Monday, 26 January 2015

NASI ARAB di Ayer @ 8 Putrajaya!!!

Assalammualaikum semua! Tak jawab dosa kalau jawab sayangggggg~~~

Maria Elena sangatttttt~~ Sila muntah hijau berjemaah. :p






Intro

Petang semalam Sya dan suami Sya pergi Alamanda, Putrajaya.. Actually, kami ke sini sebab Sya berniat untuk belikan suami Sya sepasang kasut sempena birthday dia Selasa (27 Jan.) ni..

Kelakarkan? Sepatutnya suami Sya tak bolehlah ada bersama-sama dengan Sya time Sya nak belikan hadiah birthday dia.. Tak surprise lah kannnnnn! Tapi, apakan daya.. si isteri 'buta' sikit dengan taste si suami. -_-

So, dari habis duit beratus-ratus untuk sepasang kasut yang mana mungkin nanti suami Sya tak berkenan.. baik Sya hangkut sekali suami Sya untuk cari dan beli kasut mengikut citarasa dia sendiri! Betul ke betul? (Pd hal sebab utama adalah Sya 'buta' dalam fashion kaum Adam). Hoho. 

Tapi......

Setelah satu Alamanda kami berdua round (sampai 2 - 3 kali), tak ada satu kasut pun yang suami Sya berkenan! High taste juga suami Sya ni! Nak kasut brand Onitsuka Tiger je!!! Onitsuka Tiger pula ada di Sunway Pyramid. Menangis si isteri! Hahahah..


Bermulalah sebuah makan malam yang hebat di...

ALMAEDA ARABIAN CUISINE
THE REAL YEMENI (NASI ARAB) FOOD

Restoran yang kami datang ni berhadapan dengan Masjid Besi dan jambatan Putrajaya tau. Seriously memang caaaaaantik sangat view malam tu! Romantik sangat rasa! Kahkahkah. 

Meh layan gambar2 berlatar belakangkan Masjid Besi dan jambatan Putrajaya..





Kami memang puas hati sangat dengan restoran ni. Seriously! Dah lah bersih.. Servis yang cepat.. View yang cantik.. Dannnnnn.. Of course menu2 yang best! 

Ini antara menu yang kami suami isteri order:


Ini Sya punya!
A007 Chicken Haneeth (Q)
RM13

Sumpah kenyang giler makan "Chicken Haneeth" ni! Boleh makan untuk dua orang! Tapi, disebabkan suami Sya order kebab.. so, terpaksalah Sya habiskan sorang2 nasi ni... -_- -_- Nasib sedap! Gagahkan jugalah untuk habiskan~~


Ini set nasi Sya. 
Ayam ni perghhhhhh memang super lembutlah! 


Ini suami Sya yang punya~
D013 Lamb Kabab Sandwich
RM8


Ok, jus2 ni yang buat Sya menangis bila order! :P
Mine: H005 Strawberry Juice RM15
Incik acuben: H008 Madu 3 Juice RM10

Walaupun mahal, tapi memang tak rugi order kedua-dua jus ni! Strawberry juice sini memang pure strawberry okay! Manisnya susah nak digambarkan dengan kata2.. Datang sini try minum dulu baru tahu.. 

Madu 3 Juice suami Sya pun not bad! 3 layers gitttuuu.. Dahsyat betul lah taste husband Sya ni. Order air pun macam nak beli kasut Onitsuka Tiger! Kihkihkih. 1st layer (dari bawah) yg colour kuning tu perisa mango. 2nd layer (pink) tu perisa strawberry dan yg 3rd layer is banana.


Our dessert!
F012 Araissi~
RM10
Ada buah epal, strawberry, pisang, dan lain2 bauh tak dapat dikenal pasti. -_- 
Tapi, sedaplah.. 
Ada aiskrim + madu.
Sya yang tak suka minum madu pun, boleh jadi suka bila rasa madu dalam dessert ni. 

Actually, dekat Ayer @ 8 ni ada pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai menu. Antaranya, Serabei, Kyros Kebab, Lala Pan, Tea Tarik Place dan macam2 lagi! 

Anda boleh pilih mana2 restoran yang anda rasa minat atau suka untuk anda cuba makan dekat situ. Kami suami isteri memilih Almaeda Arabian Cuisine sebab ia terletak berhadapan dengan Masjid Besi, tasik, dan jambatan Putrajaya. Selain itu, sebab menu2 yang sangat menarik!

So, apa tunggu lagi? Kalau yang belum pernah datang sini dan cuba makan di mana2 restoran di Ayer @ 8 Putrajaya ni.. bolehlah datang untuk mencuba masakan2 di sini + rasai sendiri suasana yang tenang dan romantik! Ahaks! 

Insyaallah, kalau berkesempatan dan ada rezeki, kami akan try semua restoran dekat sini next time.. Hihi. 












Sunday, 4 January 2015

Unplanned Holiday: Cameron Highlands~~~

Hi, Assalammualaikum! ;)




Pagi Isnin baru2 ni, saya dan my family-in-law (Ayah, Mama, & Bela) pergi Cameron Highlands. It was an unplanned holiday! Hahahah..

Why I said it was an unplanned holiday? Sebab......

Ahad malam hari tu, my family-in-law datang dan tidur di rumah saya serta suami. Mereka datang sebab my parents-in-law cuti sampai awal bulan 1, itu yang mereka datang ziarah. Tiba2 pagi Isnin tu, mama ajak ayah pergi Cameron Highlands. Ayah pun setuju. Saya dan adik ipar? Lagilah double triple setuju! Wahahaha. :P Lagi pun lately ni saya rindu nak pergi tempat2 sejuk macam time pergi Korea dulu... Huhu..

Actually, saya terkejut dan macam tak percaya betul ke my parents-in-law nak pergi Cameron Highlands ni??? Ye lah, sebab my husband tak cuti. My husband kerja, so takkan lah saya nak pergi tanpa suami saya pulakan. Dah lah suami saya tak ada kunci rumah (belum duplicate). Tapi, mama cakap kita balik hari. Pergi pagi dan balik petang. Okay, kami semua pun bersiaplah cepat2 pagi tu... 

Kami bertolak dari Sepang around 9:10 pagi dan sampai di Cameron Highlands around 12:45 tengah hari macam tu. Sepanjang perjalanan, memang hujan je. So, memang sejuk giler lah! Risau juga tak dapat naik Cameron Highlands sebab banjir dan tanah runtuh, tapi alhamdulillah kami dapat juga pergi ke sana selepas adik ipar saya call dan confirm kan dengan pegawai polis di sana. :)

But, a day after we all balik dari Cameron Highlands, ada tanah runtuh berlaku di situ. Alhamdulillah, kami semua selamat dan terlepas dari tanah runtuh tu. :')

Ok, 1st place yang kami pergi adalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang




Mira Nabela (Sister-In-Law)




Ayah & Mama




Fresh Strawberries With Cream~


Strawberry sini masam! Nasib baik ada krim tu. Manislah juga..




Baju ni buat saya nampak gemuk?! Huhu..
Baju yang besar ke atau saya yang besar???
Hmm








2nd place, kami pergi ke BOH Tea Centre Sungei Palas. Subhannallah! View yang sangat cantik, sejuk, dan nyaman! 






Nasi Lemak ni harga ia RM4.10
Nasi lemak biasa je pun.










Masa ni kilang pemprosesan teh Boh tutup. Tapi, bolehlah masuk ke dalam kilang dia kalau nak tengok2 layout dan mesin2 untuk proses teh. 




Before tinggalkan BOH plantations ni, ambil gambar dgn ladang teh dulu...
Time ni hujan renyai2. Sejuk!




Our 3rd place was pasar dekat pekan Brinchang tu. Seriously sejuk giler dekat sini sampai keluar asap dari mulut! Ada 1 moment saya dengan adik ipar saya kelakar giler sebab kita orang jakun giler bila nampak asap keluar dari mulut. Siap rekod video tu! Bahahaha.. Pada hal time pergi Korea dulu, bercakap je keluar asap. Bercakap je keluar asap. Huhu.. Erm, saya nak upload video tu dekat sini, tapi tak boleh upload. Asyik failed je. Tak tahu kenapa?

Ok, dekat sini yang kami banyak beli barang. Antaranya:

My aprons and my sleeping 'selipar.' ;)
1 apron = RM12.90
Saya beli 2 dapatlah RM10 setiap satu.
Selipar = RM17.90 dapat kurang RM15


For my mini garden~
1 pokok cactus = RM2
6 pokok cactus = RM10


Setiap sayur hanya RM1 sahaja!
8 = RM10 dan dapat percuma lagi 2 sayur!


1 longgok jagung (10 batang) = RM10
2 longgok jagung = RM15
Murah ke murah?


Strawberry yang masam! Huhu..


Our last place was Cameron Valley Tea yang terletak di Cameron Bharat Plantations. Kami minum teh sekali lagi di sini. Saya order chocolate tea (share with my sister-in-law) and mama ayah minum Cardamom Tea.




At Cameron Bharat Plantations~~~


Pergi tak dirancang, so ini sahajalah antara tempat2 yang dapat saya kongsikan dengan anda semua... Insyaallah, next time kalau pergi lagi, saya share baaaaaanyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highlands ye! ;) 

Oh, nak tahu tak.. sepanjang perjalanan turun bawah saya memang pening giler! Rasa nak muntah! Seriously! Pada hal before ni pernah je pergi Cameron Highlands for few times, tapi seingat saya, saya memang tak pernah muntah. Paling tak pun, saya akan senyap, pejam mata, dan tidur. Tapi, hari tu memang seriously saya tak boleh tahan sangat dah sampai ayah mertua saya terpaksa berhentikan kereta di bahu jalan untuk saya muntah. Huhu.. 

Apa pun, Cameron Highlands is one of the place yang you all have to go. Seriously! Memang tenang sangat bila berada di Cameron Highlands! Those yang always stress tu, Cameron Highlands is the best place for you to go. Yang baru kahwin dan nak 'honeymoon' dekat sini pun, memang sangat digalakkan. Kalau anda plan nak berbulan-madu di dalam negaralah. =)






































Wednesday, 24 December 2014

GST APRIL 2015: BERSEDIAKAH KITA???

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Siapa yang perlu bayar 6% GST? 
Consumer.
Siapa consumer?
Kita semua, rakyat Malaysia. =)


Sudahkan anda bersedia berhadapan dengan GST yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan bermula April 2015 tahun hadapan???

"Tepuk dada, tanya poket".

Hi, Assalammualaikum semua!

Around 3 months left untuk kita betul2 ready dan prepare ekonomi kewangan kita sebelum kerajaan melaksanakan GST. Hmm. Frankly speaking, semakin hampir kita dengan tahun 2015, semakin saya rasa takut nak hidup dalam keadaan kos sara hidup yang saban hari semakin tinggi!

Untuk pasangan suami isteri yang hanya seorang sahaja yang bekerja sekarang ni dengan gaji RM4,000 sebulan, percaya ke percaya yang sebenarnya masih tidak mencukupi. Atau mungkin hanya cukup2 makan je? 

Dengan duit rumah (sewa/beli) yang perlu dibayar.. Duit kereta.. Duit minyak.. Duit perbelanjaan rumah (Api, air, makan, minum).. Ini belum lagi masuk duit yang perlu kita belanjakan untuk keperluan dan kehendak kita seperti pakaian (Luar dan dalam).. Duit loan time study.. Kalau mereka yang dah ada anak pula macam mana? Kalau anak lebih dari sorang? Dengan kos nursery (Bagi suami isteri yang bekerja).. Duit diapers anak2.. Makan dan minum anak2.. Pakaian anak2.. Tak kan kita nak berikan sekadar yang boleh buat anak2 kita? Mesti kita nak yang terbaik untuk merekakan? Ini belum masuk lagi duit persekolah (Yuran, buku, pakaian, duit poket) anak2. Haa.. Duit belanja bulanan ibu bapa kita pun, mestilah kita nak bagi mereka jugakan? Agak2 nya lah kan, cukup ke dengan gaji 4K tu? 

Apa yang saya tulis ni adalah based on my observation dan experience orang2 terdekat saya. Saya terfikir adakah kita sanggup nak terus membebankan pasangan kita dengan membiarkan pasangan kita bayar segala-galanya? Atau adakah kita pasrah dan berserah je pada takdir tentang kehidupan kita? 

Saya nak kongsikan sedikit KESAN GST KEPADA KITA APABILA IA DILAKSANAKAN KERAJAAN tidak lama lagi oleh salah seorang pemilik akaun Facebook:








Dah baca dan fahamkan? Setuju ke setuju? Tujuan saya menulis dan berkongsi kali ni bukan sebab saya nak 'meracuni' pemikiran anda semua berkenaan GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tak lama lagi. Atau bukan bertujuan untuk mengajak anda semua membuat demonstrasi di hadapan pejabat Perdana Menteri secara beramai-ramai untuk membantah pelaksanaan GST. Sebab kita semua sedia maklum, apa sekalipun bantahan kita terhadap kerajaan, kerajaan tetap akan melaksanakan GST tanpa menghiraukan suara2 rakyat walaupun kita ni berada di dalam sebuah negara Demokrasi. 

Jadi, apa yang kita rakyat negara Demokrasi ni boleh lakukan untuk berhadapan dengan kos sara hidup yang double triple tinggi dan meningkat ni? Pasrah? Redha? Hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? 


"Di mana ada MASALAH di situ ada PELUANG. Di mana ada PELUANG, di situ ada WANG!"


So? Find other alternatives like doing business to support or back-up your monthly fix salary! Bukan ke Rasullullah S.A.W. pernah bersabda yang 9 daripada 10 rezeki itu adalah datangnya dari perniagaan? Masih nak meragui?

Buatlah apa2 business sekalipun, janji business tu business yang HALAL di sisi Allah S.W.T. dan di sisi agama Islam. Yang paling penting kalau nak berniaga tu, cari perniagaan yang tak perlukan anda keluar rumah tinggalkan suami dan anak2. :)

Saya dah jumpa business saya! Insyaallah, saya akan pastikan yang suatu hari nanti semua impian saya tercapai dan yang paling penting saya dapat berhadapan dengan realiti dan hakikat kos sara hidup sekarang...... 


"Beranilah bermimipi kerana mimpi itu adalah PERCUMA!!!"


*Anda tercari-cari business apa yang tidak memerlukan anda untuk keluar rumah meninggalkan suami dan anak2? 

*Anda tercari-cari business apa yang boleh dilakukan 100% dirumah dengan income sehingga 6 angka?

Contact saya untuk tahu jawapan. :) 
Tak payah bayar apa2 pun untuk dengar perkongsian saya. ;)


Aisyah
A happy working at home wife~~~
013-476 5930 (sms/whatsapp/telegram)









Monday, 22 December 2014

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang~~~

Hi, Assalammualaikum~~~

"Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang." 




Dulu seorang yang TAK SUKA MASAK, TAK RETI MASAK, dan TAK PANDAI MASAK!!! Siapa? Saya lah tu! Bahahah.. 

Tiba2 teringat time saya masak dolu2.. Hikhik. Aih, malulah nak cerita! Malu, tapi mahu! Ekekekek. =P

Alkisahnya......
Time saya Form 5, saya tinggal di rumah family saya, ditemani oleh seorang sahabat saya dunia akhirat (insyaallah) dan seorang abang saya. Saya tak ingatlah pula time tu kenapa saya tinggal di rumah dan tak ikut parents saya. They went somewhere *forgot*

So, disebabkan ibu saya tak ada di rumah, saya lah yang kena masak sendiri setiap kali lapar! Nak tak nak memang kena masaklah kan... Sedap tak sedap belakang cerita. Hihi. Ok, time tu saya nak masak sambal goreng untuk dimakan dengan ayam goreng AYAMAS if I'm not mistaken lah. Kan sedap ayam AYAMAS tu dimakan dengan sambal... Atau dengan something yang pedas2 lah I think. Then, guess what happened???

Api marak ke atas sampai dah tak nampak kuali hoiiiiii!!!!!! Hahahahahahah!!!!!! Setiap kali saya teringat tentang kejadian ni, I was like macam tak percaya yang now I can cook perfectly! Hahahah.. Mood perasan is turning ON. :P

Oh, satu lagi. Ada sekali tu (before I got married lah) ibu saya minta tolong saya goreng sayur and time tu pun saya dengan 'rajinnya' berbesar hati untuk tolong ibu saya goreng sayur. Sayur kacang botol je pun. Simple right? Heheh. Saya pun start lah menumis dan menggoreng (kejap2 tanya ibu saya what to do after putting this, this, and this sampai marah ibu saya sebab kejap2 tanya kejap2 tanya. Hahaha..). Nak buat macam mana... Saya dah cakapkan saya TAK SUKA MASAK dan TAK RETI MASAK... Huhu..

Sayur kacang botol goreng saya tak berapa nak menjadi dan saya pun time tu dah start berpeluh-peluh, so lagi lah saya double triple membebel pot pet pot pet (mengeluh). 

Itulah 2 perkara yang buatkan saya tak akan lupa sampai sekarang setiap kali saya tengok balik masakan2 yang dah pernah saya masak. Huhuuu.. :')

Jom layan dulu antara masakan saya dari saya duduk di Segamat sehinggalah di Salak Tinggi sekarang...


Bihun Goreng B***h. xD
Antara masakan saya time di Segamat.
Actually, banyak lagi yang saya masak sepanjang di Segamat.. 
Tapi, tak jumpa pula gambar2 masakan yang lama.
Time ni just letak fish-cake and button mushroom je. 
Lepas tu hias dengan cili hidup. 
Rasa bihun ni macam mana? Still rasa cili! Huhu..


Sambal Telur~
Sotong Goreng Kunyit~
Telur tu hancusss... 
Tak jadi nak buat telur tu sebiji2 macam telur mata yang ibu saya masak.
Sotong goreng kunyit tu pula terlebih minyak. -_-


Zoom 50% sikittt...
Sotong goreng kunyit yang terlebih minyak tadi tu.


Daging Blackpepper~
Terung Goreng~
Haaa... Yang daging blackpepper ni sedap! 
Terasa blackpepper tu meresap ke dalam daging sebab saya perap dulu.
Terung goreng ni je rentung sikit, tapi rasa not bad tau! 
Hahahah..


Zoom 50% 
Daging Blackpepper~


Sayur Campur~
Banyak2 sayur yang pernah saya goreng, sayur campur ni paling sedap di doniaaaaaa~~
Sebab sayur2 ni dah siap dijual sekali! 
Saya just prepare bahan2 untuk menumis je. Ngeh3.


Udang dan Sotong Goreng ADABI~
Rasa dah sedap sebab guna tepung serbaguna ADABI, 
tapi kurang rangup! -_-


Asam Pedas Ikan Tenggiri~
Ok, bangga sekejap sebab 1st trial masak asam pedas ni menjadi!


Sambal Sotong~
Time ni sambal saya memang super duper podeh. 
Pedassssss!!! 
Tengok pun tahu right?!


Telur Dadar Daun Bawang~
Walaupun rupa tak berapa nak indah, tapi berasa tau!


Kangkung dan Cendawan Goreng Cili Padi~
Terlebih masak! Layu jadinya.


Rendang Ayam Tanpa Kerisik~
Buncis Goreng Campur Cili Hidup~
Ok, masakan yang kali ni dua2 menjadi dan sedap! 
Seriouslyyy... :P


Mee Goreng Syasya~
Mee goreng ni dah few times saya masak. 
Banyak2 mee goreng yang saya pernah masak (Segamat - Senawang - Salak Tinggi),
mee goreng time saya duduk Salak Tinggi yang paling sedap dan menjadi!
Sebab banyak bahan! 
Ada fish cake, fish ball, sayur sawi, dan cili hidup. 
Dah few times masak, so ni kira dah pakarlah (Sila muntah secara berjemaah).
Sebelum2 ni try and error jeee... :D


Kuey Teow Kungfu~
1st trial and menjadi okay! 
Seriously sedapppppp.. Buat banyak2 kali pun still rasa sama! 
Sampai one of my friend time secondary school dulu minta resipi tu... 
Sungguh2 saya ajar dia bahan2 dan cara2 nak masak ni.
Mana saya tak terharu bila kenang balik 'zaman kegelapan' (tak reti dan tak suka masak).
Tak pernah terfikir pun yang suatu hari nanti saya yang akan ajar orang lain memasak walaupun masakan yang simple. :')


Tom Yam Putih Campur~
Saya guna perencah ADABI. 
ADABI memang best!


Laksa~
1st trial juga. Sedap! Ahahahah. Just kuah a bit cair. 
Korang tengok cair ke? Huhu..

Asam Pedas Ayam~
Sayur Kobis dan Capsicum Goreng Cili Padi~


Sambal Sotong~
Banyak minyak!
Oh, supplement saya pun sibuk nak interframe sekali. 
Hikhik.


Asam Pedas Ikan Cencaru~
Tapi, bagi saya ikan cencaru sedap kalau dibuat ikan bakar.
Cewah2.. Dah pandai buat keputusan masakan saya sekarang! Kikiki.


Sayur Kobis Goreng~
Time ni bahan yang boleh dicampur hanyalah ikan bilis. 
So, memang kurang menariklah sayur saya kali ni. 
Huhu..


Nasi Goreng Sayur Campur~
Ayam Goreng AYAMAS~
Dulu2 nak masak nasi goreng pun tak reti! 
Sekarang? Semua nasi goreng dah boleh masak! Kahkahkah.


Sambal Sotong Kentang~
Telur Dadar Kosong~
Yang ni pun best! 
Walaupun saya sampai rumah dekat2 pukul 8 malam (time ni jadi PA my sis dekat Bangi),
tapi saya still mampu masak yang terbaik buat suami saya. :')


Sambal Ayam~
Sayur Kobis dan Lobak Goreng~


Kurma Ayam~
Brokoli dan Capsicum Goreng~
1st time try masak kurma ayam ni. Cair! -_-
Sayur macam biasalah, dah pakar dah... Hehe.


Buncis dan Fish Cake Goreng~
Ayam Masak Kunyit~
Telur Dadar Kosong~
Ayam tu dah macam masak singgang pula.
Ngeee... :D


Ayam dan Kentang Masak Lemak Cili Api~
Ok, yang ni menu special sikit.
Sebab time ni santan tak ada, so saya replace dengan susu kotak Dutch Lady. 
Kreatif ke kreatif? 
Kreatif lah kan untuk orang yang macam saya tak berapa nak reti masak!
But, actually the idea cames from my sis. Kehkehkeh.


Ikan Jenak Masak Kicap~


Nasi Goreng Ayam Cili Padi~
Biasanya saya akan goreng nasi buat nasi goreng pagi2 je untuk breakfast.
Easy, simple, and mengenyangkan. ;)


Ayam Goreng ADABI~
Buncis Tomato Goreng~
Sambal Goreng Belacan~
Ok, sambal goreng ni tak menjadi sebab rasa hangit!
Konon2 nak try buat sambal macam maid kak ngah saya, 
tapi tak menjadi. 
Huhu..


Ayam Goreng Cili Padi~
1st trial taught by my mil (mother-in-law) through phone je!
Alhamdulillah, menjadi! ;)


Lepas tu, saya apply lah masakan ni time balik Melaka hari tu.. Haaa... Cuba tengok komen salah seorang abang saya lepas dia sendiri dah cuba rasa masakan saya. :P 


4 bintang tu... Kahkahkah. 
See.. Betapa saya TAK RETI dan TAK PANDAI MASAK dahulu kala sampai abang sendiri pun tak percaya yang saya dah boleh masak!!! 
Menangis rasa! 


Buncis Tomato Goreng Cili Padi~
Sotong Masak Kunyit~



Nasi Goreng Ayam~


Ikan Bawal Kukus~
Rasanya ini kali kedua ke ketiga saya masak ikan bawal kukus ni.
1st time try masak dekat Segamat. 
Bahan2 time tu tak meriah macam bahan2 sekarang. 
Huhu..
Ini pun idea suami saya. 
Not bad juga suami saya tu kan bab2 masak ni... :P


Again and again.
Kurma Ayam~
Nampak sedapkan.. Kan.. Kan..
Sebab pekat!


Sotong Masak Cili Padi~
Lobak Goreng Ikan Bilis~
Super pedas dan simple!


Sup Ayam~
Brokoli dan Capcicum Goreng Bawang~
Sambal Kicap~
Saya memang suka combine kan sup ayam dengan sambal kicap and saya suka saaangattt brokoli dan capcicum!!!
Sebab tu kalau korang tengok, most of sayur saya adalah brokoli dan capcicum.
Tapi, my husbengggggg lah pula tak berapa suka makan sayur2 hijau. -_-


Maggi Tomyam Syasya~
:P
Masak maggi pun nak tunjukkan? 
Inilah padahnya bila kanak2 Ribena dah bertukar status jadi 'Masterchef!' > <


Stew Ayam~
Resipi ni copy paste buku masakan je...


Can't rename this kind of cooking. -_-
Tapi, ada campur tepung jagung dan kicap manis.



Asam Pedas Ikan Cencaru~
Nama pun asam pedas, boleh pula saya tak letak air asam jawa atau asam keping?!?!?!
Patut cair! -_- -_-


Kacang Buncis dan Lobak Goreng Cili Hidup~


Sambal Sotong~


Bahan2 untuk buat cocktail. ;)


Fruits Cocktail~
1st trial and alhamdulillah menjadi!


Alhamdulillah, hari ini genaplah 1 tahun 9 bulan 24 hari saya bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang sangat bertanggungjawab, penyayang, dan sabar dalam melayani setiap kerenah saya. Thank you, abang for being my great husband, my imam, and my best friend. :') Thank you also for changing my life from someone who does not know how to cook until I can cook by my own now. :')

Even masakan saya sitll banyak yang kena improve, tapi saya mula belajar memasak dan tanamkan perasaan minat dan suka memasak selepas saya sah bergelar isteri kepada suami saya, Hasri Akhaml bin Samsuri pada 9 Februari 2013 tahun lepas......

Apa pun, nasihat saya kepada semua kaum Hawa especially yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi tu, kalau korang jenis yang macam saya.. Better korang berubah! Huhu.. Tak kan korang sanggup bagi orang lain masakkan untuk suami korang? Ingat tau. Masakan yang terbaik adalah masakan daripada air tangan seorang ibu dan isteri walaupun masakan tu tak berapa kena dengan citarasa dan tekak suami.




Lagi pun, nanti tak ada lah korang terkial-kial sangat bila korang dah kena masak sendiri especially bila korang kena masak dekat rumah parents-in-law korang! Macam saya, alhamdulillah dikurniakan mertua yang very understanding dan menerima kekurangan diri saya (tak reti dan tak pandai masak mula2 dulu). Dapat mertua yang cerewet dan nak kita yang masak setiap kali balik rumah dia orang, macam mana? Hihi.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu dan mama mertua saya kerana bersabar mengajar saya memasak, tak kiralah secara live atau melalui telefon. Really appreciated! Love both of u fiddunia walakhirat! Lillahitaala. :')