Sebenarnya tak pernah terfikir pun untuk pergi bercuti di Batam. Yet, Suami Sya dan beberapa orang Staff Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) diberi amanah serta tanggungjawab untuk ke Batam bagi tujuan Temu Karya Mutu & Produktivitas Nasional XXI dan International Quality & Productivity Convention 2018 (TKMPN XXI & IQPC 2018). Ini rentetan dari Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017 sebenarnya.
Asalnya di Lombok, tapi disebabkan masa tu Lombok sedang Gempa Bumi, jadi MAHB dan Pihak Penganjur Malaysia serta Indonesia telah putuskan untuk diadakan di Batam. Masa Sya dapat tahu lokasi di tukar ke Batam, Sya sendiri pun tak ingat dan tak berapa pasti Batam ini terletak di mana. Huhu.. Sebab tu Batam ni tak pernah terlintas di fikiran dan hati pun untuk dilawati 😅
Tapi, bila dah did some research baru tahu yang Batam ni dekat jeeeee dengan Malaysia rupanya! Hahahahahah.. 😂 Boleh naik Feri di Berjaya Waterfront Johor Bahru untuk ke sana. Dan baru tahu juga ada dan banyak je tempat menarik yang boleh dilawati di Batam selain dari "Massage."
Batam - Merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia di Laut China Selatan. Batam juga terkenal dengan Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone), Pantai, Nightlife dan Pusat Beli-Belah Bebas Cukai (Duty-Free Shopping). Nagoya adalah bandar utama di Batam.
Perjalanan ke Batam, Indonesia - Sya naik Air Asia dari KLIA2 ke Pekanbaru sebelum ke Batam menaiki Pesawat Citilink. Ye. Ada transit 😪 Inilah pertama kali Sya merasa transit walaupun Batam ni antara tempat atau negara yang paling dekat dari banyak negara yang Sya pernah pergi. Hahahahaha.. Sepatutnya naik Lion Air. Tapi, disebabkan Lion Air pun masa tu ada kes Kapal Terbang terhempas, jadi Flight ditukar ke Air Asia dan Citilink. Kalau MAHB dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) still nak naik Lion Air, besar kemungkinan Sya takkan ikut dan takkan benarkan Suami Sya pergi. Ye lah kan, dah tahu Flight tu problem dan selalu bermasalah still lagi nak naik. Kot ye pun budget, jangan sampai bermain dengan nyawakan walau ajal maut itu Allah yang tentukan bagaimana dan di mana. Lagi pun tak salahkan kalau kita elak mendekati perkara-perkara yang membahayakan atau memudaratkan.
Ok, untuk Flight ni terpaksa keluar duit sendiri disebabkan MAHB hanya sponsor Staff mereka yang terlibat sahaja. Sob2 😢 Disebabkan last minute booking, so harga tiket agak mahal dalam Rp. 871,800 (RM250) for one way only. Kalau nak murah, boleh je. Tapi, kena naik Flight Malindo Air kalau tak silap dari Subang Jaya. Dan kalau nak lebih murah boleh naik Feri dari Berjaya Waterfront Johor Bahru. Untuk Sya agak leceh dan bahayalah kan sebab nanti kena separate pula dengan Suami Sya kan. Lebih baik keluar sedikit duit untuk membayar kos kemudahan, keselesaan dan keselamatan 🙂
Sya dan Suami Sya gerak dari rumah kami lepas Subuh untuk ke KLIA menaiki kereta sendiri. Kereta kami parking di KLIA. Dari KLIA kami naik Train (KLIA Transit) jam 06:44 AM menuju ke KLIA2 pula. Harga Tiket cuma RM1.80 (One way) sahaja untuk seorang.
Tiba di KLIA2, kami Breakfast di McD bersama Team MAHB yang lain sebelum masuk ke dalam. Boarding time kami jam 09:55 AM dan Flight kami gerak lebih kurang jam 10:30 AM macam tu. Perjalanan untuk ke Pekanbaru hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam macam tu. Alhamdulillah, selamat mendarat di Sultan Syarif Kasim II International Airport Pekanbaru. Masuk je dalam Airport kena isi Customs Declaration Form.
Customs Declaration Form
Settle je kami terus cari tempat untuk Lunch. Kami Lunch di Restoran Solaria. Untuk Lunch, MPC ada sediakan khas buat Team Malaysia excluding me. So, Sya sorang je lah yang order makan di Solaria masa tu. The rest order air.
Menu di Restoran Solaria, Pekanbaru.
My Lunch : Nasi + Ayam Goreng Rica (Rp. 47,273)
Next Flight kami ke Hang Nadim Airport, Batam jam 14:30 PM macam tu. Tapi, Flight delay weh sampai 16:19 PM macam tu. Kau rasa? Kalau tau lama macam ni, baik keluar jalan-jalan dekat sekitar Pekanbaru dulu. Oh, by the way ada benda yang buat Sya rasa best di Airport Pekanbaru ni iaitu tempat Charge Hand Phone dan Laptop. Bersepah. Melambak. Even dekat celah-celah kerusi di ruangan menunggu pun ada tau.
FREE CHARGING
Handphone & Laptop
Ok, perjalanan nak ke Airport Batam juga mengambil masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah lega wehhhhh bila Kapal Terbang dah selamat parking dekat Airport Batam ni! Nasib baik malam sebelum bertolak ke Pekanbaru dan Batam Sya dah telankan OSTEMATRIX Shaklee siap-siap. So, kurang sikitlah rasa letih dan penat. Sebab tu bila touch down je di Airport Batam kemahin excited lupa terus segala transit yang berjam-jam tu 🤣
Di Airport Batam kami disambut oleh wakil Indonesia di bawah CAT Travel. Ada beberapa buah Bas yang telah disediakan untuk membawa Team Malaysia ke Hotel tempat penginapan kami di allium HOTEL, Batam.
Bersama Tour Guide, En. Aris tapi bukan Aris Ariwatan katanya 😏
Di Lobby allium HOTEL, Batam.
Our Room : 904
Untuk hari pertama di Batam ni, tak sempat nak explore banyak tempat memandangkan sampai pun dah lewat sangat. Sebab tu gambar pun tak banyak yang diambil sebab tak pergi mana-mana sangat pun. Kecuali ada lah jalan-jalan ambil angin waktu malam di sekitar Hotel 🙂 Kami Suami Isteri malam tu ke CIRCLE K ala-ala 7-Eleven jugalah kalau di Malaysia. Beli sedikit makanan seperti Biskut, Instant Noodle (Ni sesiapa pergi Travel memang wajib bawa dan belikan 😂), Roti dan Air Mineral. We spent about Rp. 43,000
Boleh baca Sejarah Sungai Jodoh, Batam di sini Sungai Jodoh, Batam.
Dinner Sya di hari pertama ketika di Batam : UFO Mi Goreng Jepang
Malam masa ni Suami Sya ada Taklimat untuk TKMPN II & IQPC 2018 di bawah. Sebab itu lah kami Suami Isteri keluar pergi cari dan beli makanan serta minuman terlebih dahulu. So, bila Suami Sya pergi Taklimat, Sya tak ada lah kelaparan dekat bilik Hotel. Hihi. Sebab Taklimat tu ada disediakan makan malam. Cuma nak share Mi Goreng Jepang UFO ni biasa-biasa je. Ingatkan pedas, rupanya tak langsung.
Sekian sahaja perkongsian Sya berkenaan Batam, Indonesia di hari pertama.. InsyaAllah, Sya akan cuba update Entry Blog Sya "PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA" untuk hari-hari berikutnya. Sya berada di Batam sehingga 1 Disember 2018. Stay tuned korang! Sebab hari-hari seterusnya banyak benda, pengalaman dan tempat-tempat menarik lagi yang Sya nak kongsikan. Hehe.
Sebelum Sya end up Entry "PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA - DAY 1" Sya ni, kepada sesiapa yang tercari-cari SHAKLEE, nak beli atau order, boleh contact Sya ye. Kalau perlukan perkhidmatan SPA seperti Facial Treatment, Sauna, Body Scrub, Mandi Susu, Mandi Bunga, Hand or Foot SPA juga boleh contact Sya 😉
PROMOSI SHAKLEE APRIL 2019
PROMOSI SPA APRIL 2019
Siti Aisyah binti Ab Razak
Working-At-Home-Wife (WAHW)
Proud Leader to My Team Star Light Family (SLF)
ALUMNI The Walking Beauty (TWB)
Owner & Founder @ Yeoja Beauty House (YBH)
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com
Natural Home & Mobile SPA
+6019 - 457 0213
yaeppenyeoja@gmail.com
No comments:
Post a Comment