Thursday, 15 September 2016

Set Kurus Shaklee : Rahsia Berat Badan Turun Sehingga 7.4KG Dalam Masa 5 Bulan!!




 Dari 60.4kg turun ke 53kg dalam masa 5 bulan sahaja!!
Penurunan sebanyak 7.4 kg dalam masa 5 bulan 


Sebahagian komen daripada rakan-rakan Facebook (FB) yang terkejut dengan penurunan berat badan Sya dalam tempoh kurang dari setahun


Rahsia?? Hahahah.. Tak ada rahsia apa2 pun. Cuma Sya ambil makanan tambahan (supplement) Shaklee, buat exercise, jaga makan dan berguru. Ada mentor/coach kurus yang sentiasa pantau aktiviti Sya sepanjang tempoh Sya nak kurus dan dapatkan berat badan idaman Sya. Hehe.


Coach Sya ni suami kepada kak ngah Sya, Ainul Shahrazad. Siapa ahli Shaklee kenal lah kot siapa kak ngah Sya dan suaminya. Dalam Shaklee mereka adalah Master Coordinator. Kiranya coach Sya ni abang ipar Sya lah.


Ok, walaupun beliau abang ipar Sya.. Tapi, beliau sangat strict tau sebagai coach kurus. Beliau tubuhkan satu group khas untuk kurus di whatsapp. Nama group ni adalah "Loss Weight Gain Muscles." Salah satu syarat WAJIB kalau nak join group ni adalah setiap peserta wajib ada "Set Kurus Shaklee" yang terdiri dari Lecithin, Omega Guard, Alfalfa Complex, Herb-Lax, Cinch dan Energizing Soy Protein (ESP) macam dalam gambar di bawah ni :-




Untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan (overweight), keenam-enam supplement Shaklee ini wajib ambil. Banyak? Tak banyaklah. 6 je.. Itu pun bukan makan dan minum sekaligus. Setiap supplement ni ada cara pengambilan yang tersendiri dan waktu makan yang paling berkesan. Tapi, kalau nak ambil salah satu dari setiap nombor (1, 2 & 3) tu pun boleh je. Cuma mungkin kesan ia lambat sikitlah. Tapi, still bergantung pada badan seseorang. Yang pasti Set Kurus Shaklee ni insyaallah berkesan dan sangat membantu dalam penurunan berat badan dengan cepat kalau diambil secara disiplin dan konsisten. :)


Jom kita berkenalan lebih rapat lagi dengan setiap supplement Shaklee yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee ni.


Omega Guard 




Seperti mana yang kita ketahui, Omega Guard adalah sumber asid lemak omega-3 yang paling tinggi. So, kalau korang nak turunkan berat badan dengan lebih cepat dan mudah, jangan lupa untuk masukkan asid lemak omega-3 dalam menu diet seharian korang okay? Sebab salah satu FUNGSI UTAMA Omega Guard dalam penurunan berat badan adalah MEMBAKAR LEMAK

Kenapa?

Sebab badan kita tidak boleh menghasilkan asid lemak omega-3 sendiri. Unless kita ambil omega-3 ni dari makanan atau supplement.

Penting untuk korang tahu juga perbezaan antara Omega Guard dan Lecithin ye. Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak tau BUKAN pengemulsi lemak. Minyak ikan membantu membakar lemak yang termendap. Dan dalam badan kita ni ada satu hormon yang dipanggil hormon Leptin. Leptin ni akan bagi tahu otak kita untuk kurangkan selera makan.

Omega Guard Shaklee juga menghalang penghasilan hormon Cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak, memperbaiki kadar gula dalam darah dan menambah penghasilan Serotonin (bahan kimia otak yang akan buat kita rasa kenyang). Tahap insulin badan pun akan berkurang 50% dari kebiasaan. Bila kadar insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga membantu mengawal gula. So, gula atau karbohidrat yang diambil tidak akan menjadi lemak.






Lecithin 




Salah satu fungsi Lecithin adalah untuk mengawal kolesterol dan untuk minda. Agak-agak koranglah kan, kalau Sya hulur korang otak haiwan korang nak tak? Huhu.. Otak haiwan merupakan salah satu sumber terbaik Lecithin juga tau selain dari kuning telur dan susu soya. Disebabkan kita tidak mampu untuk mengambil sumber Lecithin tersebut di dalam kuantiti yang diperlukan oleh keperluan harian kita, makanya kita perlu mencari jalan supaya badan kita mendapat Lecithin yang cukup.

Untuk Lecithin Shaklee, ianya diperbuat dari kacang soya organik. Lecithin Shaklee ni pula berfungsi sebagai PENGEMULSI LEMAK. Emulsi lemak bukan bermaksud membakar lemak, tetapi bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya menjadi lebih kecil supaya ia mudah untuk bergerak di dalam sistem pencernaan. Jangan lupa ambil sesuatu seperti Alfalfa Complex dan Herb-Lax lepas tu tau untuk keluarkan lemak-lemak yang dah diemulsi tu ye! Kalau tak sia-sia je lemak-lemak tu dipecahkan, tapi tak dikeluarkan.

Sekarang nampak ke nampak macam mana kalau Lecithin dan Omega Guard digabungkan?


Alfalfa Complex 





Kalau nak pecahkan lemak, kita ambil Lecithin. Kalau nak bakar lemak yang termendap di dinding membran kita pula, kita ambil Omega Guard. Pecah lemak dah, bakar lemak pun dah. Then, takkan kita nak biarkan lemak-lemak yang dah pecah dan bakar tadi tu terkurung je dalam badankan? So, inilah fungsi Alfalfa Complex untuk kurus. 

Clinical studies menunjukkan bahawa penggunaan Alfalfa yang berpanjangan akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolesterol. Alfalfa mempunyai Saponin (seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol). Alfalfa Complex ni salah satu agen detoks Shaklee juga tau. Sangat membantu untuk mencuci dan buang toksin dalam badan melalui pembuangan air besar.

Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protin dan kalsium yang tinggi di samping mineral, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan/supplement. 


Herb-Lax





Dalam kalangan ahli-ahli Shaklee, Herb-Lax ni dikenali sebagai 'julap.' Tapi, bukan julap seperti yang ada di pasaran tau. Herb-Lax ni kategori julap lembut dan sesuai untuk diamalkan sekali-sekala sahaja. Sebab kita tak nak sistem pencernaan kita terlalu bergantung dengan Herb-Lax. Biarkan ia bekerja secara semulajadi.

Herb-Lax ni fungsi ia lebih kurang macam Alfalfa Complex dari segi mencuci, membersih dan menyingkir toksin dari usus serta badan. Kalau badan korang rasa macam berat je kan, banyak asid, penuh dan selalu SEMBELIT, eloklah korang amalkan telan Herb-Lax sebelum tidur 1 atau 2 kali seminggu.

Kebanyakkan penyakit berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Bila tak sempurna, ia akan menyebabkan bakteria senang membiak. Sebab itulah pembersihan usus seminggu sekali atau seminggu dua kali dengan Herb-Lax sangat digalakkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Fugnsi Herb-Lax yang bertindak membersih dengan lembut dapat mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsung dapat membantu dalam masalah sembelit.


Cinch 





Sya percaya ramai lagi yang masih keliru fungsi Cinch Shake Shaklee dan ESP. Ye lah, Sya faham ada dalam kalangan SID sendiri pun masih keliru dengan kedua-dua ni (macam Sya lah tu :P). Itu sebab ada yang cadangkan Cinch untuk customer mereka yang nak kurus, ada yang cadangkan ESP.

Ok, Cinch Shake ni adalah 'meal replacement.' Maksudnya.. Katakanlah korang tak nak makan nasi waktu tengahari atau malamkan, korang boleh bancuh Cinch Shake ni. Sebab dalam Cinch Shake ni ada 270 kalori, 35g karbohidrat, 24g protin, 3g lemak dan 6g serat makanan larut. Lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk!

Dalam Cinch Shake ni ada Leucine tau. Leucine adalah asid amino yang mengawal tahap gula dalam darah, menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan otot serta tulang tisu dan pengeluaran hormon pertumbuhan. Fungsi utama Leucine dalam Cinch Shake ni adalah mengekalkan otot semasa diet. Bila otot kekal, metabolisme badan kita tinggi. Insyaallah, senang nak maintain berat badan sebab otot kita yang akan bekerja untuk membakar lemak. Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Sebab tu lah berat badan senang naik balik lepas kita diet. Itu namanya yoyo effect! :p


ESP





ESP adalah sumber protin soya Non-GMO (Genetically Modified Organism) yang terdiri dari 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Badan kita tak boleh ye hasilkan asid amino sendiri.. Jadi, memang kita kena ambil dari sumber luaran.

Hampir semua proses biologi memerlukan protin. Dan asid amino adalah blok-blok bangunan tersebut. Sebahagian besar sel-sel badan kita seperti otot dan tisu terdiri dari asid amino.

Untuk korang yang nak kurus.. Protin sangat penting tau untuk turunkan berat badan. Sebab badan kita memerlukan protin dan karbohidrat untuk proses pembakaran lemak. Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar. Tapi, badan korang akan kehilangan jisim otot. Bila jisim otot ni hilang, sebab tu lah nak dapat body shape persis Felixia Yeap tak dapat-dapat.

Kalau ada orang yang ambil ESP ni boleh kurus, itu disebabkan kandungan Glisemik Indeks (GI) yang terdapat di dalam ESP ni rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Sebab apa? Sebab pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. Jadi, nak diet dengan ESP pun boleh. Tapi, kena ingat tau yang ESP ni BUKAN meal replacement. Sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin. Hanya ada sebahagian Vitamin B, Kalsium dan beberapa mineral je.


Apa-apa pun, korang kena INGAT tau. Benda PALING ASAS dalam menurunkan berat badan atau untuk kurus adalah BERSENAM. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tipulah kalau ada orang yang berjaya kurus bergantung 100% dengan supplement. Tiada istilah kurus tanpa senaman dan jaga pengambilan makanan. Satu lagi kena ingat. Kita nak kurus BUKAN semata-mata untuk cantik je tau. Tapi, untuk kesihatan juga. Sebab kegemukan boleh menjemput banyak penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. 





Siti Aisyah
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

#shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleeklia #shakleeklia2 #shakleemalaysia

No comments:

Post a Comment