Sunday 22 July 2018

Me'nate Steak Hub : Steak Termahal Saya Pernah Makan Setakat Ini

Assalammualaikum semua!

Ok, kali ni Sya nak share dengan korang semua berkenaan Steak yang harganya boleh mencecah sehingga RM10,000

Hahahahahah.. Mesti terkeluar biji mata korang kan lepas baca ni? Hahahahaha.. Ye, Sya pun terkejut sebenarnya. Sampai terpaksa kutip balik biji2 mata Sya ni masukkan balik dalam mata punya terkejut tu 😝 Awalnya Sya pun macam tak percaya tau. Betul ke ada harga Steak boleh cecah sampai puluhan ribu ringgit sekali order. Rupa-rupanya memang ada..

Haaaaa.. Korang jangan nak membawang dulu eh.. Boleh baca dulu link ni then baru korang akan faham kenapa Steak yang dijual ni boleh cecah sehingga ribuan ringgit. http://www.ohmedia.my/2015/02/menate-steak-hub-jual-steak-rm9388.html

Macam mana Sya tahu pasal Me'nate Steak Hub ni? Dan macam mana Sya boleh terjebak makan dekat sini serta order Steak dia yang mahal tu?

Ni semua penangan FIFA World Cup 2018 baru2 ni punya pasal lah! 😂 Al-kisahnya.. Suami Sya dan abang2 ipar Sya ni memang penonton tegar Bola Sepak. Satu hari tu dia orang bet suka2 je lah Team Bola Sepak siapa yang akan pergi paling jauh. Team yang pergi paling jauh kena belanja makan dekat Me'nate Steak Hub. So, dari sinilah Sya tahu pasal Me'nate Steak Hub ni. Tapi, yang start buat bet ni abang ipar Sya (suami kepada kak ngah Sya). Abang ipar Sya ni sokong Brazil. Suami Sya dan abang ipar Sya sorang lagi ni (Abang Najmi - suami kepada Kak Tiera) pula sokong France.

Nak kata rezekinya.. Bila mana France, Team Bola Sepak yang suami Sya dan Abang Najmi sokong ni pergi paling jauh yet sampai ke final pula tu! Kahkahkahkahkah! Weh, serious wehhhhh.. Masa ni terus rasa nak tumpang seluruh badan ni makan Steak mahal di Me'nate Steak Hub. Ahahahahaha..

Dan memang rezeki sungguh bila abang ipar Sya yang buat bet ni setuju untuk tunaikan janji dia belanja suami Sya dan Abang Najmi makan Steak mahal di Me'nate Steak Hub ni. Lagi rezeki bila kami yang isteri2 ni dapat join sekali 😂😂 Alhamdulillah!

Kanan : Suami Sya
Kiri : Abang Najmi

Masing2 muka puas hati dan gembira bila dibelanja makan Steak paling mahal di Me'nate Steak Hub. Tuuuuu tengok tu. Kemahin excited siap tunjuk mata kemenangan France kalahkan Croatia 4 - 2 masa final. Hahahahaha..

Kami pergi Me'nate Steak Hub di Bandar Baru Bangi. Me'nate Steak Hub ni ada 3 cawangan semuanya. 2 lagi di Setapak dan Ampang. Bawah ni Sya sertakan details seperti alamat, waktu operasi dan nombor telefon Me'nate Steak Hub, Bangi.

Me'nate Steak Hub
Alamat : 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam. Kecuali hari Jumaat dibuka bermula jam 3 petang sehingga 11 malam.
Nombor Telefon : 03 - 8922 0092

Jom sambung tengok gambar2! Hehe.

Menu Me'nate Steak Hub

Dekat Me'nate Steak Hub ni ada variety menu. Tak semestinya korang datang sini korang hanya boleh order Wa'gyu. Cumanya Wa'gyu ni Signature Me'nate Steak Hub lah.

Tapi, kalau tak pernah try lagi Wa'gyu di Me'nate Steak Hub ni, Sya recommend sangat untuk korang try! 👍 Insyaallah, tak menyesal punya 😉 Kenyang pun kenyang. Boleh tahan seharian lah kenyangnya tu. At least try sekali pun jadilah 😂 Harga ikut pada berat (as per 100g) jenis Wa'gyu yang dipilih. Macam kami lebih kurang RM200+ setiap seorang. 

Wa'gyu Ribeye / cube roll

Kami semua order Wa'gyu Ribeye / cube roll. Cuma Gravy berbeza. Macam Sya, Sya pilih Gravy Black Pepper. Ada juga Gravy Mushroom dan Garlic.

Fyi..
Jenis2 Wa'gyu (TYPE OF WA'GYU) ada 6 :-
  1. Tenderloin / Eye Fillet (The most tender part with uniform texture & fat marbling).
  2. Striploin / Sirloin (The strip provides a good balance of tenderness & flavor).
  3. Ribeye / cube roll (The steak version of Rib Roast or "Prime Ribs", prize winning for best flavored steak).
  4. Ribs (An oven-busters which is braised for 12 hours to breakdown its collagen & roasted to your perfection.
  5. T-Bone (Offers the best of both worlds : striploin plus a fillet, connected by a bone, succulent & juicy.
  6. Tomahawk (It has quite a large amount of inter-muscular fat, which gives it a load of flavour when cooked.


Cara masakan (HOW IT'S DONE) untuk Wa'gyu pula ada 5 :-
  1. RARE (Only for the real MEAT EATER - soft tender & juicy)
  2. MEDIUM RARE (nice & juicy steak)
  3. MEDIUM (juicy meat)
  4. MEDIUM WELL (not too bad)
  5. WELL DONE
Sya pilih cara masakan Medium Well dan Well Done. Hahahahaha.. Kenapa Sya punya Steak ada Medium Well dan Well Done pula ye? Asalnya Sya pilih cara masak Medium Well. Tapi, ternyata I punya tekak bukan tekak Minah Salleh lah 😂 Sya memang tak boleh makan Daging yang mentah2 atau separa masak ni lah. Sudahnya Sya minta pekerja Me'nate Steak Hub ni untuk masak semula Wa'gyu Sya ikut Well Done. Huhu.. But, I tell you guys! Walaupun Well Done perghhhhh Daging dia tetap SOFT and JUICY! Tak ada sikit pun terselit dekat gigi bila makan! Suami Sya yang bukan peminat dan penggemar Daging pun, terus 360 berubah jadi suka tau! 😂



Ice Blended : Dark Chocolate Oreo Mario" Oo
Ni Sya punya. Kehkehkehkehkeh. Isteri pemenang yang "pau" lebih2 pula 😂

Ice Blended : Ti Amo Caramel Latte Frape
Ni Kak Tiera punya. Ni pun sama. Habis di "pau" nya orang yang belanja 😂

With my sister, Kak Tie (Nama manja 😝)



Total untuk 9 orang makan hampir RM1,000 juga walaupun hanya 5 orang sahaja yang order Wa'gyu ni. No wonder lah kan sebelum ni viral pasal resit Me'nate Steak Hub yang jumlahnya hampir mencecah RM10,000 tu. Huhu.. 

Tapi, "tak de hal bro" (Pinjam ayat eh Caprice) tambah sikit untuk sis juga, "tak de hal sis" kalau memang berduit dan mampu untuk makan Wa'gyu ni. Datang je lah makan Wa'gyu dekat sini. Just ignore others. Tak perlu pedulikan orang2 yang membawang terang-terangan depan kita atau belakang kita. Think positive. Maybe dia orang teringin sangat nak makan Wa'gyu ni. Dapat rasa pun jadilah. Tapi, tak mampu. Itu yang dok membawang pasal resit RM10,000 ni. Nasib baik rezeki Sya orang belanja makan Wa'gyu ni. Dan jumlahnya pun still affordable. Kalau tak, berkemungkinan juga Sya dijadikan bahan untuk membawang. Kahkahkahkahkah..

Picture credited to ohmedia

No comments:

Post a Comment