisan #ShakleePutrajaya #ShakleeCyberjaya #ShakleeBandarBaruBangi #ShakleeKajang #ShakleeSeremban #ShakleeSenawang #ShakleeSeluruhMalaysia

Thursday, 16 March 2017

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Pesakit Stroke



Kenapa Pengedar Shaklee ni kan asyik-asyik recommend VIVIX asyik-asyik suggest VIVIX untuk pesakit Stroke ekkkkk??

Untuk penghidap Darah Tinggi, Jantung, Kencing Manis, Gout, Buah Pinggang, Kanser (Kanser Payudara, Kanser Prostat dll), SLE, Batu Karang dsb pun sama.

Entry Sya kali ni akan menjawab persoalan anda tu.



Bahan-bahan yang terdapat di dalam sebotol VIVIX Shaklee


Dalam VIVIX ni ada Resveratrol tau. Malah, bukan Resveratrol sahaja, tetapi ada juga Polyphenols. Ada kajian yang menunjukkan kombinasi antara Resveratrol dan Polyphenols memeberikan kesan yang lebih power. Dan kombinasi ini membuatkan VIVIX 13 kali powerful berbanding jika hanya mengambil Resveratrol sahaja.

Keempat-empat tumbuhan ini tinggi dengan antioksida yang insyaallah mampu melindungi sel-sel badan anda dari kerosakkan oksidatif.



Table 6 : Risk of prevalent disease, by supplement user group 


Table 6 di atas adalah "The Shaklee Dietary Supplement Study : A Landmark Study" menunjukkan mereka yang mengambil dan mengamalkan single supplement (supplement janama lain) mempunyai 2.6% risiko untuk mendapat Stroke berbanding mereka yang mengambil supplement Shaklee yang hanya 1.8% sahaja. Manakala, 2.5% yang berisiko adalah mereka yang tidak mengambil apa-apa supplement.



Pengguna Shaklee mempunyai paras Homocysteine dan kolesterol yang lebih rendah berbanding pengguna single multivitamin dan pengguna tanpa apa-apa supplement.

Homocysteine yang normal adalah bawah bacaan 15. Dan pengguna Shaklee mempunyai bacaan paling rendah iaitu 6.1 berbanding pengguna single supplement 9.1 dan pengguna tanpa apa-apa supplement 9.6

Pengguna Shaklee juga kurang cenderung untuk mempunyai kolesterol HDL yang rendah. Kolesterl HDL adalah kolesterol baik. Pengguna Shaklee mempunyai paras kolesterol HDL yang tinggi berbanding pengguna single supplement dan pengguna tanpa apa-apa supplement iaitu sebanyak 57.5

Dan menjawab persoalan yang bermain di fikiran kebanyakkan anda sama ada supplement Shaklee selamat atau tidak untuk dimakan, anda boleh lihat rajah di bawah ini :-



Shaklee telah melaburkan sebanyak $250 million untuk membuat ujian klinikal, penyelidikan & pembangunan.
Shaklee juga telah menjalankan ujian tahunan untuk produk-produknya lebih dari 100,000 ujian setahun.
Selain itu, lebih 125 kertas saintifik telah diterbitkan dan 90 darinya telah diterbitkan dalam peer-reviewed publications.

Kualiti produk-produk Shaklee adalah lebih dari standard industri. "A study is conducted to prove the goodness... ...and the results are stunning!"






Shaklee bukan sahaja 100% semulajadi dan selamat untuk dimakan, malah Shaklee juga terbukti berkesan dengan kajian-kajian dan ujian-ujian klinikal yang telah dijalankan oleh Universiti of California, Berkeley sendiri.

Jadi, sepatutnya anda tidak lagi ragu-ragu dengan produk-produk Shaklee seperti VIVIX ini. Kerana setiap produk Shaklee yang anda ambil, insyaallah ianya selamat dan semulajadi untuk dimakan setiap hari. Malah, ianya juga terbukti berkesan.

Saranan Sya, jika anda sedang on supplement lain, lebih baik anda berhenti terus untuk mengambilnya dan adalah lebih baik untuk anda berikhtiar dan berusaha dengan Shaklee.

Sya bukan terlalu taksub dengan Shaklee, tapi dengan apa yang telah Sya kongsikan dengan anda kajian-kajian yang telah dijalankan Shaklee, Shaklee ternyata selamat dan berkesan untuk diambil tanpa sebarang kesan sampingan buruk.

Semoga entry Sya kali ini dapat memberi manfaat buat anda semua terutamanya anda yang mempunyai ahli keluarga yang sedang menghidap Stroke.

Jika anda ingin mendapatkan VIVIX Shaklee ini, anda boleh hubungi Sya di nombor telefon yang tertera di bawah. 

Atau anda juga boleh menyertai Sya untuk menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee. Insyaallah, untuk yang nak ber business, Sya akan ajar dan kongsi bagaimana untuk anda berjaya di dalam Shaklee dengan pendapatan paling minima 4 angka walaupuan anda hanya seorang suri rumah.



Exclusive & limited The Walking Beauty's (TWBs) Gift Box ini terhad untuk 10 orang yang mendaftar keahlian di bawah Sya dengan FREE MEMBERSHIP 200 UV atau dengan mendapatkan sekurang-kurangnya 2 BOTOL VIVIX daripada Sya pada bulan ini.
Dalam kotak ni dah tentu bukan kosong sahaja. 
Akan ada sesuatu yang Sya isi untuk anda yang bertuah itu ;)



Gambar selingan. Hihi.
Ini gambar Sya, suami Sya dan "anak" (downlines) Shaklee Sya, Dr. Amirah Saryati bergambar bersama Dr. Bruce Daggy semasa "A Landmark Study : The Shaklee Dietary Supplement Study Roadshow baru-baru ini di Sunway Pyramid Convention Center (SPCC) pada 18 Februari 2017.

Remember!
Proper nutrition to your cell keeps it healthy, youthful and vital. It influences the overall health.


S i t i A i s y a h
Y o u r T r u s t e d S I D : 1 0 3 4 6 7 3
Y o u r H e a l t h & B e a u t y C o n s u l t a n t
+ 6 0 1 3 - 4 7 6 5 9 3 0 
y a e p p e n y e o j a @ g m a i l . c o m

Wednesday, 15 March 2017

Kenali Tanda-tanda Awal Serangan Stroke, Punca Stroke dan Cara Mencegah atau Merawat Stroke




JANGAN berlengah untuk rawat Strok!

Haaaaa takut ke takut? Hehe. Tapi, memang WAJIBULGHUNNAH takut pun!

Guys..
Bila badan anda dah mula rasa tanda-tanda awal serangan strok atau angin ahmar, better anda jangan dok bertangguh lagi! Terus pergi hospital cepattttt!! Bukan apa, takut nanti sikap berlengah-lengah anda tu akan membawa kesan yang lebih buruk. Nauzubillahiminzalik!

Lagi pun, Dr. Julia Shahnaz Merican sendiri cakap tau yang rawatan segera is the best way untuk selamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan strok. Anda kan lebih percaya doktor kan kan. Ha ni Sya sampaikan apa yang doktor sendiri cakap. Hehe. Dr. Julia ni Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court.

Kebetulan lately ni Sya banyak dapat customer yang beli VIVIX untuk STROK. Tak kurang juga orang yang bertanya berkenaan VIVIX untuk STROK ni. Ada yang belikan untuk emak dan ada yang bertanya bagi pihak pak cik mereka.

Itu yang menarik Sya untuk up entry blog berkenaan VIVIX dan STROK. Untuk berkongsi dengan mereka termasuk anda yang mambaca ni serba sedikit berkenaan strok. Tanda-tanda serangan strok, punca strok dan cara mencegah atau merawat Strok.

Guys..
Jangan dibuat main strok ni! Dekat Malaysia strok ni jatuh kategori pembunuh manusia NOMBOR 4 tau! 

Tapi, jangan risau. Insyaallah, kalau cepat-cepat dapatkan rawatan dan mulakan terapi pemulihan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal.

Bukan ke Rasullullah S.A.W. sendiri bersabda, "Setiap penyakit ada penawarnya dan apabila sesuatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.." - Maksud Hadis Riwayat Muslim -

Ok, jom kita tengok apa tanda-tanda awal serangan strok. Ace perhatikan diri anda tu. Ada tak selalu alami macam dekat bawah ni.


TANDA-TANDA AWAL SERANGAN STROK

  • Badan lemah
  • Kebas secara tiba-tiba di bahagian muka, lengan dan di sebelah bahagian badan
  • Penglihatan kabur (sebelah mata atau kedua-duanya)
  • Kesukaran untuk bertutur atau perkataan yang disebut menjadi tidak jelas
  • Kecelaruan mental
  • Sawan Epilepsi 
  • Semut-semut di bahagian dagu
  • Kecuaian
  • Hilang deria 
  • Pening kepala
  • Hilang imbangan badan 
  • Sakit kepala yang teruk tanpa sebab
Kalau ada, ha silalah serahkan diri anda di mana-mana klinik atau hospital berdekatan cepat-cepat ok. At least check je dulu..



PUNCA SERANGAN STROK

Kalau ikut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, strok ni terjadi bila mana aliran darah untuk ke otak tiba-tiba terputus atau terganggu. Ia disebabkan oleh pembentukan darah beku dari bahagian tubuh yang lain contohnya dalam jantung yang kemudiannya bergerak ke saluran darah di otak. Anda tahu tak saluran darah dekat otak kita ni kecik teknot (kecil) je. So, bila dah bergerak ke otak habislah tersumbat saluran darah dekat otak kita ni. Pembentukan plak (campuran kolesterol dan lipid lain) pun boleh menyebabkan saluran darah arteri tersumbat. Sebab tu pesakit jantung (artherosclerosis - pengerasan saluran darah arteri) lagi berisiko untuk kena strok. Sebab plak ni semakin membesar menyumbati saluran darah di dalam otak. American Heart and Stroke Association panggil Ischemic Stroke.

Tapi, sebenarnya Dr. Julia cakap tekanan darah tinggi antara punca utama serangan strok selain pesakit jantung dan kencing manis (Diabetes). American Heart and Stroke Association panggil Hemorrhagic Stroke.


CARA MENCEGAH ATAU MERAWAT STROK

Kita tengok dulu cara-cara untuk mencegah strok. Anda perlu amalkan 3 perkara ni je setiap hari :-

  1. Eat Healthy (Paling penting jaga paras kolesterol badan anda)
  2. Exercise and achieve a healthy weight
  3. Supplement wisely
Dan untuk perokok tegar khususnya, kalau boleh jangan lagi merokok atau berhenti dari merokok terus. Sebab rokok antara faktor utama yang menyumbang kepada strok.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap strok, beberapa cara atau langkah atau terapi di bawah insyaallah dapat membantu mereka.

  1. Terapi fisioterapi
  2. Terapi cara kerja
  3. Terapi pertuturan dan 
  4. Terapi kaunseling (Ini sokongan daripada keluarga saaaaangat penting tau!)
Dan kebiasaannya 30% penghidap strok akan berdepan dengan masalah komunikasi.

Ok, ni nak share sikit ni apa yang Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago ajar. Mereka boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat dan melukis supaya dapat berkomunikasi semula sekaligus bantu proses menelan makanan. Ahli keluarga tak perlu cakap dengan mereka menggunakan nada suara yang kuat ok. Sebaliknya, gunakan perkataan yang mudah dan senand untuk difahami dengan jelas oleh mereka.


Anda juga boleh cuba ikhtiar dan usaha dengan mengambil makanan tambahan (supplement) seperti VIVIX Shaklee ini (Klik disini untuk lihat Bagaimana VIVIX dapat membantu pesakit atau penghidap Stroke.


VIVIX memberikan spektrum polifenol yang lengkap


Sunday, 5 February 2017

PERCUTIAN PERCUMA BERSAMA PERODUA MALAYSIA BERNILAI RM2,600






Ya Allah. Tak sangka sangat boleh dapat TRAVEL VOUCHER bernilai RM2,600 daripada Perodua! Grand Prize Winner pula tu!

Inilah yang dikatakan "REZEKI TAK PERNAH TERSALAH ALAMAT" tu kan? :") :")

Disaat keinginan Sya NAKKKKK sangat travel tahun lepas, tiba2 suami Sya call dari office nya beritahu berita gembira ni. Kemain happy dan excited kau bila dapat tahu! Hehe.

Pada hal Sya baru je lagi balik dari PERTH, WA Julai tu. Huhu.. Yang Perth ni Sya pergi dengan Team SPA Sya di bawah Projek The Walking Beauty (TWB). Memang setiap tahun akan ada trip ke luar negara pun. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, bulan September tahun ni kami akan ke MALDIVES pula :) Ini siapa yang nak join, boleh ye. Cuma pastikan korang dah pun menjadi sebahagian daripada Team TWB kami dulu. 

Ok, back to travel voucher Perodua ni..
Kisahnya suami Sya ni memang jenis yg suka cuba nasib kalau ada contest ke promosi dsb.

Macam sebelum ni PETRONAS ada buat promosi yang dapat percuma payung dengan beg tu kan, itu pun kemahin gigih dia kumpulkan resit2 dia isi minyak tau utk redeem point terkumpul. Baguskan? Hihi. Tapi, masa ni Sya yang tolong redeem kan dekat PETRONAS Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Yang Perodua ni pula suami Sya join "UFirst Anniversary Contest" (1 Oct - 31 Dec 2016) masa dia pergi service 'En. Oren' dia di Perodua, Jalan Rasah. Suami Sya ni jenis yang disiplin jugalah dalam bab2 service kereta.

Masa join contest tu, kita boleh pilih hadiah siap-siap. Ye lah, kot-kot ada rezeki terpilih dan menangkan..

Antara hadiahnya Samsung 43" Flat Ultra Slim Full HD SmartLED, Perodua Service Voucher worth RM2,600, Travel Voucher worth RM2,600, Huawei P9 Smartphone dan Perodua Service Voucher worth RM100.

Dan suami Sya of course pilihhhhh.. TRAVEL VOUCHER WORTH RM2,600! Sebab dia tahu isteri dia ni suka travel! Hahahah..

Kebetulan wedding anniversary kami jatuh pada bulan Februari. Makanya, kami decide gunakan travel voucher ni untuk celebrate wedding anniversary kami yang ke-4 tahun di destinasi yang telah kami pilih bersama.

Tapi, "Kemanakah Kami??"

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Tungguuuuu.. Hehe. Insyaallah, nanti Sya update entry blog Sya ke destinasi percutian kami okay?

Yang pasti Selasa (7 Februari) ni sehinggalah 10 Februari kami akan ke destinasi yang telah pun kami pilih bersama untuk sambut anniversary kami.

To be continue..

Anyway, thank you so much Perodua for this unexpected prize! 




13 Disember 2016
Perodua Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

Tuesday, 11 October 2016

An Unexpected Birthday Surprise From My Husband !!

Around 15:00 - 15:30 pm, tengah2 baring dekat ruang tamu sambil online update post/status berkenaan promosi Shaklee Oktober 2016 dan sambil reply whatsapp serta pm customer dan bakal customer, tiba2 terdengar suara perempuan bagi salam.
Cepat2 bangun dan terus pergi dapur jengah dari tingkap. Nampak sorang perempuan berjalan masuk ke dalam kawasan rumah. Dekat, dekat dan semakin dekat. Huhu.. Lepas tu, beri salam for few times. Ada Honda Stream kalau tak silap color biru berhenti depan rumah.
Tertanya-tanya juga danlam hati siapa perempuan ni. Muka memang tak pernah tengok. Memang tak kenal. MPV ni pun tak pernah nampak. Sebab setakat ni, setahu Sya, tak ada pun kenalan Sya atau suami yang menaiki Honda Stream color biru ni.
Cepat2 Sya pakai tudung dan sarung cardigan. Bila pintu dah dibuka, perempuan tadi tu tanya, "Ini rumah Pn. Siti Aisyah ke?" And I said, "yeah.. Kenapa eh?" Then, she replied, "nak hantar barang.."
Barang?? Setahu Sya, Sya tak ada order apa2 barang Shaklee atau buat belian online. Ok.. Bila nampak ada sorang lagi perempuan keluar dari tempat duduk belakang pemandu dan tolong perempuan yang beri salam tadi tu angkat "barang" di boot kereta, barulah Sya tahu rupa-rupanya "barang" yang nak dihantar adalah fresh flowers beserta coklat Ferrero Rocher dan kek! Dapat agak dah siapa yang bagi. Kiriman daripada siapa lagi kalau bukan suami soleh Sya dunia akhirat sempena my birthday yesterday. Hahahah!!
Tak tahu nak rasa apa bila dapat fresh roses, Ferrero Rocher and a giant cake! Cuma terus terfikir dan tertanya-tanya bila masa suami Sya plan buat semua ni. Dan rasa macam membazir je buat semua ni lagi2 bila tengok kek yang besar gedabak tu. Sebab Sya pernah buat jugak. Sya yang buat dulu dekat suami Sya masa birthday dia bulan Januari lepas. Cuma Sya tak ada lah sampai buat delivery kek.. Itu pun dah almost RM200. Inikan pulak siap kek kan.. Besar, tinggi dan berat pulak tu keknya..
Apa2 pun, Sya tetap hargai setiap hadiah dan surprise yang suami Sya buat untuk Sya.. Terima kasih, abang untuk birthday surprise tahun ni! Kalau abang baca entry ayang ni, ayang cuma nak abang tahu yang cukuplah abang jadi seorang suami yang soleh, baik, bertanggungjawab, penyayang, penyabar, saling bertolak-ansur, memahami, menolong, jujur dan setia untuk ayang dunia akhirat :") :")
Terima kasih sebab saling menerima diri seadanya. Insyaallah, sama2 kita perbaiki kekurangan dan kelemahan diri serta rumahtangga kita. Moga Allah sentiasa melindungi, memelihara, menjaga, merahmati dan memberkati rumahtangga kita dunia akhirat. =)
Ok, disebabkan abang dah tunaikan hajat ayang untuk makan Rainboe Cheese Cake.. So, ayang masakkan special foods untuk abang malam tadi. Biasa birthday girl akan jafi macam "raja sehari" kan.. Tapi, kali ni kita ubah sikit. Kita berikan gelaran "raja sehari" buat orang yang menghargai, menjaga dan menerima kita seadanya. Kita raikan. Walaupun ada sikit rasa penat dan letih, tapi tak apa. Yang penting puas hati dapat masak untuk orang yang kita sayang kita cinta dan yang paling penting suami kita makan masakan dari air tangan kita sendiri. Lagi bersih dan sihat pulak tu ;)
♥ Ikan Kerisi Goreng Masak Sambal
♥ Sayur Warna-warni Goreng Cili Padi
♥ Telur Dadar Cheese

Oklah, nak sambung makan kek. Jangan lupa telan biji2 Lecithin untuk emulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran. Omega Guard pulak untuk bakar balik lemak2 especially lemak2 yang dah lama m3numpang dalam badan dan Alfalfa Complex untuk keluarkan semua lemak2 dalam badan melalui pembuangan air besar.

Pssatt.. Omega Guard tengah promosi bulan ni. Beli 7 botol pada harga 6 botol ATAU beli 2 botol dan dapat 5% diskaun. Harga asal termasuk GST RM144.16 Tapi, boleh dapat harga RM99 je sebotol kalau beli bulan ni. Dapat PERCUMA pillbox (kalau beli sekurang-kurangnya 2 botol) dan EXCLUSIVE consultation lagi tu.

Untuk sebarang tempahan atau belian boleh terus sms/whatsapp/ Sya di talian +6013-476 5930 okay. 

Oh, ada idea tak nak buat apa dengan Bunga2 Ros ni?? Hehe.