Pages

Saturday, 11 July 2015

Review Drama : Khilaf Seorang Isteri

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang ~




Hari Rabu hari tu (8 Julai 2015), Sya tertengok TV9.. Macam best je cerita yang ditayangkan. Tajuk cerita tu, "Khilaf Seorang Isteri."

So, Sya pun tengoklah sampai habis cerita tu... Seriously blur and tak faham tengok cerita tu sebab time Sya tengok tu, cerita tu dah nak habis dah. Huhu.. Tak teringin pulak nak cari cerita ni dekat mana2 i.e. Tonton dll sampailah kakak Sya send dekat whatsapp pasal cerita ni. 

Disebabkan curious, Sya pun try lah cari cerita ni dekat Youtube. Tapi, sedihnya dekat Youtube cerita ni still belum keluar. Try search dekat Tonton pulak. Yes! Ada pun! Terus Sya register Tonton. Huhu..

Telemovie ni best sangat.. Cerita pasal suami isteri dan rumahtangga. Realiti kehidupan masyarakat sekarang yang memang ada berlaku.

PELAKON : Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz.

SINOPSIS :

Muiz dan Thalia adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Aryana. Mereka telah membawa haluan masing2 dengan pasangan baru mereka. Muiz merupakan seorang Pengurus Kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahiwn dengan Ryna seorang Eksekutif Perundangan, manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang Pengarah, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing2, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah. Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.


Antara PENGAJARAN yang dapat Sya simpulkan dari Telemovie Khilaf Seorang Isteri :

  • Suami isteri perlu sentiasa muhasabah diri masing2. Awal2 cerita ni, Muiz (si suami) ada bagi hadiah handbag yang mahal kepada Thalia (si isteri) dia sempena Anniversary mereka yang ke-7. Muiz marah bila Thalia ingatkan dia pasal hutang kereta, rumah dsb. Thalia cakap (dengan suara yang lembut dan rendah) daripada Muiz membazir beli handbag yang mahal2 untuk dia, lebih baik Muiz gunakan duit tu untuk bayar kereta dan rumah. Pendapat Sya, sebagai seorang suami yang baik.. Muiz sepatutnya tak terus melenting bila Thalia ingatkan dia pasal hutang2. Ye lah, sebab ini untuk kebaikan dan masa depan mereka jugakkan. Muiz sepatutnya muhasabah dan fikir sejenak kata2 isteri dia. Si Thalia pulak sepatutnya ucapkan dulu terima kasih dekat Muiz sebelum nak ingatkan suami dia macam tu walaupun apa yang ingin disampaikan tu betul.

  • Jangan selalu kongsikan kebahagian di laman sosial kerana takut ada yang iri hati dengan kebahagian kita. Kita tak tahukan kot ada yang iri hati dengan apa yang kita kongsikan. Tak semua orang suka dan senang dengan kebahagian yang kita ada.. Hati2 ada yang memerhati.. 

  • Jangan terlalu dengar atau terpengaruh dengan cara orang lain didik anak. Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri untuk mendidik anak2 mereka. Sepatutnya kak ngah (kakak kepada Muiz) tidak perlu masuk campur dalam urusan anak Muiz dan Thalia. Lagi pun, hal kecil je. Aryan tak nak mandi. Aryan tu masih kecil dan perlukan arahan yang berbentuk kasih sayang, kelembutan, dan psikologi. Lainlah kalau Aryan tu mengamuk, keluarkan kata2 kesat atau kasar, dan rosakkan barang. Ini mungkin boleh gunakan ketegasan sedikit supaya Aryan takut dan akur.

  • Pastikan ada jurang (gap) antara majikan dan pekerja. Sebagai seorang pekerja especially wanita, anda tidak sepatutnya memanggil boss anda dengan panggilan "You" atau selain dari Encik yang diikuti dengan namanya. Panggilan sebenarnya turut memainkan peranan di dalam sesebuah hubungan. Sebab tu lah kita tak panggil boss kita dengan panggilan abang (bagi wanita yang telah berkahwin) dan sayang (bagi lelaki yang telah berkahwin) selain dari sebab kita hormatkan mereka sebagai majikan yang membayar gaji kita.

  • Tundukkan pandangan dan sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. pelihara mata kita supaya kita hanya melihat yang halal je.

  • Jangan luahkan perasaan termasuk masalah rumahtangga kepada kawan berlainan jantina. Kesilapan besar Muiz dan Thalia. Dahlah mereka berdua ni jarang berbual, dah tu masalah rumahtangga mereka diceritakan kepada kawan baik mereka yang berlainan jantina. Si Muiz luahkan dekat PA dia yang seksi dan menggoda dan pada masa yang sama si Thalia luahkan perasaan dekat kawan lelaki dia yang memang dah lama simpan perasaan pada dia.

  • Jangan sesekali ajak kawan berlainan jantina untuk makan atau keluar bersama kerana takut akan mendatangkan fitnah dan wujudnya orang ketiga iaitu Syaitan Laknatullah. Sebagai seorang suami yang baik, Muiz tidak sepatutnya mengajak pekerja perempuannya untuk lunch bersama walaupun atas urusan kerja kerana niat tidak menghalalkan cara. Ini yang agama kita ISLAM tekankan kepada kita semua..

  • Hargai apa yang ada. Perbaiki apa yang tak betul.. Bukan cari orang lain untuk betulkan keadaan. Macam Muiz yang menyesal kahwin lain dan ceraikan isteri dia.. Baru dia sedar dan perasan kebaikan dan pengorbanan isterinya dahulu. Walaupun isterinya tak begitu menarik, tapi segala hal rumahtangga termasuk dirinya dijaga rapi. Sama jugak dengan Thalia.. Cuba perbaiki diri.. Koreksi diri.. Apa yang tak kena.. Cuba fahami suami.. Belajar dan terus belajar.. Contohnya, kesilapan yang dia buat time suami dia tengah busy siapkan agreement, dia sibuk nak cerita itu ini. Sepatutnya dia tolong dan bantu suami dia siapkan kerja..

  • Perkahwinan yang lama tidak menjamin kebahagiaan. Seperti Thalia dan Muiz, walaupun mereka telah lama berkahwin, tetapi ia tidak menjamin yang mereka akan terus kekal bahagia.. Kasih sayang dan cinta antara suami isteri perlu dipupuk setiap hari.

  • Seorang isteri wajib fahami suami, menjadi penyokong, dan tulang belakang suami. Bukan menambah bebanan suami. Seperti Thalia yang isukan pasal hutang, tapi dia tak bagi idea atau pendapat macam mana nak bantu suami dia untuk selesaikan hutang2 tersebut. 

  • Isteri wajib berdandan dan rapikan diri sendiri walaupun sibuk dengan kerja2 rumah. Macam Thalia, dia memang seorang isteri yang perfect dalam menguruskan suami, anak, dan hal2 rumahtangga. Tapi, Thalia selalu berbaju tidak menarik dan nampak serabai di hadapan suami dia. Ini menyebabkan suami dia nampak perempuan lain yang lebih rapi, walaupun bentuk badan Thalia persis seorang model tapi dirinya tidak dirapikan menampakkan dia tak cantik.

  • Teguran. Suami wajib beri teguran yang baik kepada isteri kalau ada perkara2 yang kurang menyenangkan di mata dan di hati suami, bukan meninggi suara dengan isteri..

  • Tanggungjawab suami untuk menjadikan isterinya cantik dan kelihatan menarik di matanya. Jangan harapkan isteri semata dan jangan hanya tahu komen.

  • Komunikasi. Komunikasi adalah asas penting dalam kehidupan berumahtangga.. Seperti Muiz dan Thalia yang mempunyai masalah komunikasi. Mereka mempunyai masalah, tetapi tidak duduk berbincang dan cuba cari jalan penyelesaian. Sebaliknya mereka menyibukkan diri mereka masing2 dan mengadu kepada orang yang tidak sepatutnya.

  • Kembali kepada Allah S.W.T. Rumahtangga yang tidak dibaja dengan iman dan taqwa, memang banyak ujian dan dugaannya. Seperti rumahtangga Muiz dan Thalia yang kurang penghayatan agama.. Maka, banyak anasir luar mudah mempengaruhi mereka.

Fuhhh... Memang banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari Telemovie "Khilaf Seorang Isteri" ni. Berjurai-jurai air mata Sya tengok cerita ni. Ye lah, kadang2 kita tak perasan khilaf kita. Buat para suami, tolonglah.. Tegur isteri anda kalau ada yang tak kena di mata anda. Isteri anda bukanlah malaikat. Isteri anda tidak perfect. Hargai dan jaga apa yang Allah S.W.T. anugerahkan dengan sebaiknya. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. 

Apa-apa pun komunikasi dalam rumahtangga sangat penting... Buat para isteri, kalau suami kita pendiam, kita pun janganlah jadi pendiam. Malah jadilah penghibur buat suami kita. Semoga entry Sya kali ini memberi manfaat buat anda semua yang telah berkahwin atau bakal berkahwin. 

Kepada suami isteri, kalau boleh tontonlah telemovie ni bersama-sama supaya kita belajar dan dapat muhasabah diri masing2 dalam membina rumahtangga yang diredhaiNYA..



No comments:

Post a Comment