Pages

Wednesday, 25 November 2015

Ketam Lembut di Kuala Gula | JS Muara Restoran Terapung

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang ~


Korang pernah dengar tak ada ketam yang kita boleh makan bukan setakat isinya, tetapi kulit2 ketam tu sekali kita boleh makan. Ke Sya je yang baru dengar? Huhu..

Sya dapat tahu pasal ketam lembut ni pun daripada suami Sya. Few years ago, suami Sya dan keluarga dia pernah makan ketam lembut di Kuala Gula ni. Suami Sya tak habis2 bercerita berkenaan ketam lembut ni setiap kali perbualan kami menyentuh pasal negeri Perak sampai Sya terliur! So.. bila si suami dah buat si isteri terliur, nak tak nak kenalah bawa si isteri ke tempat yang diceritakan itu~~

Disebabkan awal tahun hari tu kami suami isteri tidak berkesempatan untuk singgah makan di sini, so baru2 ni kami pun plan lah untuk ke sini dah alang2 kami nak pergi wedding kawan Sya di Bagan Serai. Ok, Sya bagi korang tengok dulu rupa ketam lembut di Kuala Gula ni macam mana. 


Ketam Lembut Goreng Tepung, Kuala Gula 
Harga : RM8 seekor
Kami suami isteri order 4 ekor ketam lembut.


Tak nampak pun rupa ketamkan? Tapi, bila makan memang rasa ketamlah.. Hehe. Actually, dekat sini bukan je ada ketam lembut goreng tepung. Ada macam2 masakan yang kita boleh request untuk ketam lembut ni. Macam Sya, Sya memang teringin sangat nak rasa ketam lembut goreng tepung ni since ramai yang cakap menu ni antara menu yang famous kalau datang sini. 

PUAS HATI !!

Alhamdulillah, puas hati bila dah dapat rasa sendiri macam mana ketam lembut goreng tepung ni. Secara jujurnya, tak adalah wow sangat rasa ketam lembut ni. But, its different from other crabs! Different sebab boleh makan the whole crab. Unik! Isi ketam lembut ni pun lebih manis berbanding ketam2 biasa. Itu je lah. Oh, satu lagi pastikan time korang order ketam lembut goreng tepung ni, korang makan cepat2. Sebab bila ketam ni dah sejuk, dah tak best dah nak makan. Tepung dah tak rangup.

Selain ketam lembut goreng tepung ni, kami suami isteri ada order lagi 2 menu lain. Kami order 'Kailan Goreng Ikan Masin' dan 'Telur Bungkus'. Air pula kami order 'Lai Chi Kang' dan air suam. Malam ni kami makan bukan makan budget punya, tapi sebab kami berdua je. Tak naklah nanti makanan tak habis membazir macam tu je. 3 menu ni pun seriously I tell you kenyang dah sampai masing2 paksa masing2 untuk habiskan lauk. Hahahah..


 

Lai Chi Kang 
(Tembikai, Laici, Nata de Coco, Cendol & Barli)
Ini suami Sya punya


Perjalanan nak ke JS Muara Restoran Terapung ni mengambil masa kira2 dalam 28 minit (23KM) dari Hotel Kelisa, Bagan Serai. Dari tempat lain Sya tak sure sebab Sya share dari tempat yang Sya dan suami Sya stay. Heee. :D

Tapi, sekarang ni dah senang. Dah mudah dengan adanya waze dan juga google maps. Search je JS Muara Restoran Terapung, Kuala Gula ni. Insyaallah, korang tak akan tersesat punya. Hihi. Estimated time korang nak sampai ke tempat ni pun korang boleh tahu nanti. Cuma, kalau boleh datanglah awal sebab risau nanti ketam lembut ni habis je. Sebaiknya korang call dulu tanya atau booking siap2. Ambil nombor ni +6016-541 8751

Macam kami, Sya call dulu untuk booking. Tapi, time call tu, pekerja perempuan di situ cakap datang je tak payah booking. Insyaallah, ketam lembut banyak lagi. So, kami gerak dari Hotel Kelisa lepas Maghrib. Time kami sampai tu still belum ramai orang. Rezeki! Advise Sya tetap suruh korang call dulu before datang sini untuk buat booking lagi2 kalau korang nak pergi time budak2 sekolah tengah cuti ni. Confirm ramai orang. Ini based on apa yang Sya bacalah sharing daripada those yang dah pernah datang sini. 


Kami suami isteri memilih untuk duduk di bahagian tepi sungai. Konon-kononnya nak nikmati kedinginan malam di sini. Tapi, lepas few minutes kami duduk, mulalah datang nyamuk sekor demi sekor menghurungi kami. Argh! Garu sana garu sinilah kami tengah makan tu. Huhu..



Sekian perkongsian Sya kali ini berkenaan Ketam Lembut. Jumpa lagi di entry akan datang! Terima kasih kerana sudi singgah dan baca. Hihi. 









  

No comments:

Post a Comment