Pages

Wednesday, 14 June 2017

DAY 2 | Percutian ke Gili Trawangan, Lombok, Indonesia



Kalau datang Gili Trawangan tak sah kalau tak bergambar dekat buaian kan? ;) Kata orang sia-sia je lah bercuti di Gili Trawangan macam tu. Hihi.

Gili Trawangan Swing
Nusa Tenggara Barat

Buaian-buaian ni semua terletak di Nusa Tenggara Barat. Memang dekat sangat dengan resort Sya dan suami Sya menginap iaitu Sunset Palms Resort. Jarak resort kami ke buaian-buaian ni hanya mengambil masa dalam 3 minit kalau menaiki Sepeda (basikal) dan 5 minit kalau berjalan kaki. Kami jalan kaki je.

Bagi anda yang duduk dan bermalam di sebelah Timur pula mungkin akan mengambil masa dalam 15 minit (kalau naik Cidomo) untuk sampai ke tempat buaian-buaian ni. Kalau naik Sepeda dalam 30 minit jugalah.

Breakfast


 
Orange juice dan fruit platter menjadi pilihan kami untuk pembuka sarapan di hari kedua.

Breakfast selected by my husband.
EGGS ANY STYLE (Scramble with and toast with jam) 

Ini pula sarapan pilihan Sya.
EGGS BENEDICT (Poached egg served on a bed of spinach on a potato cake topped with hollandaise sauce)
Tapi, tak sangka pula macam ni rupa breakfast Sya. Huhu.. Disebabkan Sya tak suka kuning telur cair macam ni, makanya Sya bagi dekat suami Sya. Bagi telur kuning je lah. Hehe.

Perut dah kenyang, badan dah ada tenaga barulah syok nak jalan-jalan. Hihi.

Lorong masuk ke resort kami, Sunset Palms Resort

Gili Trawangan Swing

Kami pun mulakan perjalanan kami untuk mencari buaian-buaian yang terdapat di Gili Trawangan ni. Rupa-rupanya banyak giler buaian dekat sini! Antaranya Pandawa, Wanderlands dan Ombak Sunset. Yang Sya familiar Ombak Sunset lah.

Pandawa

Wanderlands




Mesti ada yang tertanya-tanyakan siapa yang ambilkan gambar kami? Hehe. Ada yang kami ambil sendiri guna monopod dan ada yang kami minta orang lain tolong ambilkan. Disebabkan Sya ni seorang yang "friendly" jadi mudah untuk Sya minta tolong orang. Hikhik. 

Tapi, jangan lupa lepas tu offer untuk ambilkan gambar orang tu pula tau. Barulah orang tak rasa "distracted" atau "annoying" dengan kita. Hahahah. Kira "win win situation" lah ;) Macam gambar buaian atas ni, kami minta tolong Kak Husna dan suaminya. Lepas tu kami offer mereka untuk kami ambilkan gambar mereka pula. Suka dan excited mereka tau! Lagi-lagi mereka ni baru berkahwin dan tengah honeymoon. Hehe. Kan dah cakap "win win situation" :p Tak rugi jadi peramahkan? ;)

Kak Husna dan suaminya.
Rakyat Malaysia kedua yang kami kenal di Gili Trawangan. Hehe.

Akhir sekali, kami bergambar dengan buaian Ombak Sunset sebelum kami pulang ke resort, sewa Sepeda dan pergi ke Akhir Pekan Gili Trawangan di Timur untuk membeli topi, "bikini" hahaha dan makanan untuk di bawa balik ke bilik. Makanan wajibulghunnah beli sebab dah tahu dah sebelah petang dan malam memang akan hujan. Jadi, susah sikit kalau nak keluar makan.

Ombak Sunset.
Masa ni angin kuat sangat! Air laut pun tengah pasang. Ye lah, pagikan.

Percubaan pertama kami untuk ambil gambar bersama di buaian Ombak Sunset menggunakan monopod yang kami pacakkan di pasir.
Gagal!

Percubaan kedua yang masih gagal.

Akhirnya kami ambil dari jarak yang dekat je.
Itu pun ambil cepat-cepat sebab air laut dah paras pinggang masa duduk atas buaian ni.
Risau ada hidupan laut yang tak diundang datang "wefie" sekali. Heeeee..
Kalau tengok gambar-gambar di google, biasanya air laut hanya paras buku lali je.


Oh, tapi sebelum kami pulang ke resort, kami jalan-jalan lagi dan bergambar. Masa ni belum ada satu cafe atau restoran pun yang dah buka. Nasib baik kami dah breakfast di resort dulu.



Wartawan tak diiktiraf. Hahaha..
Sepanjang Sya di Indonesia ni Sya memang sentiasa bawa buku nota dan pen. Untuk entry blog lah apa lagi. Hehe.

Datang sini jangan lupa rasa Aiskrim Gili Gelato tau! Aiskrim buatan penduduk Gili Trawangan sendiri. Tapi, sebelum beli tu pastikan ianya Halal okay. Walaupun di Lombok, Indonesia ni majoriti rakyatnya beragama Islam, namun di Gili Trawangan ni tetap ada makanan dan minuman yang tidak halal dijual seperti arak serta aiskrim yang mengandungi gelatin haiwan yang tidak halal. Sebab Gili Trawangan ni dah jadi pusat perlancongan. Masa kami di sini pun, ramai pelancong-pelancong yang bukan beragama Islam datang bercuti di sini. Dekat sini juga banyak Bar Restaurant. Banyak sangat. Botol arak pun bersepah-sepah.

Misi mencari topi, bikini dan makanan di Akhir Pekan Gili Trawangan bermula.
Lebih kurang 30 minit jugalah dari resort kami nak ke sana kalau naik Sepeda.

Akhir Pekan Gili Trawangan

Bingo!
Yeay dapat beli topi dan "bikini!" Ups!
Harga topi Sya ni IDR 80K (RM25.62), tapi dapat kurang IDR 60K (RM19.22). 
Bikin pula IDR 149K (RM47.73) dan dapat kurang IDR 148K (RM47.41)

Mahalkan harga barang-barang di Gili Trawangan ni? Topi yang Sya beli ni harganya standard harga topi yang dijual di Malaysia je. Macam tu baik beli siap-siap dekat Malaysia. Pilihan pun lebih banyak. Bikini pun glurp! Boleh tahan mahal. Dapat kurang pun RM0.32 je. Hahaha..

Oh, btw masa kami di Akhir Pekan ni, ada dua incident yang berlaku tau. Tak tahu nak gelak ke apa. Hahaha. Tapi, tergelak juga. Hahaha..

Incident pertama kunci basikal kami patah dan sebahagian kunci tu tertinggal di dalam tempat pengunci. Jadi, kami tak berjaya nak leraikan rantai pengunci basikal kami. Macam mana kami nak balik ke resort kan dalam keadaan basikal yang macam tu. Telefon kami pula dua-dua tak boleh nak buat panggilan keluar. Giler weh masa ni.. Hahaha.. 

Nasib kami dapat idea untuk minta tolong dengan penduduk tempatan di situ yang menjalankan perniagaan snorkeling dan scuba diving. Sebab mesti mereka ada alat untuk putuskan rantai basikal tu kan. 

Fuh.. Legaaaaa.. Cuma masa yang mamat ni tolong kami leraikan rantai pengunci tu, ada sorang kawan dia (lelaki) yang tengah duduk di dalam pondok kecil sambil pegang dan pangku anaknya marah bila mamat ni tolong kami. Dia marah dan cakap dalam bahasa dia lah. Kami memang tak faham langsung. Dan kami buat bodoh je lah. Orang dah tolong, kita buatlah muka tak bersalah kita. Muka innocent. Tak payah nak tunjukkan muka geram dan tak puas hati. Nanti baik-baik orang nak tolong, terus tak jadi nak tolong. Huhu..

Tapi, kalau tengok ekspresi muka dan intonasi suaranya, memang dia marah kawan dia ni tolong kami. Huhu.. Mungkin sebab kami tak gunakan perkhidmatan dia. Atau mungkin sebab dia risau kami akan salahkan mereka kalau pihak resort kami tanya siapa yang putuskan rantai pengunci basikal kami ni. Huhu.. Sebab mamat yang tolong kami ni tak habis-habis cakap dekat kami, "jangan salahkan saya pula ye nanti. Jangan cakap saya yang tolong putuskan." Dan setelah rantai pengunci basikal kami terputus, mamat ni dengna bangganya cakap, "Yeah.. I'm a good man.." Huhu.. Memang baik pun! Muka pun boleh tahan. Eh. Hahaha..

Incident kedua pula seluar Sya koyakkkkk masa tengah pilih biskut dekat kedai runcit. Prappppp!! Kahkahkah. Tak selesa weh nak pilih biskut masa tu.. Dah lah yang jaga kedai masa tu lelaki. Hahaha.. Jadi, memang kepit kaki je lah sepanjang berbasikal dan berhenti di mana-mana tempat untuk beli barang. Nasib baik dah nak balik resort masa tu. Huhu..

Sebelum tu kami singgah di Istanbul Kebab. Kami beli Durum Kebab (Kebab Ayam) Large sorang satu sebagai lunch kami di resort nanti. Asalnya kami nak lunch di Pekan je, tapi memandangkan seluar Sya dah koyak hahaha jadi kami putuskan untuk lunch di bilik resort je. 

Istanbul Kebab, Gili Trawangan 

Masa ni seluar dah koyak. Itu yang kepit je tu kaki dan duduk atas basikal je. Hahaha..


Menu di Istanbul Kebab, Gili Trawangan

Durum Kebab (Large)
1 = IDR 75K (RM24.02)
Kami beli 2, jadi IDR 150K (RM48.05)
Mahalkan? Dekat Gili Trawangan ni susah nak jumpa makanan, minuman dan barang yang murah. Lagi-lagi masa kami datang ni cuaca tak berapa baik (selalu hujan) dan RM pun tengah jatuhkan.
Tapi, saiz Durum Kebab ni boleh tahan besar dan panjang. Boleh buat dua kali makan.

Lega wehhhhh dah selamat sampai resorttttt!! Kahkahkah!
Tak sabar nak buang seluar ni! Hahaha..

Ingat tak nak beli air, sekali sampai resort staff2 Sunset Palms Resort offer kami Air Kelapa ni. Tak fikir panjang dah. Terus beli sebab kehausan menandingi bayangan air kosong di bilik.
1 air kelapa = IDR 25K (RM8.01)
2 = IDR 50K (RM16.02)

Dah lunch, dah mandi, dah solat dan dah rehat.. Kami plan untuk melihat sunset. Tapi, masih belum rezeki kami untuk sama-sama menikmati keindahan ciptaan Allah di waktu petang tu disebabkan hujan.

Hari pertama kami dah sampai lewat di Gili Trawangan. Letih dan penat pula tu. Cuaca pun tak elok. Mendung dan hujan. Jadi, bagi anda yang nak bercuti di Gili Trawangan ni pastikan anda tidak memilih bulan Februari seperti kami. Kami ni sebab nak sambut anniversary. Itu yang pilih bulan Februari juga. Dan kami sendiri pun tak jangka yang cuaca tak elok masa kami datang ni. Seeloknya anda semak dahulu keadaan cuaca di Gili Trawangan. Boleh cuba semak di 
https://weather.com/id-ID/cuaca/tiapjam/l/Gili+Trawangan+NB+Indonesia+IDNB1551:1:ID

Jadi, kami pun habiskan masa di dalam bilik dengan menonton televisyen. Tapi, rasa rugi pulakan duduk terperap dalam bilik je dah alang-alang sampai sini. Lagi rugi sebab percutian kami ni kan ditaja. Jadi, kalau tak dimanfaatkan betul-betul waktu yang ada memang rugi.

Makanya, malam tu kami sewa Cidomo untuk pergi ke Pasar Malam Gili Trawangan yang terletak di Timur. Macam biasalah. Sewa Cidomo untuk one way IDR 125K. Total untuk Cidomo malam tu je IDR 250K (RM75). Huhu.. Nak jimat naik Sepeda je. Cuma kalau anda duduk di Nusa Tenggara Barat macam kami ni, memang bahaya sikitlah untuk ke Akhir Pekan sebab jalan yang anda akan lalui gelap-gelita. Keadaan jalan yang tidak rata lagi. Memang akan buat anda fikir berkali-kali sama ada nak naik Sepeda atau batalkan terus niat anda untuk keluar berjalan ke mana-mana. Atau sebaiknya anda duduk dan bermalam sahaja di mana-mana resort atau hotel di sekitar Timur. Dekat sini memang banyak resort dan hotel serta dekat untuk anda ke Akhir Pekan. Cuma suasana sibuk dan bising sedikitlah. Sebab kawasan tumpuan para pelancongkan. Nak privasi macam kami boleh bermalam di sebelah Nusa Tenggara Barat.

Pasar Malam Gili Trawangan

Alhamdulillah, sampai pun di Pasar Malam Gili Trawangan :)

Pasar malam Gili Trawangan ni terkenal dengan makanan laut yang segar-segar.



Menu dinner kami malam ni adalah 1 ekor Ikan Talapia Bakar, 2 ekor Udang Bakar, Jus Kiwi dan Jus Alpukat (Avocado). Jumlah keseluruhan IDR 250K (RM75). Huhu.. Kan dah cakap mahal-mahal makanan, minuman dan barang-barang di Gili Trawangan ni. Lagi-lagi cuaca sekarang asyik hujan. Sumber-sumber makanan laut susah nak dapat. Memang peniaga-peniaga main hargalah kan.. Kami pula pelancong.. Lagi mereka main harga. Huhu..

Tapi, mungkin anda boleh survey setiap kedai makanan laut di Pasar Malam Gili Trawangan ni dulu. Mana tahu ada yang murahkan. Macam kami, kami tak survey pun. Huhu.. Jalan jalan berhenti dekat satu kedai ni terus makan dekat situ. Mana taknya, peniaga tempat kami makan tu jenis memaksa. Perut kami pun tengah lapar, kami setuju je lah makan dekat situ.

Kiri : Teruja suami Sya bergambar depan salah sebuah butik pakaian nama dia. Hehe.
Kanan : Nak balik resort dah naik Cidomo No 14. Cidomo yang sama masa kami datang.

Maka, berakhirlah percutian kami di Gili Trawangan untuk hari yang kedua.. Kami di bawa pusing-pusing pulau dahulu sebelum balik ke resort. Keadaan sekeliling yang gelap-gelita sebab tak ada lampu jalan, yang ada hanyalah cahaya bulan dan lampu-lampu resort atau hotel. Jalan yang tidak rata dan becak. Tapi, bunyi pukulan ombak waktu tu sangat menenagkan dan nyaman! Angin malam tu pun sejuk je.

Sampai je bilik, terus telankan 4 caplets OSTEMATRIX Shaklee sebelum tidur bagi melegakan sakit-sakit dan sengal-sengal badan serta dapatkan tidur yang lena malam tu.





To be continue for Day 3..



























No comments:

Post a Comment