Tuesday 21 January 2020

Pengalaman Transit di Guangzhou

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

So, this is my first entry in 2020! Hahahahahah lama giler rasa tak update Blog. Oleh kerana itu marilah kita mulakan Entri Blog pertama dengan kisah Travel. Ye lah dah masuk tahun baru ni penting untuk kita cari semula dan jaga aura, momentum serta semangat kannnnn.....!!!!! Sebab tu kena mulakan dengan sesuatu benda yang kita minat dan suka! Hehe.

TWB Takes Guangzhou!

Isnin, 23 Disember 2019
Masa ni Sya dan Ahli-Ahli The Walking Beauty (TWB) dah bertolak ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kami semua Solat Subuh di KLIA. Sebab risau kalau terlepas Flight. Flight kami Jam 8:50 AM untuk ke Guangzhou. Masing-masing pun belum sempat Breakfast lagi.

Sampai sahaja di KLIA, kami terus settle kan Check-In sebelum kami mencari Sarapan.

Kami Sarapan di CAFE THE MORNING AFTER yang terletak di Bangunan Satelit Mezzanine (Satellite Building Mezzanine) Level 2, KLIA.

CAFE THE MORNING AFTER

MENUS @ CAFE THE MORNING AFTER

Disebabkan dalam Flight nanti ada disediakan makanan, maka kami hanya ambil Light Breakfast sahaja seperti MINI CHOCOLATE ROLL, JUMBO SMOKED CHICKEN SAUSAGE ROLL, CHICKEN CURRY PUFF, BUTTER CROISSANT CLOSED dan GOURMET CHOCOLATE.

Hungry!

Check-In sudah, Breakfast pun sudah, jadi kami terus ke Gate C21. Untuk Sya, ini kira pertama kali Sya naik Flight China Southern Airlines. Not bad lah. Ada disediakan Meal (1X Makan) dan Headphones untuk tengok Movie. Yang penting Meal tu Halal. Juga disediakan Jus. Ada Jus Epal, Jus Oren dan Air Minuman. Cuma Kapal Terbang mereka ini dibanjiri dengan Kaum mereka sahaja. Huhu.. Steward dan Stewardess mereka juga tidak berapa fasih ber Bahasa Inggeris.

My Partners In Crime. Heheh.

From Right : Founder Project TWB, Master Ainul Shahrazad (MAS), Kak Eeda and Kak Nurul

Provided Headphones in China Southern Airlines

Juice Time!


Perjalanan dari KLIA ke Guangzhou Baiyun International Airport mengambil masa hampir 4 Jam. Ini kali pertama juga Sya merasa Transit ketika Travel. Fuh! Stopover kami di sini sahaja adalah selama 5 Jam 45 Minit sebelum kami terbang semula untuk ke Dubai, United Arab Emirates (UAE). Matilanakkkkk mereput dekat sini nak tunggu next Flight. Hahahahaha.. Hampir 10 Jam mereput sebelum sampai ke Destinasi utama.

Masuk je dalam Airport, masing-masing jakun giler masa nampak tulisan "WELCOME TO GUANGZHOU" ni. Haha.. Almaklum ler tak boleh nak keluar dari Airport berjalan.. Huhu.. Gambar je lah yang menjadi bukti kami dah pernah sampai di Guangzhou. Haha..

WELCOME TO GUANGZHOU

Guangzhou Baiyun International Airport

Terminal 2 Plan @ Guangzhou Baiyun International Airport

Retail Guide @ Guangzhou Baiyun International Airport

Premium Lounge @ Guangzhou Baiyun International Airport

Waiting Area @ Gate A144

Ok, apa yang menarik di Guangzhou Baiyun International Airport ni adalah kemudahan WiFi dan Drinking Water nya.

WiFi di sini berbentuk Self-service. Maksudnya kita perlu buat sendiri di mana-mana Mesin Kiosk WiFi yang telah disediakan. Hanya perlu scan Passport kita di Mesin Kiosk tersebut untuk mendapatkan Password WiFi. Setiap orang berbeza ye Password WiFi nya. 1 Password WiFi = 1 Orang.

Free WiFi Self-service @ Guangzhou Baiyun International Airport

Tapi, yang tak best nya bila mana kau tak boleh nak online Facebook (FB), WhatsApp mahupun Telegram. Ceit! So, no use pun kalau ada Internet. Kecuali Email bolehlah nak buka.. Sebab di China mereka ada Apps dan Websites khas negara mereka sendiri. Kalau korang guna iPhone lagi lah satu apa pun tak dapat walau korang guna iPhone yang paling latest 11, 11 Pro atau 11 Pro Max. Memang China block habislah. Alergik betul China dengan US kan. Huhu..

Next, Drinking Water. Melambak Drinking Water dekat Airport mereka. So, just make sure kita ada bekas atau botol Air untuk refill berapa banyak kali pun secara percuma. Ada juga kertas kecil berbentuk macam Topi Birthday warna Putih disediakan di tepi Mesin Drinking Water tersebut. Kalau ada botol lagi bagus. Boleh guna untuk bersuci lepas dah melepaskan hajat. Haha.. Sebab Toilet di sini tak macam di KLIA. Ada getah dan paip. Sama seperti di Korea dan Aussie yang Sya pernah pergi. Pun tak ada Air di dalam Toilet kecuali Tisu Gulung dan Air yang keluar dari Mangkuk Tandas tu.

Drinking Water @ Guangzhou Baiyun International Airport

Sebelum kami JJCM dalam Airport je (haha) kami Solat Jamak Taqdim (Zohor ke Asar) terlebih dahulu. Haaaaa masa ni lah Botol Air tadi sangat membantu ketika ambil Wudhuk.

Korang boleh Solat di Prayer Room yang telah disediakan iaitu di Gate A109. Cuma jenis terbukalah. Tapi, oklah at least ada special space yang bersih untuk kita Solat. Travel Travel juga, Solat tetap kena Solat.

Prayer Room @ Guangzhou Baiyun International Airport

Untuk kami, kami tak Solat di sini. Sebab kami tak jumpa pun Prayer Room masa ni walau dah cuba cari ikut Signboard. Bila tanya Cleaner dan Information Counter di mana Prayer Room, mereka kata dah tak ada. Dah tutup. Tak sure lah sama ada mereka tak faham soalan kami atau sebaliknya. Sudahnya kami Solat sahaja di ruang menunggu A144 hujung sekali walau asalnya ada seorang Mak Cik Cleaner yang kami tanya tu tak bagi kami Solat di situ. Huhu..

Me @ Gate A144

Sebenarnya kurang khusyuk jugalah bila Solat dekat situ. Nasib baik tak ramai Passenger masa tu dan tak ada yang buat report kami Solat di situ sehingga menyebabkan kami dihalau ke apa. Huhu.. Alhamdulillah Allah jaga, lindung dan pelihara kami ketika itu :")

Selesai Solat, kami terus memburu makanan. Haha.. Terus terang Sya katakan it's not easy untuk mencari dan mendapatkan makanan Halal di sini. Hanya ada sebuah Restoran sahaja yang menyediakan makanan Halal iaitu Lanzhou Beef Noodle. Ini pun kami tahu dan jumpa setelah kami tanya pekerja-pekerja di beberapa buah Restoran yang lain sama ada Restoran mereka mempunyai makanan Halal atau tidak. Masa tanya tu mereka acuh tak acuh je jawab. Layan tak layan je. Sensitif betul mereka dengan perkataan "Halal." Lastly kami tanya Information Counter walaupun nak diikutkan mereka pun nak tak nak je layan kami.


Lanzhou beef noodle

Lanzhou beef noodle

Menus @ Lanzhou beef noodle

Menus @ Lanzhou beef noodle

Our Dinner @ Lanzhou beef noodle

Us

Kak Eeda (Right) and Kak Nurul (Left) with MAS (Middle)

From Right : Me, Ain and Nisa

TWBians @ Lanzhou beef noodle

Lepas makan, kami terus ke Gate A165 untuk meneruskan perjalanan kami ke Dubai.

Fuh masa ni rasa macam nak balik Malaysia semula je. Haha.. Sebab dah terlalu letih dan penat untuk total perjalanan termasuk Stopover yang mengambil masa hampir 10 Jam ni. Dengan orang-orang di sini tak peramah, kurang membantu dan tak berapa fasih ber Bahasa Inggeris. Buatkan diri ni rasa nak tamatkan percutian terus. Haha..

Waiting for our next Flight to DXB

Nasib baik ada bawa "Askar-Askar Pertahanan." Terus Sya telankan sebelum naik Flight. Barulah rasa bertenaga sikit. Rasa kurang stress, kurang letih dan kurang sakit Badan. Yang paling penting terus rasa bersemangat balik nak meneruskan percutian ke Dubai dan tak sabar nak tinggalkan Bumi Guangzhou. HAHAHAHAHA!

With my "Soldiers." Hihi. 
Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus and Ostematrix

Korang yang kaki Travel tu wajib ambil Supplements (Makanan Tambahan) atau Vitamins sebelum, semasa dan selepas Travel. Kalau tak ada, boleh beli daripada Sya. Mur mur je. Yang penting Halal, selamat, berkesan dan mesra alam! 

At least korang kena ambil OSTEMATRIX ni. Sebab Ostematrix ni yang sangat membantu sepanjang korang Travel. Trust me! Ye lah banyak guna kaki untuk berjalankan.. Tenaga pun banyak nak digunakan. Kalau tak nak bisa-bisa Kaki, tak nak sakit-sakit Kaki dan Badan, tak nak sengal-sengal Badan boleh cuba Ostematrix ni. 

Harga pun sangat berpatutan dan mampu milik. Cuma RM61.25 sahaja untuk 1 Botol. Ada 120 CAPLETS. Tahan sampai 4 BULAN pula tu. Memang berbaloi dan jimat sangat. Kalau nak cuba nanti boleh contact Sya ye.

OSTEMATRIX - Bukan sekadar Pil Kalsium biasa

Hahahahaha sempat promote lagi tu.. Kiki. Kalau boleh kongsi, kenapa nak simpan sorang-sorang kan.. Huhu..

Kami meneruskan perjalanan kami ke Dubai menaiki Airline yang sama. Perjalanan kami dari Guangzhou Baiyun International Airport ke Dubai International Airport (Terminal 1) mengambil masa lebih kurang hampir 7 Jam.

Kali ni best sikit sebab dapat 2X makan hehe dapat juga Pillow, Blanket, Toiletries, Eye Mask, Ear Plugs dan Headphones. Dan kali ni setiap seat ada Skrin untuk tengok Movie sorang satu.

Mine!
Pillow, Blanket, Toiletries, Eye Mask and Ear Plugs





Guangzhou (CAN) - Dubai (DXB)

Masa untuk merehatkan diri dan tidur! Hahahahaha.. Nak tempuh lagi hampir 7 Jam perjalanan ni.. Huhu.. Nanti Sya sambung lagi Entry Blog Sya seterusnya untuk Hari Pertama di Dubai ye. Doakan Sya rajin dan konsisten update Blog ye korang. Hehe.

Good Bye Guangzhou!

2 comments:

  1. Terbaik....nak travel eropah pulak ....baru dpt pengalaman...

    ReplyDelete
  2. Best sgt ooo baca blog ni. Sebab boleh feel setiap satu jln cerita. Hanya yg melalui akan memahami. Hahaha

    ReplyDelete