Tuesday, 3 April 2018

Tempat Makan Best dan Sedap di Melaka : Nasi Beriani Roket

B u a n g B e l a k a n g (Throwback)

N a s i B e r i a n i R o k e t | 0 1 0 4 2 0 1 8



Hi, assalammualaikum semua!

Pembuka bulan April 2018 Sya dengan hidangan yang enak, lazat, sedap dan mengenyangkan dari Nasi Beriani Roket! Hihi.

Memang PUAS HATI lah! Kuantiti yang banyak dengan harga yang affordable bagi Sya.

Sebenarnya apa yang buat Sya teringin nak rasa dan makan Nasi Beriani Roket ni adalah disebabkan Sya tengok Majalah 3 sebelum ni. 
Biasalah benda bila dah famous kan~ Hahahahahah.. Kalau tak, Sya pun tak tau walaupun Sya ni orang Melaka 🙊🙈 

Itu yang baru-baru ni balik Melaka terus cari Nasi Beriani Roket ni untuk cuba sendiri. Dah alang2 ibu ayah Sya tak ada dekat rumah (sebab mereka sekarang bercuti di Melbourne, Australia) so Sya decide untuk makan di luar instead of masak di rumah. Sesekali lucut jawatan sebagai Chef tak diiktiraf dan topi Chef, apa salahnya kan.. Bukan selalu.. Lagi pun kali ni Sya yang belanja. Hehe.

Makanya sesi mengempeng abang Google pun bermulalah! Dari rumah family Sya nak ke sini cuma ambil masa lebih kurang 21 minit je kalau ikut Google Maps. Lokasi sebenar adalah di :-


Alamat : 
NO. 17, 17-1, JALAN KF 2, KOTA FESYEN MITC, BUKIT BARU, 75450 HANG TUAH JAYA, MELAKA

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari KECUALI Khamis
11:30 PAGI - 7:00 PETANG (Tapi, kalau dah habis licin sebelum pukul 7 petang, mereka akan tutup awal)


Oh, tapi rupa-rupanya Nasi Beriani Roket ni ada lagi satu cawanganlah! Baru tahu lepas tengok business card mereka. Lokasi satu lagi di :-

LOT P12, JALAN BESAR, 76100, DURIAN TUNGGAL, MELAKA

So, terpulang korang lah nak pergi yang mana satu.

Sampai2 je Nasi Beriani Roket ni, first thing yang Sya tanya dekat staff mereka, "ini yang masuk Majalah 3 tu kan?" Tergelak tersengih tersenyum mamat ni bila Sya tanya macam tu. BINGO! 

Perut pun tengah lapau orang Melaka kata, terus order. Sya, suami Sya dan abang Sya kami semua order Nasi Beriani Kambing. Selain tu ada juga Nasi Beriani Ayam, Nasi Beriani Ayam Goreng Berempah, Nasi Beriani Ayam masak apa entah lagi satu lula pula dan Nasi Beriani Daging. Air kami tak order pun walau plain water. Entah. Rasa macam nak minum air masak yang ada dalam kereta je. 

Oh, lupa juga nak beritahu harga ye. Nampak tak betapa sedapnya Nasi Beriani Roket ni sampai lupaaaaa info2 penting yang perlu dikongsikan! Overrrrr.. 

Ok, harga 1 pinggan Nasi Beriani Roket : Nasi Beriani Kambing kami ni adalah RM15 Tapi, memang puas hatilah macam Sya cakap.. Rasa yang tidak mengecewakan, enak, lazat, sedap dan kuantiti yang super duper banyak sampai Sya tak habis siap minta staff tolong bungkuskan lebihan Sya tu untuk Sya bawa balik! Lepas tu siap boleh buat Nasi Goreng Kambing lah guna lebihan tadi tu. 2 kali makan untuk 2 orang. Fuh.. Memang banyak! 

Lepas tu temperature badan terus naik kau.. Mana taknya. 3 hari berturut-turut sumbat perut dengan Daging Kambing! Nasib badan tak bau Kambing. Embek.. Embek.. Kahkahkah.

Cuma berpada-pada ye makan especially untuk orang yang pernah ada history masalah kesihatan seperti KOLESTEROL TINGGI, DARAH TINGGI dan SAKIT JANTUNG. Sebab Daging Kambing ni mengandungi KOLESTEROL dan LEMAK TEPU.

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa LEMAK TEPU adalah LEMAK TIDAK SIHAT yang MENINGKATKAN RISIKO PELBAGAI PENYAKIT KARDIOVASKULAR. Juga boleh menyebabkan PARAS KOLESTEROL TIDAK BAIK MENINGKATKAN DALAM DARAH. So, bila dah meningkat.. Kolesterol ni tadi mampu melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plan yang menjadikan ruang salur darah sempit atau terdekat, Seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Oklah. Tak perasan pula terkarang sebuah karangan Darjah 6! Ahahaha.. Last sentence from me, Nasi Beriani Roket highly recommended kalau sesiapa datang Melaka dan lepas tu jangan lupa bersahabat dengan OMEGA GUARD serta VIVIX. Selamat malam! Assalammualaikum!





Siti Aisyah binti Ab Razak
Shaklee Independent Distributor (SID) : 1034673
Proud Member of The Walking Beauty (TWB)
Founder & Owner @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com

No comments:

Post a Comment