Monday, 14 September 2015

Review : The Walking Beauty (TWB)




Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalammualaikum dan Hi semua!

"The Walking Beauty @ The Walking Beauty Project."

Ok, rasanya The Walking Beauty atau short term nya TWB ni dah viral dekat Facebook (FB), Instagram (IG), Google etc. Anda boleh search je dengan klik #thewalkingbeauty / #thewalkingbeautyproject / #homespa / #mobilespa / #muslimahomespa / #muslimahmobilespa. Insyaallah, mesti keluar punya. Hihi.


Apa Itu The Walking Beauty (TWB) @ The Walking Beauty Project???

Nahhh... Baca dan fahamkan dulu betul-betul. ;)



Kalau anda fikirkan balik.. Macam mustahil je kan untuk anda memiliki sebuah SPA atas nama anda sendiri? Same goes to me here (masa awal-awal dulu sebelum serious dengan Projek SPA TANPA KEDAI ni). 

Memang mustahil lah kan nak buka SPA sendiri dengan modal yang sure besar punya, nak kena ada kedai lagi, perkakas-perkakas SPA, register nama syarikat, dan yang paling merisaukan is ada ke nanti orang yang nak datang ke SPA kita??? Hahahah! 

Kalau anda ada perasaan-perasaan macam ni, bererti kita berada di dalam sebuah kapal yang sama! Hehe. Inilah antara perkara-perkara yang membuatkan hati Sya sentiasa ragu-ragu (tak yakin) dengan projek ni. TAPI masa awal-awal dululah.. Sebelum mendapatkan penjelasan daripada Pengasas Projek The Walking Beauty, Pn. Ainul Shahrazad dan sebelum Sya lawan segala perasaan-perasaan negatif yang ada di hati serta fikiran Sya.

Eh, anda kenal tak Pn. Ainul Shahrazad? Time awal-awal Sya join projek ni, time tu still belum ramai yang join dan Sya salah seorang pelajar terawal beliau tau! 




Lepas je Sya dapatkan dan dengar penjelasan daripada beliau, Sya terus setuju nak join projek ni and be part of team The Walking Beauty (TWB) ni! Time ni Sya tak fikir sangat pun soal customer ke apa.

Yang Sya tahu, modal untuk join projek ni sangatlah rendah which is tak sampai RM1,000 pun dan Sya dah boleh ada SPA Sya sendiri? Wow sangat rasa! Hihi. Kalau anda nak tahu, kos ni adalah kos untuk barangan SPA sahaja tau. Kos untuk kursus SPA diberi secara PERCUMA (Jika di luar, ianya boleh menceceah RM1,000++ untuk yuran kursus sahaja).

Yang paling best Sya boleh dapat balik modal Sya dalam masa sebulan dan duit yang Sya dapat untuk bulan seterusnya tu adalah NET PROFIT atau keuntungan bersih Sya. 

Gila tak? Memang gila pun! Mana nak cari business yang MUDAH, SIMPLE, dan FUN sekarang ni kan.. Boleh dapat duit cash hari-hari pula tu! Memang sesuai sangat untuk yang tengah tercari-cari side income dalam keadaan Ringgit Malaysia (RM) yang tengah jatuh teruk sekarang ni.

Oh, satu lagi yang buatkan Sya terus nak join projek ni adalah sebab projek ni kena sangat dengan naluri dan sifat Sya sebagai seorang perempuan. Perempuankan.. Memang lumrah perempuan suka bab-bab cantik, wangi-wangi dan ketenangan bagai. Hihi.


 


By the way..

Kalau anda nak tahu, kakak Sya pernah pergi kelas SPA and she said cikgu dia cakap untuk membuka sebuah SPA, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 - RM5,000 dalam tangan. Kena pergi kursus selama 6 bulan, jalani praktikal di SPA orang lain, SKM tahap 3 dan macam-macam lagilah.

Lepas je dengar perkongsian kakak Sya ni, Sya rasa lega sangat! Lega sebab pilihan Sya untuk sertai The Walking Beauty Project ni adalah TEPAT!!! Alhamdulillah.. :")


So, apa yang dapat Sya beritahu anda semua untuk review ni..
  • Modal untuk projek ni sangat rendah kalau nak compare dengan keuntungan yang bakal kita dapat.
  • Time Sya join, hanya ada satu pilihan je iaitu pakej RM750 (FULL PACKAGE). Sekarang? Macam-macam pakej ada. Macam bulan ni, ada PAKEJ SPA SERI PENGANTIN RM750 dan PAKEJ SPA SMART STUDENT yang boleh dimiliki oleh mereka yang masih belajar serendah RM350 sahaja.
  • Kalau macam bulan lepas, ada promosi pakej RM450 dan promosi "Trip to Melbourne, Australia." Insyaallah, next year semua team TWB dapat pergi sama-sama. Bertuahnya lahai..
  • Kalau kelas SPA dekat luar, habis je kelas (training) haaa pandai-pandailah anda nak running SPA anda macam mana. Tapi, kalau anda join TWB? You never walk alone! Anda sentiasa dalam kumpulan sokongan walaupun masing-masing memiliki SPA mereka sendiri. Best kan? Bergaul dengan orang lain yang dari berbagai latar belakang (ada yang Engineer, bekas Engineer seperti Pengasas TWB sendiri, ada yang Akauntan, Cikgu, pekerja full-time, pekerja part-time, housewife, dan pelajar).

Dan anda jangan terkejut tau. Projek ni dapat perhatian dari pihak Berita Harian (BH) sendiri untuk bahagian pendidikan (education).


Sesi interview bersama wartawan Berita Harian (BH)

Praktikal 'full facial' oleh pelajar-pelajar (tarinee) sambil dibimbing oleh 
Pengasas The Walking Beauty (TWB), Pn. Ainul Shahrazad 
di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Ok itu sahaja buat masa ni.. Sekian review untuk The Walking Beauty Project. Harap review ni dapat membantu anda yang masih tertanya-tanya tentang TWB ni ye! 


Siti Aisyah
Team The Walking Beauty
Founder & Owner Yeoja Beauty House
Natural Home Spa & Mobile Spa
+6013 - 476 5930


Saturday, 11 July 2015

Review Drama : Khilaf Seorang Isteri

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~




Hari Rabu hari tu (8 Julai 2015), Sya tertengok TV9.. Macam best je cerita yang ditayangkan. Tajuk cerita tu, "Khilaf Seorang Isteri."

So, Sya pun tengoklah sampai habis cerita tu... Seriously blur and tak faham tengok cerita tu sebab time Sya tengok tu, cerita tu dah nak habis dah. Huhu.. Tak teringin pulak nak cari cerita ni dekat mana2 i.e. Tonton dll sampailah kakak Sya send dekat whatsapp pasal cerita ni. 

Disebabkan curious, Sya pun try lah cari cerita ni dekat Youtube. Tapi, sedihnya dekat Youtube cerita ni still belum keluar. Try search dekat Tonton pulak. Yes! Ada pun! Terus Sya register Tonton. Huhu..

Telemovie ni best sangat.. Cerita pasal suami isteri dan rumahtangga. Realiti kehidupan masyarakat sekarang yang memang ada berlaku.

PELAKON : Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz.

SINOPSIS :

Muiz dan Thalia adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Aryana. Mereka telah membawa haluan masing2 dengan pasangan baru mereka. Muiz merupakan seorang Pengurus Kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahiwn dengan Ryna seorang Eksekutif Perundangan, manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang Pengarah, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing2, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah. Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.


Antara PENGAJARAN yang dapat Sya simpulkan dari Telemovie Khilaf Seorang Isteri :

  • Suami isteri perlu sentiasa muhasabah diri masing2. Awal2 cerita ni, Muiz (si suami) ada bagi hadiah handbag yang mahal kepada Thalia (si isteri) dia sempena Anniversary mereka yang ke-7. Muiz marah bila Thalia ingatkan dia pasal hutang kereta, rumah dsb. Thalia cakap (dengan suara yang lembut dan rendah) daripada Muiz membazir beli handbag yang mahal2 untuk dia, lebih baik Muiz gunakan duit tu untuk bayar kereta dan rumah. Pendapat Sya, sebagai seorang suami yang baik.. Muiz sepatutnya tak terus melenting bila Thalia ingatkan dia pasal hutang2. Ye lah, sebab ini untuk kebaikan dan masa depan mereka jugakkan. Muiz sepatutnya muhasabah dan fikir sejenak kata2 isteri dia. Si Thalia pulak sepatutnya ucapkan dulu terima kasih dekat Muiz sebelum nak ingatkan suami dia macam tu walaupun apa yang ingin disampaikan tu betul.

  • Jangan selalu kongsikan kebahagian di laman sosial kerana takut ada yang iri hati dengan kebahagian kita. Kita tak tahukan kot ada yang iri hati dengan apa yang kita kongsikan. Tak semua orang suka dan senang dengan kebahagian yang kita ada.. Hati2 ada yang memerhati.. 

  • Jangan terlalu dengar atau terpengaruh dengan cara orang lain didik anak. Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri untuk mendidik anak2 mereka. Sepatutnya kak ngah (kakak kepada Muiz) tidak perlu masuk campur dalam urusan anak Muiz dan Thalia. Lagi pun, hal kecil je. Aryan tak nak mandi. Aryan tu masih kecil dan perlukan arahan yang berbentuk kasih sayang, kelembutan, dan psikologi. Lainlah kalau Aryan tu mengamuk, keluarkan kata2 kesat atau kasar, dan rosakkan barang. Ini mungkin boleh gunakan ketegasan sedikit supaya Aryan takut dan akur.

  • Pastikan ada jurang (gap) antara majikan dan pekerja. Sebagai seorang pekerja especially wanita, anda tidak sepatutnya memanggil boss anda dengan panggilan "You" atau selain dari Encik yang diikuti dengan namanya. Panggilan sebenarnya turut memainkan peranan di dalam sesebuah hubungan. Sebab tu lah kita tak panggil boss kita dengan panggilan abang (bagi wanita yang telah berkahwin) dan sayang (bagi lelaki yang telah berkahwin) selain dari sebab kita hormatkan mereka sebagai majikan yang membayar gaji kita.

  • Tundukkan pandangan dan sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. pelihara mata kita supaya kita hanya melihat yang halal je.

  • Jangan luahkan perasaan termasuk masalah rumahtangga kepada kawan berlainan jantina. Kesilapan besar Muiz dan Thalia. Dahlah mereka berdua ni jarang berbual, dah tu masalah rumahtangga mereka diceritakan kepada kawan baik mereka yang berlainan jantina. Si Muiz luahkan dekat PA dia yang seksi dan menggoda dan pada masa yang sama si Thalia luahkan perasaan dekat kawan lelaki dia yang memang dah lama simpan perasaan pada dia.

  • Jangan sesekali ajak kawan berlainan jantina untuk makan atau keluar bersama kerana takut akan mendatangkan fitnah dan wujudnya orang ketiga iaitu Syaitan Laknatullah. Sebagai seorang suami yang baik, Muiz tidak sepatutnya mengajak pekerja perempuannya untuk lunch bersama walaupun atas urusan kerja kerana niat tidak menghalalkan cara. Ini yang agama kita ISLAM tekankan kepada kita semua..

  • Hargai apa yang ada. Perbaiki apa yang tak betul.. Bukan cari orang lain untuk betulkan keadaan. Macam Muiz yang menyesal kahwin lain dan ceraikan isteri dia.. Baru dia sedar dan perasan kebaikan dan pengorbanan isterinya dahulu. Walaupun isterinya tak begitu menarik, tapi segala hal rumahtangga termasuk dirinya dijaga rapi. Sama jugak dengan Thalia.. Cuba perbaiki diri.. Koreksi diri.. Apa yang tak kena.. Cuba fahami suami.. Belajar dan terus belajar.. Contohnya, kesilapan yang dia buat time suami dia tengah busy siapkan agreement, dia sibuk nak cerita itu ini. Sepatutnya dia tolong dan bantu suami dia siapkan kerja..

  • Perkahwinan yang lama tidak menjamin kebahagiaan. Seperti Thalia dan Muiz, walaupun mereka telah lama berkahwin, tetapi ia tidak menjamin yang mereka akan terus kekal bahagia.. Kasih sayang dan cinta antara suami isteri perlu dipupuk setiap hari.

  • Seorang isteri wajib fahami suami, menjadi penyokong, dan tulang belakang suami. Bukan menambah bebanan suami. Seperti Thalia yang isukan pasal hutang, tapi dia tak bagi idea atau pendapat macam mana nak bantu suami dia untuk selesaikan hutang2 tersebut. 

  • Isteri wajib berdandan dan rapikan diri sendiri walaupun sibuk dengan kerja2 rumah. Macam Thalia, dia memang seorang isteri yang perfect dalam menguruskan suami, anak, dan hal2 rumahtangga. Tapi, Thalia selalu berbaju tidak menarik dan nampak serabai di hadapan suami dia. Ini menyebabkan suami dia nampak perempuan lain yang lebih rapi, walaupun bentuk badan Thalia persis seorang model tapi dirinya tidak dirapikan menampakkan dia tak cantik.

  • Teguran. Suami wajib beri teguran yang baik kepada isteri kalau ada perkara2 yang kurang menyenangkan di mata dan di hati suami, bukan meninggi suara dengan isteri..

  • Tanggungjawab suami untuk menjadikan isterinya cantik dan kelihatan menarik di matanya. Jangan harapkan isteri semata dan jangan hanya tahu komen.

  • Komunikasi. Komunikasi adalah asas penting dalam kehidupan berumahtangga.. Seperti Muiz dan Thalia yang mempunyai masalah komunikasi. Mereka mempunyai masalah, tetapi tidak duduk berbincang dan cuba cari jalan penyelesaian. Sebaliknya mereka menyibukkan diri mereka masing2 dan mengadu kepada orang yang tidak sepatutnya.

  • Kembali kepada Allah S.W.T. Rumahtangga yang tidak dibaja dengan iman dan taqwa, memang banyak ujian dan dugaannya. Seperti rumahtangga Muiz dan Thalia yang kurang penghayatan agama.. Maka, banyak anasir luar mudah mempengaruhi mereka.

Fuhhh... Memang banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari Telemovie "Khilaf Seorang Isteri" ni. Berjurai-jurai air mata Sya tengok cerita ni. Ye lah, kadang2 kita tak perasan khilaf kita. Buat para suami, tolonglah.. Tegur isteri anda kalau ada yang tak kena di mata anda. Isteri anda bukanlah malaikat. Isteri anda tidak perfect. Hargai dan jaga apa yang Allah S.W.T. anugerahkan dengan sebaiknya. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. 

Apa-apa pun komunikasi dalam rumahtangga sangat penting... Buat para isteri, kalau suami kita pendiam, kita pun janganlah jadi pendiam. Malah jadilah penghibur buat suami kita. Semoga entry Sya kali ini memberi manfaat buat anda semua yang telah berkahwin atau bakal berkahwin. 

Kepada suami isteri, kalau boleh tontonlah telemovie ni bersama-sama supaya kita belajar dan dapat muhasabah diri masing2 dalam membina rumahtangga yang diredhaiNYA..



Friday, 10 July 2015

SKBBST : Diari Seorang Guru Ganti

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~

10 JULAI 2015


Hari ni dah masuk minggu ke-4 Sya mengajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SK BBST), Sepang, Selangor sebagai Guru Ganti (Guru Sementara). Alhamdulillah.. :")

Suatu pengalaman yang Sya tak akan lupakan sampai bila-bila! Bukan mudah, bukan senang untuk menjadi seorang pendidik. Lagi-lagi untuk Sya yang baru pertama kali mengajar! Pendidikan bukanlah bidang sebenar Sya.. "Degree of Bachelor of Business Administration (Hons) (Human Resource Management)" dan "Diploma in Office Management and Technology" adalah bidang sebenar Sya. Huhu..


BIDANG YANG SANGAT BERBEZA, TETAPI DITERIMA MENJADI GURU GANTI???

Rezeki Allah S.W.T. itu pasti tidak tersalah alamat untuk setiap hamba-hambaNYA. Sya diterima untuk menjadi Guru Ganti adalah disebabkan aturan yang telah ditentukan olehNYA. =)

Yang pasti Sya hanya berusaha dan selebihnya Sya berdoa serta bertawakal kepadaNYA. Untuk makluman semua, especially rakyat Selangor yang berhasrat untuk mengisi kekosongan sebagai Guru Ganti di sekolah-sekolah rendah atau menengah di sekitar Selangor.. Anda perlu mengisi dan menghantar permohonan anda secara atas talian (online) di esggs.juict.net

Lepas dah isi tu, kenalah rajin follow-up dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) okay! Insyaallah, kalau ada rezeki, anda akan diterima sebagai Guru Ganti. :) Macam Sya, Sya apply since awal tahun lepas (awal tahun 2014) kalau tak silap. Lepas setahun baru Sya diterima.


17 JUN 2015

Hari pertama Sya menjejakkan kaki di SK BBST. Huhu.. Sya sampai di sekolah untuk melapor diri sebagai Guru Ganti di situ sebelum jam 7:30 pagi. Seriously rasa blur tak tahu nak buat apa time tu! Just tunggu Guru Besar sampai sambil Sya tengok cikgu-cikgu lain punch card.

After few minutes..

Sya berjumpa dengan GPK 1, Puan Azura. Pn. Azura lah yang memberi penerangan kepada Sya sebelum Sya mula mengajar. Sya dimaklumkan terdapat 4 kelas bagi setiap tahun (Tahun 2 - Tahun 6) kecuali bagi Tahun 1 yang mempunyai 5 kelas. Antara nama-nama kelas di SK BBST adalah Budi (Kelas Pertama), Bakti (Kelas Kedua), Setia (Kelas Ketiga), Tekun (Kelas Keempat), dan Sopan (Kelas Kelima bagi Tahun 1). 

Selain itu, Sya juga dimaklumkan berkenaan dengan buku-buku yang perlu ada di atas meja guru di dalam kelas. Antaranya :

  1. Buku Kedatangan
  2. Buku Kawalan Kelas
  3. Buku Kerja Rumah


Jadula Waktu 2015

Untuk minggu pertama, Sya diberi jadual salah seorang ustazah di situ. Sepatutnya Sya ganti Guru Pendidikan Khas yang cuti bersalin.. Tapi, disebabkan Sya tak pernah dan belum pernah attend mana-mana kursus yang melibatkan Pendidikan Khas, so Sya diarahkan untuk menggantikan tempat ustazah tersebut. Manakala ustazah tersebut ambil tempat Sya sebagai Guru Pendidikan Khas. 

Sepanjang minggu pertama di sekolah, Sya dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid-murid Tahun 1 Sopan, 1 Tekun, 2 Tekun, 3 Bakti, 3 Tekun, 5 Budi, dan 6 Setia. Semua kelas ni Sya ajar Pendidikan Islam yang terdiri dari Quran, Jawi, dan Tasmik. Nasib baik Sya ada "basic" agama. Huhu.. Sebab dulu Sya sekolah Arab (Form 1 - Form 5). Heee... :D

Minggu kedua pula jadual waktu Sya bertukar. Pada minggu ni, Sya hanya dapat kelas-kelas untuk diganti (relief) sahaja. Fuhhh... Seriously mencabar! Subject dan kelas yang berbeza-beza! Antaranya :

ISNIN :
Bahasa Malaysia (BM) Tahun 5
Pendidikan Kesihatan (PK) Tahun 3
Pendidikan Seni Visual (PSV) Tahun 6

SELASA :
Selasa ni banyak sikit kelas relief Sya. Penat!
DM2 (Muzik) Tahun 2
Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
BM Tahun 5 
Matematik (MT) Tahun 4

RABU :
PSV Tahun 5
Sains (SC) Tahun 4
DST Tahun 2

KHAMIS :
SC Tahun 4
SC Tahun 5

JUMAAT :
MT Tahun 1
Sains (SN) Tahun 2
Sejarah Tahun 4


Apa yang Sya boleh katakan untuk 2 minggu pertama Sya menjadi Guru Ganti adalah PENGALAMAN "mengajar" dan "mendidik" murid-murid dari tahun yang berbeza-beza. Setiap tahun dan kelas berbeza perangai setiap muridnya. Huhu.. 

Kalau mengajar kelas-kelas last, Sya perlu rendahkan penggunaan bahasa Sya supaya murid-murid lebih memahami apa yang cuba Sya sampaikan kepada mereka. Kalau mengajar kelas-kelas pertama pula, Sya perlu bersedia dari segi ilmu yang tinggi. Sya kena pastikan ilmu Sya lebih tinggi daripada mereka sebelum mereka memperlekehkan apa yang cuba Sya kongsikan dan sampaikan kepada mereka. Caranya, Sya perlu study atau buat revision atau bertanya dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman dan mahir dulu sebelum Sya masuk ke kelas mereka untuk mulakan mengajar.

Minggu ketiga dan keempat, Sya dah dapat jadual yang tetap.. Sya diberi tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik murid-murid Tahap 1 iaitu 1 Tekun untuk subject MT dan BM. Kedua-dua subject ni adalah subject LINUS. Apa yang Sya faham berkenaan LINUS adalah dua subject (BM & MT) yang mana majoriti murid-murid lemah especially kelas-kelas hujung. 

Ok, sambung semula berkenaan dengan jadual tetap Sya. Jadual baru Sya ni tak berapa pack, so kalau ada hari yang Sya langsung tak ada kelas macam hari Isnin.. Sya akan dapat kelas untuk relief. Kadang-kadang ada jugak dapat kelas relief untuk hari-hari lain.


PROFESSION SEBAGAI SEORANG GURU MEMENATKAN? YE KE???

Dari segi jam bekerja (working hours) untuk SK BBST adalah bermula jam 7:30 pagi sehingga 1:45 petang atau 2:00 petang. Kiranya semua guru dan staff2 SK BBST mesti datang ke sekolah sebelum jam 7:30 pagi. 

Macam Sya, jarak antara rumah Sya dengan sekolah hanya mengambil masa kira-kira 15 minit macam tu lah. Biasanya Sya dan suami Sya akan keluar dari rumah lebih kurang jam 6:50 pagi atau 7:00 pagi. So far, dah hampir 2 bulan Sya jadi cikgu, alhamdulillah belum pernah lagi Sya rushing atau terpaksa tempuh jem pagi-pagi. Ye lah, tempat kerja dekatkan.. Huhu..

Secara jujurnya, bagi Sya menjadi guru untuk sekolah rendah tidaklah begitu penat kalau 
guru-guru hanya perlu menjalankan tugas hakiki (mengajar dan mendidik) murid-murid sahaja. Cuma apabila guru-guru dilibatkan dalam pelbagai aktiviti dan tugas sekolah, itu yang membuatkan semua guru rasa penat. 


CABARAN MELAPOR DIRI SEBAGAI GURU GANTI SEHARI SEBELUM BERPUASA 

Sya mula melapor diri di SK BBST pada 17 Julai 2015 (Rabu). Esok tu (Khamis, 18 Julai) dah mula puasa. 1st day Sya di sekolah, Sya dah kena relief kelas. Antara kelas yang Sya relief adalah kelas 3 Bakti (DSV Seni), 3 Tekun (BI), dan 1 Budi (BI). Wohaaa! Kena ajar BI tu...... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. :) Cuma biasalah. Kalau jadi cikgu ni, suara kita kena pastikan kuat supaya semua murid boleh dengar suara kita. Boleh dengar apa yang kita sampaikan kepada mereka. 

Bila dah hari-hari kena kuatkan suara, lagi-lagi bila bulan puasa.. Memang ia menjadi satu cabaran untuk Sya! Even guru-guru yang lain pun sama. Ini belum masuk lagi murid-murid yang suka bermain, bercakap, usik kawan, tak faham dsb. Huhu.. Memang suara ni jadi "aset" penting untuk mereka yang bergelar gurulah.


KENAPA APPLY JADI GURU GANTI? BUSINESS DAH TAK OK KE???


2 jam = RM100
Natural Home Spa & Mobile Spa

Feeback customer 

 
Permintaan SPA sangat tinggi setiap hari!


So, bukan sebab business SPA atau Shaklee Sya dah tak ok.. Tapi sebab :

  • Experience. Yes. Pengalaman. Nak merasai pengalaman sebagai seorang pendidik (guru). At the same time nak merasai suasana bekerja dengan kerajaan. Hikhikhik.
  • Networking. Untuk orang yang buat business macam Sya, of course networking is very very very important! Selain tu, dapat kawan-kawan baru! Untuk orang yang friendly macam Sya jugak, memang best lah kan bila dapat lebih ramai kawan. Hihi.
  • Bored. Hahahah.. Kadang-kadang rasa bosan jugak bila duduk rumah sorang-sorang. Huhu.. Walaupun dekat rumah kita boleh bangun pukul berapa yang kita nak, boleh tidur bila-bila masa yang kita rasa mengantuk, nak online 24 hours, nak tengok tv, movie, youtube dll.. Tapi, ada masa Sya perlukan someone untuk Sya bercakap. Ini kalau Sya lah..
Cuma bila kita berada di rumah, kita boleh spend much more time untuk beribadah. Contohnya, setiap pagi (7:00 - 8:00) kita boleh tengok dan dengar Tanyalah Ustaz di TV9. Lepas tu dapat tengok Hadis dan Upin Ipin. :P Dapat solat sunat Dhuha bila-bila masa yang kita nak (sebelum jam 11:00 pagi). Dapat baca surah Yasin selepas Dhuha, dapat bertasbih, bertahmid, bertakbir, berzikir, selawat, dan istighfar lebih lama. 

Kalau dekat sekolah sekarang, boleh je nak tunaikan solat sunat Dhuha.. Tapi, kena pastikan sebelum jam 9:40 pagi atau selepas jam 10:30 pagi sebab kedua-dua waktu ni adalah waktu rehat bagi Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan Tahap 2 (Tahun 4,5,6) bagi sesi tazkirah sempena Ramadhan Al-Mubarak. Kadang-kadang Sya jugak ditugaskan untuk memberi tazkirah. So, memang kena pastikan yang Sya free betul dan tak ada kelas waktu tu. Dari segi mengaji pulak, yang ini tak ada masalah sebab bila Sya sampai sekolah awal, Sya boleh mengaji sebelum kelas start. ;) 

Di SK BBST, setiap pagi Jumaat akan diadakan majlis bacaan Yasin di dataran perhimpunan. 

Ok, sebelum Sya end up entry Sya kali ni.. Jom rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar sekitar majlis atau aktiviti yang di adakan di SK BBST! ;)

Sehari sebelum Majlis Penutup Bulan Panitia Agama Islam SK BBST:




| MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA AGAMA ISLAM | 10 JULAI 2015 |


Persembahan nasyid lelaki

Persembahan nasyid lelaki

 
Persembahan Nasyid Perempuan

Tahun 4, 5, dan 6 SK BBST

 
Bersama Aisya (Kiri) dan Musfirah (Kanan)
Dua-dua ni practical students


Oklah, Sya rasa cukup setakat ni dulu update daripada Sya sebagai Guru Ganti.. Huhu.. Insyaallah, 28 Ogos 2015 (Jumaat) next month, Sya akan mengakhiri tanggungjawab Sya sebagai Guru Ganti di sini. =)


Berminat untuk memiliki SPA anda sendiri?

ATAU

Berminat untuk menjadi AGEN HOME SPA / MOBILE SPA?

ATAU

Berminat untuk membuat "FACIAL" & "FACE MASSAGE?"

Hubungi 013-476 5930 (Puan Siti Aisyah) untuk keterangan lanjut!




















Friday, 29 May 2015

Selamat Tinggal Bandar Putra, Segamat !!

Hi, assalammualaikum!

Nama saya Siti Aisyah binti Ab Razak. ALUMNI UiTM. =) Ada sesiapa ALUMNI UiTM dekat sini? Sya merupakan bekas pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Office Management and Technology) di UiTM Seri Iskandar, Perak dan juga bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM).

Dirisik, bertunang, dan bernikah ketika masih belajar. :) 

Sya bernikah (berkahwin) pada 9 Februari 2013 ketika Sya di 2nd last semester (Degree). Alhamdulillah, walaupun Sya berkahwin ketika masih belajar, Sya dapat sesuaikan diri sebagai seorang isteri 'jarak jauh.' Hari ni dah 2 tahun lebih Sya menjadi isteri. :") Usia Sya sekarang adalah 25 tahun.


_________________________________________________________________________


A week before Sya dan husband Sya sah menjadi pasangan suami isteri, husband Sya dah cari rumah sewa yg lain (sebelum ni menyewa dgn kawan2 sekerja). So, hari ke 4 kami sebagai suami isteri, husband Sya dah bawa Sya balik ke rumah 'kami' di Segamat. Husband Sya dah kena masuk kerja semula minggu tu. 

Sya tak pernah terfikir pun sebelum ni yg Sya akan menjadi warga Segamat walaupun hanya untuk beberapa bulan. Huhu.. Actually, husband Sya bekerja di Hospital Segamat sebagai Engineer. Sebab tu kami menyewa di sana. Ada satu sebab je Sya suka duduk Segamat. Sebab jarak rumah kami dengan GH hanyalah 5 minit sahaja! Setiap kali lunch hour husband Sya akan balik rumah untuk lunch dengan Sya. Hihi. 

Ok, jom kita tengok dulu macam mana rumah sewa kami di Segamat. ;)



Rumah No 5

View From The Outside

Living Room
Keluasan yg tak berapa lebar, tapi panjang.

Master Bedroom

Master Bedroom's Toilet

Kitchen

View From The Inside 

4th Room

Gambar2 ni antara gambar yg husband Sya mms time Sya tengah final exam utk 2nd last semester. Time husband Sya mms gambar2 ni, time tu Sya tengah buat revision. Excited juga husband Sya time tu sebab dia terus call Sya minta Sya tengok gambar2 yg dia mms tu. Hihi.

Only Allah S.W.T. knows what I felt when I saw all the pictures sent by him. Happy, excited, terharu, nervous etc. Over kan? Walhal rumah sewa je pun. :D Insyaallah, tak lama kami suami isteri akan move in ke rumah sebenar kami. Macam manalah pula perasaan Sya time tu kan. Hikhikhik.

Btw, just nice kan our rental house? Kami orang pertama yg menyewa rumah ni tau.. Memang rezeki betul lah! Dah lah murah, RM400 je sewa setiap bulan. Rumah baru pula tu. Inilah yg dikatakan rezeki lepas kahwin kot? ;) So, jangan takut atau risau ok soal rezeki kalau dah kahwin. Insyaallah, kalau niat kita betul, baik, dan kita tak lupakan DIA, DIA akan ingat kita. DIA akan permudahkan urusan rumahtangga kita serta akan murahkan lagi rezeki kita.

Rumah ni adalah rumah teres 1 tingkat yg baru dibuat. Kami kira 1st mover lah. Rumah ni ada 4 bilik dan 2 bilik air. 

_________________________________________________________________________


~ 12 FEBRUARI 2013 - 31 DISEMBER 2014 ~

Lebih kurang 10 bulan lebih kami menjadi penduduk Segamat. Huhu.. Suatu pengalaman yg tak akan Sya lupakan sampai bila2.  

Di sinilah kali pertama Sya bersilat (masak) dekat dapur. Hahahah! Sya TAK RETI MASAK dan Sya BUKANlah seorang yg SUKA MASAK. I'm serious okay. Family Sya memang dah kenal sangatlah tahap Sya tak suka masak tu macam mana. -_- But, I know once Sya dah jadi isteri, I have to learn how to cook from time to time and I have to start tanamkan rasa suka memasak. Huhu.. Mujur Sya dijodohkan dgn seorang suami yg tak cerewet! Suami Sya akan makan apa je yg Sya masak till now and insyaallah forever. Kehkehkeh. Tapi, sekarang Sya dah jadi "Masterchef"... (sambil dabik dada). Ceh! Berlagaklah pula!

Segamat is a small city and ramai penduduk berbangsa Cina serta India. Jiran sebelah rumah Sya sendiri adalah seorang nenek yg berbangsa Cina. :) Dekat area rumah sewa Sya dan suami ada surau, Tokong Cina, dan Kuil India. 1 Malaysia betul lah! Tokong Cina ni betul2 terletak di depan rumah kami. Kadang2 tengah2 pagi kami sampai terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi 'gong' dari arah tokong Cina. Memang ada malam2 tertentu yg menjadikan tokong Cina tu aktif. Kuil India tu pula terletak di hadapan sebelah kanan rumah kami. Setiap jam 7 malam, kami akan dengar bunyi loceng dari kuil tersebut. Not sure loceng tu dibunyikan sebab apa. Macam kita, bila dah masuk waktu solat, kita akan dengar laungan azan dari surau atau masjid. So, kalau loceng dari kuil? Not sure......

Di Segamat jugalah Sya menyambut puasa dan menunaikan solat sunat Tarawih sebagai isteri buat kali pertama. :") :") Disebabkan rumah kami berdekatan dgn surau, so kami hanya berjalan kaki setiap kali ke surau. 

Kalau korang nak tahu, ada seekor anak anjing selalu datang rumah kami utk tumpang tidur. Huhu.. Yg peliknya, anjing tu suka sangat tidur dekat longkang kecil dalam rumah kami. Comel je. Nahhh tengoklah sendiri. 



Batu yg diletakkan utk menghalang anak anjing tumpang tidur.

Terpaksa buat macam ni sebab sebagai umat Islam, anjing antara salah seekor binatang yg HARAM disentuh. Selain tu, kalau bulu anjing tu basah and terkena mana2 anggota badan kita (umat Islam) atau terkena barang2 kita, so kita kena sertu dgn menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan dgn air tanah 1 kali.


| SHOPPING MALL @ SEGAMAT |

Segamat tak ada shopping mall seperti AEON, TESCO, JAYA GROCER, COLD STORAGE, etc. Yg ada pasaraya GIANT, KIP MART, dan ONE SEGAMAT (ini apa yg Sya perasan dan ingatlah). Tapi, rasanya memang ni je. Huhu.. Tak sure lah kalau sekarang dah ada macam2 mall dan tempat2 baru di Segamat. Sebab kami pun dah tinggalkan Segamat hampir 2 tahun. Tiga2 shopping ni juga yg kami selalu pergi kalau nak beli barang2 dapur. Cuma, GIANT Segamat ni kurang meriah sikit. Tak macam GIANT2 yg Sya pernah pergi especially GIANT Senawang. Ok, bawah ni antara gambar yg Sya ambil utk kenang-kenangan dan yg still Sya simpan. 


Tutti Frutti
One Segamat
2 November 2013

Tutti Frutti
One Segamat
2 November 2013

Time ni kami jalan2 di One Segamat dan kami ternampak kedai Tutti Frutti yg baru dibuka di sini. Inilah kali pertama kami try makan Tutti Frutti. Sweet tak??? >< Sedangkan Tutti Frutti ni dah lama beroperasi (selain dari Segamat). Even dekat Melaka dan Senawang pun ada. Boleh pula Tutti Frutti Segamat yg kami suami isteri cuba. Hahaha.. Kalau nak cerita satu persatu "kenangan" kami sebagai suami isteri sepanjang kami menyewa di Segamat, memang terlalu banyak. Yg paling best sebab banyak benda yg kami buat bersama utk kali pertama. Huhu.. 

GIANT, Segamat
17 November 2013


| FAST FOOD RESTAURANTS @ SEGAMAT |

In terms of fast food restaurants pula, ada je KFC, McDonals, Marrybrown, Pizza Hut, dan Secret Recipe. Semua ni kami dah pernah cuba KECUALI McDonals sebab kami dah lama STOP makan McDonals since kami tahu McDonals PENYUMBANG TERBESAR kepada kewangan ISRAEL LAKNATULLAH. Oh, anyway Secret Recipe Segamat ni lah tempat makan pertama kami. Kenangan sungguh! Tapi, time ni bukan kami berdua je. Kami ditemani family Sya (ayah, ibu, kak tiera, dan adik sepupu) sebab time ni kami masih bertunang. Kebetulan Sya dan family lalu Segamat untuk balik ke Melaka selepas menghadiri walimah kakak saudara di Pahang. Semua tempat makan ni dekat2 je.


| KEDAI SOTO KG. JAWA @ SEGAMAT |

Ok, ini Sya nak share pasal bihun soto yg PALING SEDAP dan BEST pernah Sya makan! Seriously! Actually, dekat sini bukan jual soto je. Tapi, ada juga lontong, mee kari, nasi lemak, roti canai, dan kuih-muih yg semuanya berasa! Sedap! 

Biasanya setiap kali datang makan dekat sini, menu tetap kami adalah bihun soto dgn begedil. Lepas tu order air panas masing2. My favourite hot drink is MILO. Hubs Sya pula sometimes order Hot MILO and sometime order other than MILO. So far, hot drinks dekat sini just nice. Tak terlalu cair atau pekat dan tak terlalu manis atau tawar.

Bihun soto sini best sebab kuah ia yg pekat melekat tu ditambah dgn sambal kicap hitam yg pedas! Ya Allah, seriously meleleh air liur rasa! Bahahahah!

Kami akan datang ke sini time weekend je sebab weekdays hubs Sya kerja dan Sya pun tak selalu ada di Segamat sebab still belajar di Melaka. Tapi, time Sya cuti sem and weekdays tu hubs Sya selalu juga tapaukan bihun soto Kg. Jawa ni utk Sya. Hihi. 

Ni full address utk Warong Soto Wageh Kampong Jawa :


Soto Wageh (Jalan Medoi, Kampong Jawa), 85000 Segamat, Johor, Malaysia.

Kot2 lah nanti korang datang atau singgah Segamat dan nak cuba bihun soto sini. =)




Oh, ada satu lagi tempat makan yg best dekat Segamat. Restoran Cina Muslim, Bandar Putra. Ini je gambar makanan di Restoran Cina Muslim yg still ada dalam simpanan Sya. Huhu.. Nama makanan ni pun Sya dah tak ingat. T_T Yg pasti Kuey Teow lah.. Hubs Sya pun akan order Kuey Teow, tapi bukan yg macam ni and he loves to order Lai Chi Kang yg ada kurma Cina dalam tu. Restoran ni dekat je dgn rumah sewa kami. Dalam 5 minit dah boleh sampai.



Hari berganti hari.. Tibalah masa utk kami berpindah...... Sob sob sob. T_T T_T

Hubs Sya dapat offer as an Executive Engineer di Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Sebelum tu, hubs Sya ada apply utk di transfer ke HQ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tapi, lambat sangat result nya sampailah MAHB offer job ni and we decided utk accept offer MAHB ni.. 

Ini gambar2 sekitar hari terakhir kami di Taman Bandar Putra, Segamat.. Kami dibantu oleh ibu dan ayah Sya utk proses pemindahan. 

Banyak barang2 hadiah yg kami dapat time kahwin je. 
Huhu..

Rajin!

Our Master Bedroom! 
Besar! Sangat puas hati!

Kitchen.
Refrigerator tu ayah dgn mama yg belikan.
Malu I tau even I dah refuse tak nak. -_-
Apa pun, thank you bought a refrigerator for us! 
SAMSUNG tu.. 

Semua hadiah kahwin dan barang2 kami akan simpan di bilik belakang.
Dah macam stor lah pula bilik ni. 
Cantik sangat nak jadikan stor, but we have to.

Clear already!!!

Untung penyewa selepas kami sebab kami dah clear kan rumah siap sapu lagi tau..
Penyewa selepas kami sepasang suami isteri juga.
Si isteri kerja di Hospital Segamat. Suami dia Sya tak tahu.

MyVi VS MyVi

Jom ambil gambar kenangan satu depan rumah buat kali terakhir! Huhu..
Thanks ayah sebab tolong snap kan gambar kita orang!

Nampak tak lori tu? Itulah lori sewa kami utk mengangkut barang2 kami ke Senawang,
rumah mertua Sya.


Sementara belum jumpa mana2 lagi rumah sewa, kami stay dulu di rumah parents hubs Sya. Lebih kurang 5 bulan macam tu kami menumpang di rumah parents. Terima kasih ayah mama sebab bagi kami tumpang sekejap di rumah! Muahciked lah!

Ok, sebelum Sya end up entry Sya kali ni.. Sya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung semasa Sya dan suami pindah. Sya juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka yg banyak membantu kami suami isteri sepanjang kami di Segamat. Semoga Allah S.W.T. sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kalian! Juga semoga rezeki kalian bertambah murah, lapang, dan luas! Amin......

By the way, kalau sudi jemputlah add Sya di FB korang dan follow IG Sya, @isterihasriakhmal & @yeoja_beautyhouse 

See you guys in my next entry! Thank you for your time reading this! ;)






Aisyah
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Owner of Yeoja_beautyhouse (yaeppenyeoja@gmail.com)
013-476 5930 / aisyahrazak90@gmail.com