Pages

Thursday, 8 September 2016

Cara Membuat Brownies Kedut Paling Mudah dan Sedap






Hi, assalammualaikum semua! Sihat?

Pagi ni Sya nak share dengan korang semua resepi atau cara nak buat Brownies Kedut yang paaaaaling mudah dan sedap atas dunia! Hihi. Seriously mudah sangat! Sedap pula tu! Rasanya budak2 Tadika pun boleh buat. Hehe. Tak payah pakai mixer pun. Eh. Ke memang buat Brownies tak payah pakai mixer?? Sya 1st time baking. 1st time buat Brownies juga. So, memang tak tahu. Yang Sya tahu, duplicate cara yang orang dah buat. Heee!!

Macam ni lah life Working-At-Home-Wife (WAHW). Bebas nak buat apa sahaja! Nak baking, nak hang out, nak tidur terbongkang, nak serve internet sampai lebam, nak tengok tv tengok movie sampai bengkak2 mata sampai mata Panda semua boleh! Hikhikhik. Best ke best? Of course lah best kan.. Ada ke mana2 isteri dan ibu yang tak suka duduk rumah 24 jam, tapi duit pun sentiasa masuk 24 jam? Confirm tak adakan?! Cuma terserah dekat korang semua nak macam mana. Peluang dan pilihan dah ada depan mata. Tinggal nak tangkap je. :)

Btw, kebetulan time balik rumah pil minggu lepas, ada menantu angkat pil Sya singgah rumah bawa Brownies yang dia buat. Tepu dan lembut! Manis, manis Brownies. So far ini homemade Brownies yang ke-4 pernah Sya makan. Semua sedap! Cuma ada 1 Brownies tu keras sikit. Tepu tu dah ok, just keras dan kurang manis sikit.

Oklah, tajuk post Sya pun berkenaan cara membuat Brownies Kedut kan.. So, tak mu lah membebel dan berceloteh panjang sangat. Jom kita layan cara2 membuat Brownies Kedut! ;)





Bahan-bahan :
1. 2 biji telur grade A 
Sya guna telur biasa je. Telur brand Nutri Plus yang low cholesterol ada 10 biji tu sebab tak jumpa telur yang 10 biji grade A.
2. 1 sudu kecil Essence Vanilla 
3. 3/4 cup Castor Sugar 
Sya beli brand Kings.
4. 85g butter 
Guna salted butter ye. Resepi asal guna salted butter SCS. Tapi, Sya tukar kepada butter brand Ballantyne. Sebab lambang butter SCS macam lambang bendera Israel je. Heee.. Tapi, bila tengok betul2, butter SCS ni bentuk bintang. Lambang bendera Israel bentuk triangle/segi tiga. Terpulang tau korang nak guna butter brand apa sekalipun. As long as salted butter. Lagi pun butter SCS mahal sikit. RM12.99 Butter Ballantyne baru RM11.90
5. 250g dark chocolate 
Resepi asal guna dark chocolate Beryls. Tapi, Sya guna cooking chocolate Nona. No choice. Time pergi beli bahan2 Brownies dekat Zemart, brand Nona ni je yang paling ok dan Sya familiar. But, the taste still sedap. No worries!
6. 1/2 cup tepung gandum 
Tak kisah juga apa2 brand. Sya guna Tepung Gandum Cap Sauh.
7. 1 sudu besar serbuk koko
8. Tray/loyang saiz 7x7 inch 
Kalau guna tray 10x10, make sure korang double kan bahan-bahan tau! Kalau tak nanti Brwonies Kedut korang jadi tipis giler macam Brownies Sya. Kahkahkah!
9. Parchment paper
10. Walnut 
Terpulang nak letak atau tak. Kalau nak letak, tak semestinya letak walnut. Boleh juga letak almond slice yang color putih tu, almond color coklat boleh dsb.
11. Nutella 
Terpulang juga nak letak atau tak.

** Anggaran kos untuk bahan-bahan adalah RM41.37 (Harga tak termasuk tray, parchment paper dan Nutella). Harga bergantung pada jenama/brand bahan yang dipilih dan dibeli.


Cara-cara :
1. Cairkan butter



2. Cairkan dark chocolate menggunakan kaedah double boil. Gambar lupa nak ambil. Sorryyyyy.. Heee.. 

3. Letak gula Castor dalam bekas lain.

4. Kemudian satukan butter yang telah dicairkan tadi dengan gula Castor. Kacau sehingga sebati sahaja. Bukan sehingga gula cair.



5. Pecahkan 2 biji telur sekaligus dan kacau perlahan-lahan sehingga kuning telur pecah. Kacau kejap je tau. Masukkan Essence Vanilla lepas tu.


 

6. Masukkan coklat yang dicairkan panas-panas tadi ke dalam adunan butter, gula Castor dan telur. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.



7. Dah sebati, campurkan tepung gandum dan serbuk koko serta kacau bagi sebati juga. Jangan lupa ayak dulu tepung tu tau supaya tepung tak berketul-ketul. Sya punya tepung berketul-ketul sebab lupa nak tapis dululah! Huahuahua.. It's okay.. 1st timer~~



8. Akhir sekali transfer adunan tadi ke dalam tray saiz 7x7 dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c dengan menggunakan api atas dan bawah.



Oh, jangan lupa panggang Walnut yang dibeli macam dekat bawah ni. Panggang dalam 10 minit macam tu atau sampai ia rasa garing dan rangup. Ini kalau korang nak bubuh Walnut lah atas Brownies Kedut korang sebagai hiasan dan penyedap rasa.



Lepas tu letaklah Nutella ikut kreativiti korang.. Nak corak macam mana.. Garis-garis ke.. Bunga-bunga ke.. Terpulang.. Kalau nak yang bercorak, boleh beli cake nozzle macam dekat bawah ni. Beli sekali piping bag ia. Boleh cari dekat kedai2 bakery. Melambakkan bakery shop sekarang ni.. 



Happy baking korang!

Brownies Kedut Walnut Nutella by Sya Syasya
7 September 2016

Btw, makan makan juga. Kesihatan badan tetap nombor 1 kena jaga! Brownies Kedut Walnut Nutella ni sangatlah tinggi kandungan gula ia. Seriously, siapa yang addict dengan Brownies Kedut atau makanan2 dan minuman2 manis, better korang do something. Cari alternatif untuk korang counter back apa yang korang makan dan minum.

Macam Sya, Sya akan counter back dengan cara ambil makanan tambahan (supplement) dan bersenam (exercise). Mungkin korang juga boleh apply benda yang sama. Supplement yang Sya ambil adalah B-Complex, Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

B-Complex (RM56.98/120 tablets) : Membantu menukarkan gula kepada tenaga dan membantu mengurangkan keletihan.
Alfalfa Complex (RM56.98/300 tabltes) : Membantu menstabilkan gula dalam darah. Juga supplement terbaik untuk detoks.
ESP (RM159.00/850g) : Membantu mengawal kadar gula dalam darah dan membantu dalam menghasilkan sel2 badan yang lebih sihat. Sesuai sangat untuk pesakit Diabetes (kencing manis) sebab ESP ni tanpa kolesterol dan laktosa. Sangat membantu orang yang ada gastrik, susu badan kurang dan masalah kulit muka.

Boleh direct contact Sya untuk tempahan. Harga yang tertera adalah harga bukan ahli termasuk GST. Sya boleh berikan harga yang jauh lebih murah kalau korang nak. Contact Sya dulu untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah tu. :) ESP tengah PROMOSI pula tu bulan September 2016 ni. Rugi tak boronggggg!! ;)





Siti Aisyah binti Ab Razak
A Happy Working-At-Home-Wife (WAHW)
Your Trusted SID : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Health & Beauty Consultant
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH) : Natural Home & Mobile Spa

FB : Sya Syasya
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home Spa & Mobile Spa
IG : YEOJA_BEAUTYHOUSE & IAMSITIAISYAH
Email : yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com
Contact Number : +6013-476 5930

#shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleeklia #shakleeklia2










No comments:

Post a Comment