Pages

Monday, 10 November 2014

"WINTER SONATA VERSI MALAYSIA" xD

Bismillahirrahmannirrahim
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang ~

Assalammualaikum! =)


Saya sure raaamai yg tahu and tengok drama bersiri Korea "Winter Sonata" kan? Hihi. Sebab saya pun salah satu 'penonton setia' drama ni! (Sambil tutup mata) =P

Actually, saya bukanlah nak bercerita pasal 'Winter Sonata' ni pun.. Tapi, saya nak 'share' dgn pembaca semua apa yg buatkan saya 'JATUH CINTAAAAAA' dgn 'KOREA!' Ini semua penangan drama 'Winter Sonata' ni lah! 

Saya ingat lagi, time tu tahun 2002 (time ni saya baru standard 6). Bkn main 'giler' lg saya dgn drama ni! Pd hal time tu baru darjah 6 kottt... hahahah! Kecikkkkkk lagi.. Dah fe'feeling' kalah org yg baru kahwin! xD

Tapi, betul lah.. Sebab drama ni lah saya start simpan 'angan2' utk pergi Korea satu hari nanti dgn 'Kang Jun Sang' saya. Huahuahua. Alhamdulillah, DIA tunaikan 'angan2' saya tu. Hihi. Saya dah pun menjejakkan kedua-dua kaki dan seluruh badan saya di bumi Korea bersama 'Kang Jun Sang' (suami) saya. =p 'Kang Jung Sang' ni adalah 'hero' dlm 'Winter Sonata' yg dilakonkan oleh pelakon popular dan kacak Korea, Bae Yong Joon. Tapi, handsome lagi suami saya! :p

Angan2 yg akhirnya menjadi kenyataan...

Seriously saya cakap, saya memang tak pernah terfikir pun yg satu hari nanti saya akan ke Korea dgn 'soulmate' saya. Cuma saya pernah 'berangan' lah yg satu hari nanti saya akan ke Korea jugak bila saya dah kerja. Pernah saya 'plan' utk ke Korea dgn kakak saya berdua je. Kitaorang plan bila kitaorang dah kerja je nanti, kitaorang nak kumpul duit gaji and holiday dkt sana. Huhu.. Rupa-rupanya 'plan' ni Allah tukar sikit je. DIA gantikan kakak saya dgn 'suami' saya sekarang.. :')

Banyak sangat 'angan2' saya yg Allah tunaikan. Baaaaaanyak sangat! Sebab tu lah kita sebagai manusia dan hamba DIA yg daif ni kena berani 'berangan' and of course lah kena banyakkan bersyukur! Actually, bukanlah 'berangan'.. tapi, lebih pd 'IMPIAN.' Yesss... 'IMPIAN.' Anda kalau nak 'impian' anda tercapai, pastikan anda seorang yg BERANI BERMIMPI DI SIANG HARI! Bahahah. Tapi, serious lah.. Bila anda ada 'impian', anda akan go for it tak kisahlah macam mana sekalipun! Lepas tu, anda kenalah doa, doa, dan doa banyak2 dkt DIA. Mintak apa yg anda nak... Insyaallah, satu hari nanti pasti DIA akan tunaikan 'impian' anda tu. Just have faith in HIM ok. Percayalah. DIA baik. Baaaaaaik sangat. DIA sentiasa ada utk menjadi 'pendengar' dan 'pemerhati' setia 24 jam kita. :')

Macam mana saya boleh sampai ke Korea? Ini kisahnya......

Suami saya kan 'Kang Jung Sang?' Bila dah berkahwin dgn dia, mestilah dia akan bawak saya balik ke sana! *Perasan* Actually, suami saya pernah 'study' di Korea 5 tahun yg lepas.. 6 tahun suami saya di sana menuntut di 3 tempat, Seoul University (1 tahun setengah), Dongyang Technical Collage (2 tahun) dan Hanyang University (2 tahun) dlm bidang kejuruteraan mekanikal.

Mula2 kenal dgn suami saya, saya mmg tak tahu and tak ambil tahu pun 'education background' suami saya. Yg saya tahu, suami saya seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). PTD di jabatan kerajaan mana pun saya tak tahu.. Sorry abang! Tapi, after few months kenal dgn abang, ayang tahu dah lah... Hee..

Eh. Entry saya kali ni bkn nak bercerita mcm mana saya kenal dgn suami saya tau.. Saya nak cerita mcm mana saya boleh sampai Korea je.. Hihi. Ok, rupa-rupanya suami saya dah 'plan' sebelum kitaorang kahwin lg nak bawak saya ke Korea utk 'honeymoon!' Oh, what a sweet husband! (Mcm tahu2 je isteri dia ni nak sangat pergi Korea!) :D

9 days after our wedding, kitaorang pun bertolaklah ke Korea bersama-sama...... Time ni seriously DIA je yg tahu apa perasaan saya bila dapat pergi Korea dgn seorang lelaki yg dah 'halal' buat saya.. :') Arghhh... tiba2 rasa nak nangis pulak! Boleh tak mcm tu? Ini yg tak suka ni.. Hoho. 

Dah lah, apa kata kita cuci mata tgk gambar2 saya di salah satu tempat di Korea yg mana tempat ni tempat drama 'Winter Sonata' pernah buat penggambaran tau >>> NAMI SEOM (Pulau Nami)! Hihi. Seriously bestttttt sangat and mcm tak percaya je saya dah sampai tempat penggambaran 'Winter Sonata' ni! Fe'feeling' jd 'Jeong Yoo-Jin' (Choi Ji-Woo) dgn 'Kang Jung Sang' saya, Hasri Akhmal kejap!

With pak cik 'ironman.' xD

Antara tudung saya yg saya hantar pergi 'iron!'
Tempat iron ni dkt je dgn tempat saya & husband stay! Dkt bawah je kedai ni..



Shopping Mall - LOTTE PLAZA


Different packaging dgn Peppero Malaysia

1st time kenal & mkn Peppero original drp sana!
Bkn bermaksud yg dijual dkt Malaysia tak ori tau! Hihi.



Mr. HA: Yobo, saranghae!
Mrs. HA: Oppa, saranghae!
xD



Klon 'Choi Ji-Woo.' =P
Siapa yg pernah tgk 'Winter Sonata' (tak miss even 1 episode), 
tahulah scene mana yg CJW lakonkan! Hihi.



Time ni ada sorang 'ajossyi' yg tolong snap pic kitorang.
Kamsahamida ajossyi!

















Should be >>> Selamat Datang ke Pulau Nami.  
Comel je penggunaan kata.. Hihi




Winter Sonata Bicycle 





Atas sekali tulis >>> 'Smoking Area.'
Bagus giler siap ada tempat khas utk smoker


I love 'Hotteuk' so muchhh!!!

Dkt 'Nami Seom' dah ada surau ok kalau nak solat.. Tak payah risau dah. ;)

Baplex Hall





Forced by his wife masuk dlm ice ni! Sorry abang! 
But, u looks so 'comel' mcm ni tau! xD




B4 enter Nami Shop


Winter Sonata Gallery



'Our' favourite Thai movie - Hello Stranger!




Naminara Post

Feri dah sampai.. 

Proud to be Malaysian.. Hihi.

Puas dah 'cuci mata?' :p Ok lah, saya rasa cukup kot utk 'share' dgn anda semua 'perasaan' saya bila diri ni dpt pergi Korea dgn 'Kang Jun Sang' saya. xD Yg pasti mmg saya puassssss sangat dpt spend time dgn 'Kang Jun Sang' saya dkt Pulau Nami ni! Bayangkan sehari suntuk kitaorang habiskan masa dkt Pulau Nami je! Dr pagi sampai dah dkt malam baru kitaorang gerak balik. Lepas tu org lain semua sampai2 je Nami, diaorang terus ke kanan, tp kitaorang pulak ke kiri which is tak ada siapa pun yg pergi ke kiri kecuali kitaorang. Nampak tak how excited saya time ni? Habis satu Nami kitaorang round! Incik acuben pun 'terpaksa' layankan kerenah isteri yg baru dinikahinya. Ahaks! And nasib baik feri still beroperasi lewat petang tu.. Kalau tak.. jawabnya bermalam dkt surau Pulau Nami lah kitaorang... Huhu.. 

Good night! 












2 comments:

  1. cantik, cantik. thumbs up
    nanti kita p korea sesame plk nak hik3

    jimat duit kitorg ade tour guide free :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je.. Janji our tickets ditaja! xD

      Delete