Showing posts with label Peringkat Osteoporosis. Show all posts
Showing posts with label Peringkat Osteoporosis. Show all posts

Friday, 5 January 2018

Sambungan.. AWAS!! OSTEOPOROSIS MEMBUNUH!

Peringkat Osteoporosis

Gambar di atas menunjukkan peringkat Osteoporosis. Yang bintik-bintik coklat itu ibarat tulang di dalam badan kita yang semakin menipis dan akan mengalami keropos.

Subhanallah!

Sepatutnya ayah kakak ni perlu buat pembedahan kali kedua tau untuk masukkan dan tambah besi di bahagian punggung. Tapi, dengan bantuan, pertolongan, izin dan kuasa Allah S.W.T. bila pergi scan, doktor kata tak perlu buat pembedahan! It's a miracle! 

Pembedahan pertama sebelum ni hanya terpaksa masuk separuh besi sahaja. Join yang dekat punggung tu. Lepas tu jantung ayah kakak ni lemah. Sebab tu tak dapat teruskan pembedahan. So, postpone ke tarikh lain untuk buat pembedahan kedua. Tapi, kuasa Allah. Pembedahan kedua tidak perlu dibuat.

Apa ikhtiar dan usaha kakak ni sekeluarga untuk ayahnya?

Kakak ni cuba ikhtiar dengan berikan ayahnya makan OSTEMATRIX dan VIVIX Shaklee..

Selain itu, ada beberapa perkara juga yang perlu di ambil kira bagi mengelakkan kita menderita Osteoporosis seperti :-

  1. Makan makanan yang mengandungi protin yang mencukupi.
  2. Amalkan pengambilan karbohidrat dan serat dalam diet seharian.
  3. Pastikan keperluan nutrisi mencukupi.
  4. Kurangkan makan makanan yang mengandungi MSG dan bahan pengawet.
  5. Banyakkan minum air kosong (Setiap 25KG berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air)
  6. Kurangkan makan makanan yang berlemak dan bersantan.
  7. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  8. Amalkan pengambilan kolagen.
  9. Amalkan pengambilan Ostematrix.
  10. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Tapi, kalau kita sendiri rasa payah, sukar dan susah untuk pastikan kita jaga semua di atas ni setiap hari.. Kita boleh cuba ikhtiar dengan makanan tambahan (supplements) seperti Ostematrix dan Vivix Shaklee ni..

What I can say is.. Ambil dua ni pun dah cukup untuk elakkan diri kita dari menderita Osteoporosis ni. Tapi, jangan salah faham pula tau! Gaya hidup dan pemakanan yang sihat itu tetap paling penting dan utama!

Cumanya.. Kalau kita sendiri sedar yang kita masih belum mampu untuk ubah sepenuhnya.. Adalah lebih baik kita ikhtiar dengan cover semula dengan mengambil makanan tambahan (supplements).

So, kalau anda atau ahli keluarga anda atau kenalan anda ada yang menderita Osteoporosis ni dan nak cuba ikhtiar dengan Shaklee.. Anda boleh hubungi Sya untuk Sya bantu cadangkan vitamin Shaklee yang paling sesuai dengan masalah kesihatan anda beserta konsultasi percuma :)

Siti Aisyah binti Ab Razak
SID : 1034673
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH) Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

AWAS!! OSTEOPOROSIS MEMBUNUH!

Peringkat Osteoporosis

Inilah salah satu sebab utama kenapa kami The Walking Beauty (TWB) meletakkan OSTEMATRIX Shaklee sekali di dalam Pakej Kursus SPA.. Ia bagi mengelakkan atau mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh serta kebas-kebas tangan dan kaki.

Sebab ini semua petanda yang tulang badan kita sudah tidak padat lagi!

Kalau tulang dah tak padat, kita akan sakit. Kalau dah sakit, macam mana nak ambil customer SPA lagi? Macam mana nak running business SPA lagi?

Perkongsian cerita sebenar daripada salah seorang Ahli TWB kami..

Suatu petang, ayah nak Solat Fardhu Asar. Dia tersandung kain. Lepas tu dia terjatuh. Jatuhnya sikit je. Macam terpeleot gitu. Terus dia tak boleh bangun. 

Kami bawa pergi klinik, doktor hanya cucuk ubat tahan sakit. Lepas tu dia tak boleh dah nak gerak.

Allahu..... Sedih sangat! Bawa pergi hospital, emergency operate.


Keadaan tulang ayah yang dah hancur berkecai bersepai

Tulang ni kami uruskan untuk tanam. Tulang ni dah tak boleh sambung dan baiki lagi. Maksudnya kena buang terus.

Dan doktor beritahu ayah kena pakai besi. Masukkan besi ke dalam badan. Tapi, masuk besi pun tidak membantu 100%. Sebab besi yang akan dimasukkan tu pun akan mengganggu tulang yang lain-lain. Masalahnya tulang-tulang lain pun dah reput juga.

Harapan nak hidup tipis sangat!

Masa tu Allah je yang tahu perasaan kami macam mana.....

APA ITU OSTEOPOROSIS??

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span serta rapuh dari dalam. 

Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang rusuk retak atau patah semakin meningkat.

Bahasa mudahnya, "Semakin bertambah usia seseorang, semakin berkurang kepadatan tulang seseorang." Dan jika tidak dijaga atau mengambil langkah awal untuk mencegah kebarangkalian untuk mendapat Osteoporosis adalah tinggi.

PENYEBAB OSTEOPOROSIS

Terdapat dua (2) sebab boleh berlakunya Osteoporosis :-

1) Primer
- Monopos
- Tua

2) Sekunder
- Ubat-ubatan
- Gangguan metabolisme
- Makanan tidak seimbang
- Masalah tulang
- Masalah ginjal 
- Masalah saraf
- Pemindahan organ

JENIS-JENIS OSTEOPOROSIS

Terdapat tiga (3) jenis Osteoporosis :-

1) Postmenopausal
- Terjadi kerana kurangnya hormon Estrogen yang merupakan hormon utama pada wanita. Hormon Estrogen ini membantu mengatur pengangkutan Kalsium ke dalam tulang pada perempuan. Biasanya gejala seperti ini timbul pada wanita yang berusia antara 51 hingga 75 tahun. Dan sekiranya wanita itu sudah monopos (menopause), pergerakan Kalsium ke dalam tulang menjadi terbantut.

2) Osteoporosis Senilis
- Kemungkinan merupakan akibat dari kekurangan Kalsium yang berkaitan dengan usia.

3) Osteoporosis Juvenil Idiopatik 
- Merupakan jenis Osteoporosis yang penyebabnya tidak diketahui. Hal ini terjadi pada anak-anak dan dewasa muda yang memiliki kadar serta fungsi hormon normal, kadar vitamin yang normal dan tidak memiliki penyebab yang jelas dari rapuhnya tulang. 

Pengeroposan tulang terjadi begitu sahaja tanpa diketahui penyebabnya.

Walau kebarangkalian terjadinya rendah, Osteoporosis Juvenil Idiopatik ini tidak mengenal usia penderitanya.

Jadi, apakah yang terjadi kepada ayahnya sekarang? Klik sini untuk sambungan cerita..