Wednesday, 14 February 2018

Destinasi Bajet : Universal Studios Singapore (USS)

Universal Studios Singapore (USS)

Percaya tak total untuk ke Universal Studios Singapore (USS) bagi 2 orang dewasa hanya RM860.40 ?? Dan ini termasuk harga tiket masuk ke USS, transportation pergi dan balik USS, minyak, tol, hotel, makan dan minum selama 3 hari 2 malam di Johor Bahru (JB) tau.

Macam mana caranya?

Nama pun "Destinasi Bajet" kan.. So, kenalah ikut cara Sya kalau korang nak harga macam ni. Hehe.

Insyaallah, Sya akan list kan one by one pengiraan bajet Sya dan suami sepanjang kami nak ke USS di akhir entry blog Sya nanti okay? 😉

Sebelum tu meh Sya share sikit kenapa USS menjadi destinasi pilihan kami suami isteri 😉

Sebenarnya, ini surprise atau hadiah Sya buat suami Sya sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 tahun Jumaat minggu lepas (9 Februari 2018). Hihi. 

Alang2 Sya dah lama teringin nak ke USS.. Itu yang Sya plan untuk bawa suami Sya ke USS. Bajet untuk ke USS ni pun kira boleh dan mampu lagilah Sya yang "housewife" ni nak sponsor. Yang pasti hanya dengan duit hasil SPA The Walking Beauty (TWB) dan Bonus daripada Shaklee je Sya guna.

Berbulan jugalah Sya plan untuk surprise kan suami Sya ni. Dari lepas Sya balik dari Annual Trip TWB di Maldives pada bulan September 2017 kalau tak silap. Dalam 5 bulan macam tu lah. Tapiiiii nak kumpul duit ambil masa tak sampai 1 bulan pun. Tak percaya? Korang kenalah percaya sebab inilah hakikatnya. Realitinya. Huhu..

Bulan Januari lepas, Sya buat promosi Facial Treatment sempena Tahun Baru 2018. Fuh.. Masa ni kalau korang nak tahu, memang tak menang tangan Sya nak reply PM, DM dan Whatsapp daripada mereka yang nak book slot facial! Bayangkan lah, dalam masa 2 minggu je Sya facial kan lapan 8 orang. Ini pun bukan setiap hari tau. So, memang tak letih atau penat sangat pun. Penat sekejap je time facial kan 2 - 3 orang sekaligus. Dan ini belum masuk lagi ye income yang Sya dapat hasil dari train Ahli atau Beautician baru TWB..

Tiket USS & Transportation

Sya beli direct daripada staff ODDSY ENTERPRISE melalui Whatsapp. Sya dapat contact number mereka ini daripada kawan Sya sendiri yang dah pernah pergi USS menggunakan perkhidmatan ODDSY ENTERPRISE ni. 

Pejabat Urusan ODDSY ENTERPRISE ni terletak di sebelah 7-Eleven di dalam bangunan Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru buat masa ni. Akan datang mereka akan berpindah di luar Tune Hotel. Berhadapan Tune Hotel. Dekat atas office SOUTHMY MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD.


Tiket termasuk transportation pergi dan balik untuk dewasa serta kanak-kanak adalah seperti di dalam poster di bawah. Oh, transportation yang kami suami isteri naik ni adalah sebuah bas. Hehe. Sebab tu jimat!


Pakej USS 2018 ODDSY ENTERPRISE

Ini pun harga promo tahun 2018. Tahun lepas, harga RM250 untuk dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak.

Sya start survey pasal harga tiket USS pada November 2017. So far ada dua travel agency yang Sya contact iaitu POTO TRAVEL dan ODDSY ENTERPRISE.

POTO TRAVEL mula-mula Sya contact, harganya kurang RM10 daripada ODDSY ENTERPRISE ni. Service pun ok. I mean, the way staff perempuan dia reply Whatsapp customer friendly dan baik. Cuma office nya kalau tak silap Sya di Kempas. Tapi, boleh je mereka pass kan E-Ticket dll pagi tu. Sebab customer mereka pun memang naik dari depan Tune Hotel ni. Tapi, last2 ODDSY ENTERPRISE juga yang menjadi pilihan walaupun dari segi service tu bagi Sya kurang sikit 👎ðŸŧ Rezeki mereka.

Accomodation 

Sya dan suami Sya ke Singapore balik hari je. Kami menginap di Tune Hotel, Danga Bay selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada hari Khamis (8 Februari) hingga Sabtu (10 Februari). Kami book online. Kami pilih bilik jenis Double Room dan harganya cuma RM171 sahaja utk 3H2M. Ok sangatlah kan.

Sekarang Tune Hotel bijak. Hehe. Dah tak ada option untuk kita pilih apa yang kita nak dan apa yang kita tak nak. Macam sebelum ni, ada option sama ada kita nak guna kipas sahaja atau air-cond. Nak TV atau tak nak dan sebagainya. Kalau tak, sure harga bilik akan jadi lebih murah lagi. Sekarang semua complete. Ada kipas, air-cond, towel, toiletries dan Wi-Fi. But, still murahlah kan.. RM57 je satu hari.

Additional Info :-
Online booking - Check in @ 11 AM. Check out @ 2 PM.
Walk in - Check in @ 2 PM. Check out @ 11 AM.

Home - JB - USS - JB - Home

Dari rumah, kami naik kereta sendiri hingga ke Tune Hotel, Danga Bay. Sebab kami pun memang plan nak "buangbelakang" (throwback) kenangan kami di JB masa awal-awal perkahwinan dulu. Hahaha.. 

Kami nak pergi makan di Hutan Bandar Bistro,  Steamboat Dataran Bandaraya dan jalan-jalan di Bazaar Karat. Hihi. Kebetulan Sabtu tu ada sepupu suami Sya kahwin di sekitar Tune Hotel. Itu yang lebih mudah bawa kereta sendiri. Bebas untuk bergerak ke mana sahaja sendiri. Kalau naik bas dari rumah, tak bebas. Nak kena ikut orang lain. Naik flight pula, out of budget. Nama pun "Destinasi Bajet" kannnnn.. Hihi.

Kami gerak ke JB lebih kurang pukul 10 pagi lebih. Sebelum tu kami singgah di Giant dan MR. D.I.Y. di Avenue Nilai untuk tukar duit, beli raincoat dan padlock. Raincoat ni kami beli untuk persediaan masa masuk The Lost World, USS nanti. Hehe. Sebab attractions yang ada dekat sini nanti memang akan basah sikitlah pakaian kita menurut mereka yang dah pernah pergi USS ni.


Money Changer @ Giant, Avenue Nilai

Lepas tu kami terus sambung perjalanan ikut masuk ke Tol Nilai dan exit Tol Skudai. Dalam perjalanan tu, kami ada singgah sekejap di R&R Ayer Keroh untuk isi minyak dan singgah makan di Machap.


Wife : Nasi Ayam + Air Suam
Husband : Nasi Campur / Nasi Berlauk (Sambal Ayam & Kerabu Sayur) + Barli Suam

Kami tiba di Tune Hotel lebih kurang pukul 2 petang lebih macam tu. Sebelum kami check-in bilik hotel, kami ke Pejabat Urusan ODDSY ENTERPRISE dulu untuk collect tiket USS kami. Kami berjumpa dengan Shikin dan dia berikan kami 1 envelope yang mana dalam ni ada Official Receipt Untuk tiket USS, E-Ticket untuk 2 orang, Map USS, flyers service mereka untuk tahun 2018 dan juga White Form macam dekat bawah ni untuk kami isi serta serahkan ketika di Immigration Singapore nanti.


White Form 

Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru

Masuk je bilik hotel, macam biasalah. Ambil gambar bilik dulu sebelum landing atas katil rehat-rehat. Hahaha.. Kalau dapat isteri macam Sya ni (suka bergambar), harap En. Suami bersabar seketika ye. Senangnya suami nak kumpul pahala! ðŸĪŠ

Lepas dah rehat dan Solat Jamak, kami terus cari tempat makan untuk dinner. Dan tempat makan pilihan kami mestilah Hutan Bandar Bistro! Kata nak throwback kannnnn.. Ahahaha xD Last kami datang sini tahun 2013. Masa baru beberapa bulan jadi pasangan suami isteri. Hihi.

Gambar atas : Hutan Bandar Bistro di tempat lama.
Gambar bawah : Hutan Bandar Bistro di tempat baru. Berdekatan dengan Danga City Mall.

Alamat : 68, Jalan Tun Abdul Razak Susur 1, Wadi Hana, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 4 Petang - 2 Pagi kecuali hari Isnin

Nombor Telefon : +6017 - 728 7189

Mine : Fillet Fish

My husband : Chicken Chop

Hutan Bandar Bistro ni dulu terkenal dengan harga Chicken Chop nya yang murah dan sedap. Dulu 1 pinggan cuma RM5 je. Sekarang dah RM8. Yet, pekerja yang hantar order customer nampak hebat sebab sekali hantar sampai 5 - 10 pinggan Chicken Chop hanya dengan beralaskan tangan. Tiada dulang atau troli yang digunakan. Sekarang semuanya dah menurun sikit dari segi keenakkan dan service. Cuma dari segi kuantiti tu masih sama. Banyak.

Sebelum balik, kami tapau Oblong Set 1. Konon-kononnya nak back-up untuk malam lah kalau lapar. Sekali kenyang sampai ke pagi esoklah. Hahaha.. Sudahnya kami jadikan Oblong Set ni sebagai breakfast kami sebelum gerak pergi USS. Tune Hotel pun tak ada provide breakfast. Cun sangatlah tu. Hihi.

Malam ni kami memang plan berehat di bilik hotel je lepas dinner. Sebab risau penat dan tak terjaga untuk ke USS esok. Maklum ler naik Bas Rombongan Sekolah kan.. Wakakakak. Kena berkumpul dekat Lobby Hotel pukul 7 pagi pula tu.

Tik tok tik tok tik tok jarum jam terus berbunyi dan berlalu. Suami Sya dah tidur dulu pukul 9 lebih macam tu. Sya pukul 10 lebih baru tidur. Tapiiiii lepas tu Sya tersedar pukul 1 pagi lebih dannnnn sampai pagi esok tak tidur-tidur! Inilah dia Siti Aisyah binti Abdul Razak. Kalau risau sampai tahap tak boleh nak tidur! Dalam bas pun bukannya tidur. Pulun tidur lepas dah betul-betul puas main games dalam USS dan lepas dah betul-betul letih, penat!

9 Februari 2018..
Happy 5th Wedding Anniversary, abang! 
Bermulalah perjalanan kami suami isteri untuk masuk ke Singapore for the first time! Eeeee tak sabar!


Masa ni ada 4 buah bas semuanya. Dan bas yang kami naik untuk ke USS adalah bas yang terakhir. Bas nombor 4 dengan 19 orang penumpang termasuk kami berdua. Sebelum gerak masuk Singapore, ada taklimat sikit dalam bas oleh staff syarikat bas itu sendiri berkenaan laluan untuk ke Immigration Malaysia, Kastam, Immigration Singapore, undang-undang di Singapore, waktu expected sampai USS, waktu berkumpul semula dsb. Bas kami gerak pukul 7:44 pagi.

Immigration Malaysia, Kastam & Immigration Singapore

Kami sampai di Immigration Malaysia pukul 7:55 pagi. Tak lama pun. 11 minit je. Tapi, terasa lama sebab kenderaan boleh tahan banyak. Jammed lah juga.

Tambak yang memisahkan antara Johor Bahru (JB) dan Singapore

Dah nak sampai Immigration Malaysia, driver bas (seorang uncle berbangsa India) turunkan semua penumpang dulu. So, kami semua terus bergegas ke Immigration Malaysia dan Kastam. Masa ni kekuatan kaki diuji. Hehe. Nasib baik malam sebelum tu Sya dan suami Sya dah telan 4 biji Ostematrix Shaklee. Hihi. Bas boleh tunggu 20 minit - 30 minit macam tu je. Rasa macam lamakan? Tapi, bila dah sampai Immigration Malaysia.. Punyalah ramai manusia! 30 minit pun belum tentu settle.

So, tips kalau tak nak kena tinggal bas jalan laju-laju bila turun je dari bas. Jangan berlengah, borak-borak, bergambar selfie, wefie, buat Live FB, IG dsb. Settle kan urusan dengan Immigration Malaysia dan Kastam dulu. Terus cari kaunter Immigration yang line nya pendek. 

Kalau tak.. Naya kena tinggal dengan bas. Kenalah ambil bas lain dan bayar tambang bas yang baru. Tapi, nak ikutkan memang tak dibenarkan pun ambil gambar atau buat video di Immigration atau Kastam kan. 

Dan kalau boleh cuba elakkan beratur di kaunter Immigration yang dipenuhi dengan rakyat China dari Tanah Besar. 

Ok, dah settle.. Terus cari Platform A. Bas akan tunggu di sini. Cari bas yang sama, yang kita mula-mula naik tadi. 

Next, bas akan bawa kita ke Immigration Singapore (Woodlands Checkpoint). Tak ingat pula sampai sini pukul berapa. Yang pasti settle urusan di sini pukul 9:18 pagi.

Masa ni of course kena tunjukkan Passport juga dan White Form yang kita isi sebelum ni. Oh, I/C sekali kena tunjuk untuk orang yang pertama kali masuk Singapore macam Sya dan suami Sya. Hehe.

Bila dah lepas tu.. Fuh.. Legaaaaa.. Yeay dah masuk Singapore! 😀😀

Universal Studios Singapore (USS)

Ya Allah.. Excited dan happy tak terkata bila nampak Globe Universal tu! ðŸĪĐðŸĪĐ Cepat-cepat beratur untuk masuk ke dalam USS sambil ambil gambar berlatar-belakangkan Globe Universal ni! Macam-macam posing Sya buat. Memang tak hiraukan dah orang sekeliling pandang ke apa. Janji dapat gambar cantik-cantik depan Globe Universal! Huhu..


Kami tiba di USS ni lebih kurang pukul 10 pagi. USS pun memang buka pukul 10 pagi. Tapi, sampai-sampai je USS.. Fuhhhhh.. Ramai giler weh orang..... Dekat setengah jam jugalah berdiri dan beratur baru kami dapat masuk ke dalam USS. Pada hal hari Jumaat kami datang ni. Tak dapat bayangkan kalau datang hari Sabtu atau Ahad. Confirm korang tak dapat main banyak games macam kami. Hehe.

Masa beratur ni, ada orang datang check beg tau. So, siapa yang ada bawa makanan, memang akan disuruh makan waktu tu atau buang. 

Kami terpaksa makan 1 bungkus Roti ala2 Gardenia Delicia tu. 1 bungkus lagi kami bawa je masuk sekali dengan beberapa paket biskut Munchy's Lexus Coklat dan Mineral Water 500ml. Hahaha.. 

Kalau nak bawa makanan dan minuman masuk, pandai-pandai korang lah ye sorokkan. Hihi. Sebab makanan dan minuman yang dijual dalam USS mahal-mahal tau. Tapi, dalam USS ada disediakan water cooler di merata tempat. So, dari segi minuman tak ada masalah sangat. Bawa botol air 500ml ni pun ok dah. Habis boleh refill balik. Boleh guna juga untuk pergi toilet. Sebab toilet sini jenis tak ada paip tau. 

USS ni ada 7 bahagian semua sekali iaitu :-
  1. Hollywood
  2. Madagascar
  3. Far Far Away
  4. The Lost World
  5. Ancient Egypt 
  6. Sci-Fi City
  7. New York
Dan setiap bahagian ni ada Attractions (Games), Shopping dan Street Entertainment sendiri.

Masuk-masuk je USS, kami terus ke Madagascar yang terletak di sebelah kiri. Kami skip dulu Hollywood sebab sini attractions nya cuma Sesame Street Show - When I Grow Up. Theater Elmo dan kawan-kawannya menyanyi, menari dan bercakap pasal impian mereka.


Hollywood :-
Sesame Street Show - When I Grow Up

Kami dah ada target dah nak serang main games apa dulu di setiap bahagian. Hehe.

Untuk Madagascar, kami hanya main Madagascar : A Carte Adventure. Ini first game kami main. Erm, bolehlah~ Game ni sesuai untuk kanak-kanak. Sebab kita akan naik boat dan lalu sungai dalam gua yang gelap sambil dengar cerita daripada Alex, Marty, Melman dan Gloria di tepi-tepi sepanjang sungai. Comel-comel lah. Sebab semua ni bergerak. Dengan celoteh daripada 4 ekor ni. Dengan sound and lighting effects nya. Budak-budak confirm suka. Hihi.

Satu lagi, King Julien's Beach Party-Go-Round. Nama amboi amboi amboi amboi amboi amboi (sila baca dalam bentuk lagu Altimet 😝 ) kemahin! Tapi, rupa-rupanya just watak-watak yang ada dalam movie Madagascar pusing-pusing macam naik Kuda pusing-pusing naik turun tu je. 

So, bolehlah skip dulu Madagascar ni macam Hollywood bagi yang datang tidak bawa anak lah. Nanti dah habis main games yang adventure, ada masa datang sini semula try.

Madagascar :-
Madagascar : A Crate Adventure
King Julien's Beach Party-Go-Round

Next, kami terus ke Far Far Away untuk try Enchanted Airways, Shrek 4-D Adventure dan Puss In Boots' Giant Journey. Ini antara attractions yang WAJIB cuba bila datang ke Far Far Away ni!

Far Far Away :-
Enchanted Airways
Shrek 4-D Adventure
Puss In Boots' Giant Journey

Enchanted Airways dan Puss In Boots' Giant Journey ni adalah Roller Coaster. Akhirnya suami Sya terjebak juga naik Roller Coaster. Gelak sampai menangis Sya dibuatnya. Hahaha..

Mana taknya. Dari Malaysia lagi suami Sya dah cakap dia tak nak main game yang berbentuk Roller Coaster. Sampai boleh jadi gaduh tau. Sekali hambik.. Roller Coaster rupanya! Kahkahkah. Nak keluar balik dah ramai orang. So, nak tak nak terpaksalah naik juga. Sya pula tetiba yang takut nak naik. Pada hal Sya yang beriya nak naik Roller Coaster dari Malaysia lagi. Terbalik dah dengan suami Sya. Huhu..

Dah lah kami kena duduk depan sekali. Dekat kepala Dragon tu. Sumpah! Masa ni bercampur-baur perasaan! Kelakar, takut dan risau saling berganti! Sampai kami plan nak tukar tempat duduk dengan orang sebelah kami lah. Punya takut tu. Hahaha.. Bila dah naik.. Hmmmmm.. Memang menjerit macam nak terkeluar anak tekak ni masa main Enchanted Airways. Kahkahkah. Boleh tahan scary ooooo.. Tapi, besttttt!

Far Far Away :-
Enchanted Airways

Puss In Boots' Giant Journey pun not bad! Sya memang dah aim nak try Puss In Boots' Giant Journey ni. Excited sebab kita tahu jalan ceritanya macam mana. Sama juga macam Shrek 4-D Adventure

Puss In Boots' Giant Journey ni Roller Coaster jenis yang tergantung macam Cable Car tu. Cuma Cable Car gerak super slow dan straight je kan. Ni super laju dan pusing-pusing. Lepas tu makin lama makin ke atas. Naik ke atas. Sambil melihat watak-watak yang ada di dalam cerita ni di sepanjang track dan sambil dengar kisah movie ni.

Shrek 4-D Adventure pun best juga! Tiga-tiga ni best lah! Sebab tu WAJIB try dan cover! Hihi. Cuma Shrek ni banyak sikit peringkatnya. Dah beratur panjang dekat luar, masuk dalam kena berdiri lagi sambil tengok dan dengar cerita pasal Mirror Mirror On The Wall kalau tak silap sebelum masuk ke dalam satu dewan yang sangat besar macam kita nak tengok Theatre tu. 

Sebenarnya, Sya dan suami Sya hampir nak keluar dari tempat ni sebab terlalu lama rasa nak tunggu kisah pasal Shrek dan Princess Fiona ni. Ada juga orang yang dah keluar dulu daripada kami. Tapi, nasib baik kami tak ikut jejak langkah mereka yang dah keluar ni. Kalau tak rugi tak dapat join Shrek dan Princess Fiona dalam pengembaraan dongeng mereka. Hehe. Betul-betul kami dah nak gerak keluar, sekali pintu bilik Theatre tu terbuka dan kami terus masuk ambil tempat.

Maka, bermulalah kisah Shrek dan Princess Fiona in a fairytale adventure. Tapi, serious macam REAL! Nama pun 4-D adventure kan.. Yang paling tak boleh blah habis kami yang berada di dalam dewan kena bersin dengan Donkey tu. 2 kali pula tu. Cis! Nasib baik wangi. Hahaha.. Oh, Garlic Bread pun ada bersin juga. Dan paling geli dan takut bila tiba-tiba dekat kaki ada Spider. Wehhhhh.. Sampai terangkat-angkat kaki Sya dalam dewan tu. Hahaha.. Memang terasa macam ada Labah-labah yang sangat banyak tengah berjalan dekat kaki kita.

Seterusnya, Magic Potion Spin dan Donkey Live. Kami skip terus. Buang masa kalau try. Magic Potion Spin ni Ferris Wheel je pun. Kalau ada anak-anak atau adik-adik kecil, ok lah kot kalau nak try. Donkey Live ni pun just Theatre macam tu. Kalau tak silap, ada waktu-waktunya. Ni semua kalau ada masa bolehlah datang semula ke sini try. Lagi pun sebelah petang biasanya dah tak berapa ramai orang.

Far Far Away :-
Magic Potion Spin

Far Far Away :-
Donkey LIVE

Now.. Tibalah masa untuk membasahkan diri di The Lost World! Ada 5 Attractions di sini. Tapi, kami hanya cover Jurassic Park Rapids Adventure dan WaterWorld. Kalau korang datang sini, jangan lupa cover sekali Canopy Flyer. Suami Sya tak nak naik dah sebab dia kata lebih kurang macam Puss In Boots' Giant Journey. So, Sya pun tak dapatlah nak try. Sob2.

The Lost World :-
Canopy Flyer

The Lost World ni buka pukul 11 pagi. Kalau datang sini, make sure try dulu Jurassic Park Rapids Adventure ni. Serious best weh! Tapi, ini antara games yang paling lama Sya dan suami Sya beratur! Adalah 1 jam macam tu. Masa ni lah baru sempat nak pegang handphone untuk connect Wi-Fi USS, buat Live, baca Whatsapp dan Telegram, share gambar-gambar dengan family serta upload gambar dsb. Sebab meeeeemang lama! Tapi, PUAS HATI! Sini Wi-Fi ok. So, tak payah nak Roaming ke apa. 

Memang thrill sungguh! Dan korang memang akan basah sikit especially kaki. Sebab air sungai ni masuk dalam boat. Air memang deras. Paling takut sekali bila tiba-tiba boat yang kami naik tu masuk dalam gua dan stuck for few seconds. Keliling masa tu dinding je. Memang tak expect apa akan jadi. Sekali boat kami naik tu ditarik laju dari atas dan ada Dinosaur besar giler nak makan kami. Hahaha.. Masa hampir nak kena makan tu, terus ada pintu sebelah kanan kami terbuka dan boat kami turun laju menjunam macam naik Roller Coaster. Hahaha.. Best2!

Dekat sini ada disediakan locker untuk simpan barang tau. Kalau korang tak nak beg atau barang-barang korang basah, boleh sewa locker yang disediakan. 45 minit pertama free. Lepas tu kalau lebih kena bayarlah. Tapi, dekat sini tiada paksaan. Macam kami, kami bawa sekali beg naik boat sebab kami pakai Raincoat. 

The Lost World :-
Jurassic Park Rapids Adventure

Keluar je dari Jurassic Park Rapids Adventure ni, terus kami ke WaterWorld untuk tengok Stunt Show. Masa ni dah pukul 1:00 PM. Ramai giler umat manusia masa ni.

Fuh.. Best giler weh! Macam kita tengok pelakon-pelakon stunt Hollywood dalam TV berlakon. Tapi, ini kita tengok REAL. DEPAN MATA sendiri. Dengan sound effect nya. Fuh! Dalam TV mungkin ada teknik grafik yang digunakan. Yang ni tak ada. Memang real. Yang mana apinya lain, lompatan, terjunan dsb. Ganas giler minah saleh ni. Hahaha.. 

Budak-budak kurang sesuai kot. Sebab sound effect nya memang kuat dan real. Bunyi tembakan sana sini, bom, speedboat dsb. Ada budak kecil depan kami sampai menangis teresak-esak bila berdas-das tembakan dikeluarkan. Huhu..

The Lost World :-
WaterWorld

Lagi attractions di sini adalah Dino-Soarin dan Amber Rock Climb macam gambar dekat bawah ni. Kami memang tak try lah sebab benda-benda macam ni dekat Fun Fair pun ada. Dekat Malaysia pun ada. Huhu.. Tapi, yang ada anak-anak maybe boleh try Dino-Soarin ni. Kalau tak, skip je dulu. Try attractions di bahagian lain yang memang wajib try dan famous macam Revenge of the Mummy, Transformers, Battlestar Galactica : Human & Cylon dan Accelerator. Sebab semua ni games yang korang takkan lupakan bila keluar dari USS. Hehe. Yet, sini kena beratur lama.

The Lost World :-
Dino-Soarin

The Lost World :-
Amber Rock Climb

Untuk Ancient Egypt, ada 2 attractions. Revenge of the Mummy dan Tresure Hunters. Kami beratur untuk Revenge of the Mummy dulu. Then, baru try Tresure Hunter ni.

Revenge of the Mummy ni pun sama lama macam beratur dekat Jurassic Park Rapids Adventure. Rasa lagi lama. Dah lah tempat beratur dalam gua yang gelap ditemani dengan patung-patung The Mummy. Errrrr seram! Lepas tu ada belok-belok dan kena panjat tangga sikit naik atas. Tapi, sama berbaloi dengan Jurassic Park Rapids Adventure. Malah, lebih berbaloi lagi. Ye lah, beratur paling lamakan?! Wajiblah berbaloi! Hehe.

Tapiiiii Revenge of the Mummy ni double triple lagi thrill dari Jurassic Park Rapids Adventure! 😭😭 Sebab ia adalah Roller Coaster dalam gelap! Dengan kelajuan yang super duper laju, siap ada moving backward bagai. Macam nak terkeluar jantung! Oh, korang akan rasa juga bahang api nanti dari atas. Api betul tau. Memang bila pandang atas ada api yang semakin hampir dengan kita.

Ni siapa ada sakit jantung ke darah tinggi ke atau apa-apa penyakit kronik atau pregnant tak payah naik kot.. 

Revenge of the Mummy ni lah antara jeritan terkuat Sya dan suami Sya. Sampai ada couple ni, mat dan minah saleh gelakkan kami kaw2 lah! Kami duduk 1 row sekali dengan dia orang. Asal kami menjerit dia orang mesti gelak berdekah-dekah. Ceit! Hahaha.. Ye lah, dia orang nak jerit pun tak jadi bila dengar kami menjerit macam kena rasuk. Hahaha! Yang minah saleh ni siap tunjuk jari dekat Sya dan cakap, "Are you afraid?" Hahaha..

Oh, lupa pula. Dekat sini korang kena simpan beg korang dalam locker yang telah disediakan. WAJIB simpan. Apa sahaja barang korang. 45 minit pertama macam biasa. Percuma. Lebih dari ni kena bayar. Ada bayaran-bayarannya lah yang telah ditetapkan. 

Fuh.. Tapi, nak pergi simpan barang pun kena bersesak-sesak! Kalau korang tak berani nak tolak atau jalan rempuh langgar orang-orang yang ada, alamatnya hmmmmm.. Memang tak bergeraklah korang jawabnya. Dan lagi panjanglah korang kena beratur dan tunggu turn korang utk naik. 

Treasure Hunters ni pula kita akan naik sebuah Jeep. Yang ni saaaaangatlah boring! Hahaha.. Just naik Jeep jalan-jalan atas track nya yang yang mana kita boleh menikmati pemandangan di sekitar tasik yang ada dalam USS ni. Sambil abandoned Egyptian excavation site. Dah lah beratur panjang! Dengan ramai budak-budak yang tak reti duduk diam. Panjat sana sini, pijak kasut, langgar badan dsb.

Suami Sya lah ni nak sangat naik 😜 Layankan je lah.. 😌 Yang penting attractions yang famous dan wajib try dah cover. 

Ancient Egypt :-
Revenge of the Mummy

Ok, kita dah tiba Bahagian kedua terakhir di dalam USS ni iaitu Sci-Fi City. Sci-Fi City ni ada 4 Attractions dan semuanya adventure! Sebab semuanya adalah Roller Coaster kecuali Accelerator. 

Dan siapa yang minat giler dengan Transformers, mesti double triple suka datang sini. Transformers ni Roller Coaster dalam gelap. Macam Revenge of the Mummy juga. Tapi, Transformers ni kita kena guna cermin mata khas 3D. Fuh.. Memang terbaiklah! 

Make sure masa ni perut korang dah berisi dengan makanan dan minuman. Kalau tak nanti, korang boleh muntah. Tapi, jangan terlalu kenyang juga. Nanti muntah juga. Macam kami hari tu perut kosong. Nasib baik tak muntah. Cuma pening tu yesssss. Pening weh sebab kita akan bergerak saaaaangat laju untuk lawan kejahatan. Masa ni ada yang kita terjun dari bangunan yang tinggi giler dengan pergerakan yang sangat laju, kena sedut macam ribut taufan puting beliung dan macam-macam lagilah. 

Yang lain kami tak try sebab suami Sya dah tak nak naik sebarang games berbentuk Roller Coaster lagi dah. Dia juga tak bagi Sya naik. Makanya, kami hanya ambil gambar dan tengok je lah orang main.. Sob2 sekali lagi. Pada hal sebelah petang dah tak ramai orang sangat beratur. So, nanti korang kalau datang sini make sure try tau semua ni.

Sci-Fi City :-
Battlestar Galactica : HUMAN (RED Track)
Battlestar Galactica : CYLON (BLUE Track)
Accelerator

Sci-Fi City :-
Accelerator

Bahagian yang terakhir sekali adalah New York. New York ni ada 2 Attractions sahaja iaitu Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg dan Sesame Street Spaghetti Space Chase.

New York :-
Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg

New York :-
Sesame Street Spaghetti Space Chase

Dekat sini kami hanya try Sesame Street Spaghetti Space Chase je. Yang Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg ni kami tak masuk pun. Sebab suami Sya risau kalau games yang akan buat kepala jadi pening lagi. Ye lah, kan kami baru lepas main Transformers tu. Tapi, sebenarnya lebih kurang macam Stunt Show je. Huhu.. Dah suami Sya tak nak masuk, so kami skip je.

Sesame Street Spaghetti Space Chase ni Sya tak nak masuk pun mula-mula. Suami Sya yang beriya nak masuk. So, Sya ikutkan je lah.. Sebab banyak games sebelum ni dia dah ikut join Sya. Kali ni Sya layankan je. Hihi.

Ok, yang ni sesuai untuk budak-budak. Sebab kita akan naik sebuah kereta dan kereta ni jalan tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan macam Tresure Hunter tu. Hahaha.. Budak-budak mesti suka sebab dalam ni ada Elmo dan Super Grover 2.0 dalam misi angkasa untuk menghentikan kecurian ke atas Spaghetti macam tu. Kita akan terasa macam berada di angkasa sebab kereta kita naik ni track nya terapung nanti. 

Maka, habis sudah semua attractions yang kami cuba di 7 bahagian yang ada di dalam USS ni.

Last sekali kami meet and greet character yang ada di USS ni. Ada banyak dan macam-macam.
  1. Hollywood Walk of Fame - Hollywood
  2. The Minions Meet and Greet
  3. Sesame Street Meet and Greet - New York (Elmo, Oscar the Grouch & Big Bird)
  4. AUTOBOTS Roll Out! - Sci-Fi City (OPTIMUS PRIME & BUMBLEBEE) 
  5. People of Earth, DO NOT BE ALARMED! - Sci-Fi City
  6. Meet the Egyption Royalty - Ancient Egypt 
  7. Meet Diane, Jurassic Park's newest addition! - The Lost World (Paleontologist Dr. Rodney)
  8. Look out! Velociraptors have escaped in Jurassic Park! - The Lost World
  9. Happily Ever After - Far Far Away (Shrek, Princess Fiona, Puss In Boots & Pinocchio)
Character Meet and Greet :-
The Minions Meet and Greet

Sebelum tu kami ada tengok perarakan Sesame Street dan AUTOBOTS Roll Out! 

So, so far macam mana bila baca sharing Sya ni? Dah terasa macam dekat USS tak sekarang? Hehe. Sebelum balik ke JB semula, kami sempat grab 2 helai T-Shirt Universal Studios Singapore (USS) berharga $60 di bahagian Shopping TRANSFORMERS Supply Vault. Kami juga ada beli 1 tin air Green Tea ($4) dan 1 batang aiskrim Solero ($3).

Lebih kurang pukul 5:45 PM kami dah ada di tempat letak bas yang sama kami naik dari pagi tadi dari Tune Hotel. Dalam pukul 6:00 PM macam tu bas kami gerak balik.

Gitu gini kami sampai di Immigration Singapore lebih kurang 6:35 PM - 6:40 PM. Banyak kereta dah masa ni. Ye lah sebab Singapore kan kerja. Bila tiba dekat Immigration Singapore yang jammed. Orang-orang Malaysia yang bekerja di Singapore dan rakyat Singapore sendiri yang nak masuk ke JB. 

Raaaaamai sangat orang yang beratur dekat Immigration Singapore masa ni! Tak ada 1 kaunter pun yang line nya pendek. Bas macam biasalah boleh tunggu 20 minit - 30 minit. Lambat tinggal dan kena cari serta naik bas 707 yang lain utk ke Immigration Malaysia dan balik ke JB. Sebab Immigration Singapore strict sikit. Bas tak boleh parking lebih 20 minit. Lebih je akan disuruh gerak. Kalau tak gerak akan disaman. 

Traffic light dekat tempat bas kami parking dah berapa kali bertukar warna. Dari merah ke hijau ke merah ke hijau balik. Hahaha.. Sebab tiada tempat letak bas sebenarnya disediakan. Hanya untuk ambil dan turunkan penumpang sahaja. So, kalau traffic light tu dah hijau means kena gerak dah. 

Kami antara penumpang yang lambat jugalah settle urusan di Immigration Singapore. Tapi, rupa-rupanya ada lagi 1 family yang lagi lambat daripada kami. Dekat 15 minit jugalah kami 1 bas tunggu. Masa ni masing-masing yang dalam bas cuba contact family ni sambil berdoa semoga mereka sampai di bas cepat. 

The power of doa! Walaupun kami tidak dapat menghubungi family ni, walaupun traffic light asyik bertukar warna, walaupun dah asyik kena hon dengan bas belakang, walaupun pihak Immigration dah suruh gerak dan walaupun Unlce driver bas dah mula membebel, hahaha tapi alhamdulillah kami dapat tunggu sampai family ni sampai.

Fuh!! masa ni mata serta badan Sya dan suami Sya dah letih dan penat sangat! Hampir seharian kot pulun cover attractions yang ada di USS. Yet, baru kami perasan kami tak lunch pun sepanjang di USS rupanya! Hanya makan Roti. Biskut pun kami tak usik. Terlalu fokus dan khusyuk nak habiskan attractions yang kami dah plan nak cover sampai tak rasa lapar sangat pun. Hahaha.. 

Tapi, balik tu.. Bas turunkan je kami di Tune Hotel, terus kami pergi 7-Eleven beli Maggie Cup sorang satu. Kahkahkah. Isi terus air panas dalam cup tu. Dan kami plan nak balik bilik, rehat, mandi dan solat jamak dulu sebelum keluar dinner. Sekali sampai ke pagi esok kami tertidurlah. Steamboat Dataran Bandaraya dan Bazaar Karat pun entah ke mana. Penat punya pasal. Huhu.. Kami sampai di Tune Hotel pukul 8:25 PM.

Pagi esok tu, kami breakfast Nasi Lemak Ayam Berempah, Teh Tarik, Kuih Keria dan Karipap. Kami share je. Dan kami tapau makan dekat bilik. Tengahari tu kami nak gerak ke kenduri kahwin sepupu suami Sya dah. So, pagi ni just alas perut. 

Oh, pagi ni kalau nak tahu, Sya ada ajar training SPA juga dekat Beautician TWB baru Sya dari JB ni. Hehe. Sempat lagikan? Itu yang best tu bila join SPA Shaklee TWB. Tengah honeymoon bercuti pun masih boleh buat training. Very flexible places and flexible working hours. Yang paling best sekali duit kaching kaching masuklah. Hihi. 

Ok, sekarang meh Sya kongsikan dengan korang perbelanjaan dan pengiraan Sya dan suami Sya sepanjang kami nak ke USS.

Budget & Pengiraan Sepanjang ke USS (Home - Tune Hotel - USS - Tune Hotel - Home)
  1. Tiket masuk ke USS termasuk bas pergi dan balik dari Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru untuk 2 orang dewasa RM480
  2. Double Room @ Tune Hotel untuk 3 hari 2 malam RM171
  3. Minyak kereta Myvi pergi sahaja RM50
  4. Tukar duit RM199 (SGD 67.00). Ini optional ye. Nak tukar boleh tak nak tukar pun boleh. Sebab tiba sana tak ada nak bayar apa-apa pun lagi. Kecuali kalau korang nak lunch atau beli souvenir dekat USS ni macam kami.
  5. Raincoat x 2 = RM5.20
  6. Padlock RM1.70
  7. Topup Touch'nGo RM50
  8. Nasi Ayam & Nasi Berlauk @ Machap RM10.50
  9. Air Suam & Barli Suam @ Machap RM1.50
  10. Chicken Chop @ Hutan Bandar Bistro, JB RM8
  11. Fillet Fish @ Hutan Bandar Bistro, JB RM6
  12. Oblong Set @ Hutan Bandar Bistro, JB RM8.50
  13. Milo Ais Medium @ Hutan Bandar Bistro, JB RM4
  14. Roti x 2 = RM1.80
  15. Maggie Cup Tom Yam & Asam Laksa @ 7-Eleven, Tune Hotel RM4.40
  16. Nasi Lemak & Teh Tarik RM6
  17. Kuih Keria x 2 & Karipap Kentang x 1 RM1.80 (Kuih sebiji RM0.60)
  18. Minyak kereta balik RM50
Jumlah keseluruhan = RM860.40 

Jumlah ini tidak termasuk nombor 4 iaitu pertukaran mata wang RM ke SGD. Ini optional. Terpulang korang nak bawa duit belanja atau tidak. Korang nak tukar duit atau tidak. 

Dan jumlah ini adalah untuk 2 orang dewasa termasuk tiket masuk USS, transportation pergi dan balik USS, minyak kereta dan tol pergi dan balik JB, makan dan minum sepanjang 3H2M di JB.

Ok, Sya rasa setakat ni je dulu perkongsian Sya bercuti di Universal Studios Singapore (USS). Oh, fyi.. Percutian kali ini ditaja sepenuhnya oleh Sya ye dengan hanya menggunakan duit hasil dari facial dan bonus Shaklee sempena hadiah anniversary Sya buat suami Sya. Suami Sya hanya kelaur duit untuk beli T-Shirt USS kami, Green Tea dan aiskrim.

Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang semua yang sudi singgah blog Sya dan baca entry blog Sya berkenaan USS kali ini.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen :) Nanti free Sya cuba jawab. Nak terus email Sya pun boleh. Email Sya aisyahrazak90@gmail.com atau yaeppenyeoja@gmail.com

Thank you and till we meet again in my next entry! ☺️

No comments:

Post a Comment