Saturday, 25 January 2020

KASTAM TAHAN PARCEL ANDA? INI PROSEDUR UNTUK URUSKANNYA!

Hi, Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Ok, kali ni Sya terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua berkenaan “cara” atau “prosedur” kalau barang yang kita beli dari luar negara atau barang kiriman orang kepada kita yang “stuck” di KASTAM KLIA.

Sebenarnya baru-baru ni Adik Perempuan Bongsu Sya yang tinggal di Australia bersama Suami nya ada pos barang ke Malaysia. Tapi, kali ni boleh pula sangkut dekat KASTAM. Sebelum ni ok je. Mungkin sebab branded items kot? Melebihi RM1,000 pula tu.

Jadi dia minta Sya tolong ambilkan barang-barang dia tu..

Sebenarnya Sya sendiri blur dan tak tahu apa yang nak kena buat memandangkan ini pertama kali Sya nak ambil barang di KASTAM KLIA.

So, I did some research dengan meng Google sikit apa yang perlu dibuat. Bila dah dapat gambaran.. Sya terus ke KASTAM KLIA yang terletak di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) lama.

Oh, sebelum tu korang jangan lupa ye untuk bawa siap-siap Tracking Number, Resit Pembelian, MyKad, Lesen Memandu dan salinan Lesen Memandu kalau boleh.

Sebab semua ni akan diminta ketika berurusan dengan Pihak KASTAM KLIA dan Pos Malaysia di sana.

Ok, let’s check it out the procedures!

1) Datang ke Pejabat Pos Malaysia yang terletak di LCCT lama. Bawah ni Sya sertakan terus alamat penuh dan nombor telefon :-

UNIT KAWALAN KREDIT, PERKASTAMAN PMIH
POS MALAYSIA INTERNATIONAL HUB
POS MALAYSIA BERHAD
JALAN KLIA SI, KLIA
64000 SELANGOR
03-87773684

2) Dah selamat sampai, korang perlu melalui Pondok Pengawal Kastam terlebih dahulu untuk mengisi satu Borang Hijau (Green Slip) ni. 

Basic info je kena isi seperti Nama, MyKad, Nombor Telefon dan Nombor Tracking barang yang kita nak ambil.

Sementara tu boleh parking kereta kita dekat waiting area parking dulu. Tapi, 15 Minit je dibenarkan.

Sebelum tu mereka akan tanya tujuan kita datang situ untuk apa. Dan mereka akan minta MyKad kita.

3) Dah isi Green Slip ni.. Korang akan dapat Tag atau Pass Pelawat. Bawa kedua-dua ni ke dalam pejabat.

Ok, nanti ada 3 KAUNTER semua sekali yang korang perlu lalui.

4) Masuk dalam je korang boleh terus ke KAUNTER 1 terlebih dahulu iaitu KAUNTER AMBIL DOKUMEN & BUNGKUSAN 

Dekat sini korang perlu serahkan Green Slip tadi dan Lesen Memandu.

Lepas tu korang boleh duduk dulu sebelum Nama korang dipanggil untuk tindakan selanjutnya.

5) Korang akan diminta untuk membuat salinan Lesen Memandu di Kaunter 3. Sediakan syiling RM0.20 siap-siap ye untuk pembayaran salinan tersebut. 

Tapi, kalau korang dah ada salinan boleh je serahkan terus kepada Staff yang bertugas. Tak perlu buat salinan lagi.

6) Pergi semula ke Kaunter 1 untuk penyerahan salinan Lesen Memandu dan seterusnya boleh ambil barang korang.

WAIT!

Sabar..  Belum boleh yeay yeay lagi ye! 😂 Sebab korang perlu ke KAUNTER 2 pula iaitu KAUNTER PEMERIKSAAN KASTAM.

Haaaaa ni yang paling cuak! Cuaklah kalau korang ada buat salah 🤪

7) Pihak Kastam akan minta kita buka bungkusan atau kotak yang kita terima tu depan mereka untuk tujuan pembayaran Duti Kastam sebanyak 10% dari jumlah barangan kita terima tu.

Kalau boleh minta orang atau penjual yang poskan barang kita tu sertakan sekali Resit Pembelian ye untuk memudahkan lagi proses.

Macam Sya hari tu.. Adik Sya lupa nak sertakan Resit. Jadi Adik Sya hanya berikan anggaran setiap barang yang dia beli.

Cuma pastikan anggaran korang tu tak lari sangat dengan harga yang korang beli. Sebab KASTAM boleh hidu dan tahu tau kalau korang menipu. Hehe.

Total semua barang yang Sya ambil adalah RM1200 So, jumlah Cukai yang perlu Sya bayar adalah RM120 tidak termasuk kos EDI (SMK) dan SST berjumlah RM19.10 

8) Perlu isi Borang Kastam No 1 atau Customs Declaration sebagai ikrar. Borang ni ambil dan isi di Kaunter 2.

9) Letak Borang tersebut di Kaunter 3. Tunggu Pihak Pos Malaysia panggil untuk buat bayaran dan untuk mereka keluarkan Resit atau Slip Bukti Pembayaran.

10) Dannnnn akhir sekali yeayyyyy!!!!! Barulah korang boleh ke Kaunter 2 semula untuk ambil barang korang tadi! 🤩


CUSTOMS CLEARANCE COUNTER
Muka happy gilerrrrr bila dah melepasi semua proses dan berjaya ambil barang-barang yang tersangkut! HAHAHAHAHAH!

Korang jangan risau tau. Kalau korang tak ada buat salah.. Tak perlu takut.

Lagi pun Staff2 KASTAM dan Pos Malaysia di situ semuanya baik serta membantu.

Ok lah Sya rasa setakat ini sahaja perkongsian Sya untuk Entry kali ini. Semoga  Entri Sya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mungkin sedang berhadapan dengan situasi ini 🙂


Antara yang “escort” Sya ke KASTAM KLIA 😂 Terima Kasih korang sudi temankan akak! Walau masa di Pondok Kastam, Staff2 Kastam terkejut sampai 3 orang tukang Escort. HAHAHAHAHA.. Anyway, I lafffff chuolls Lillahitaa’la 🥰

Notakaki : Maaf Entri kali ni tak dapat ambil dan kongsi banyak gambar.. Sebab sepanjang di sana tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau video.

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam, saya nak tanya, macam mana kita nak tahu barang kita stuck dekat kastam or pos international ni ye? Pos Malaysia akan hantar surat utk notify kita ke?

    ReplyDelete
  3. untuk pertanyaan brg.inshaallah sekadar membantu untuk semakan
    boleh pm 016-9525014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh guna no contact di atas ke untuk tahu status barang di kastam klia? Parcel saya Dari 16june masih tak bergerak. Baju nilai 120 saja

      Delete
  4. Pagi kak,sye nk tanya logik Tak barang Kita kena tahan dekat kastam,dorg minta bayaran yang tinggi lebih dari rm10000 ribu untuk release barang kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selesai? buat semakan jkdm atau boleh pm saya

      Delete
    2. En. Khairul boleh tolong cek kan ke?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Barang saya Dari 16june tak bergerak lagi. Camne yea? Boleh bantu saya tak? Nilai kecil saja. Myr120 baju

    ReplyDelete
  7. Sepupu saya termasukkan kan duit dalam parcel tu..dorng mintak saya bayar sehingga RM3000🥲

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. scammer ni. ni nama khairul. yg atas no tel sama nama lain. harap tuan blog ambil tindakan sblum ramai kena

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete