Pages

Wednesday, 26 February 2020

DAY 3 | Percutian Ke Dubai, United Arab Emirates (UAE)

Untuk hari ketiga ni kami ke Dubai Miracle Garden, Atlantis The Palm, Dubai Marina, Dubai Marina Walk, Burj Al Arab, D 89 Last Exit, Quranic Park dan Burj Khalifa.

KHAMIS, 26 DISEMBER 2019
Seperti biasa sebelum keluar berjalan mana-mana, kami Breakfast terlebih dahulu di Hotel.

Breakfast @ City Avenue Hotel

Breakfast penting ye especially time Travel. Sebab banyak tenaga akan digunakan untuk berjalan.

Omputih cakap, "BREAKFAST LIKE A KING, Lunch Like A Prince and Dinner Like A Pauper." Haaaaa gitchuuuuu.....

Lagi pun rugilah kan Hotel dah sediakan Breakfast, tapi tak makan. 

Apa pun, lepas Breakfast, Supplements (Makanan Tambahan) atau Vitamins untuk beri dan kekalkan Tenaga serta untuk kekuatan Kaki tidak dilupakan. Nak pulun berjalan seharian lagi kan..

Kalau tanya Sya, mestilah Vitamins Shaklee sentiasa menjadi pilihan diri dan hati ni. 


Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Perjalanan untuk ke Dubai Miracle Garden ni cuma mengambil masa lebih kurang 31 minit sahaja dari Hotel kami. Tiket untuk masuk ke sini nak ikutkan RM100+ macam tu. Tapi, kami dapat harga RM62.72 (AED 55) je. 

Rezeki kami sebab Driver kami, Fariz tolong dapatkan harga ni guna Company kawan dia macam tu. Memang tak menyesal dan tak rugilah kami bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Fariz ni untuk Tour Dubai dan Abu Dhabi. Hehe.

Dubai Miracle Garden

TWB Takes Dubai Miracle Garden!

TWB @ Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden ni merupakan Taman Bunga terbesar di Dunia. Mempunyai lebih 50 Juta Bunga dan 250 Juta Tumbuhan yang dijadikan dalam pelbagai bentuk seperti bentuk Kapal Terbang, Keldai, Kuda, Istana, Wanita dsb.

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

TWB DUBAI @ Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

TWB DUBAI @ Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Dubai Miracle Garden

Memang Cantik sangat!

Rugi jugalah siapa yang datang Dubai tapi tak datang sini, Dubai Miracle Garden. Lagi-lagi kalau korang jenis Kaki bergambar. Hikhik. Sebab sini memang sangat Cantik untuk bergambar! 

Oh, tapi take note ye semua. Dubai Miracle Garden ni hanya dibuka pada Bulan Oktober sehingga April sahaja bermula jam 9:00 AM - 9:00 PM untuk hari Ahad hingga Khamis. Manakala, hari Jumaat dan Sabtu dibuka bermula jam 9:00 AM sehingga jam 11:00 PM.

Lepas dah penat berjalan di Dubai Miracle Garden ni, kami ke Umm Suqeim Second untuk Lunch di AL IJAZA CAFETERIA sebelum kami ke Atlantis The Palm.
AL IJAZA CAFETERIA

Lunch @ AL IJAZA CAFETERIA

Lunch @ AL IJAZA CAFETERIA

Atlantis The Palm
Atlantis The Palm ni adalah 5-Star Hotel. Di sini kami hanya berjalan di sekitar luar Hotel mengambil gambar berlatar-belakangkan Atlantis The Palm dan juga Pantai di situ.

Atlantis The Palm 

Subhanallah Cantikkkkk sangat view di sini! Dengan warna Air Pantainya yang Biru Kehijauan, dengan Yacht yang berlayar dsb.




Next, kami menuju pula ke Dubai Marina dan Dubai Marina Walk untuk minum Coffee di situ dan merasai pengalaman menjadi Orang-Orang Kaya. Hahahahahah!

Dubai Marina
Dubai Marina ni terkenal dengan tempat orang "have-have." Hehe. Dekat sini banyak Bangunan mewah yang tinggi-tinggi termasuk tempat tinggal orang-orang yang berpendapatan tinggi atau orang-orang Kaya lah. Dikenali sebagai Jumeirah Beach Residence (JBR).

TWB DUBAI @ Dubai Marina & Dubai Marina Walk

Dan kalau tak silap Sya salah satu Bangunan dekat sini terdapat pejabat Tuan Irfan Khairi (IK), Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia. Beliau juga merupakan Jutawan Muda (Bergelar Jutawan ketika berusia 25 Tahun). Dan kini Beliau dan keluarganya menetap di Dubai. Beliau juga ada beberapa perniagaan di Dubai selain di Malaysia.

Dubai Marina

Tak ada rezeki nak jumpa Beliau sebab Beliau sekeluarga sedang menunaikan Ibadah Umrah ketika kami di sini. Tapi, kalau Beliau ada pun, macamlah boleh jumpakan.. Ahahahahaha.. Eh, tapi peluang tu tinggi sikitlah untuk berjumpa berbanding kalau di Malaysia kan.. Hehe.

Dubai Marina Walk
Dubai Marina Walk ni pula merupakan laluan pejalan Kaki berbaris Palma sepanjang 7KM. Di sini juga terdapat pelbagai Cafe, Kedai Makan dan Restoran yang mewah-mewah. 

Di sini kami bergambar berlatar-belakangkan pemandangan Yacht dan minum Coffee di Cafe Bateel sambil menghadap Yacht yang park di sepanjang Dubai Marina Walk ni.

Sip Coffee @ Cafe Bateel 

Cafe Bateel

Cafe Bateel 

Wahhhhh fe feeling Orang-Orang Kaya sangat tau masa ni! HAHAHAHAHA!

Korang tahu tak, nak kata punyalah Kaya dia orang ni, sampai pergi shopping di Marina Mall pun naik Yacht tau. Fuh! Curlasssss kau! Dan memang rare lah kan.

Kita di Malaysia kalau tak naik Kereta (Sedan atau SUV atau MPV) sendiri pun, mesti naik Grab atau Uber atau Teksi. Tak pun naik Motor atau Bas. Huhu.. Ada yang jalan Kaki je. Tapi, biasa ni Foreigner yang datang bekerja sini yang selalu buatlah. Hehe.

Cuma nak katanya kita masih menggunakan pengangkutan darat sahaja untuk pergi shopping. Tak ada pilihan untuk pengangkutan darat atau pengangkutan air. Apa entah lagi udara. Huhu..

Burj Al Arab

TWB Takes Burj Al Arab!

Burj Al Arab ni sama seperti Atlantis The Palm. Merupakan 5-Star Hotel. Cuma Burj Al Arab ni merupakan Hotel mewah dan tertinggi di Dunia.

D 89 Last Exit 

TWB Takes D 89 Last Exit!

Sebelum kami ke Quranic Park, kami singgah dulu di D 89 Last Exit ni. D 89 Last Exit ni tempat pit stop yang mana terdapat juga fab food and fun family events. Ala2 R&R jugalah. Kami tak lama pun di sini. Just datang untuk bergambar. Sebab tempat ia Cantik sangat! Ada juga Promise Brdige di sini.

Promise Bridge @ D 89 Last Exit

Posing wajib TWBians setiap kali Travel bersama. Hehe.

Promise Bridge @ D 89 Last Exit

Promise Bridge @ D 89 Last Exit

Ladies @ D 89 Last Exit

Ladies @ D 89 Last Exit

Unik kan Ladies di D 89 Last Exit ni? Nasib baik Kak Eeda ke Kak Nurul yang ambil gambar ni. Itu pun sebab mereka nak termuntah kalau tak silap Sya. Tu yang cari Ladies. Hahahahaha..

Last Exit Timing
Destination 24/7
Retail 11:00 AM to 12:00 Midnight
F&B 10:00 AM to 2:00 AM

Quranic Park

QURANIC PARK

QURANIC PARK

TWB Takes QURANIC PARK

Quranic Park Admission Fees & Ticket Policy
Quranic Park Operation Hours

Park Rules & Regulations @ QURANIC PARK


Tempat ni baru lagi dibuka sebenarnya. Masuk percuma je. Kecuali Glass House dan Cave of Miracles perlu bayar. AED 10 (RM11.40) untuk setiap satu.

Cave of Miracles

Cave

Cave of Miracles

Cave of Miracles

Cave of Miracles

Quranic Park ni tempat di mana segala cerita dan kisah yang terdapat di dalam Al-Quran diterjemahkan di sini. Terdapat juga pelbagai jenis tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran ada di sini (Di dalam Glass House).

Glass House

Glass House

List of Glass House Plants mentioned in Al-Quran & The Sunnah

Glass House

Glass House

Glass House

Master Ainul Shahrazad (MAS), Founder Project The Walking Beauty (TWB) dan Kak Eeda sahaja yang masuk Glass House dan Cave of Miracles ni.

Tapi kan rasa rugi pula tak join mereka masuk kedua-dua ni. Hmm. Bukan apa, sebab masa tu nak jimat duit. Hahahahaha.. Korang jangan jadi macam Sya tau. Bukan mudah, senang dan selalu pun ke Dubai kan..

Taman-taman di dalam Quranic Park ni bertemakan Padang Pasir dan Andalusia.

QURANIC PARK

QURANIC PARK

QURANIC PARK

QURANIC PARK

Atas ni ibarat Laut Merah yang dibelah dengan Tongkat Nabi Musa AS.

Di sini juga kami berkesempatan dan berpeluang untuk menunaikan Solat Fardhu Asar dan Zohor (Jamak Takhir) juga sebelum kami ke Burj Khalifa.

Jamak Takhir (Asar - Zohor) @ QURANIC PARK

Tenanggggg sangat rasa masa Solat dekat sini. Dingin je. Tak ada gangguan macam Guard tak bagi Solat dekat sini ke atau gangguan Pets ke apa. Dan semestinya moment ni akan jadi antara pengalaman yang Sya tak akan lupakan. Sembahyang dekat Public Park macam ni.

Burj Khalifa

Burj Khalifa

Our last destination was Burj Khalifa. Tapi, sebelum kami naik Burj Khalifa jam 9:00 PM, kami menyaksikan Dubai Fountain terlebih dahulu. Dubai Fountain ni adalah Fountain yang akan menari mengikut rentak Muzik yang dimainkan.

Perfomance akan bermula jam 1:00 PM dan 1:30 PM serta setiap 30 Minit antara jam 6:00 PM hingga 10:00 PM on Weekdays. Manakala, untuk Hari Minggu (Khamis, Jumaat dan Sabtu) performance akan bermula antara jam 6:00 PM ke 11:00 PM.

Dubai Fountain ni berhadapan atau bersebelahan je dengan Dubai Mall dan Burj Khalifa.

Sya tak ada ambil gambar pula masa Dubai Fountain ni berlangsung. Sebab masa ni Sya tengah buat Live ke rekod video macam tu. Tapi, Sya ada ambil gambar dari atas Burj Khalifa.

TWB DUBAI @ Burj Khalifa

Dubai Mall

Tiket untuk naik ke Burj Khalifa ni kami beli melalui Website KLOOK juga. Harga Tiket adalah RM166 (AED 145.56) sekali dengan Sim Card. Dalam Sim Card ni ada AED 5. Kami beli Tiket Burj Khalifa yang untuk naik ke Level 125 dan 124 sahaja tanpa makan serta lain-lain pakej.

Ada macam-macam Tiket untuk naik Burj Khalifa ni sebenarnya. Ada yang Tiket sekali dengan tengok Sunrise dan Breakfast, ada yang Tiket sekali dengan Dubai Aquarium dan Underwater Zoo termasuk Free Sim Card, ada Tiket yang naik sampai Level 148, 125 dan 124 sekali dengan Arabic Sweets, Beverage dan Sim Card. Tapi, ni paling mahal yang kami tengok di KLOOK masa tu. Dalam RM400 macam tu.

So, korang boleh pilih ikut kesesuaian budget dan keinginan korang ok. Macam kami sebab Hotel dah sediakan Breakfast, so kami rasa macam membazir pula kalau beli Tiket yang sekali Breakfast tu.

Tapi, korang kalau nak naik Burj Khalifa dengan Suami, Anak @ Anak-Anak korang bolehlah kot beli Tiket yang masuk Dubai Aquarium dan Underwater Zoo. Sebab sesuai untuk bawa Anak @ Anak-Anak. Sure dia orang seronok punya. Kalau datang berdua je dengan Suami pula, bolehlah beli Tiket yang tengok Sunrise tu. Hihi.

Ready to explore Burj Khalifa

125th Floor

125th Floor

124th Floor

AT THE TOP BURJ KHALIFA

The view ❤️

Dubai seen from 124th Floor Burj Khalifa

The highest outdoor observation deck in the world @ 124th Floor

#ARTEMAAR

Seronok sangat bila dapat naik Burj Khalifa masa ni! Ye lah, naik the tallest buiding in the world kot! Dapat tengok keseluruhan Dubai pada waktu malam dan rezeki sekali lagi dapat tengok Dubai Fountain dari atas Burj Khalifa pula tu!  Exclusive dan special sangat rasa!

Dubai Fountain from Level 125 

Walaupun sebenarnya dekat 1 jam kami tunggu giliran untuk naik ke Burj Khalifa. Huhu.. Dan Sya hampir give up juga untuk meneruskan misi naik Burj Khalifa. Fikir rugi dan sayang je sebab dah keluar duit untuk beli Tiket. Lagi pun bila lagi kan nak naik. Bukan selalu datang Dubai pun. Inilah masa nak merasa.

Masa ni sumpah letih dan penat sangat dah berdiri beratur nak tunggu turn untuk naik ke Burj Khalifa! Jalan sikit duduk, jalan sikit duduk. Hahahahaha..

Kalau korang rasa letih, penat dan malas nak beratur panjang.. Ada budget yang besar.. Korang boleh beli Tiket yang ada Admission to Sky Lounge Waiting Area dan Priority Elevator Queue tu.

Ok, bawah ni Sya share sikit gambar-gambar “The People Behind Burj Khalifa.” Sepanjang nak turun ke bawah dari Burj Khalifa, tepi-tepi dekat Dinding tu ada gambar dan story behind Burj Khalifa.


The People Behind Burj Khalifa

The People Behind Burj Khalifa

The People Behind Burj Khalifa

The People Behind Burj Khalifa


The People Behind Burj Khalifa


The People Behind Burj Khalifa


The People Behind Burj Khalifa


The People Behind Burj Khalifa

The People Behind Burj Khalifa

The People Behind Burj Khalifa

Sama macam masa nak naik. Cuma sepanjang nak naik Burj Khalifa ni banyak story pasal pembinaan Burj Khalifa. Bila Burj Khalifa mula dibina, bagaimana proses pembinaan dsb.

Tapi, Sya tak ada ambil gambar juga πŸ˜… sebab dah tak larat sangat masa tu sampai hilang terbang terus habit Sya yang suka bergambar tu πŸ˜‚


Apa pun puas hati dan seronok sangat untuk segala aktiviti di hari ketiga ini.

By the way, esok adalah hari terakhir kami di UAE. Sob2 πŸ₯ΊπŸ˜’ Hari terakhir ni kami tour Abu Dhabi.

So, kalau korang nak tahu kami pergi mana je bila sampai Abu Dhabi.. Stay tuned! πŸ˜‰ Sya akan share di next Entry. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment