Mungkin sebab adik ipar Sya baru bersalin kot. Itu yang semangat terlebih tu. Hihi. Tambahan pula, kebelakangan ni ramai pula kawan-kawan dan kenalan Sya yang hamil dan melahirkan anak. Musim orang hamil dan bersalin berjemaah kot? Hehe.
Ok, back to our topic tadi. Berkenaan vitamin-vitamin "Prenatal" (Prenatal Vitamins). Masih ramai sebenarnya wanita hamil yang keliru dengan penggunaan multivitamin sepanjang tempoh kehamilan. Sebenarnya kan tak kisah tau korang nak ambil multivitamin jenama apa sekalipun, as long as kandungan vitamin dan mineral cukup untuk menampung keperluan korang dan bayi yang korang kandung tu.
Dan tak kira jugalah korang nak ambil vitamin-vitamin yang diberikan oleh pihak klinik/hospital/farmasi atau pun korang hanya ambil makanan tambahan (supplement). Sejujurnya, kalau Sya diberi pilihan, Sya memang akan memilih untuk mengambil vitamin-vitamin prenatal dari Shaklee sahaja tanpa mengambil vitamin-vitamin dari klinik/hospital/farmasi. Ini kalau Sya lah.. Korang jangan cakap Sya menghasut korang pula tau. Semuanya terpulang dekat korang. Nak rasa pengalaman mengandung tu bukannya semua orang dapat rasa. Ada yang belum pun setahun usia perkahwinan mereka, Allah dah berikan rezeki buat mereka dulu. Ada yang setahun dan ada juga yang bertahun-tahun ambil masa untuk rasa semua tu. Jadi, bagi wanita hamil especially wanita yang hamil selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan anak, memang WAJIB ambil dan konsisten makan vitamin-vitamin prenatal ni! Nauzubillahiminzalik. Andai kata bayi yang dilahirkan nanti mengalami masalah atau kecacatan, huiiiii memang sedihlah kan! Nauzubillahiminzalik! Sebab tu kita kena berikhtiar! Last sekali Sya ada kongsikan beberapa pengalaman wanita hamil yang HANYA mengambil vitamin-vitamin Shaklee di sepanjang tempoh kehamilan mereka.
Antara "Prenatal Vitamins" yang penting bagi wanita hamil adalah folic acid, zat besi (iron), kalsium dan omega-3. Tapi, jangan pula korang abaikan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat, protin, lemak dan air pula tau. Sebab semua ni pun sama penting bagi memastikan korang dan bayi korang mendapat nutrisi yang secukupnya.
Folic Acid
Folic acid sangat penting tau untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ini salah satu usaha dan ikhtiar kita untuk menghalang kecacatan neural tube, disamping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain. Tahu tak apa tu neural tube?? Pernah tengok atau dengar bayi yang dilahirkan tak ada tempurung kepala? Spina bifida? Encephalocele? Inilah dia neural tube defect (NTD).. NTD ni kecacatan janin yang berlaku di awal perkembangan bayi. Pada kehamilan yang normal, antara usia kehamilan antara 3 - 4 minggu, terdapat beberapa sel yang spesifik dalam embryo akan bergulung dan bercantum hujungnya bagi membentuk satu saluran tiub yang dinamakan neural tube. Neural tube ni lah yang akan berkembang dan menjadi saraf tunjang dan otak. Jika neural tube ni tidak dibentuk dengan baik, berlakulah neural tube yang boleh dilihat di sepanjang kepala dan ke hujung saraf tunjang.
Kalau ikut pakar perubatan, mereka cadangkan supaya kita ambil folic acid ni sebelum mengandung lagi. Kiranya lepas kahwin tu, terus ambil. Kot-kot lah tiba-tiba kita ter'mengandung' kan.. So, better kita ambil langkah berjaga-jaga dulu.
Dos yang dicadangkan bagi mereka yang merancang untuk hamil adalah 400 micrograms (mcg) sehari. Untuk mereka yang sedang hamil, folic acid yang diperlukan adalah 1,000 mcg sehari. Untuk pengetahuan, ada folic acid yang dijual difarmasi mengandungi 5 mg (5,000 mcg). Jadi hati-hati ok sebelum nak beli atau makan folic acid dari mana-mana farmasi. Makan ikut keperluan dan kesesuaian badan.
Zat Besi (Iron)
Fungsi zat besi adalah untuk pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi juga penting bagi mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
Dos zat besi yang diperlukan bagi wanita hamil adalah 27mg, manakala bagi wanita yang tidak hamil adalah 18mg. Zat besi ni jangan ambil lebih dari 1 biji tau. Sebab berkemungkinan korang akan mengalami sembelit dan pedih perut.
Dan kalau boleh elakkan pengambilan antibiotik seperti ciprofloxacin, doxycycline dan norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas korang ambil zat besi sebab nanti akan mengganggu penyerapan zat besi yang korang ambil tu. Ikan, daging merah, hati, makanan tenusu seperti susu, mentega atau keju juga antara makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Termasuklah kalsium dan antacid (ubat angin).
Kalsium
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Dos yang diperlukan adalah 1,000 miligrams (mg) sehari. Kalau kalsium tak cukup, wanita hamil tu terdedah dengan preeclampsia, yang mana ianya boleh membawa maut untuk si ibu dan anak di dalam rahim.
Omega-3
Dan akhir sekali omega-3. Omega-3 ni penting untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang diperlukan adalah antara 200 - 300 mg sehari bagi wanita hamil dan menyusukan bayi.
Perlu tahu ye sumber terbaik omega-3 adalah dari ikan lagi-lagi ikan Salmon. Tapi, sebab ikan Salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai di US. Lagi pun harga ikan Salmon mahal kot dekat Malaysia ni! Kalau dekat Tesco RM26.99/kg. Korang boleh cuba ambil Omega Guard dari Shaklee. Boleh baca details dekat link ni http://isterihasriakhmal.blogspot.my/2014/07/si-minyak-ikan-omega-guard-shaklee.html kelebihan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan yang ada di pasaran.
Jadi, antara kesimpulan yang dapat dibuat adalah, "prenatal vitamins" penting kerana :-
- Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- Kelahiran pramatang
- Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan
- Memberi kekuatan & membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik
- Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi dalam kalangan wanita hamil yang loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan
"Prenatal vitamins" memang tidak menjanjikan anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Analoginya seperti ini tau. Mengambil dan mengamalkan "prenatal vitamins" ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta. Tapi, dalam masa yang sama tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar.
Bawah ni Sya tunjukkan sedikit perkongsian pengalaman mereka yang mengambil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan mereka.
Apa-apa pun, dapatkan dulu nasihat dan berbincang dengan doktor yang merawat korang sebelum korang nak ambil apa-apa "prenatal vitamin" ok? Tapi, sekarang rasanya dah ramai doktor (general doctor atau doktor pakar) yang mencadangkan dan menggalakkan wanita-wanita hamil untuk mengambil Shaklee disebabkan vitamin-vitamin Shaklee semuanya semulajadi, berkesan dan mesra alam. Dan yang membezakan vitamin-vitamin Shaklee dengan vitamin-vitamin jenama lain yang ada dipasaran atau vitamin-vitamin yang dapat dari klinik/hospital/farmasi adalah dari segi keselamatannya.. Semulajadi atau tidak.. Dari segi keberkesanan vitamin-vitamin tersebut dsb. Kalau nak tahu, Shaklee sangat particular tau bab-bab semulajadi ni. Jangan terkejut pula, dinding tingkap bangunan HQ Shaklee di US pun selamat untuk alam sekitar! Jadi, sebenarnya dah cukup kalau korang hanya mengambil "Prenatal Vitamin" daripada Shaklee. Kalau boleh JANGAN AMBIL HERBA! Sebab kebanyakkan herba yang ada di pasaran sekarang TIDAK MEMPUNYAI BUKTI IA SELAMAT UNTUK WANITA HAMIL seperti mana yang dinyatakan oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad.
Boleh dapatkan "Prenatal Vitamin" Shaklee daripada Sya beserta konsultasi PERCUMA SECARA EKSKLUSIF. ;)
Siti Aisyah
Your Trusted SID : 1034673
Founder & Owner of Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile Spa
+6013-476 5930
yaeppenyeoja@gmail.com / aisyahrazak90@gmail.com
#shakleebandarenstek #shakleeklia #shakleeklia2
#shakleekotaseriemas #shakleenilai #shakleeseremban #shakleesenawang #shakleebandarbarusalaktinggi #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleecyberjaya #shakleeseluruhmalaysia
No comments:
Post a Comment