Pages

Thursday, 26 November 2015

Malay Wedding | Selamat Pengantin Baru Senget-Senget Crew (SSC) !!

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~


Welcome to the club, Kak Unn! Club of wives. Hehe.

Alhamdulillah.. Another one Senget-Senget Crew got married! Senget-Senget Crew? Apa tu? Secara ringkasnya, Senget-Senget Crew adalah nama sebuah kumpulan kami (Me and few of my close friends, Nadhrah Amirah (Nadh), Shafiqa Nazurah (Fiqa), Nurul Szliana (Kak Unn), Wan Izzati Liyana (Yana) dan Nurul Amira (Mira) ketika kami menuntut di UiTM, Seri Iskandar, Perak.. Nama group kami ni diberi oleh salah seorang daripada kami iaitu si senget, Fiqa. :P

Again, alhamdulillah until now kami masih lagi berhubung even kami tak selalu jumpa macam dulu, but at least kami selalu juga berhubung sama ada melalui whatsapp group, Facebook (FB) dan Instagram (IG). Cuma, Mira je kami dah lost contact. Kami try juga contact Mira. Try call and wechat her, tapi Mira tak angkat pun phone dia even ada ringing and yet dia tak reply pun wechat even gambar wechat dia bertukar. So, I (We actually) really hope that kalau Mira terbaca entry Sya ni, Mira dapat contact kami semula. We all miss you so much, Mira!! :"( :"( :"( :"( :"(

Ok, back to our topic. Tak nak lah sedih2. Kak Unn ni ahli SSC yang ketiga berkahwin. Ahli SSC yang pertama kahwin agak2 korang siapa??? Hihi.






It was me! *Malunya*

Ahahahah.. xD Betul lah. Sya lah ahli SSC yang pecah rekod kahwin dulu. Huhu.. Tak sangka, gurauan kami ketika di UiTM dulu akhirnya menjadi realiti! Dengan izin Allah S.W.T., gurauan dan kata2 kami itu menjadi kenyataan. 

Kami sering menunding jari siapa yang akan kahwin dulu nanti. Most of them said, Sya yang akan kahwin dulu. I don't know why. Maybe perkongsian Sya berkenaan family Sya try cannon kan Sya dengan orang itu dan orang ini menjadikan dia orang fikir Sya yang akan kahwin dulu. But, it was true! Memang Sya yang kahwin dulu even bukan dengan orang2 yang family Sya cannon kan time tu. Huhu..

First.. Sya..
Second.. Yana..
Third.. Kak Unn..

Eh. Tak2..

First.. Sya..
Second.. Kak Unn..
Third.. Yana.. and then Nadh? Fiqa?

Hahaha.. Macam ni lah kami dulu.. Saling menunding jari.. Akhirnya, ahli SSC yang ikut jejak langkah Sya adalah Yana.. Kemudian barulah Kak Unn.. Apa2 pun, alhamdulillah dah selamat 3 orang ahli SSC menjadi isteri orang! Tinggal 2 orang je lagi yang still single. Available or not available tu kena tanya cik empunya dirilah. ;)

Cakap sorang2 pun tak best juga. Hihi. Jom cuci mata dulu tengok gambar2 sekitar majlis pertunangan dan perkahwinan 3 orang ahli SSC yang dah selamat bergelar isteri orang!

Majlis Pertunangan Siti Aisyah binti Ab Razak & Hasri Akhmal bin Samsuri
16 Julai 2011
Taman Ayer Molek, Melaka


                Bakal mama mertua sarungkan cincin           Macam tak percaya si dia bakal suamiku

Bersama 13 dulang hantaran daripada pihak lelaki


Majlis Pertunangan Wan Izzati Liyana binti Wan Tamlikha & Muhammad Faizul bin Ismail
13 Jun 2014
Kampung Tersusun, Bukit Jana, Kamunting, Perak


Si manis kami, Yana. Sweet!

 
Yana & Faizul
Ahli SSC yang kedua bertunang 

 
From right : Nurul @ Kak Unn, Yana & Fiqa
Time Yana bertunang Sya dan Nadh tak dapat datang sebab jauh. 
Tapi, kami pastikan time Yana kahwin kami datang. 
Dan memang kami datang! Hehe.


Majlis Pertunangan Nurul Szliana binti Said  & Fadli bin Sariman
28 Disember 2014
Bagan Serai, Perak


Suka Kak Unn bakal emak mertua sarungkan cincin! xD

Senyuman manis seorang bakal pengantin! 
Macam kilang gula tumpah je! Manis sangat! Ahahahah.

Muka tak sabar nak godeh setiap satu hantaran daripada pihak lelaki. Hehe.


Majlis Perkahwinan Siti Aisyah binti Ab Razak & Hasri Akhmal bin Samsuri
9 Februari 2013 | 10 Februari 2013
Taman Ayer Molek, Melaka | Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan


Pemberian mas kahwin sebanyak RM100 

Berarak di rumah keluarga Sya

Wo ai ni!!

Saranghae!!

Sesi memotong kek Permaisuri dan Raja
Perasan!!

Thank you so much Nadh & Yana for coming! 
Mewakilkan kehadiran SSC, Fiqa & Kak Unn.

Malam berinai di rumah keluarga suami

Anak MB Negeri Sembilan tiru kami naik benda alah ni. Hihi.


Pelamin Kayangan~
Idaman pengantin perempuan sebab ada pokok yang gunakan materia bulu2. Bahahahah.


Majlis Pertkahwinan Wan Izzati Liyana binti Wan Tamlikha & Muhammad Faizul bin Ismail
7 Februari 2015
Kampung Tersusun, Bukit Jana, Kamunting, Perak


Alhamdulillah, seorang lagi ahli SSC dah selamat jadi isteri orang!

Macam model untuk Majalah Pengantin pula! Hihi.

Nasib baik semua kurus dan kecil. Muat satu kerusi pengantin untuk 4 orang! 
Hahahah..

We are Senget-Senget Crew (SSC)!!!!
From right : Nadh, Me, Fiqa & Kak Unn

Yang 3 orang duduk depan pengantin ni kawan sekelas kami ketika di UiTM, Seri Iskandar dulu.

Bersama kawan2 satu UiTM, Seri Iskandar yang berlainan program. 


Majlis Perkahwinan Nurul Szliana binti Said  & Fadli bin Sariman
22 November 2015
Bagan Serai, Perak


Selamat Pengantin Baru, Kak Unn & suami, Fadli!!
Pengantin baru lagi ni. Fresh form the oven. Hikhikhik.

Ambil gambar kenangan sikitlah.. Datang dari jauh ni.. Hihi.

WE LOVE YOU
TAHNIAH!!

From right : Nadh, Yana, Kak Unn & suami, Naz, Dila

Setelah few years tak jumpa dan akhirnya kami jumpa semula di sini! 
Kawan2 UiTM, Seri Iskandar


Ok, cukuplah ni eh Sya share gambar? Tak boleh share banyak2. Nanti yang single dan available lagi tu (perempuan / lelaki) terus cakap dekat parents nak bernikah sekarang. :P Yang dah bertunang tu pula terus ajak pasangan tu bernikah awal dari tarikh yang telah ditetapkan. Hihi. 

Insyaallah, nanti Sya share lagi gambar2 sekitar pertunangan dan perkahwinan lagi 2 orang ahli SSC yang single tu, Nadh dan Fiqa pula. ;)

Sebelum Sya end up entry Sya ni, Sya mohon doa kalian semua yang membaca entry Sya ini untuk sama2 mendoakan jodoh, kebahagian dan keharmonian rumahtangga kami dengan pasangan kami kekal di dunia serta akhirat.. Sya juga mendoakan kalian yang sudah berumahtangga agar rumahtangga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Jodoh kekal berpanjangan di dunia dan akhirat tanpa gangguan orang ketiga.. Insyaallah.. Sama2 kita usaha sebaik mungkin untuk menjaga rumahtangga kita dan sentiasa doa minta pertolongan, bantuan, perlindungan serta pemeliharaan Allah S.W.T... 

Kepada yang sudah bertunang, Sya doakan agar anda dan pasangan anda cepat2 diijab kabulkan dan kekal berpanjangan hingga ke SyurgaNYA.. Yang belum ada apa2 ikatan tu, pesan dan nasihat ikhlas daripada Sya, jagalah pergaulan anda dengan mana2 lelaki especially lelaki yang korang tengah rapat sekarang (yang bukan muhrim). Insyaallah, kalau ada jodoh tak akan ke mana.. Yang paling penting jaga hukum2 Allah, insyaallah Allah akan jaga korang dan permudahkan segala urusan korang.. Assalammualaikum.








Wednesday, 25 November 2015

Ketam Lembut di Kuala Gula | JS Muara Restoran Terapung

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang ~


Korang pernah dengar tak ada ketam yang kita boleh makan bukan setakat isinya, tetapi kulit2 ketam tu sekali kita boleh makan. Ke Sya je yang baru dengar? Huhu..

Sya dapat tahu pasal ketam lembut ni pun daripada suami Sya. Few years ago, suami Sya dan keluarga dia pernah makan ketam lembut di Kuala Gula ni. Suami Sya tak habis2 bercerita berkenaan ketam lembut ni setiap kali perbualan kami menyentuh pasal negeri Perak sampai Sya terliur! So.. bila si suami dah buat si isteri terliur, nak tak nak kenalah bawa si isteri ke tempat yang diceritakan itu~~

Disebabkan awal tahun hari tu kami suami isteri tidak berkesempatan untuk singgah makan di sini, so baru2 ni kami pun plan lah untuk ke sini dah alang2 kami nak pergi wedding kawan Sya di Bagan Serai. Ok, Sya bagi korang tengok dulu rupa ketam lembut di Kuala Gula ni macam mana. 


Ketam Lembut Goreng Tepung, Kuala Gula 
Harga : RM8 seekor
Kami suami isteri order 4 ekor ketam lembut.


Tak nampak pun rupa ketamkan? Tapi, bila makan memang rasa ketamlah.. Hehe. Actually, dekat sini bukan je ada ketam lembut goreng tepung. Ada macam2 masakan yang kita boleh request untuk ketam lembut ni. Macam Sya, Sya memang teringin sangat nak rasa ketam lembut goreng tepung ni since ramai yang cakap menu ni antara menu yang famous kalau datang sini. 

PUAS HATI !!

Alhamdulillah, puas hati bila dah dapat rasa sendiri macam mana ketam lembut goreng tepung ni. Secara jujurnya, tak adalah wow sangat rasa ketam lembut ni. But, its different from other crabs! Different sebab boleh makan the whole crab. Unik! Isi ketam lembut ni pun lebih manis berbanding ketam2 biasa. Itu je lah. Oh, satu lagi pastikan time korang order ketam lembut goreng tepung ni, korang makan cepat2. Sebab bila ketam ni dah sejuk, dah tak best dah nak makan. Tepung dah tak rangup.

Selain ketam lembut goreng tepung ni, kami suami isteri ada order lagi 2 menu lain. Kami order 'Kailan Goreng Ikan Masin' dan 'Telur Bungkus'. Air pula kami order 'Lai Chi Kang' dan air suam. Malam ni kami makan bukan makan budget punya, tapi sebab kami berdua je. Tak naklah nanti makanan tak habis membazir macam tu je. 3 menu ni pun seriously I tell you kenyang dah sampai masing2 paksa masing2 untuk habiskan lauk. Hahahah..


 

Lai Chi Kang 
(Tembikai, Laici, Nata de Coco, Cendol & Barli)
Ini suami Sya punya


Perjalanan nak ke JS Muara Restoran Terapung ni mengambil masa kira2 dalam 28 minit (23KM) dari Hotel Kelisa, Bagan Serai. Dari tempat lain Sya tak sure sebab Sya share dari tempat yang Sya dan suami Sya stay. Heee. :D

Tapi, sekarang ni dah senang. Dah mudah dengan adanya waze dan juga google maps. Search je JS Muara Restoran Terapung, Kuala Gula ni. Insyaallah, korang tak akan tersesat punya. Hihi. Estimated time korang nak sampai ke tempat ni pun korang boleh tahu nanti. Cuma, kalau boleh datanglah awal sebab risau nanti ketam lembut ni habis je. Sebaiknya korang call dulu tanya atau booking siap2. Ambil nombor ni +6016-541 8751

Macam kami, Sya call dulu untuk booking. Tapi, time call tu, pekerja perempuan di situ cakap datang je tak payah booking. Insyaallah, ketam lembut banyak lagi. So, kami gerak dari Hotel Kelisa lepas Maghrib. Time kami sampai tu still belum ramai orang. Rezeki! Advise Sya tetap suruh korang call dulu before datang sini untuk buat booking lagi2 kalau korang nak pergi time budak2 sekolah tengah cuti ni. Confirm ramai orang. Ini based on apa yang Sya bacalah sharing daripada those yang dah pernah datang sini. 


Kami suami isteri memilih untuk duduk di bahagian tepi sungai. Konon-kononnya nak nikmati kedinginan malam di sini. Tapi, lepas few minutes kami duduk, mulalah datang nyamuk sekor demi sekor menghurungi kami. Argh! Garu sana garu sinilah kami tengah makan tu. Huhu..



Sekian perkongsian Sya kali ini berkenaan Ketam Lembut. Jumpa lagi di entry akan datang! Terima kasih kerana sudi singgah dan baca. Hihi. 









  

Monday, 14 September 2015

Review : The Walking Beauty (TWB)




Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalammualaikum dan Hi semua!

"The Walking Beauty @ The Walking Beauty Project."

Ok, rasanya The Walking Beauty atau short term nya TWB ni dah viral dekat Facebook (FB), Instagram (IG), Google etc. Anda boleh search je dengan klik #thewalkingbeauty / #thewalkingbeautyproject / #homespa / #mobilespa / #muslimahomespa / #muslimahmobilespa. Insyaallah, mesti keluar punya. Hihi.


Apa Itu The Walking Beauty (TWB) @ The Walking Beauty Project???

Nahhh... Baca dan fahamkan dulu betul-betul. ;)



Kalau anda fikirkan balik.. Macam mustahil je kan untuk anda memiliki sebuah SPA atas nama anda sendiri? Same goes to me here (masa awal-awal dulu sebelum serious dengan Projek SPA TANPA KEDAI ni). 

Memang mustahil lah kan nak buka SPA sendiri dengan modal yang sure besar punya, nak kena ada kedai lagi, perkakas-perkakas SPA, register nama syarikat, dan yang paling merisaukan is ada ke nanti orang yang nak datang ke SPA kita??? Hahahah! 

Kalau anda ada perasaan-perasaan macam ni, bererti kita berada di dalam sebuah kapal yang sama! Hehe. Inilah antara perkara-perkara yang membuatkan hati Sya sentiasa ragu-ragu (tak yakin) dengan projek ni. TAPI masa awal-awal dululah.. Sebelum mendapatkan penjelasan daripada Pengasas Projek The Walking Beauty, Pn. Ainul Shahrazad dan sebelum Sya lawan segala perasaan-perasaan negatif yang ada di hati serta fikiran Sya.

Eh, anda kenal tak Pn. Ainul Shahrazad? Time awal-awal Sya join projek ni, time tu still belum ramai yang join dan Sya salah seorang pelajar terawal beliau tau! 




Lepas je Sya dapatkan dan dengar penjelasan daripada beliau, Sya terus setuju nak join projek ni and be part of team The Walking Beauty (TWB) ni! Time ni Sya tak fikir sangat pun soal customer ke apa.

Yang Sya tahu, modal untuk join projek ni sangatlah rendah which is tak sampai RM1,000 pun dan Sya dah boleh ada SPA Sya sendiri? Wow sangat rasa! Hihi. Kalau anda nak tahu, kos ni adalah kos untuk barangan SPA sahaja tau. Kos untuk kursus SPA diberi secara PERCUMA (Jika di luar, ianya boleh menceceah RM1,000++ untuk yuran kursus sahaja).

Yang paling best Sya boleh dapat balik modal Sya dalam masa sebulan dan duit yang Sya dapat untuk bulan seterusnya tu adalah NET PROFIT atau keuntungan bersih Sya. 

Gila tak? Memang gila pun! Mana nak cari business yang MUDAH, SIMPLE, dan FUN sekarang ni kan.. Boleh dapat duit cash hari-hari pula tu! Memang sesuai sangat untuk yang tengah tercari-cari side income dalam keadaan Ringgit Malaysia (RM) yang tengah jatuh teruk sekarang ni.

Oh, satu lagi yang buatkan Sya terus nak join projek ni adalah sebab projek ni kena sangat dengan naluri dan sifat Sya sebagai seorang perempuan. Perempuankan.. Memang lumrah perempuan suka bab-bab cantik, wangi-wangi dan ketenangan bagai. Hihi.


 


By the way..

Kalau anda nak tahu, kakak Sya pernah pergi kelas SPA and she said cikgu dia cakap untuk membuka sebuah SPA, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 - RM5,000 dalam tangan. Kena pergi kursus selama 6 bulan, jalani praktikal di SPA orang lain, SKM tahap 3 dan macam-macam lagilah.

Lepas je dengar perkongsian kakak Sya ni, Sya rasa lega sangat! Lega sebab pilihan Sya untuk sertai The Walking Beauty Project ni adalah TEPAT!!! Alhamdulillah.. :")


So, apa yang dapat Sya beritahu anda semua untuk review ni..
  • Modal untuk projek ni sangat rendah kalau nak compare dengan keuntungan yang bakal kita dapat.
  • Time Sya join, hanya ada satu pilihan je iaitu pakej RM750 (FULL PACKAGE). Sekarang? Macam-macam pakej ada. Macam bulan ni, ada PAKEJ SPA SERI PENGANTIN RM750 dan PAKEJ SPA SMART STUDENT yang boleh dimiliki oleh mereka yang masih belajar serendah RM350 sahaja.
  • Kalau macam bulan lepas, ada promosi pakej RM450 dan promosi "Trip to Melbourne, Australia." Insyaallah, next year semua team TWB dapat pergi sama-sama. Bertuahnya lahai..
  • Kalau kelas SPA dekat luar, habis je kelas (training) haaa pandai-pandailah anda nak running SPA anda macam mana. Tapi, kalau anda join TWB? You never walk alone! Anda sentiasa dalam kumpulan sokongan walaupun masing-masing memiliki SPA mereka sendiri. Best kan? Bergaul dengan orang lain yang dari berbagai latar belakang (ada yang Engineer, bekas Engineer seperti Pengasas TWB sendiri, ada yang Akauntan, Cikgu, pekerja full-time, pekerja part-time, housewife, dan pelajar).

Dan anda jangan terkejut tau. Projek ni dapat perhatian dari pihak Berita Harian (BH) sendiri untuk bahagian pendidikan (education).


Sesi interview bersama wartawan Berita Harian (BH)

Praktikal 'full facial' oleh pelajar-pelajar (tarinee) sambil dibimbing oleh 
Pengasas The Walking Beauty (TWB), Pn. Ainul Shahrazad 
di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Ok itu sahaja buat masa ni.. Sekian review untuk The Walking Beauty Project. Harap review ni dapat membantu anda yang masih tertanya-tanya tentang TWB ni ye! 


Siti Aisyah
Team The Walking Beauty
Founder & Owner Yeoja Beauty House
Natural Home Spa & Mobile Spa
+6013 - 476 5930


Saturday, 11 July 2015

Review Drama : Khilaf Seorang Isteri

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~




Hari Rabu hari tu (8 Julai 2015), Sya tertengok TV9.. Macam best je cerita yang ditayangkan. Tajuk cerita tu, "Khilaf Seorang Isteri."

So, Sya pun tengoklah sampai habis cerita tu... Seriously blur and tak faham tengok cerita tu sebab time Sya tengok tu, cerita tu dah nak habis dah. Huhu.. Tak teringin pulak nak cari cerita ni dekat mana2 i.e. Tonton dll sampailah kakak Sya send dekat whatsapp pasal cerita ni. 

Disebabkan curious, Sya pun try lah cari cerita ni dekat Youtube. Tapi, sedihnya dekat Youtube cerita ni still belum keluar. Try search dekat Tonton pulak. Yes! Ada pun! Terus Sya register Tonton. Huhu..

Telemovie ni best sangat.. Cerita pasal suami isteri dan rumahtangga. Realiti kehidupan masyarakat sekarang yang memang ada berlaku.

PELAKON : Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz.

SINOPSIS :

Muiz dan Thalia adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Aryana. Mereka telah membawa haluan masing2 dengan pasangan baru mereka. Muiz merupakan seorang Pengurus Kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahiwn dengan Ryna seorang Eksekutif Perundangan, manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang Pengarah, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing2, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah. Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.


Antara PENGAJARAN yang dapat Sya simpulkan dari Telemovie Khilaf Seorang Isteri :

  • Suami isteri perlu sentiasa muhasabah diri masing2. Awal2 cerita ni, Muiz (si suami) ada bagi hadiah handbag yang mahal kepada Thalia (si isteri) dia sempena Anniversary mereka yang ke-7. Muiz marah bila Thalia ingatkan dia pasal hutang kereta, rumah dsb. Thalia cakap (dengan suara yang lembut dan rendah) daripada Muiz membazir beli handbag yang mahal2 untuk dia, lebih baik Muiz gunakan duit tu untuk bayar kereta dan rumah. Pendapat Sya, sebagai seorang suami yang baik.. Muiz sepatutnya tak terus melenting bila Thalia ingatkan dia pasal hutang2. Ye lah, sebab ini untuk kebaikan dan masa depan mereka jugakkan. Muiz sepatutnya muhasabah dan fikir sejenak kata2 isteri dia. Si Thalia pulak sepatutnya ucapkan dulu terima kasih dekat Muiz sebelum nak ingatkan suami dia macam tu walaupun apa yang ingin disampaikan tu betul.

  • Jangan selalu kongsikan kebahagian di laman sosial kerana takut ada yang iri hati dengan kebahagian kita. Kita tak tahukan kot ada yang iri hati dengan apa yang kita kongsikan. Tak semua orang suka dan senang dengan kebahagian yang kita ada.. Hati2 ada yang memerhati.. 

  • Jangan terlalu dengar atau terpengaruh dengan cara orang lain didik anak. Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri untuk mendidik anak2 mereka. Sepatutnya kak ngah (kakak kepada Muiz) tidak perlu masuk campur dalam urusan anak Muiz dan Thalia. Lagi pun, hal kecil je. Aryan tak nak mandi. Aryan tu masih kecil dan perlukan arahan yang berbentuk kasih sayang, kelembutan, dan psikologi. Lainlah kalau Aryan tu mengamuk, keluarkan kata2 kesat atau kasar, dan rosakkan barang. Ini mungkin boleh gunakan ketegasan sedikit supaya Aryan takut dan akur.

  • Pastikan ada jurang (gap) antara majikan dan pekerja. Sebagai seorang pekerja especially wanita, anda tidak sepatutnya memanggil boss anda dengan panggilan "You" atau selain dari Encik yang diikuti dengan namanya. Panggilan sebenarnya turut memainkan peranan di dalam sesebuah hubungan. Sebab tu lah kita tak panggil boss kita dengan panggilan abang (bagi wanita yang telah berkahwin) dan sayang (bagi lelaki yang telah berkahwin) selain dari sebab kita hormatkan mereka sebagai majikan yang membayar gaji kita.

  • Tundukkan pandangan dan sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. pelihara mata kita supaya kita hanya melihat yang halal je.

  • Jangan luahkan perasaan termasuk masalah rumahtangga kepada kawan berlainan jantina. Kesilapan besar Muiz dan Thalia. Dahlah mereka berdua ni jarang berbual, dah tu masalah rumahtangga mereka diceritakan kepada kawan baik mereka yang berlainan jantina. Si Muiz luahkan dekat PA dia yang seksi dan menggoda dan pada masa yang sama si Thalia luahkan perasaan dekat kawan lelaki dia yang memang dah lama simpan perasaan pada dia.

  • Jangan sesekali ajak kawan berlainan jantina untuk makan atau keluar bersama kerana takut akan mendatangkan fitnah dan wujudnya orang ketiga iaitu Syaitan Laknatullah. Sebagai seorang suami yang baik, Muiz tidak sepatutnya mengajak pekerja perempuannya untuk lunch bersama walaupun atas urusan kerja kerana niat tidak menghalalkan cara. Ini yang agama kita ISLAM tekankan kepada kita semua..

  • Hargai apa yang ada. Perbaiki apa yang tak betul.. Bukan cari orang lain untuk betulkan keadaan. Macam Muiz yang menyesal kahwin lain dan ceraikan isteri dia.. Baru dia sedar dan perasan kebaikan dan pengorbanan isterinya dahulu. Walaupun isterinya tak begitu menarik, tapi segala hal rumahtangga termasuk dirinya dijaga rapi. Sama jugak dengan Thalia.. Cuba perbaiki diri.. Koreksi diri.. Apa yang tak kena.. Cuba fahami suami.. Belajar dan terus belajar.. Contohnya, kesilapan yang dia buat time suami dia tengah busy siapkan agreement, dia sibuk nak cerita itu ini. Sepatutnya dia tolong dan bantu suami dia siapkan kerja..

  • Perkahwinan yang lama tidak menjamin kebahagiaan. Seperti Thalia dan Muiz, walaupun mereka telah lama berkahwin, tetapi ia tidak menjamin yang mereka akan terus kekal bahagia.. Kasih sayang dan cinta antara suami isteri perlu dipupuk setiap hari.

  • Seorang isteri wajib fahami suami, menjadi penyokong, dan tulang belakang suami. Bukan menambah bebanan suami. Seperti Thalia yang isukan pasal hutang, tapi dia tak bagi idea atau pendapat macam mana nak bantu suami dia untuk selesaikan hutang2 tersebut. 

  • Isteri wajib berdandan dan rapikan diri sendiri walaupun sibuk dengan kerja2 rumah. Macam Thalia, dia memang seorang isteri yang perfect dalam menguruskan suami, anak, dan hal2 rumahtangga. Tapi, Thalia selalu berbaju tidak menarik dan nampak serabai di hadapan suami dia. Ini menyebabkan suami dia nampak perempuan lain yang lebih rapi, walaupun bentuk badan Thalia persis seorang model tapi dirinya tidak dirapikan menampakkan dia tak cantik.

  • Teguran. Suami wajib beri teguran yang baik kepada isteri kalau ada perkara2 yang kurang menyenangkan di mata dan di hati suami, bukan meninggi suara dengan isteri..

  • Tanggungjawab suami untuk menjadikan isterinya cantik dan kelihatan menarik di matanya. Jangan harapkan isteri semata dan jangan hanya tahu komen.

  • Komunikasi. Komunikasi adalah asas penting dalam kehidupan berumahtangga.. Seperti Muiz dan Thalia yang mempunyai masalah komunikasi. Mereka mempunyai masalah, tetapi tidak duduk berbincang dan cuba cari jalan penyelesaian. Sebaliknya mereka menyibukkan diri mereka masing2 dan mengadu kepada orang yang tidak sepatutnya.

  • Kembali kepada Allah S.W.T. Rumahtangga yang tidak dibaja dengan iman dan taqwa, memang banyak ujian dan dugaannya. Seperti rumahtangga Muiz dan Thalia yang kurang penghayatan agama.. Maka, banyak anasir luar mudah mempengaruhi mereka.

Fuhhh... Memang banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari Telemovie "Khilaf Seorang Isteri" ni. Berjurai-jurai air mata Sya tengok cerita ni. Ye lah, kadang2 kita tak perasan khilaf kita. Buat para suami, tolonglah.. Tegur isteri anda kalau ada yang tak kena di mata anda. Isteri anda bukanlah malaikat. Isteri anda tidak perfect. Hargai dan jaga apa yang Allah S.W.T. anugerahkan dengan sebaiknya. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. 

Apa-apa pun komunikasi dalam rumahtangga sangat penting... Buat para isteri, kalau suami kita pendiam, kita pun janganlah jadi pendiam. Malah jadilah penghibur buat suami kita. Semoga entry Sya kali ini memberi manfaat buat anda semua yang telah berkahwin atau bakal berkahwin. 

Kepada suami isteri, kalau boleh tontonlah telemovie ni bersama-sama supaya kita belajar dan dapat muhasabah diri masing2 dalam membina rumahtangga yang diredhaiNYA..



Friday, 10 July 2015

SKBBST : Diari Seorang Guru Ganti

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~

10 JULAI 2015


Hari ni dah masuk minggu ke-4 Sya mengajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SK BBST), Sepang, Selangor sebagai Guru Ganti (Guru Sementara). Alhamdulillah.. :")

Suatu pengalaman yang Sya tak akan lupakan sampai bila-bila! Bukan mudah, bukan senang untuk menjadi seorang pendidik. Lagi-lagi untuk Sya yang baru pertama kali mengajar! Pendidikan bukanlah bidang sebenar Sya.. "Degree of Bachelor of Business Administration (Hons) (Human Resource Management)" dan "Diploma in Office Management and Technology" adalah bidang sebenar Sya. Huhu..


BIDANG YANG SANGAT BERBEZA, TETAPI DITERIMA MENJADI GURU GANTI???

Rezeki Allah S.W.T. itu pasti tidak tersalah alamat untuk setiap hamba-hambaNYA. Sya diterima untuk menjadi Guru Ganti adalah disebabkan aturan yang telah ditentukan olehNYA. =)

Yang pasti Sya hanya berusaha dan selebihnya Sya berdoa serta bertawakal kepadaNYA. Untuk makluman semua, especially rakyat Selangor yang berhasrat untuk mengisi kekosongan sebagai Guru Ganti di sekolah-sekolah rendah atau menengah di sekitar Selangor.. Anda perlu mengisi dan menghantar permohonan anda secara atas talian (online) di esggs.juict.net

Lepas dah isi tu, kenalah rajin follow-up dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) okay! Insyaallah, kalau ada rezeki, anda akan diterima sebagai Guru Ganti. :) Macam Sya, Sya apply since awal tahun lepas (awal tahun 2014) kalau tak silap. Lepas setahun baru Sya diterima.


17 JUN 2015

Hari pertama Sya menjejakkan kaki di SK BBST. Huhu.. Sya sampai di sekolah untuk melapor diri sebagai Guru Ganti di situ sebelum jam 7:30 pagi. Seriously rasa blur tak tahu nak buat apa time tu! Just tunggu Guru Besar sampai sambil Sya tengok cikgu-cikgu lain punch card.

After few minutes..

Sya berjumpa dengan GPK 1, Puan Azura. Pn. Azura lah yang memberi penerangan kepada Sya sebelum Sya mula mengajar. Sya dimaklumkan terdapat 4 kelas bagi setiap tahun (Tahun 2 - Tahun 6) kecuali bagi Tahun 1 yang mempunyai 5 kelas. Antara nama-nama kelas di SK BBST adalah Budi (Kelas Pertama), Bakti (Kelas Kedua), Setia (Kelas Ketiga), Tekun (Kelas Keempat), dan Sopan (Kelas Kelima bagi Tahun 1). 

Selain itu, Sya juga dimaklumkan berkenaan dengan buku-buku yang perlu ada di atas meja guru di dalam kelas. Antaranya :

  1. Buku Kedatangan
  2. Buku Kawalan Kelas
  3. Buku Kerja Rumah


Jadula Waktu 2015

Untuk minggu pertama, Sya diberi jadual salah seorang ustazah di situ. Sepatutnya Sya ganti Guru Pendidikan Khas yang cuti bersalin.. Tapi, disebabkan Sya tak pernah dan belum pernah attend mana-mana kursus yang melibatkan Pendidikan Khas, so Sya diarahkan untuk menggantikan tempat ustazah tersebut. Manakala ustazah tersebut ambil tempat Sya sebagai Guru Pendidikan Khas. 

Sepanjang minggu pertama di sekolah, Sya dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid-murid Tahun 1 Sopan, 1 Tekun, 2 Tekun, 3 Bakti, 3 Tekun, 5 Budi, dan 6 Setia. Semua kelas ni Sya ajar Pendidikan Islam yang terdiri dari Quran, Jawi, dan Tasmik. Nasib baik Sya ada "basic" agama. Huhu.. Sebab dulu Sya sekolah Arab (Form 1 - Form 5). Heee... :D

Minggu kedua pula jadual waktu Sya bertukar. Pada minggu ni, Sya hanya dapat kelas-kelas untuk diganti (relief) sahaja. Fuhhh... Seriously mencabar! Subject dan kelas yang berbeza-beza! Antaranya :

ISNIN :
Bahasa Malaysia (BM) Tahun 5
Pendidikan Kesihatan (PK) Tahun 3
Pendidikan Seni Visual (PSV) Tahun 6

SELASA :
Selasa ni banyak sikit kelas relief Sya. Penat!
DM2 (Muzik) Tahun 2
Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
BM Tahun 5 
Matematik (MT) Tahun 4

RABU :
PSV Tahun 5
Sains (SC) Tahun 4
DST Tahun 2

KHAMIS :
SC Tahun 4
SC Tahun 5

JUMAAT :
MT Tahun 1
Sains (SN) Tahun 2
Sejarah Tahun 4


Apa yang Sya boleh katakan untuk 2 minggu pertama Sya menjadi Guru Ganti adalah PENGALAMAN "mengajar" dan "mendidik" murid-murid dari tahun yang berbeza-beza. Setiap tahun dan kelas berbeza perangai setiap muridnya. Huhu.. 

Kalau mengajar kelas-kelas last, Sya perlu rendahkan penggunaan bahasa Sya supaya murid-murid lebih memahami apa yang cuba Sya sampaikan kepada mereka. Kalau mengajar kelas-kelas pertama pula, Sya perlu bersedia dari segi ilmu yang tinggi. Sya kena pastikan ilmu Sya lebih tinggi daripada mereka sebelum mereka memperlekehkan apa yang cuba Sya kongsikan dan sampaikan kepada mereka. Caranya, Sya perlu study atau buat revision atau bertanya dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman dan mahir dulu sebelum Sya masuk ke kelas mereka untuk mulakan mengajar.

Minggu ketiga dan keempat, Sya dah dapat jadual yang tetap.. Sya diberi tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik murid-murid Tahap 1 iaitu 1 Tekun untuk subject MT dan BM. Kedua-dua subject ni adalah subject LINUS. Apa yang Sya faham berkenaan LINUS adalah dua subject (BM & MT) yang mana majoriti murid-murid lemah especially kelas-kelas hujung. 

Ok, sambung semula berkenaan dengan jadual tetap Sya. Jadual baru Sya ni tak berapa pack, so kalau ada hari yang Sya langsung tak ada kelas macam hari Isnin.. Sya akan dapat kelas untuk relief. Kadang-kadang ada jugak dapat kelas relief untuk hari-hari lain.


PROFESSION SEBAGAI SEORANG GURU MEMENATKAN? YE KE???

Dari segi jam bekerja (working hours) untuk SK BBST adalah bermula jam 7:30 pagi sehingga 1:45 petang atau 2:00 petang. Kiranya semua guru dan staff2 SK BBST mesti datang ke sekolah sebelum jam 7:30 pagi. 

Macam Sya, jarak antara rumah Sya dengan sekolah hanya mengambil masa kira-kira 15 minit macam tu lah. Biasanya Sya dan suami Sya akan keluar dari rumah lebih kurang jam 6:50 pagi atau 7:00 pagi. So far, dah hampir 2 bulan Sya jadi cikgu, alhamdulillah belum pernah lagi Sya rushing atau terpaksa tempuh jem pagi-pagi. Ye lah, tempat kerja dekatkan.. Huhu..

Secara jujurnya, bagi Sya menjadi guru untuk sekolah rendah tidaklah begitu penat kalau 
guru-guru hanya perlu menjalankan tugas hakiki (mengajar dan mendidik) murid-murid sahaja. Cuma apabila guru-guru dilibatkan dalam pelbagai aktiviti dan tugas sekolah, itu yang membuatkan semua guru rasa penat. 


CABARAN MELAPOR DIRI SEBAGAI GURU GANTI SEHARI SEBELUM BERPUASA 

Sya mula melapor diri di SK BBST pada 17 Julai 2015 (Rabu). Esok tu (Khamis, 18 Julai) dah mula puasa. 1st day Sya di sekolah, Sya dah kena relief kelas. Antara kelas yang Sya relief adalah kelas 3 Bakti (DSV Seni), 3 Tekun (BI), dan 1 Budi (BI). Wohaaa! Kena ajar BI tu...... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. :) Cuma biasalah. Kalau jadi cikgu ni, suara kita kena pastikan kuat supaya semua murid boleh dengar suara kita. Boleh dengar apa yang kita sampaikan kepada mereka. 

Bila dah hari-hari kena kuatkan suara, lagi-lagi bila bulan puasa.. Memang ia menjadi satu cabaran untuk Sya! Even guru-guru yang lain pun sama. Ini belum masuk lagi murid-murid yang suka bermain, bercakap, usik kawan, tak faham dsb. Huhu.. Memang suara ni jadi "aset" penting untuk mereka yang bergelar gurulah.


KENAPA APPLY JADI GURU GANTI? BUSINESS DAH TAK OK KE???


2 jam = RM100
Natural Home Spa & Mobile Spa

Feeback customer 

 
Permintaan SPA sangat tinggi setiap hari!


So, bukan sebab business SPA atau Shaklee Sya dah tak ok.. Tapi sebab :

  • Experience. Yes. Pengalaman. Nak merasai pengalaman sebagai seorang pendidik (guru). At the same time nak merasai suasana bekerja dengan kerajaan. Hikhikhik.
  • Networking. Untuk orang yang buat business macam Sya, of course networking is very very very important! Selain tu, dapat kawan-kawan baru! Untuk orang yang friendly macam Sya jugak, memang best lah kan bila dapat lebih ramai kawan. Hihi.
  • Bored. Hahahah.. Kadang-kadang rasa bosan jugak bila duduk rumah sorang-sorang. Huhu.. Walaupun dekat rumah kita boleh bangun pukul berapa yang kita nak, boleh tidur bila-bila masa yang kita rasa mengantuk, nak online 24 hours, nak tengok tv, movie, youtube dll.. Tapi, ada masa Sya perlukan someone untuk Sya bercakap. Ini kalau Sya lah..
Cuma bila kita berada di rumah, kita boleh spend much more time untuk beribadah. Contohnya, setiap pagi (7:00 - 8:00) kita boleh tengok dan dengar Tanyalah Ustaz di TV9. Lepas tu dapat tengok Hadis dan Upin Ipin. :P Dapat solat sunat Dhuha bila-bila masa yang kita nak (sebelum jam 11:00 pagi). Dapat baca surah Yasin selepas Dhuha, dapat bertasbih, bertahmid, bertakbir, berzikir, selawat, dan istighfar lebih lama. 

Kalau dekat sekolah sekarang, boleh je nak tunaikan solat sunat Dhuha.. Tapi, kena pastikan sebelum jam 9:40 pagi atau selepas jam 10:30 pagi sebab kedua-dua waktu ni adalah waktu rehat bagi Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan Tahap 2 (Tahun 4,5,6) bagi sesi tazkirah sempena Ramadhan Al-Mubarak. Kadang-kadang Sya jugak ditugaskan untuk memberi tazkirah. So, memang kena pastikan yang Sya free betul dan tak ada kelas waktu tu. Dari segi mengaji pulak, yang ini tak ada masalah sebab bila Sya sampai sekolah awal, Sya boleh mengaji sebelum kelas start. ;) 

Di SK BBST, setiap pagi Jumaat akan diadakan majlis bacaan Yasin di dataran perhimpunan. 

Ok, sebelum Sya end up entry Sya kali ni.. Jom rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar sekitar majlis atau aktiviti yang di adakan di SK BBST! ;)

Sehari sebelum Majlis Penutup Bulan Panitia Agama Islam SK BBST:




| MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA AGAMA ISLAM | 10 JULAI 2015 |


Persembahan nasyid lelaki

Persembahan nasyid lelaki

 
Persembahan Nasyid Perempuan

Tahun 4, 5, dan 6 SK BBST

 
Bersama Aisya (Kiri) dan Musfirah (Kanan)
Dua-dua ni practical students


Oklah, Sya rasa cukup setakat ni dulu update daripada Sya sebagai Guru Ganti.. Huhu.. Insyaallah, 28 Ogos 2015 (Jumaat) next month, Sya akan mengakhiri tanggungjawab Sya sebagai Guru Ganti di sini. =)


Berminat untuk memiliki SPA anda sendiri?

ATAU

Berminat untuk menjadi AGEN HOME SPA / MOBILE SPA?

ATAU

Berminat untuk membuat "FACIAL" & "FACE MASSAGE?"

Hubungi 013-476 5930 (Puan Siti Aisyah) untuk keterangan lanjut!