Pages

Wednesday, 17 August 2016

Checklist Sebelum Anda Travel ke Luar Negara

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Hi, Assalammualaikum semua!

Lepas je Sya kemas dapur, Sya naik bilik dan baring sekejap sebelum Sya tunaikan Solat Fardhu Zohor. Sambil2 baring tu, tiba2 jari2 tangan ni tak mu duduk diam. Terus ambil dan pegang handphone. Teka nak buat apa?? Layan Facebook? Instagram? Whatsapp? Tettttt. Semua salah! Sya layan tengok gambar2 time Sya pergi Perth, Western Australia few weeks ago dengan ahli2 The Walking Beauty (TWB). Hehe. Arghhhhh.. Rindu!! Itu yang terus rasa nak update blog tu!

Fyi..
Ini 1st time Sya pergi Perth tau. Sya pun tak pernah sangka yang suatu hari nanti Sya akan jejakkan kaki Sya di negara yang terkenal dengan Kangaroo, Koala dan Wombat ni.




Yang Sya tahu, bila Sya join je Projek TWB ni, Sya berpeluang untuk bercuti ke luar negara setiap tahun. Dan sepanjang penglibatan Sya dalam TWB ni, Sya memang cuba untuk tak miss taip #triptoperth2016 di setiap post2 Sya sama ada di FB, FB Page, FB Grroup TWB dan IG. Taip tanpa miss tau. Dapat join trip atau tak, itu belakang cerita. Hihi. Tapi, betul lah orang kata, kata2 kita boleh jadi satu doa. Akhirnya, pada 23 Julai 2016 Sya dan ahli2 TWB yang lain telah pun selamat terbang ke Perth.. :")

Ok, sebelum Sya kongsi dengan korang semua berkenaan checklist sebelum korang travel ke luar negara dan percutian kami di Perth, meh Sya explain sikit pasal Projek TWB ni. Sya percaya masih ramai yang tak tahu dan tertanya-tanya apa itu Projek TWB. Secara ringkasnya.. Projek TWB adalah sebuah Projek Spa Bergerak Tanpa Kedai (Home Spa & Mobile Spa) yang bertujuaan untuk menolong dan membantu para wanita khususnya suri rumah (housewife) untuk sentiasa kelihatan CANTIK dan BERDUIT dalam satu masa. Yang mana part-time housewife pun kami di TWB akan cuba bantu. Senang cerita, para wanita yang inginkan kebebasan kewangan, masa dan dalam masa yang sama ingin menjaga penampilan sebagai seorang isteri, ibu serta Muslimah. Got it? ;)

So, here some of the checklist yang korang kena buat sebelum korang travel ke Perth, Australia atau mana2 negara luar.

"Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh~~" >>> PASSPORT!

Make sure passport korang laku / valid 6 bulan ke atas tau. Contoh, annual trip TWB ni 23 Julai 2016 kan? So, kami kena pastikan passport kami tamat sekurang-kurangnya pada Januari 2017 (6 bulan dari tarikh kami fly). Bawah ni Sya share bayaran passport Malaysia selama 5 tahun mengikut usia yang Sya ambil dari Portal Jabatan Imigresen Malaysia Antarabangsa http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 

a) Pemohon biasa - 13 tahun hingga 59 tahun = RM200.00

b) Warga emas - 60 tahun ke atas = RM100.00

c) Kanak2 12 tahun ke bawah = RM100.00

d) Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara - 21 tahun ke bawah = RM100.00

e) Jemaah Haji - Surat pengesahan dari Tabung Haji (TH) / agensi yang dilantik = RM100.00

f) Orang Kelainan Upaya (OKU) = Gratis


Untuk permohonan passport kali pertama pulak, korang perlu mematuhi prosedur berikut:

i) Pemohon datang sendiri ke Pejabat Imigresen / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

ii) Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia / Pejabat Atase di Singapura, New York, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tak perlu bawak gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

iii) Kanak2 di bawah 4 tahun digalakkan bawak gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Untuk details korang boleh refer terus Portal Jabatan Imigresen Malaysia Antarabangsa ni http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

VISA. Sebelum korang bercuti ke sesebuah negara, check dulu tau sama ada negara yang korang nak lawati / bercuti tu perlukan Visa atau pun tidak. Macam Australia, korang memang perlukan Visa untuk korang masuk ke negara mereka.

Visa berbeza tau dengan passport. Visa ni dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang memberi keizinan untuk kita berada di negara tersebut dalam suatu tempoh dan waktu tertentu. Passport pulak dokumen yang mengesahkan kita boleh ke luar negara.

Disebabkan kami 1st time ke Perth, so pemohonan Visa kami semua diuruskan oleh Founder TWB, Pn. Ainul Shahrazad atau lebih dikenali sebagai Master Ainul Shahrazad (MAS) di dalam Shaklee. Untungkan kami join annual trip TWB ni? Sampai Visa pun Founder TWB yang apply kan. ;) Tapi, next year dan tahun2 akan datang, kami diminta untuk buat sendiri permohonan Visa supaya kami dapat belajar sendiri bagaimana cara untuk memohon Visa. Bagus jugak. Tak adalah "manja" sangat kami nanti! Kuikuikui. Yet, kalau tak, sampai bila2 kami tak reti dan tak tahu prosedur untuk apply Visa tu macam mana.

Walaupun Visa kami diuruskan oleh Founder TWB, tapi Sya tetap cuba belajar cara untuk apply Visa ke Australia melalui pembacaan Sya di google. Australia salah sebuah negara yang mempunyai sistem pemohonan Visa yang canggih tau. Visa untuk ke Australia boleh dimohon dengan hanya melalui atas talian (online). Bawah ni Sya share langkah2 untuk korang apply Visa ke Australia secara atas talian okay?

Cara Memohon Visa ke Australia Secara Atas Talian (Online)

  1. Layari website Electronic Travel Authority (ETA).
  2. Tekan butang "Apply for an ETA."
  3. Untuk "ETA type" pilih "tourist" dan tandakan kotak untuk perakuan berada di luar Australia serta bersetuju dengan "terms and conditions." Then, click "next."
  4. Isi "personal and passport details."
  5. Pastikan maklumat yang korang masukkan betul dan tepat.
  6. Buat pembayaran menggunakan kad kredit pilihan korang sama ada Visa, MasterCard, AMEX atau lain2. Harga Visa yang dikenakan ke atas setiap seorang dpd kami untuk trip hari tu adalah sebanyak AUD24.52 (RM75).
Selepas pembayaran dibuat, korang akan menerima bukti pembayaran dan pengesahan. Pihak Imigresen Australia akan menghubungi korang melalui email untuk memaklumkan status permohonan korang. So, make sure lepas dah apply tu, terus check email okay. Korang jugak akan menerima email dokumen Visa yang mengandungi syarat2 dan peraturan yang berkaitan dengan pemegang Visa. Visa ni tak payah print pun tak apa. Tapi, kalau korang nak print jugak, boleh je. Lagi bagus. Sebab ye lah kan, kita tak tahu apa akan jadi nanti. Anything can happen right? At least kalau ada apa2 masalah, kita dah ada salinan kita sendiri. 

Dan korang perlu tahu jugak tau yang Visa ni valid untuk tempoh 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Visa ni boleh digunakan tak kira berapa kali korang ke Australia. Cuma untuk setiap percutian tu, make sure korang tak lebih dari 3 bulan lah. Dan jangan pulak korang gunakan Visa ni untuk korang bekerja atau menetap terus dekat sana pulak. Sebab ini Visa untuk melawat / melancong sahaja. 




Passport dah. Visa dah. Sekarang JUMLAH WANG yang perlu korang bawak untuk ke Perth, Australia. Jangan lupa tukar dulu RM korang ke matawang mereka, Australia Dollar (AUD). Macam Sya, Sya bawak RM700.00 (AUD230). Kalau tanya Sya yang boleh dikategorikan sebagai "shopaholic" ni, memang tak cukup RM700.00 tu! Hahahah.. Kalau nak puas shopping, tukarlah at least RM1000.00  Nak lagi best tukar RM1000.00 - RM1500.00 Hehe. Tapi, kalau korang rasa tak cukup duit yang korang tukar time dekat Malaysia, korang draw je lah nanti bila sampai sana. Cuma make sure kad2 bank korang dah diaktifkan untuk kegunaan di sanalah nanti. KAD PENGENALAN (IC) dan LESEN MEMANDU pun jangan lupa bawak tau. Macam kami hari tu, ada tempat yang memerlukan kami untuk menggunakan kereta seperti ke Caversham Wildlife Park, Whiteman Park dan The Margaret River Chocolate Co. Yang lain2 kami banyak menggunakan public transport seperti teksi dan bas.

Apa lagi eh? 

PAKAIAN. Perth time tu tengah winter tau. Tapi, kami diberitahu oleh MAS yang cuaca di Perth lebih kurang macam kita pergi Cameron Highlands je. Cuma sejuk sikit dari Cameron Highlands. Bila Sya check pun, memang average dalam 16 - 18 degrees celsius. So, macam Sya sendiri tak adalah beria-ia bawak baju sejuk / tebalkan. Rupa-rupanya bila dah sampai sana, perghhhhh.. Sejuk ia sampai menusuk ke tulanglah! Menggigil rasa badan. Nak bercakap pun terketar-ketar. Siap 'asap' keluar dari mulut. Dan bermulalah aksi2 'jakun' kami tunjuk-menunjuk mulut siapa yang keluar 'asap.' Kahkahkah. Erm, tak ingat pulak time sampai tu average berapa. Yang pasti memang ada hari kami di sana drop sampai ke 4 degrees celsius kau! Nasib baik time tu Sya bawak "long john" yang suami Sya belikan Sya time kami honeymoon di Korea dulu. So, tak ada lah sejuk sangat kalau kita just pakai sweater je dekat luar. Cuma bila pakai long john ni, badan akan nampak berisi sikit / gemuk macam Sya time 1st day di Perth lah. Huahuahua. 

Bawah ni antara pakaian yang Sya pakai sepanjang trip Sya di Perth, Australia. Gambar 1st tu dekat Perth International Airport. Baru sampai. Kami bertolak dari KLIA 2 pada hari Jumaat (22 Julai 2016) malam lebih kurang jam 23:57 pm (time ni dah ada dalam perut Air Asia X). Perjalanan lebih kurang 5 - 6 jam macam tu. Lebih kurang macam pergi Korea jugaklah. Kiranya kami sampai di Perth pada hari Sabtu waktu Subuh macam tu. Gambar 2nd atas (tengah) ni, Sya bergambar depan apartment yang kami team TWB stay.

Sebelum kami memulakan "exploration" kami untuk hari yang pertama di Perth, Sya tukar pakaian lain pulak. Pada hal ok je kalau nak pakai pakaian yang sama time tiba di Perth tu. Sebab ye lah kan, bukannya dah start jalan mana2 pun. Just duduk dalam flight je pun sebelum tu. Untuk korang yang tak check-in luggage, better korang jangan buat macam Sya. Dah lah tak check-in luggage. Pakaian bawak banyak pulak tu. T-shirt, seluar dan tudung untuk mandi dekat swimming pool apartment pun Sya bawak. Sudahnya tak mandi pun sebab cuaca sejuk. Nanti tak pasal2 kena tahan pulak dengan Pegawai Imigresen / pihak Air Asia sebab hand luggage gemuk semacam. Time Sya hari tu nasib je lepas. Tapi, Pegawai Imigresen / pihak Air Asia memang 'berkenan' betul dengan hand luggage Sya. Sampai Sya hilang dari pandangan mereka, mereka still pandang beg Sya. Hahahah! So, untuk mengelakkan dari sebarang masalah.. Make sure hand luggage korang tak melebihi 7KG tau! (Kalau korang naik Air Asia dan tak check-in luggage lah).

  

   



Untuk hari kedua di Perth, Sya tak pakai long john dah. Sya just pakai long coat hitam dan jeans. Luar Sya pakai lagi long coat lain. Long coat luar ni Sya pinjam MAS punya. Hihi. Kasut pun pinjam orang punya. Kahkahkah. Tapi, untuk korang yang tak tahan sejuk dan sensitif tu, better korang pakai long john dekat dalam. Kalau tak pun, pakai baju yang tebal sikit dekat luar. Seriously sejuk okay.. Esepecially sebelah pagi dan petang nak ke malam tu. Dekat Perth waktu malam cepat tau. Pukul 5 lebih macam tu dah macam pukul 7 lebih. Gambar Sya pakai coat merah tu pulak, Sya tukar dengan MAS sekejap. Tukar untuk ambil gambar je.. Hihi. Hari ketiga kami ada Jamuan Hari Raya TWB di apartment kami sebelum kami ke Kings Park & Botanic Garden dan Bell Tower. Itu yang Sya pakai dress tu. Luar Sya pakai leather jacket Calaqisya. Dalam Sya pakai long john, tapi seluar je. Glove hitam yang Sya pakai ni tipis je. Pakai just untuk nampak cantik ala2 Belle Alyahya, Bella Ammara tu. Hikhikhik. Hari keempat Sya pakai inner tebal dekat dalam. Inner yang sama Sya pakai time 1st day tu.

Actually, tak payah bawak baju banyak2 pun kalau time winter.. Cukuplah korang bawak tudung / shawl (bagi yang bertudung) untuk hari2 korang di Perth. Contoh, macam kami stay di Perth selama 5D4N. So, bawaklah tudung / shawl untuk 5 hari punya. Sebab winter coat biasanya kita akan pakai yang sama je.. Cuma macam Sya, Sya tukar2 winter coat sebab Sya 'pinjam' kakak2 dan adik Sya punya. Hikhikhik. Huntungkan bila dapat travel bersama kakak2 dan adik sendiri. xD Boleh buat 'sistem barter.' :P Jangan lupa bawak stokin tebal dan glove jugak tau.

Dari segi toiletries, Sya bawak syampu Dove for hair-fall control, sabun Dettol Gold jenis liquid, Make-Up Remover (MUR) Shaklee, Nutriwhite (NW) Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee, berus gigi dan Colgate mini. Semua ni Sya transfer ke dalam bekas2 kecil yang Sya beli di Daiso, Mid Valley Megamall. RM5 je.. Oh, termasuk GST 6% jadilah RM5.30 Toiletries ni Sya hand carry je. Make sure tak lebih 100ml tau cecair (liquid) yang korang bawak.

Dari segi MAKANAN pulak..
Antara makanan yang DIBENARKAN bawak adalah seperti:-
  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb. Jenama Maggi sangat famous dekat Perth tau. Dekat Woolworths (shopping mall) banyak giler Maggi yang dijual.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang i.e. jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi.
  • Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli di Tesco/Giant).
  • Beras, bihun, spaghetti dll yang tidak mempunyai unsur2 terlarang seperti telur.
  • Nescafe/Tea 3-In-1 yang tidak mengandungi susu. Hanya guna non-diary creamer.
  • Susu formula untuk bayi/anak2 kecil.
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol/balm boleh bawak.
  • Rempah-ratus berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco/Giant.

Antara makanan yang TIDAK DIBENARKAN bawak adalah seperti:-
  • Serunding daging/ayam.
  • Bahan makanan yang mengandungi telur.
  • Hasil tenusu i.e. susu, cheese, mayonis dsb.
  • Minuman/makanan yang mengandungi coklat/susu (Milo 3-In-1).
  • Buah-buahan.
  • Rempah-ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging/ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan2 ini. Even ayam yang telah dikisar dengan bubur nasi pun tak boleh tau. *Tiba2 teringat kejadian di mana bubur nasi anak buah Sya, Maryam (anak kpd MAS) kena buang depan mata Sya, kakak, adik dan beberapa orang ahli TWB yang lain oleh Imigresen di sana* T_T Imigresen Australia sangat strict tau! Jangan lupa declare makanan apa yang korang bawak sebelum mereka check.

Oh, yeah. Sebelum Sya terlupa, suka untuk Sya ingatkan korang yang merancang untuk bercuti ke luar negara supaya membawa supplement especially supplement untuk tulang. Sebab apa? Sebab confirm bila korang bercuti di luar negara, korang akan baaaaanyak berjalan. Ye lah, takkan jauh2 datang, mahal2 bayar, nak duduk terperap habiskan masa dalam bilik hotel / apartment / motel / hostel je kan. Rugilah! 

Macam kami, kami memang dah standby OSTEMATRIX Shaklee siap2 dah. Alhamdulillah, sepanjang trip kami di Perth, tak ada seorang pun yang mengeluh penat / letih bila kena berjalan jauh. Yet, emak2 yang dah ada 4 orang anak pun masih kuat berjalan macam anak dara tau. Hehe. Sya ni siap pakai boot yang bertumit lagi tu. Gigih tak gigih.. Selain Ostematrix, Sya bawak jugak supplement Shaklee yang lain seperti VITA-LEA, B-COMPLEX, SR VITA-C PLUS dan LECITHIN. SR VITA-C PLUS ni Sya cakap korang memang WAJIB bawak! Kalau ada NUTRIFERON lagi bagus. Sebab dua2 ni akan protect body korang dari diserang selesema, demam, batuk atau jangkitan2 lain. Biiznillah. :)


Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus dan Lecithin yang Sya bawak ke mana sahaja.
Lecithin ni untuk bagi pecah balik lemak2 dalam badan sebelum buang (keluarkan) lemak2 yang dah dipecahkan dengan Alfalfa Complex / Herb-Lax


Alright, cukup dulu kot setakat ni. Insyaallah, entry akan datang Sya kongsikan pulak tempat2 yang korang WAJIB pergi kalau datang ke Perth ni. Transportation, accomodation, internet, flight etc. Kalau nak tahu, stay tuned! ;)

Btw, sesiapa yang nak cuba dan dapatkan Ostematrix Shaklee ni, korang boleh contact je Sya terus okay. Ostematrix tengah PROMOSI sekarang. Rugi korang tak borong banyak2. Harga sebotol murah sangat! Puluh2 ringgit je. Budak2 sekolah menengah pun mampu beli tau. Hihi. 1 botol ada 120 caplets. 











Siti Aisyah binti Ab Razak
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
Manager 
Luxurious Lipstick by Ainul D'Secrets
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com

FB : Sya Syasya
FB Page : Yeoja Beauty House Natural Home & Mobile Spa
IG : YEOJA_BEAUTYHOUSE / IAMSITIAISYAH


#sayapengedarsahshaklee #sayapenjualshaklee #sayapenggunategarshaklee #shakleepersadadamai #shakleebandarenstek #shakleekotaseriemas #shakleeklia #shakleeklia2 #shakleenilai #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleebangi #shakleekajang freeconsultation #freepilbox #specialgiftfromperthwesternaustralia


No comments:

Post a Comment